You are on page 1of 14

Salah Faham Terhadap Konsep Perkahwinan Poligami dalam Islam

Disediakan oleh:
Amaliza Khairunisa bt Kosat,
Nur Amalina bt Mat Yajid,
Norshahira bt Ibrahim,
Nur Syafiqah Radhiah bt Abdul Sahir,
Siti Nur Amirah bt Yusoff.

Abstrak
Istilah perkahwinan poligami tidaklah asing lagi dalam masyarakat hari ini malah ianya
merupakan isu yang hangat diperkatakan serta sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat
Islam hari ini melakukannya yang mana ianya sudah berjalan seiring perjalanan sejarah umat
manusia, sehingga poligami bukanlah suatu tradisi baru yang muncul tiba-tiba saja. Penulisan dan
kajian tentang perkahwinan poligami bukanlah sesuatu yang baru lagi dalam dunia perundangan
Islam. Isu yang dibahaskan kebanyakannya berkaitan tentang sudut perbahasan hukum, sejarah
poligami, pertentangan Barat terhadap amalan poligami, Undang-undang Keluarga Islam di negara-
negara Islam dan juga amalan poligami dalam sesebuah masyarakat Islam. Islam adalah agama
yang syumul, amat menitikberatkan semua perihal dalam aspek kehidupan manusia meliputi dari
segi ibadah, siasah, ekonomi, muamalat dan juga munakahat. Poligami merupakan aspek yang
termasuk dalam kategori fiqh munakahat dalam pensyariatan hukum Islam. Poligami bermaksud
perkahwinan yang melebihi daripada seorang isteri dalam waktu yang bersamaan. Perkataan seerti
kepada poligami adalah monogami. Namun begitu, isu poligami ini sering dijadikan polimik dalam
masyarakat sehinggakan ia telah menimbulkan ketegangan di antara pihak-pihak tertentu malah
ada yang mengatakan bahawa poligami ini tidak relevan untuk diguna pakai di dalam Islam.

Abstract
The term polygamy marriage is no stranger to today's society but it is actually an issue that
is often discussed and it has become a habit in Islamic society today to do so that it has even gone
along the course of human history, so polygamy is not a new trend that appears suddenly . Writing
and study of polygamous marriage is not new in the world of Islamic law. The issues discussed are
mainly related to the angle of legal debate, the history of polygamy, the West's opposition to the
practice of polygamy, Islamic Family Law in Islamic countries and also the practice of polygamy in
an Islamic society. Islam is a symmetrical religion, emphasizing all aspects of human life which
include worship, religion, economy, muamalat and even humor. Polygamy is an aspect included in
the category of fiqh which is in Islamic law. Polygamy means marrying more than one wife at the
same time. The word saw polygamy as monogamous. However, the problem of polygamy is often
used as a polymic in society which has caused tension between certain parties but some say that
polygamy is not relevant to be applied in Islam.

Kata kunci: poligami, individu yang menentang, konsep poligami dalam Islam
PEGENALAN
Islam merupakan agama yang sempurna dari segi aspek kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir masyarakat Islam yang kurang ilmu pengetahuan
agama dan mudah terikut dengan fahaman yang liberal. Mereka menentang dan mempertikaikan
hukum syariat yang terdapat di dalam agama Islam itu sendiri sehinggakan mereka tersalah tafsir
dan salah faham terhadap Islam itu sendiri dari segi konsep Jihad, Hak Kedudukan wanita, Zakat
dan tidak terlepas pandang juga terhadap konsep Poligami yang dititikberatkan di dalam
perkahwinan dalam Islam.
Tambahan pula, isu Islam phobia yang semakin meluas di kalangan orang bukan terutama
di Eropah juga membawa salah faham mereka terhadap agama Islam menjadikan mereka
menentang ajaran Islam yang masuk ke negara mereka mahupun di negara lain yang majoritinya
bukan Islam tidak mahu ajaran Islam berkembang sejajar dengan agama mereka. Sebagaimana
Firman Allah s.w.t dalam surah Ali- Imran Ayat 7:

(٧)…‫فَأ َ َّما الَّذِينَ فِي قُلُوبِ ِه ْم زَ ْي ٌغ فَيَتَّبِعُونَ َما تَشَابَهَ ِم ْنهُ ا ْبتِغَا َء ْال ِفتْنَ ِة َوا ْبتِغَا َء ت َأ ْ ِوي ِل ِه‬

Maksudnya: “Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, mereka
akan menuruti sesuatu yang mengelirukan dengan tujuan menimbulkan fitnah dan dengan
tujuan menyelewengkan pentafsirannya.”

