You are on page 1of 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3603

AMALAN PROFESIONAL

JURNAL REFLEKTIF

T1A4

NAMA : AHMAD RIZAL BIN AHMAD KAMAL

NO. METRIK : 730408065225001

NO.K/P : 730408-06-5225

NO. H/PONE : 013-9628538

NO EMAIL : rizalhadif@gmail.com

NAMA PEMBIMBING:

ENCIK KAMARUZAID BIN KARIM

EMAIL

kz_teknik@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN:

OUM CAWANGAN KUANTAN, PAHANG

SEPTEMBER 2013 SEMESTER 8


JURNAL REFLEKTIF

Pada praktikal kali ini saya telah mengajar mata pelajaran Vokasional iaitu Lukisan
Kejuruteraan modul ETN2012. Mata pelajaran lukisan kejuruteraan ini menjadi modul wajib
yang diambil oleh pelajar di Kolej Vokasional Kuantan bagi melayakkan mereka dianugerahkan
Sijil Kemahiran Malaysia. Pertama kali mengajar pelajar yang baru didedahkan dengan mata
pelajaran lukisan kejuruteraan ini saya telah mengalami perasaan yang gembira dan bersemangat
kerana mereka adalah pelajar pertama yang mengambil modul ini sejak sekolah ini di naik taraf
sebagai Kolej Vokasional selaras dengan dasar dan perkembangan kurikulum teknik dan
vokasional yang telah menjadi hala tuju negara untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam
bidang kemahiran ini. Pelajar yang masuk ke kolej vokasional ini merupakan pelajar yang dari
lepasan PT3 yang berkelayakan mengikut bidang yang ditawarkan kepada mereka. Bagi kurus
Teknologi Elektronik ini mereka yang memohon mestilah sekurang-kurangnya mendapat
kelulusan D dalam subjek Bahasa Melayu dan bagi subjek Kemahiran Hidup mendapat C.
Mereka yang memohon untuk memasuki ke Kolej Vokasional mestilah melalui temu duga yang
telah ditetapkan, mereka perlu mengikuti ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Matematik dan Bahasa Inggeris bagi memastikan mereka masih mengingati lagi pembelajaran
sebelum ini. Mereka seterusnya akan menghadiri sesi temu duga untuk menilai kemahiran serta
kebolehan mereka dalam bidang yang dipohon serta berkelayakan dalam kemahiran serta boleh
melakukan kerja serta mampu berdaya saing antara mereka. Saya berpengalaman mengajar
selama 20 tahun dalam bidang Teknologi Elektronik serta Lukisan Kejuruteraan dan saya yakin
dan percaya pengalaman yang ada dalam diri saya ini mampu membimbing pelajar dalam modul
ini dan dipraktikkan dari semasa ke semasa. Pelajar yang mengikuti pelbagai kursus di Kolej
Vokasional ini merupakan pelajar dari sekitar Daerah Kuantan dan daerah-daerah yang
berhampiran. Bagi kursus Teknologi Elektronik ini yang akan mengambil modul lukisan
kejuruteraan mereka telah mempunyai asas dalam lukisan geometri di sekolah lama mereka
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Walau bagaimanapun mereka mempunyai asas dan
pengalaman melukis lukisan geometri di sekolah lama mereka masih perlu lagi menambahkan
ilmu pengetahuan mereka dalam modul lukisan ini kerana dalam subjek Kemahiran Hidup
mereka hanya mempelajari hanya asas-asas sahaja dan tidak begitu mendalam mungkin kerana
kekangan waktu pembelajaran serta ketiadaan guru khusus dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan ini. Kurangnya pengalaman guru kemahiran hidup serta kekurangan latihan serta
penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
mereka di samping minat mereka dalam mata pelajaran lukisan ini tidak ada. Melalui kelas di
awal minggu pembelajaran saya telah mengajar di dalam kelas seramai 30 orang pelajar. Dalam
pemerhatian saya masih terdapat sebilangan pelajar yang masih keliru serta tidak dapat
menyiapkan tajuk lukisan ortografik berdasarkan lukisan isometric yang telah diberikan. Dalam
ujian yang telah saya jalankan saya dapati terdapat 8 orang pelajar yang memperoleh markah
yang terlalu rendah dalam setiap latihan yang telah dijalankan berbanding dengan 22 orang
pelajar yang mampu memperoleh markah maksimum dalam ujian ini. Sekiranya 8 orang pelajar
ini sukar memperoleh markah maksimum didikan, bimbingan serta tumpuan khusus harus
diberikan kepada mereka kerana ini mungkin akan mempengaruhi Peratus Lulus Kolej serta
