You are on page 1of 1

Penghargaan

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus dengan
jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kita, Pn.
Soudamini yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada
saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan
bahan bantu mengajar ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah saya kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini
sehingga jayanya.

Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada murid yang saya pilih dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya kerana telah memberi kerjasama untuk
menghasilkan video tersebut. Juga tidak lupa berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana
banyak memberi sokongan dan dorongan serta wang ringgit dalam menghasilkan kerja
kursus ini. Sekiranya tanpa sokongan ibu bapa saya, mungkin tidak dapat saya
menyempurnakan kerja kursus saya dengan sempurnanya. Malah, jutaan terima kasih
kepada rakan sekelas saya kerana telah bertukar- tukar idea dan berkongsi maklumat dalam
kerja kursus ini sehinggalah berjaya menyiapkan kerja kursus ini.

You might also like