(Surah Ali-Imran: ayat 7)


Maka jelaslah salah faham mereka terhadap Islam membawa kepada kesesatan diri mereka dalam
mencari kesempurnaan Agama Islam yang sebenar jika mereka terus dalam kancah golongan yang
berfahaman liberal dan tidak mengambil pengetahuan dalam agama Islam yang sempurna.
Tambahan pula, Allah s.w.t mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan dengan
mengurniakan dua unsur iaitu rohani dan jasmani. Terdapat dua sifat dalam diri manusia iaitu
cenderung untuk mentaati perintah Allah s.w.t dan satu lagi adalah cenderung kepada hawa nafsu
semata-mata (Kasimin, 1993). Berlainan dengan makhluk ciptaan yang lain seperti binatang dan
tumbuh-tumbuhan, tidak dikurniakan akal tambahan pula pilihan tidak diberikan untuk melakukan
sesuatu perkara. Keistimewaan tersebut hanyalah dikurniakan kepada sebaik-baik ciptaan. Oleh
sebab itu, manusia dipilih untuk menjadi khalifah yang akan mentadbir bumi. Walau bagaimanapun,
cabaran sebagai manusia yang hidup pada akhir zaman amat mencabar. Ada yang boleh
menanganinya dengan baik begitu juga sebaliknya.
Bagi membangunkan masyarakat yang cemerlang, ia bermula dengan kehidupan
kekeluargaan. Sebagai permulaan untuk membina keluarga sempurna, mestilah berlakunya sebuah
perkahwinan. Walaupun begitu, Allah s.w.t telah memberi keizinan kepada lelaki untuk berkahwin
lebih daripada satu, dengan kata lain ia dikenali sebagai poligami tetapi boleh dilakukan apabila
syarat-syarat telah dilaksanakan tetapi terdapat beberpa tertentu sama ada secara individu atau
berkumpulan. Sejarah membuktikan bahawa poligami ini tidak dilarang sejak zaman masihi lagi,
penganut agama Kristian yang benar-benar mengikutajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s
menghalalkan poligami bahkan ia termaktub dalam kitab Taurat secara rasmi (Romli, 2016). Hal ini
menunjukkan bahawa agama Ialam bukanlah membawa ajaran yang tidak pernah dilakukan oleh
manusia tetapi datang untuk memperelokkan ajaran yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, poligami merupakan saesuatu perkara yang sering dibicarakan oleh
masyarakat lebih-lebih lagi kaum lelaki. Akan tetapi penyelesaian terhadap isu ini masih berada
dalam keadaan samar-samar dan tidak memuaskan. Akibatnya timbul pelbagai perdebatan yang
tiada kesudahan (Wartini, 2013) lebih-lebih lagi perdebatan yang tidak berlandaskan syariat Islam.
Keburukkan akan sentiasa menyebelahi agama Islam, kononnya ia menindas kaum wanita,
meletakkan maruah wanita di tempat yang tidak sepatutnya serta melebihkan kaum lelaki kerana
setiap tindak-tanduk isteri perlukan keiizinan suami apabila berlaku salah faham terhadap konsep
poligami dalam agama Islam.