Gred Purata Kelulusan Kolej keseluruhan. Pada pengamatan serta dapatan dari markah yang
mereka perolehi saya dapati mereka yang gagal memperoleh markah maksimum ini berpunca
dari pelajar ini sukar untuk mengimiginasi pandangan hadapan, pelan serta sisi pada objek
isometric yang telah diberikan. Mereka amat sukar untuk melihat arah pandangan isometric ini
serta mentafsir pandangan objek ini. Apabila pelajar melukis arah pandangan hadapan, pelan dan
sisi pelajar tidak dapat melukis dengan tepat dan betul mengikut arah pandangan serta ukuran
yang diberikan dalam lukisan ortografik sudut pertama dan sudut ketiga. Sekiranya sesuatu tidak
diambil tindakan ini akan mempengaruhi keputusan pelajar ini dalam peperiksaan akhir setiap
semester. Bagi mengatasi masalah ini saya perlu lebih kreatif dan inovatif mencari idea kaedah
yang sesuai dan mudah bagi pelajar memahami konsep pembinaan objek isometric dan melukis
pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan pelan dengan lebih mudah dan cepat serta
memperoleh markah yang tinggi. Bagi mengatasi masalah ini saya telah menjalankan kajian
mengenai kaedah pengajaran guru di dalam kelas dan melalui inovasi pengajaran yang telah saya
jalankan bagi membantu pelajar yang amat lemah ini untuk memperoleh markah yang tinggi
dalam setiap kali ujian yang telah dan akan dijalankan. Sehubungan dengan ini saya telah
membuat tindakan susulan dengan mereka satu inovasi pengajaran dan pembelajaran iaitu
dengan melaksanakan program mengatasi permasalahan pelajar dalam mengimiginasi objek
sebenar dalam topik Isometric dengan menggunakan “ Kaedah Warca ’’ di kalangan 8 orang
pelajar kelas 2 Etn Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional Kuantan. Kaedah “ Kaedah Warca
’’ ini direka dan dicipta untuk memudahkan pelajar mengimiginasi pandan hadapan, pandangan
pelan serta pandangan sisi pada objek isometric yang telah diberikan dan memindahkan setiap
pandangan ini ke lukisan ortografik dengan lebih mudah dan senang dengan berpandukan setiap
objek isometric ini telah diwarnakan dengan warna yang berbeza-beza pada setiap pandangan.
Dengan pengalaman yang ada pada diri saya yang telah mengajar selama hampir 20 tahun saya
telah dapat menyiapkan inovasi pengajaran dan pembelajaran ini dengan menggunakan bahan
pengajaran yang biasa digunakan iaitu polystrean, gam, kertas berwarna, pisau pemotong serta
jarum peniti bagi menyiapkan inovasi ini. Bahan yang digunakan ini memang terdiri dari bahan
sedia ada serta dari bahan amali yang lalu. Ini akan dapat menjimatkan kos dalam menyediakan
bahan inovasi ini. Saya telah menyediakan pelbagai bentuk atau objek isometric berwarna ini
dengan mudah dan cepat kerana bahan yang digunakan amat mudah dan cepat untuk disediakan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan didapati pelajar amat mudah untuk
mengimiginasi dengan tepat dan betul setiap arah pandangan hadapan, pandangan sisi serta
pandangan pelan melalui objek isometric yang berwarna ini. Komen serta pandangan pelajar
semasa saya menggunakan kaedah “ Kaedah Warca ’’ semasa pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas menujukkan sambutan serta pelajar lebih bersemangat dan dapat memahami dengan
lebih tepat dan pantas melalui kaedah ini. Pelajar yang tampil ke hadapan untuk melukis
pandangan ortografik dapat melakarkan setiap arah pandangan yang telah diberikan dengan lebih
cepat dan pantas. Ini menunjukkan pelajar dapat faham dengan lebih mudah dan senang dengan
menggunakan kaedah “ Kaedah Warca ’’. Melalui soalan-soalan latihan yang telah diberikan
kepada pelajar dengan kaedah inovasi yang baru ini menunjukkan pelajar dapat menyiapkan
setiap latihan yang telah diberikan dengan betul dan tepat. Ini membuktikan inovasi ini berjaya
menarik minat untuk menumpukan kepada tajuk isometric dengan kebolehan mereka
mengimiginasi setiap pandangan. Malah saya turut memberikan motivasi serta memberikan
