You are on page 1of 1

Pakej Pembelajaran m-TRUNKING untuk Pemasangan

dan Pendawaian Elektrik

Nurul Atika Binti Amat Badri


atikabadri91@gmail.com

ABSTRAK

Pembelajaran secara mobile adalah suatu konsep pembelajaran yang memudahkan pelajar
kerana ianya boleh digunakan di mana sahaja tanpa terikat masa dan tempat. Pakej
pembelajaran m-TRUNKING dibangunkan bertujuan sebagai bahan sokongan pembelajaran
untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Objektif yang digariskan
di dalam kajian ini adalah (i) membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk
kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303), (ii) menilai kesesuaian elemen
yang terdapat di dalam pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus Pemasangan Dan
Pendawaian Elektrik (BBV 20303) dan (iii) mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap pakej
pembelajaran m-TRUNKING dijadikan bahan sokongan pembelajaran untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Model ADDIE digunakan sebagai
metodologi dalam pembangunan m-TRUNKING. Seramai 4 orang pakar daripada bidang
yang berbeza iaitu 2 orang pakar daripada bidang elektrik dan 2 orang pakar daripada bidang
multimedia diperlukan. Bagi pelajar pula, seramai 30 orang diperlukan sebagai responden
dan ianya terdiri daripada pelajar jurusan elektrik dan elektronik yang mengambil kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Borang soal selidik digunakan sebagai
kaedah pengumpulan data dan ianya dianalisis menggunakan statistic packages for the social
science (SPSS) versi 21. Hasil dapatan yang diperolehi dipaparkan dalam bentuk graf bar dan
dinilai menggunakan peratusan. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan nilai
Cronbach’s alpha sangat reliable bagi pakar dan pelajar iaitu 0.928 dan 0.823. Hasil dapatan
penilaian juga menunjukkan m-TRUNKING menggandungi elemen yang bersesuaian seperti
penggunaan teks, video, animasi dan grafik serta dapat diterima oleh pelajar sebagai bahan
sokongan dalam pembelajaran.

You might also like