You are on page 1of 2

Pendahuluan

Laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini menyebut bahawa 30 pasangan Malaysia
berkahwin setiap hari di Thailand dan kajian juga menunjukkan poligami menyumbang 12
peratus kepada kes-kes penceraian dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kedua-dua
berita ini adalah sesuatu yang mendukacitakan terutama sekali memandangkan telah terlalu
banyak langkah dibuat oleh kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan dalam usaha
memantapkan kesejahteraan institusi keluarga di negara ini. Secara umumnya terdapat dua
bentuk perkahwinan iaitu monogami dan poligami. Monogami adalah perkahwinan antara
seorang lelaki dan perempuan manakala poligami pula berasal dari perkataan Greek
“Polugamus” yang bererti berkahwin. Poligami bolehlah didefinisikan sebagai seorang lelaki
yang berkahwin atau mempunyai lebih daripada seorang isteri yang sah pada satu masa yang
sama. Dalam bahasa Arab disebut sebagai “Ta’addud al-Zawjat”. (Ahmad, 2016).

Poligami merupakan satu isu dalam perkahwinan yang hangat apabila dibahaskan dalam
Islam dan isu yang amat sensitif dalam kalangan sesetengah golongan khususnya wanita
sehinggakan ada sesetengah NGO (Non-Government Organisation) menubuhkan satu
pertubuhan aktivis untuk memperjuangkan hak-hak wanita iaitu SIS (Sister in Islam). Namun
sebenarnya masih ramai yang tidak memahami konsep poligami yang sebenar dan masih
ramai yang tidak memahami aplikasi undang-undang poligami yang dilaksanakan di Malaysia.
Ramai yang masih berselindung di sebalik Isu “Sunah Nabi” dan mendapat Payung Emas di
Syurga nanti”. Walau bagaimanapun, Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia
dan selalu terjun dalam suatu realiti, mendidik dan menjauhkan dari sikap yang tidak diingini.
Begitulah yang kami perhatikan dalam masalah perkahwinan, demi kepentingan manusia baik
secara individu mahupun masyarakat. Islam membolehkan kahwin lebih dari seorang tetapi
tidak lebih daripada empat. Kebanyakan umat-umat dahulu dan agama-agama sebelum Islam
membolehkan kahwin tanpa batas yang kadang-kadang hingga sepuluh orang wanita, bahkan
ada yang sampai seratus dan berarus-ratus tanpa suatu syarat dan ikatan. Maka setelah
datangnya Islam, perkahwinan lebih dari seorang ini diberi batas dan bersyarat.

Persoalannya, mengapakah masyarakat salah faham terhadap konsep poligami dalam Islam
dan adakah hukum berpoligami dalam agama Islam itu Harus? Persoalan ini amat kritikal
untuk dijawab kerana isu ini membabitkan isu yang sensitif terhadap setengah golongan
masyarakat terutamanya golongan wanita yang tidak mahu dimadukan. Tambahan pula, isu
berpoligami ini selalu dikaitkan dengan sikap lelaki yang mahukan bermadu tetapi tidak adil
di dalam pembahagian nafkah zahir mahupun batin terhadap isteri-isterinya. Persoalan ini
bukanlah suatu yang mudah untuk dibahaskan mahupun di rungkai kerana isu ini telah banyak
dipertikaikan oleh golongan yang berfahaman liberal dan sewenang-wenangnya menyatakan
poligami ini adalah satu langkah untuk lelaki melepaskan nafsu seks terhadap wanita.
Kenyataan ini adalah tidak benar kerana Islam telah menggariskan syarat-syarat yang
bertepatan dengan syariat untuk kaum lelaki berpoligami dan mana mungkin syariat Islam
terpesong dengan kehendak manusia sendiri.

Artikel ini memberikan penjelasan terhadap permasalahan salah faham masyarakat Islam dan
bukan Islam mengenai konsep poligami dalam perkahwinan Islam melalui metode
perpustakaan dengan mengumpul artikel-artikel berkenaan salah faham terhadap konsep
poligami dalam Islam. Artikel ini akan dibahagikan kepada tiga Bahagian iaitu Bahagian 1
berkenaan salah faham masyarakat terhadap konsep poligami dan golongan yang menentang
konsep poligami, bahagian 2 mengenai konsep poligami dalam Islam dan syarat-syarat
poligami dalam Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/integriti-dalam-berpoligami-

1.277844#ixzz5ZvFDgi7j

© Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like