Pendahuluan
Laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini menyebut bahawa 30 pasangan Malaysia berkahwin
setiap hari di Thailand dan kajian juga menunjukkan poligami menyumbang 12 peratus kepada kes-
kes penceraian dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kedua-dua berita ini adalah sesuatu yang
mendukacitakan terutama sekali memandangkan telah terlalu banyak langkah dibuat oleh kerajaan
melalui agensi-agensi berkaitan dalam usaha memantapkan kesejahteraan institusi keluarga di
negara ini. Secara umumnya terdapat dua bentuk perkahwinan iaitu monogami dan poligami.
Monogami adalah perkahwinan antara seorang lelaki dan perempuan manakala poligami pula
berasal dari perkataan Greek “Polugamus” yang bererti berkahwin. Poligami bolehlah didefinisikan
sebagai seorang lelaki yang berkahwin atau mempunyai lebih daripada seorang isteri yang sah pada
satu masa yang sama. Dalam bahasa Arab disebut sebagai “Ta’addud al-Zawjat”. (Ahmad, 2016).
Poligami merupakan satu isu dalam perkahwinan yang hangat apabila dibahaskan dalam
Islam dan isu yang amat sensitif dalam kalangan sesetengah golongan khususnya wanita
sehinggakan ada sesetengah NGO (Non-Government Organisation) menubuhkan satu pertubuhan
aktivis untuk memperjuangkan hak-hak wanita iaitu SIS (Sister in Islam). Namun sebenarnya masih
ramai yang tidak memahami konsep poligami yang sebenar dan masih ramai yang tidak memahami
aplikasi undang-undang poligami yang dilaksanakan di Malaysia. Ramai yang masih berselindung
di sebalik Isu “Sunah Nabi” dan mendapat Payung Emas di Syurga nanti”. Walau bagaimanapun,
Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan selalu terjun dalam suatu realiti,
mendidik dan menjauhkan dari sikap yang tidak diingini. Begitulah yang kami perhatikan dalam
masalah perkahwinan, demi kepentingan manusia baik secara individu mahupun masyarakat. Islam
membolehkan kahwin lebih dari seorang tetapi tidak lebih daripada empat. Kebanyakan umat-umat
dahulu dan agama-agama sebelum Islam membolehkan kahwin tanpa batas yang kadang-kadang
hingga sepuluh orang wanita, bahkan ada yang sampai seratus dan berarus-ratus tanpa suatu
syarat dan ikatan. Maka setelah datangnya Islam, perkahwinan lebih dari seorang ini diberi batas
dan bersyarat.
Persoalannya, mengapakah masyarakat salah faham terhadap konsep poligami dalam Islam
dan adakah hukum berpoligami dalam agama Islam itu Harus? Persoalan ini amat kritikal untuk
dijawab kerana isu ini membabitkan isu yang sensitif terhadap setengah golongan masyarakat
terutamanya golongan wanita yang tidak mahu dimadukan. Tambahan pula, isu berpoligami ini
selalu dikaitkan dengan sikap lelaki yang mahukan bermadu tetapi tidak adil di dalam pembahagian
nafkah zahir mahupun batin terhadap isteri-isterinya. Persoalan ini bukanlah suatu yang mudah
untuk dibahaskan mahupun di rungkai kerana isu ini telah banyak dipertikaikan oleh golongan yang
berfahaman liberal dan sewenang-wenangnya menyatakan poligami ini adalah satu langkah untuk
lelaki melepaskan nafsu seks terhadap wanita. Kenyataan ini adalah tidak benar kerana Islam telah
menggariskan syarat-syarat yang bertepatan dengan syariat untuk kaum lelaki berpoligami dan
mana mungkin syariat Islam terpesong dengan kehendak manusia sendiri.
Artikel ini memberikan penjelasan terhadap permasalahan salah faham masyarakat Islam
dan bukan Islam mengenai konsep poligami dalam perkahwinan Islam melalui metode perpustakaan
dengan mengumpul artikel-artikel berkenaan salah faham terhadap konsep poligami dalam Islam.
Artikel ini akan dibahagikan kepada tiga Bahagian iaitu Bahagian pertama berkenaan salah faham
masyarakat terhadap konsep poligami dan golongan yang menentang konsep poligami, bahagian
kedua mengenai konsep poligami dalam Islam dan syarat-syarat poligami dalam Islam.
SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP POLIGAMI
Kejahilan tentang ajaran agama akan membawa seseorang menyimpang dari jalan yang benar dan
membawa kepada penentangan ke atas hukum hakam yang telah ditetapkan dalam Islam. Hal ini
dapat dilihat berdasarkan hujah yang diberikan oleh individu atau kumpulan untuk menolak sesuatu
