You are on page 1of 2

PERLEMBAGAAN

(PERSATUAN MEMBACA)

FASAL 1. NAMA
Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Membaca atau ringkasnya disebut
sebagai PM di dalam Perlembagaan ini.

FASAL 2. OBJEKTIF DAN FUNGSI


2.1 Objektif Kelab antaranya seperti berikut:
(a) untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan membaca di kalangan ahli-ahli;
(b) untuk mempromosi dan meningkatkan minat membaca di kalangan
ahli-ahli;
(c) untuk mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang
2.2 Fungsi Kelab antaranya seperti berikut:
(a) mewujudkan dan memberi kesedaran kepada ahli tentang
kepentingan membaca;
(b) memperoleh perincian-perincian atau fakta-fakta.
(c) memperoleh informasi untuk laporan lisan atau tertulis,
(d) mengendali program dan pertandingan untuk ahli;
(e) memastikan perlembagaan dan peraturan persatuan dipatuhi dan
diikuti oleh semua ahli;
(f) memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi
tahun kewangan sebelumnya disediakan;

FASAL 3. KEAHLIAN
Keahlian Kelab ini terbahagi kepada kategori berikut:
3.1 Ahli Individu
Terdiri daripada Individu-individu yang berumur :
a) 7 hingga 9 tahun (Kategori I)
b) 10 hingga 12 tahun (Kategori II)
FASAL 4. YURAN KEAHLIAN

4.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 3 per


individu bagi membiayai segala peruntukan persatuan.
4.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun
kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan akan
ditanya sebab tentang kegagalan pembiayaian tersebut.
4.3 Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli
semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran
yuran pendaftaran dan penalti sebanyak RM 7.
FASAL 5. PERMOHONAN MENJADI AHLI
5.1 Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi
borang dan dikemukakan kepada Setiausaha.
FASAL 6. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
6.1 Semua ahli mempunyai hak dan kesitimewaan seperti berikut:
(a) berhak untuk menyertai segala kegiatan yang dianjurkan oleh
Persatuan ini;
(b) berhak menerima dengan percuma satu salinan perlembagaan Kelab
semasa pendaftaran dan diberi sekali sahaja; dan

6.2 Tiap-tiap ahli hendaklah mengakui dan bersetuju untuk mematuhi:


(a) perlembagaan dan peraturan Persatuan;
(b) segala bidang kuasa Persatuan ini

You might also like