You are on page 1of 4

Akta pendidikan (soalan 2)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 550 AKTA PENDIDIKAN 1996


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. [ ]
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan
penyelamat bangsa:
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat
Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang
berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains,
teknologi dan maklumat:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan
wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari scgi kemajuan
ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik:
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi. untuk menghasilkan sistem pendidikan
yang bertaraf dunia dari scgi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya
dan mencapai aspirasi negara Malaysia:
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidika n Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang dilahirkan seperti yang berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara":

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendidikan 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada
tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam 15 Tafsiran. Pendidikan
Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan
dalam Akta ini. 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
- "bahasa Cina" ertinya bentuk bahasa Cina yang biasanya dikenali sebagai Mandarin;
"bahasa kebangsaan" ertinya bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan; "ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini; "fee yang diluluskan" ertinya fee yang diluluskan oleh Menteri;
"guru" ertinya seseorang yang –
(a) mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau
(b) menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang
dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,
dan termasuklah guru besar atau pengetua; "guru berdaftar" ertinya mana-mana guru yang
didaftarkan di bawah Akta ini; "ibu bapa" termusuklah penjaga dan mana-mana orang yang
mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang murid;
"institusi pendidikan" ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam
menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada 16
Undang-Undang Malaysia AKTA 550 di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah tadika
dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk-
(a) mana-mana tempat di mana pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama
sematamata; atau
(b) mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta
sebagai bukan institusi pendidikan bagi maksud Akta ini;
"institusi pendidikan tinggi" ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi
yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya; "kelas
peralihan" ertinya kelas di sekolah menengah yang menyediakan ajaran selama satu tahun
untuk murid daripada sekolah rendah yang menggunakan bahasa selain daripada bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar sebelum bermulanya pendidikan menengah rendah.
Kepentingan akta sekerja 1959 (soalan 4)
 Melindungi kepentingan ahlinya.
 Mengawal selia perhubungan antara pekerja dan majikan mereka.
 Menjalankan tawar-menawar kolektif dengan pekerja untuk menyempurnakan
Perjanjian Kolektif.
 Mewakili pekerja dalam pertikaian perusahaan dengan majikan mengenai hal-hal
disiplin.
 Mewakili pekerja dalam Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh, dan lain-lain.
 Menjalankan aktiviti lain untuk menggalakkan aktiviti sosial, rekreasi dan budaya di
kalangan ahlinya.
 Menggalakkan atau mengatur apa-apa tindakan perusahaan yang sah, termasuk
mogok, tertakluk kepada peruntukan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Untuk mematuhi
semua undang-undang, khususnya peruntukan Akta Kesatuan Sekerja.
 Untuk menghalang mana-mana ahlinya daripada melaksanakan apa-apa tindakan
yang salah di sisi undangundang, sebagai contoh, mogok, kerja perlahan (‘go-slow’),
memboikot kerja lebih masa, dll.
 Untuk mentadbir dana Kesatuan dalam cara yang betul dan mengikut peraturan
Kesatuan.
 Untuk tidak memulakan, menggalakkan atau menganjurkan apa-apa mogok atau
tindakan perusahaan dalam bentuk yang lain tanpa mendapat persetujuan terdahulu,
melalui undian rahsia, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahlinya yang berhak
mengundi.

KEPENTINGAN AKTA PERINDUSTRIAN 1967


 Menerima pampasan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Bersama.
 Pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, sekiranya
pekerja tidak berpuas hati dengan tindakan pemberhentian yang dilakukan oleh
majikan ke atasnya.
 Pekerja-pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh
(Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) atau Perjanjian Bersama di
mana mereka tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan atau
budi bicara majikan berhubung jumlah pampasan yang akan diterima dan
 Pekerja boleh mendapat khidmat nasihat selanjutnya daripada Jabatan Perhubungan
Perusahaan yang berhampiran dengan tempat kerja pekerja berkenaan isu yang
berbangkit.

You might also like