You are on page 1of 8

Warta Kerajaan

S E R I PAD U K A B A G I N D A

DITERBITKAN DENGAN KUASA

HIS MAJESTY’S GOVERNMENT GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil.42 21hb Mei 1998 TAMBAHAN NO.41


No.11 PERUNDANGAN (A)

P.U. (A) 196

AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN–PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendi- Akta 550
dikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Nama dan mula


Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa berkuat kuasa
pada 21 Mei 1998.

2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan Pemakaian


sekolah bantuan kerajaan.

3. Dalam Peraturan-Peraturan ini:- Tafsiran

“guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam Perkhidmatan


Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk me-
ngurus sekolah;

“jawatankuasa “ ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih


untuk menjalankan tugas peraturan sekolah;

“penasihat” ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua
untuk memberi nasihat kepada persatuan sekolah;

“persatuan sekolah” ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan


guru sekolah.
Penubuhan 4. Guru besar atau pengetua, setelah menerima permohonan secara
persatuan
bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang
sekolah
berikut:-

(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang di-


nyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan ) 1997:

(b) Hobi dan rekreasi;

(c) Sukan dan permainan;

(d) Badan beruniform; atau

(e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Laporan 5. (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan


secara bertulis kepada guru besar atau pengetua, laporan yang lengkap
mengenai perkara-perkara yang berikut:

(a) perlembagaan dan peraturan persatuan

(b) senarai ahli jawatankuasa persatuan dan

(c) senarai aktiviti utama persatuan

(2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari
mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan
yang ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan ini berkuatkuasa, dalam
tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut.

(3) Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan


oleh guru besar atau pengetua.

Perubahan 6. (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan


dalam secara bertulis kepada guru besar atau pengetua, laporan yang lengkap
perlembagaan mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan,
dan persatuan-
persatuan jawatankuasa atau ahli persatuan.
sekolah
(2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas
hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat dan hendaklah
disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan yang
berkenaan.

(3) Guru besar atau pengetua boleh, menerima atau enggan untuk
menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan. (1)

7. Guru besar atau pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan


Rekod persatuan
sekolah
supaya disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam
tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini
dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.
8. Guru besar atau pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa
Penasihat
orang guru untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat
bagi setiap persatuan sekolah dan guru besar atau pengetua ini hendaklah
menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis
tentang maklumat itu dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh
Pendaftar.

9. (1) Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah Akaun


kawalan / guru besar atau pengetua atau penasihat.

(2) Guru besar atau pengetua hendaklah menyimpannya di bawah


jagaanya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-
tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh
Pendaftar.

(3) Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap persatuan sekolah
hendaklah mendapat kelulusan guru besar atau pengetua.

10. Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasanya Mesyuarat


hendaklah dihadiri oleh penasihat dan mana-mana guru lain yang telah
dilantik oleh guru besar atau pegetua bagi maksud itu.

11. Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh, mengarah mana-mana Pematuhan
persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, pengurusan
keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu. persatuan
sekolah dsb.

12. (1) Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh secara bertulis Pembubaran
mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati persatuan
bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:-

(a) yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid

(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingkan Malaysia


atau awam

(c) yang memudaratkan kepentingan murid; atau

(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini

(2) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau


peraturan 10 hendaklah disiarkan dengn menampalkan suatu salinan
mengenainya di papan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang
boleh dilihat di premis sekolah.
Pembatalan.
13. Peraturan-peraturan Di Bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952
dibatalkan.

Dibuat 8 April 1998


(KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. IV (25);PN (PU) 569)

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK,


Menteri Pendidikan
PERLEMBAGAAN *KELAB
( *Persatuan / Perkhidmatan, Pasukan Beruniform dan Kelab Sukan.)

Perkara 1: Nama Dan Alamat Kelab

1.1. Nama Kelab .........................................................................................

..............................................................................................................

Perkara 2: Tujuan

2.1. Tujuan Am:

2.1.1. Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengem-bangkan potensi


secara seimbang dan menyeluruh dalam setiap aspek, dari segi jasmani,
rohani, emosi, intelek dan sosial.

2.1.2. Pemupukan unsur-unsur nilai, kepimpinan dan sahsiah.

2.1.3. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada keadaan sebenar agar


setiap pelajar dapat menfaatkannya dalam kehidupan seharian.

2.1.4. Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang terancang dan berfaedah.

2.1.5. Mempertingkatkan keyakinan diri dan disiplin para pelajar.

2.2. Tujuan Khusus ( senaraikan )


( Berdasarkan kepada objektif penubuhan Kelab )

Perkara 3: Keahlian

3.1. Dibuka kepada semua pelajar di Sekolah ...........................................

3.2. Mereka mestilah menerima dan bersetuju berpegang kepada perlembagaan ini
dan akan mengambil bahagian cergas men-jayakan tujuan-tujuan kelab ini.

Perkara 4: Mesyuarat Agung Tahunan

4.1. Pemilihan Jawatankuasa ( AJK )

4.1.1. Perlantikan Jawatankuasa mesti dipilih melalui satu Mesyuarat Agung


Tahunan.

4.1.2. Pemilihan hendaklah melantik jawatan-jawatan berikut:-

4.1.2.1. Pengerusi.
4.1.2.2. Naib Pengerusi.
4.1.2.3. Setiausaha.
4.1.2.4. Penolong Setiausaha.
4.1.2.5. Bendahari.
4.1.2.6. Penolong Bendahari.
4.1.2.7. Ahli Jawatankuasa ( Wakil Tingkatan / Tahun )

4.1.3. Nama-nama untuk setiap jawatan di atas hendaklah di-cadangkan,


disokong dan diundi.

