You are on page 1of 1

Konsep tolak

1. 1. Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Ini kerana operasi tambah
melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set, sedangkan operasi Tolak pula
berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set kepada set-set yang
kecil. Pendek kata operasi tolak merupakan proses songsangan (menterbalikkan )
operasi tambah.
2. 2. Bermula dengan sesuatu set. Kemudian mengeluarkan satu subset daripada set
berkenaan Di dalam sebuah bikar, terdapat 7 biji guli. 3 biji guli dikeluarkan dari bikar.
Berapa biji guli yang tinggal di dalam bikar?
3. 3. Dua set yang berasingan diberi. Kemudian menyusun semula serta padankan set
pertama dengan set kedua. Ahli yang tidak ada pasangannya dikenali baki atau beza.
4. 4. Dalam sebuah taman rama-rama terdapat 10 ekor rama-rama dan 6 kuntum bunga.
Berapa banyakkah rama-rama dari kuntum bunga
5. 5. Bermula dengan satu set. Kemudian perlu tambah berapa lagi supaya dapat set
keseluruhan. Saya ada 8 ekor ayam dalam sebuah kandang yang boleh menampung 12
ekor ayam. Berapa ayam lagi saya boleh masukkan ke dalam kandang. Contoh
6. 6. Dalam konsep tambah, dua set objek dicantumkan untuk menghasilkan satu set yang
lebih besar,kemudian bilangan objek dalam set baru ditentukan. Jika kita bermula dengan
set yang besar dan mengasingkannya kepada dua set serta mencari berapa banyak
objek dalam setiap set itu, inilah operasi tolak. Proses yang terlibat disini ialah
songsangan proses untuk tambah.
7. 7. 5 3 5 3 Cantumkan Tambah Asingkan Tolak 5 + 3 = 8 kanankiri 8 - 5 = 3 8 - 3 = 5
8. 8. Maka bagi setiap ayat Matematik bagi tambah terdapat dua ayat matematik bagi tolak
5 + 3 = 8 8 - 3 = 5 8 - 5 = 3 3 85 Tolak 5 5 83 Tolak Tambah 3 Tambah Perkaitan antara
operasi tambah dan operasi tolak
9. 9. + 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4 7 Perkenalkan ini. 4 + 3 = Tambah Sama dengan
10. 10. + 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4 7 Sama dengan Tolak 7 - 3 = 4
11. 11. + 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4 7 Sama dengan Tolak 7 - 4 = 3
12. 12. Dalam konsep ini ahli-ahli dalam sesuatu set tidak dikeluarkan tetapi perlu
diubahsuaikan kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Konsep set pelengkap
biasanya dikaitkan dengan model ini. (Objek tidak diasingkan, tidak dibandingkan dan
tidak ditambah. Objek dalam set berkekalan tetapi boleh dikumpulkan mengikut sesuatu
yang diberi. Lepas itu murid perlu mengira pelengkap set. Set pelengkapSet berkenaan
Terdapat 5 buah kereta dalam satu tempat letak kereta. 2 buah kereta ialah kereta sport
dan yang lain ialah van. Berapakah buah kereta van? Contoh
13. 13. Aktiviti-aktiviti untukAktiviti-aktiviti untuk memupuk Konsep Penolakanmemupuk
Konsep Penolakan 1.1 Konsep : Mengambil Keluar atau Pengasingan. Dalam aktiviti
untuk konsep ini murid-murid akan: * mengambil serta membilang objek-objek yang
konkrit (satu- satu,dua-dua dan sebagainya) untuk menjadi satu set objek. * membilang
serta mengeluarkan beberapa objek dari sesuatu set berkenaan. * membilang objek yang
tertinggal ( dalam satu-satu, dua-dua dan sebagainya) ketika tamat proses pengasingan.
* menyatakan secara lisan dalam bahasa komunikasi keseluruhan proses yang telah
berlaku, seperti “ Tujuh diasingkan tiga tinggal empat” “ Tujuh kurang tiga bakinya empat”

You might also like