hukum. Tidak dinafikan juga, adanya unsur-unsur pengaruh barat dan perancangan musuh-musuh
Islam dalam usaha menjatuhkan Islam dan kaum muslimin. Ahli-ahli agama dan para Orientalis dan
Imperialisme melancarkan serangan yang kejam kepada agama Islam kerana persoalan poligami.
Mereka menjadikan poligami itu sebagai bahan bukti bahawa Islam menghina kaum wanita dan
bahawa kaum muslimin selalu menyalahgunakan itu sebagai memuaskan hawa nafsu dan keinginan
mereka (As-Siba'y, 1962).
Bagi menjawab tuduhan dan serangan mereka, beberapa hujah dapat kita kemukakan seperti
berikut:
Pertama, agama Islam bukanlah agama yang pertama kali membolehkan poligami. Poligami
sudah ada di kalangan bangsa-bangsa yang hidup pada zaman purba, hampir seluruhnya di
kalangan bangsa Yunani pada masa kerajaan Athena, di kalangan bangsa Cina, bangsa India,
kerajaan Babylon, kerajaan Mesir dan lain-lain. Poligami di kalangan mereka tidak terbatas bilangan
isteri. Agama “Like” di kerajaan Cina memperbolehkan poligami sampai seratus tiga puluh orang
isteri malahan ada seorang raja Cina yang mempunyai isteri sebanyak 30,000 orang (As-Siba'y,
1962). Berdasarkan kenyataan ini, amalan poligami dalam perkahwinan sudah lama diamalkan
tetapi, golongan yang anti dengan agama Islam sengaja menimbulkan isu supaya masyarakat
memandang serong terhadap sistem perundangan Islam. Jika dibandingkan dari sudut sistem,
perundangan Islam lebih baik berbanding sistem mereka kerana Islam telah menetapkan jumlah
isteri yang boleh dipoligami dalam satu masa yang mana tidak akan memberi bebanan kepada lelaki
dan juga wanita.
. Kedua, agama Yahudi juga membolehkan poligami tanpa batas. Nabi-nabi yang nama-
namanya disebut di dalam Taurat, semuanya berpoligami tanpa pengecualian. Dalam kitab Taurat,
ada menyatakan bahawa nabi Sulaiman a.s. mempunyai 700 orang isteri yang merdeka dan 300
orang isteri yang berasal dari budak. Ketiga, dalam agama Kristian, tidak ada keterangan yang tegas
melarang poligami. Yang ada hanyalah kata-kata yang bernada nasihat bahawa Allah s.w.t.
menciptakan seorang isteri untuk setiap orang lelaki. Kata-kata ini mungkin hanya dorongan agar
seorang lelaki itu mencukupkan seorang isteri sahaja dalam suasana yang normal. Agama Islam
juga mengajarkan nasihat seperti itu dan tidak ada keraguan mengenai hal ini. Sejarah mencatatkan
bahawa umat Kristian zaman dahulu ada yang menikah lebih daripada seorang isteri termasuklah
paderi agama itu sendiri (As-Siba'y, 1962). Hal ini menunjukkan bahawa agama-agama samawi turut
mengamalkan poligami yang mana dicatatkan dalam kitab Taurat. Oleh yang demikian amalan
poligami ini adalah bukan satu penindasan hak wanita dalam mana-mana agama.
Poligami dalam dunia Barat juga berlaku tanpa peraturan dan undang-undang. Poligami ini
tidak berlaku atas dasar perkahwinan tetapi sebagai perempuan simpanan. Ianya tidak terbatas
kepada empat orang tetapi bebas tanpa batas. Poligami ini berlaku secara sembunyi dan tidak
diketahui oleh keluarga. Wanita-wanita yang menjadi sasaran poligami itu sendiri yang menanggung
malu kerana mereka yang bersusah payah melahirkan anak tetapi anak-anak mereka dikategori
sebagai anak luar nikah. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa poligami di Barat lebih zalim dan
menindas kaum wanita kerana mereka yang dijadikan perempuan simpanan tidak mendapat hak
yang sama dengan yang lain. Islam sangat menjaga dan meninggikan darjat wanita dengan
menetapkan hak-hak khusus kepada mereka.
Masyarakat Islam sering salah faham bahwa poligami itu akan menimbulkan kerosakan dan
dalam rumah tangga. Hal ini merupakan kata-kata yang salah kerana syari'at Islam itu tidak mungkin
menghalalkan atas manusia sesuatu yang membahayakan mereka, sebagaimana tidak
mengharamkan kepada mereka sesuatu yang berguna bagi mereka Bahkan suatu ketetapan yang
ada pada nas dan penelitian bahawa syari'at Islam itu tidak menghalalkan kecuali yang baik dan
bermanfaat, dan tidak mengharamkan kecuali yang kotor dan berbahaya. Inilah yang digambarkan
oleh Al Qur'an dengan kata-kata yang mantap dan singkat dalam menyebutkan sifat Rasulullah
s.a.w. (Qardhawi, 1997).