peneguhan yang positif ( seperti jawapan yang tepat, bagus kerana berani mencuba dan dapat
menyiapkan latihan dalam masa yang pantas). Dengan peneguhan yang positif ini ia dapat
memberi satu kepuasan kepada pelajar kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-
kawan yang lain. Semasa kuiz atau latihan yang dijalankan guru perlu menjalankan pemantauan
setiap orang pelajar bagai memastikan permasalahan pelajar dalam menyelesaikan kuiz atau
latihan dapat diberikan bimbingan serta tunjuk ajar yang betul. Setiap kesalahan pelajar dapat
diperbetulkan dengan lebih betul dan cepat. Pemantauan yang dijalankan dapat membantu
memberikan semangat jika soalan yang dijawab amat sukar dan guru memberikan strategi lebih
mudah dalam menyelesaikan soalan dengan teknik yang betul. Semasa guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran, perancangan yang rapi dan tersusun perlu dirangka bagi
mengelakkan permasalahan yang timbul. Perancangan yang teliti perlu disusun dengan
sewajarnya. Perancangan yang teliti amat penting agar proses pengajaran di dalam kelas akan
merangsang minda dan menarik minat pelajar untuk memahami apa yang diajar oleh guru di
dalam kelas. Sambutan pelajar di dalam pengajaran di dalam kelas serta pemahaman yang jelas
akan memastikan latihan serta ujian yang dijalankan akan menghasilkan keputusan yang
memberangsangkan dan memperoleh markah yang tinggi. Perancang yang baik melibatkan
peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh
menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. Malah
aktiviti yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan adanya inovasi ini
pelajar mudah faham modul yang saya ajar di dalam kelas dan pelajar akan mendapat markah
semaksima mungkin dalan ujian yang dijalankan. Dengan inovasi ini saya akan lebih
bersemangat untuk mengajar dan akan mencipta kaedah inovasi yang pelbagai dalam modul-
modul yang seterusnya. Dengan inovasi yang lebih menjurus kepada pelajar untuk memahami
setiap pengajaran guru ianya perlu diteruskan dan memastikan pengajaran guru akan lebih
bermakna dan menarik. Di harap saya akan berjaya mengatasi masalah ini dengan berbatukan
kaedah “ Kaedah Warca ’’ ini. Guru yang berwibawa perlu merancang dengan rapi dan tersusun
yang melibatkan pengurusan masa yang sesuai dan penggunaan kaedah mengajar yang sesuai
kerana ianya mampu menarik minat serta penumpuan pelajar di dalam kelas di samping akan
mewujudkan pengajaran yang produktif dan berjaya. Aktiviti yang menarik yang guru gunakan
dapat memberikan penumpuan pelajar semasa berada di dalam kelas. Marilah kita melihat
bagaimana guru merancang pengajarannya. Sebelum guru merancang, beliau patut ikuti prinsip
merancang pengajaran menentukan apa yang hendak diajar, merancang bagaimana hendak
mengajar , mencari cara memudah cara pembelajaran dan pengurusan pembelajaran. Saya telah
berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga me-laksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik minat murid-murid dari sebelumnya.
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh demi kemajuan
pelajar saya. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea dan
kreativiti yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya
akan jadi lebih menarik lagi dan menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih
mendalam. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini dengan berbantukan inovasi “
Kaedah Warca ’’. Dalam melaksanakan tugasan HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL ini.
Tugasan T1A1 saya telah memilih tajuk Lukisan Kejuruteraan di mana dalam menyiapkan
sesuatu lukisan ini pelajar perlu memikir sesuatu objek yang hendak dilukis dengan lebih
mendalam barulah latihan lukisan dapat disiapkan dengan lengkap dan tepat. Saya telah
mencipta “ Kaedah Warca ’’ bai memudahkan pelajar untuk mengimiginasi sesuatu objek
dengan mudah melalui penggunaan warna yang berbeza pada setiap pandangan objek yang
diberikan. Melalui kaedah ini saya dapati pelajar lebih mudah untuk mengimiginasi setiap
