You are on page 1of 1

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbandingan di antara pembelajaran koperatif dan
pembelajaran digital literasi dan sikap murid terhadap pencapaian matematik di
sekolah rendah . Domain kemahiran yang dikaji adalah koperatif (model STAD) dan
Digital Literasi ( KAHOOT) . Kemahiran – kemahiran ini diuji dalam matapelajaran
matematik tahun 4 di dua buah sekolah rendah di negeri Selangor. Selain itu, kajian
ini juga melihat perbezaan pencapaian murid dengan menggunakan dua pendekatan
pengajaran. Kajian ini berbentuk kajian eksperimental dan ia digunakan sebagai alat
kajian untuk mengutip data. Seramai 30 orang murid tahun 4 dari Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil, Serdang, dan 30 orang murid tahun 4 dari Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Kajang, Selangor telah dipilih sebagai responden kajian . Sistem
SPSS 22 digunakan untuk menganalisis data deskriptif dan inferensi dalam kajian ini.
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan menggunakan dua jenis
pendekatan pengajaran, sikap dan pencapaian murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Kajang berada pada tahap yang tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan
antara dua kaedah pengajaran di dalam kelas antara dua buah sekolah rendah . Secara
keseluruhannya, pendekatan pengajaran koperatif dengan sikap dan pencapaian
murid dalam matapelajaran matematik adalah kuat dan tinggi. Daripada kajian ini,
kaedah pengajaran koperatif menunjukkan nilai signifikan p<0.05, maka kaedah ini
adalah berkesan berbanding kaedah pengajaran digital literasi . Oleh itu , berdasarkan
kajian dan dapatan yang diperoleh mendapati pencapaian murid akan meningkat
dengan menggunakan kaedah pengajaran koperatif dalam pengurusan bilik darjah .

You might also like