Allah berfirman:

‫ع ۡن ُه ۡم اِصۡ َر ُه ۡم‬
َ ‫ض ُع‬ َ ِ‫علَ ۡي ِه ُم ۡالخ َٰٰۤبـئ‬
َ َ‫ث َوي‬ َّ ‫ع ِن ۡال ُم ۡن َك ِر َوي ُِح ُّل لَ ُه ُم‬
ِ ‫الط ِي ٰب‬
َ ‫ت َويُ َح ِر ُم‬ ِ ‫يَ ۡا ُم ُر ُه ۡم ِب ۡال َمعۡ ُر ۡو‬
َ ‫ف َويَ ۡنهٰ ٮ ُه ۡم‬
َ ‫َو ۡاۡلَ ۡغ ٰل َل الَّتِ ۡى َكان َۡت‬
‫علَ ۡي ِه ۡم‬
Maksudnya : Yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari
mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi yang mereka segala yang baik dan
menghararnkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan
belenggu-belenggu yang ada pada mereka..."
(Al A'raf:157)
Segala sesuatu yang diperbolehkan oleh syari'at Islam pasti memberi manfaat dan segala
sesuatu yang diharamkan oleh syari'at Islam pasti mempunyai kemudharatan, ini jelas sebagaimana
disebutkan oleh Al Qur'an tentang arak dan perjudian:

‫اس َو ِإثْ ُم ُه َما أ َ ْك َب ُر ِمن نَّ ْف ِع ِه َما ۗ َو َي ْسأَلُونَكَ َماذَا‬ ٌ ِ‫ع ِن ْالخ َْم ِر َو ْال َم ْيس ِِر ۖ قُ ْل فِي ِه َما ِإثْ ٌم َكب‬
ِ َّ‫ير َو َمنَافِ ُع ِللن‬ َ َ‫َيسْأَلُونَك‬
َ‫ت لَ َعلَّ ُك ْم تَتَفَ َّك ُرون‬
ِ ‫َّللاُ لَ ُك ُم ْاْليَا‬ ٰ
َّ ‫يُن ِفقُونَ قُ ِل ْال َع ْف َو ۗ َكذَلِكَ يُ َبيِ ُن‬
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah, "Pada
keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih
besar dari manfantnya. . ."
(Al Baqarah: 219)
Inilah yang dipelihara oleh syari'at dalam masalah poligami, sungguh Islam telah menimbang
antara faktor kemaslahatan dan mufsadah, antara manfaat dan bahaya, sehingga akhirnya
memperbolehkan untuk berpoligami bagi orang yang memerlukan dan memberikan syarat
kepadanya bahwa ia mampu untuk memelihara keadilan, serta takut untuk melakukan
penyelewengan dan kecenderungan yang tidak sehat. Allah s.w.t. berfirman:

‫ت أ َ ْي َمانُ ُك ْم ۚ ٰذَلِكَ أ َ ْدن َٰى أ َ َّۡل تَعُولُوا‬


ْ ‫احدَة ً أ َ ْو َما َملَ َك‬
ِ ‫فَإ ِ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ َّۡل ت َ ْع ِدلُوا فَ َو‬

Maksudnya:’’Jika kamu takut tidak boleh berbuat adil maka (nikahilah) seorang isteri."
(An-Nisa': 3)
Masyarakat perlu fahami bahawa poligami yang sepatutnya ditentang adalah poligami yang
zalim. Kezaliman poligami hari ini bukannya ajaran Islam kerana dari awal lagi Islam telah
meletakkan syarat adil, namun ramai lelaki yang tidak peduli dengan syarat ini. Banyak kes poligami
yang dilakukan di luar negara yang mana ia tidak meletakkan syarat adil. Sudah tentu poligami
begini poligami yang bermasalah.dalam kitab sahih Bukhari, diceritakan bahawa ada permintaan
untuk Ali bin Abi Talib berpoligami. Keizinan dipohon daripada Nabi s.a.w. namun Nabi tidak
membenarkannya melainkan jika Ali r.a. sanggup melepaskan Fatimah r.ha. (Nik Salida Suhaila,
Mohammad Nidzam Abdul Kadir, 2008)