4.1.4. Perlantikan boleh dibuat secara undi sulit atau terbuka.

4.1.5. Jika berlaku kekosongan jawatan, Guru Penasihat berhak melantik


pengganti di kalangan ahli biasa dengan persetuju-an AJK.

4.2. Membentangkan Penyata Kewangan Tahunan.

Perkara 5: Mesyuarat Agung Tergempar

Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan jika perlu oleh jawatankuasa atau dengan
permintaan ahli-ahli kelab.

Perkara 6: Mesyuarat Jawatankuasa

Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh Guru
Penasihat dan mana-mana guru lain yang telah dilantik oleh Guru Besar atau Pengetua
bagi maksud itu.

Perkara 7: Yuran

Kadar yuran dan tempoh boleh ditetapkan dalam Mesyuarat Agung ( Tertakluk
kepada persetujuan Guru Besar / Pengetua.)

Perkara 8: Laporan

8.1. Jawatankuasa tiap-tiap kelab sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis


kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai perkara-
perkara berikut;

8.1.1. Perlembagaan dan peraturuan.


8.1.2. Senarai ahli jawatankuasa persatuan dan
8.1.3. Senarai aktiviti utama persatuan.

8.2. Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula
berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal kelab yang ditubuhkan
selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa dalam tempoh empat belas hari
selepas mesyuarat pertama kelab tersebut.
8.3. Perlembagaan dan peraturan kelab sekolah hendaklah diluluskan oleh Guru
Besar atau Pengetua.

Perkara 9: Perubahan Dalam Perlembagaan Dan Peraturan Jawatankuasa Sekolah


9.1. Jawatankuasa tiap-tiap kelab sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis
kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa
perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli kelab.

9.2. Laporan ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh
yang laporan tentang perubahan ini dibuat dan hendaklah disahkan dengan
tanda tangan pengerusi dan setiausaha kelab yang berkenaan.

9.3. Guru Besar atau Pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima
perubahan yang dinyatakan dalam Perkara 9.1.

Perkara 10: Rekod Kelab Sekolah

Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya di-simpan
satu rekod tentang ahli-ahli kelab sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas
berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan
oleh Pendaftar.

Perkara 11: Penasihat

Guru Besar atau Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untuk
bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap kelab sekolah dan
Guru Besar atau Pengetua itu hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya
disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah sedia ada bagi
pemeriksaan oleh Pendaftar.

Perkara 12: Peranan Jawatankuasa

12.1. Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan aktiviti-aktiviti Kelab.

12.2. Jawatankuasa bertanggungjawab membuat keputusan atas perkara-perkara


mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar dari Perlem-bagaan ini dan
dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.

12.3. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam satu


tahun.

12.4. Ahli jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat jawatankuasa dua kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan digugurkan dan dianggap
sebagai telah meletak jawatan.

Perkara 13: Tugas-Tugas Jawatankuasa

13.1. Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua


mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah
menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bersama dengan Guru
Penasihat bila telah diluluskan.

13.2. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.


13.3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja kelab mengikut peraturan kelab.
Beliau bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan
semua dokumen kecuali dokumen kewangan. Beliau hendaklah hadir di dalam
semua mesyuarat dan membuat catatan.

13.4. Penolong Setiausaha bertanggungjawab membantu Setiausaha men-jajalankan


tugas dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

13.5. Bendahari bertanggungjawab di atas semua hal kewangan Kelab dan


bertanggungjawab di atas kebetulannya.

13.6. Wakil Tingkatan adalah ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab berkenaan


semua hal ahli jawatankuasa yang lain dan hal keahlian tingkatan berkenaan.

Perkara 14: Kewangan

14.1. Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang


ini, wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Kelab, termasuklah belanja pentadbiran.

14.2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada


RM ............... pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah ini mestilah
diserahkan di dalam tempoh tujuh hari kepada Guru Penasihat.

14.3. Segala pengeluaran wang daripada kira-kira Kelab hendaklah ditanda-tangani


bersama oleh Pengerusi ( atas ketiadaannya oleh Naib Pengerusi dan
Seiausaha ( atas ketiadaannya oleh Penolong Setiausaha )

14.4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM ........... bagi sesuatu masa tidak boleh
dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan
perbelanjaan yang lebih daripada RM............ bagi sebulan tidak boleh dilakukan
tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

14.5. Penyata dari wang diterima dan dibelanja beserta imbangan kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Guru Penasihat dan
Pemeriksa Kira-Kira dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun
kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah di-kemukakan
untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan-salinannya
hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli Kelab.

14.6. Tahun kewangan bermula pada 1 Januari hingga 31 Oktober tahun berkenaan.

Perkara 15: Pematuhan Pengurusan Kelab Sekolah dsb.

Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh mengarah mana-mana kelab sekolah
mematuhi peraturan tentang pengurusan aktiviti, keahlian atau yang selainnya
berkenaan dengan kelab itu.

Perkara 16: Pemeriksa Kira-Kira


16.1. Dua orang ahli yang bukan jawatankuasa Kelab boleh dilantik di- dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Bagi Sekolah Rendah,
Pemeriksa Kira-Kira mestilah terdiri daripada guru. Mereka akan memegang
jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.

16.2. Pemeriksa-Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab


bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung.

Perkara 17: Pembubaran Kelab

17.1. Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh secara bertulis mengarah mana-
mana kelab sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa kelab itu digunakan
bagi maksud;

a. yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid.


b. Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia dan
awam.
c. yang memudaratkan kepentingan murid, atau
d. yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

17.2. Sekiranya Kelab hendak dibubarkan maka segala hutang tanggungan Kelab
yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang
tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam
Mesyuarat Agung.

You might also like