pandangan dengan tepat serta dapat melukis pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan
pelan dengan mudah dan betul. Dalam tugasan T1A2 saya telah melakukan rakaman video
inovasi yang telah kami sedia dan rancang dalam tugasan T1A1 tadi. Sebelum rakaman video
dijalankan persiapan model inovasi perlu disiapkan serta membuat perancangan pemilihan waktu
pengajaran kelas saya yang bersesuaian dan tidak mengganggu kelas guru yang lain
memandangkan pelajar sekolah banyak mengikuti program kokurikulum yang telah dirancang.
Rancangan Pengajaran guru perlu disediakan terlebih dahulu agar pengajaran guru akan tersusun
dan terancang bagi menggelakkan pengajaran terganggu. Saya perlu memilih guru pembimbing
yang terdiri dari guru kanan yang berpengalaman dalam bidang saya. Saya perlu mendapat
pengesahan dan kebenaran dari Pengetua Kolej kerana ini ialah arahan yang telah ditetapkan
oleh pihak OUM. Dalam menghasilkan video bagi T1A2, banyak masalah yang terpaksa saya
tempuhinya terutama apabila melibatkan pengajaran dan pembelajaran bukan waktu kelas. Saya
terpaksa mengejar lapan orang pelajar bagi menyiapkan video ini. Ini kerana pada hujung bulan
satu, pelajar tahun satu baru mendaftar. Ini bermakna saya terpaksa mengambil pelajar pada
waktu awal bulan untuk melakukan praktikum ini. Malah ada juga pelajar saya yang terlibat
dengan program sekolah seperti latihan permainan sukan MSSD dan sebagainya. Namun saya
bersyukur saya dapat menyiapkan rakaman video ini pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
Respons dari semua guru dalam menyiapkan inovasi ini sungguh menggalakkan dimana rakan-
rakan sekerja menggalakkan saya untuk terus melakukan inovasi pengajaran pada masa akan
datang. Bagi menyiapkan secara keseluruhan tugasan HBEF3603 Amalan Profesional saya
mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada Tutor Pembimbing iaitu Encik Kamaruzaid
Bin Karim yang telah banyak membimbing saya dari permulaan tugasan iaitu dalam memilih
tajuk yang sesuai dalam proses menyiapkan Proposal Kajian Tindakan (HBEF2503). Tidak
dilupakan juga penghargaan kepada guru pembimbing saya di Kolej Vokasional Kuantan iaitu
Tuan Haji Muhamad Rafli Bin Abdul Rahim yang banyak memberi nasihat dan bimbingan
sepanjang saya merancang membuat rakaman video yang lebih kreatif dan inovatif serta dalam
pemilihan tajuk inovasi yang hendak dilaksanakan serta proses yang amat penting dalam
menyiapkan proposal kajian tindakan yang merupakan tunjang utama dalam perose menyiapkan
tugasan ini yang menjadi syarat utama untuk lulus cemerlang pengajian saya. Tampa bimbingan
serta nasihat yang berguna dari tutor kami tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dan lancar. Bimbingan dari guru kanan di kolej yang amat membantu saya
menyiapkan tugasan T1A1 dan T1A2, bimbingan serta nasihat yang amat berguna akan menjadi
sumber inspirasi saya untuk terus membuat inivasi dalam pengajaran saya. Bimbingan yang
berterusan dari tutor OUM serta guru kanan sekolah memudahkan saya menyiapkan tugasan saya
ini. Tidak dilupakan kepada Pengarah Kolej Vokasional Kuantan yang memberikan kebenaran
kepada saya untuk melaksanakan rakaman video semasa waktu pengajaran rasmi saya. Nasihat
dan semangat serta galakan dari Pengarah Kolej memberi peransang dan galakan kepada saya
untuk terus menghasilkan inovasi pengajaran ini. Seterusnya saya perlu menyiapkan laporan
praktikum, banyak yang harus saya teliti termasuk aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan dan
juga soalan-soalan kuiz dan latihan turut dilihat. Walaupun laporan praktikum, agak sukar
disiapkan kerana banyak item yang harus diberi tapi akhirnya saya dapat menyiapkan dan hantar
kepada pembimbing. Masa yang diberi cukup untuk menyiapkan laporan, kini hanya menunggu
masa untuk menyiapkan Kajian Tindakan HBEF4303. Semoga saya berjaya menghabis
pembelajaran saya di Universiti Terbuka Malaysia dengan jayanya.

( 2197 patah perkataan)

You might also like