Selain itu, ramai umat Islam yang salah faham mengenai tafsiran ayat al-Quran tentang
poligami. Di dalam Al Quran, kewujudan dan kebenaran amalan berpoligami adalah tidak dapat
dinafikan lagi seperti yang terkandung dalam surah An Nisa ‘ ayat 3 yang bermaksud:
“Maka kawinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua tiga dan empat , tetapi jika
kamu kuatir tidak dapat berlaku adil maka kawinlah satu saja.’
Berpandukan ayat di atas , apa yang dapat difahamkan ialah Allah s.w.t membuat tawaran
dan pilihan kepada kaum lelaki agar menikahi wanita-wanita sebanyak dua atau tiga atau empat
orang. Oleh itu, pilihan pertama sekali ialah dua orang, pilihan kedua ialah tiga orang, pilihan ketiga
ialah empat orang. Dengan lain-lain perkataan, kaum adam adalah digalakkan berkahwin dua
terlebih dahulu bukannya berkahwin satu. Bagaimanapun, Allah s.w.t mengingatkan bahawa
sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka pilihan akhir untuk kaum Adam atau pilihan
yang selemah-lemahnya ialah beristri satu sahaja. Allah s.w.t.memberi pilihan kepada manusia
dalam melaksanakan tuntutan syariat, mereka diberi kelonggaran dalam mengamalkan serta
mengikut tahap kemampuan dan keimanan masing-masing. Poligami itu adalah merupakan
keutamaan dan monogami hanya pilihan atau alternatifnya sahaja. Perkara ini terbukti di zaman
Rasulullah s.a.w, para sahabat, salafus soleh hinggalah sekitar 700 tahun setelah itu, kebanyakan
umat di zaman itu menjadikan poligami sebagai keutamaan dan tradisi dalam kehidupan (Jalan
Mudah Ke Syurga, 2012).
Antara salah faham masyarakat terhadap konsep poligami juga adalah mereka berpendapat
poligami itu hukumnya harus. Sebenarnya hukum poligami yang asalnya adalah “Sunnah” dan ianya
boleh menjadi wajib, dan harus. Seperti yang sedia maklum, semua perbuatan dan perkataan
Rasulullah s.a.w. adalah sunnah serta menjadi panduan ibadah untuk umat Baginda. Bukti poligami
itu “Sunnah” ialah Rasulullah s.a.w telah mempraktikkan pernikahan poligami sekurang-kurang
sebanyak 11 kali bukannya 2 kali. Jika Rasullullah s.a.w bernikah cuma 2 atau 3 kali mungkin
bolehlah dikatakan keharusan berpoligami tetapi ini melebihi dari 10 kali dan setiap kali pernikahan
itu ada rahsia, kepentingan dan hikmah disebaliknya. Rasulullah s.a.w jua pernah menasihatkan
seorang sahabat yang tidak mahu berkahwin dan cuma mahu beribadat sahaja, Baginda Rasulullah
bersabda serta menasihatkan kepada sahabat tersebut yang Baginda juga makan, minum,
berkahwin, tidur dan lain-lain. Jika hukum asalnya harus Baginda s.a.w akan menasihatkan sahabat
tersebut terpulanglah kepada kamu samada hendak kahwin atau tidak, tetapi baginda tidak berkata
demikian. Ini menunjukkan perkahwinan itu adalah sunnah yang amat penting lagi digalakkan (Jalan
Mudah Ke Syurga, 2012).
Ada yang menuduh bahawa Rasulullah s.a.w berpoligami kerana menurut hawa nafsu.
Tuduhan ini tidak sepatutnya dipercayai oleh kaum muslimin kerana kita semua sudah sedia maklum
bahawa Rasullullah s.a.w bernikah adalah setelah mendapat wahyu dari Allah s.w.t yang
mempunyai hikmah, rahsia dan kelebihannya tersendiri. Umpamanya Baginda bernikah dengan
janda-janda adalah untuk menyelamatkan maruah, akidah, membantu dan melindungi mereka dari
fitnah, berdakwah, mengeratkan silaturarahim serta kepentingan politik. Baginda juga bernikah
dengan gadis remaja iaitu Siti Aishah r.a. adalah kerana untuk dijadikan contoh kepada umat akhir
zaman agar menyelamatkan gadis remaja daripada melakukan maksiat, penzinaan, pelacuran dan
lain-lain lagi seperti yang berlaku sekarang ini. Setiap pernikahan Baginda mempunyai hikmah dan
rahsia serta sebab dan kelebihannya tersendiri. Sehubungan ini, ada jua yang menyatakan bahawa
kebanyakan lelaki juga berkahwin ikut nafsu. Perlu diingatkan setiap yang ingin bernikah itu
mempunyai nafsu dan kecintaan terhadap pasangan mereka. Yang penting ialah nafsu itu perlu
dijinakkan mengikut syariat Islam dan disalurkan ke jalan yang halal untuk mengelakkan fitnah dan
kemaksiatan (Jalan Mudah Ke Syurga, 2012).
KONSEP POLIGAMI DALAM ISLAM
Perkahwinan menurut Islam ialah ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab
kabul. Melalui perkahwinanlah keturunan Adam A.S akan berkembang. Ia juga akan membentuk
umat Nabi Muhammad SAW yang lebih ramai. Zuriat pula akan menjadi suci dengan adanya
perkahwinan yang sah di sisi syarak.Asas perkahwinan yang sebenar mengikut hukum Islam adalah
monogami. Monogami bermaksud berkahwin hanya dengan satu isteri sahaja. Dalam Al-Quran ada
menyebut :

‫ع ۖۖ فَإ ِ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ َّۡل ت َ ْع ِدلُوا‬ َ ‫اء َمثْن َٰى َوث ُ ََل‬


َ ‫ث َو ُر َبا‬ ِ ‫س‬ ِ َ‫اب لَ ُك ْم ِمن‬
َ ‫الن‬ َ ‫ط‬َ ‫طوا ِفي ْاليَت َا َم ٰى فَا ْن ِك ُحوا َما‬ ُ ‫َو ِإ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ َّۡل ت ُ ْق ِس‬
‫ت أ َ ْي َمانُ ُك ْم ۚۖ ٰذَلِكَ أ َ ْدن َٰى أ َ َّۡل تَعُولُوا‬ْ ‫احدَة ً أ َ ْو َما َم َل َك‬
ِ ‫فَ َو‬

Maksudnya: “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yatim (apabila kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi:
dua, tiga atau empat”.

(Surah An-Nisa’: 3)

Dari dalil di atas tersebut, kita boleh katakan di sini bahawa prinsip asas perkahwinan dalam
hukum Islam adalah monogami. Hal ini demikian dapat dilihat pada perkataan yang mengatakan
“Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba
sahaya perempuan yang kamu miliki”. Namun begitu, dari kata tersebut, nampak bahawa asas
monogami itu hanya anjuran. Dalam hal ini, hukum Islam tidak sama sekali melarang poligami,
namun ditetapkan syarat bahawa lelaki dalam berpoligami haruslah berlaku adil. Sebagaimana
firman Allah s.w.t:

‫ت أ َ ْي َمانُ ُك ْم ۚۖ ٰذَلِكَ أ َ ْدن َٰى أ َ َّۡل تَعُولُوا‬


ْ ‫احدَة ً أ َ ْو َما َملَ َك‬
ِ ‫فَإ ِ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ َّۡل ت َ ْع ِدلُوا فَ َو‬

Maksudnya: ”Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah)
seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar
kamu tidak berbuat zalim”.

(Surah An-Nisa’: 3)
Apakah erti adil? Maksud adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia
tidak boleh memihak kepada salah seorang sahaja atau berat sebelah, ianya harus memihak antara
satu sama lain. Menurut istilah, adil adalah menetapkan suatu kebenaran terhadap dua masalah
atau beberapa masalah, untuk dipecahkan sesuai dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh
agama. Dengan demikian itu, keadilan beerti bertindak atas dasar kebenaran, bukan mengikuti
kehendak hawa nafsu semata-mata. Tambahan pula, jikalau seorang suami tidak berlaku adil
terhadap seorang Isteri, sudah tentu Islam tidak membenarkan poligami. Sebenarnya menentang
kezaliman memang ajaran islam akan tetapi menentang poligami bukanlah cara islam untuk
menentang kezaliman kerana poligami ini sudah termaktub di dalam Al-Quran Al-Karim. Menentang
poligami secara mutlak adalah berbahaya. Hal ini kerana Ia boleh merosakkan akidah seseorang
kerana menentang hukum Al-Quran yang mengharuskannya. Maka sewajarnya poligami diharuskan
dengan syarat adil. Sebagaimana firman Allah SWT :
ْ ُ ‫صت ُ ْم فََل ت َِميلُوا ُك َّل ْال َم ْي ِل فَتَذَ ُروهَا َك ْال ُمعَلَّقَ ِة َوإِ ْن ت‬
‫ص ِل ُحوا َوتَتَّقُوا‬ ْ ‫اء َولَ ْو َح َر‬
ِ ‫س‬َ ِ‫َولَ ْن ت َ ْست َِطيعُوا أ َ ْن ت َ ْع ِدلُوا بَيْنَ الن‬
ً ُ ‫غف‬
‫ورا َر ِحي ًما‬ َّ ‫فَإ ِ َّن‬
َ َ‫َّللاَ َكان‬

Maksudnya : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu),
walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung
(kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu
mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Surah An-Nisa’: 129)
Ayat ini menerangkan kepayahan memberikan keadilan yang sempurna dalam berumah tangga
dengan beberapa isteri. Di dalam ayat ini juga ada menyebut tentang larangan melakukan kezaliman
dan kejahatan di mana bersifat berat sebelah dalam menjalinkan hubungan bersama isteri-isteri
tertentu (rahim, 2011).
Dalam kitab Sahih Bukhari, diceritakan bahawa ada permintaan untuk Ali bin Abi Talib
berpoligami. Keizinan dipohon daripada Nabi Muhammad SAW tidak membenarkannya melainkan
jika Ali radhiyaallahuanhu sanggup melepaskan Fatimah radhiyaallahuanha. Oleh itu, syarat adil
dalam poligami haruslah dititkberatkan dan diambil cakna oleh kaum lelaki yang ingin berpoligami.
Adil juga antaranya adalah memberi hak nafkah perbelanjaan selain nafkah batin. Sebagai ketua
rumah tangga, lelaki mestilah ada kemampuan kewangan yang kukuh manakala dalam nafkah batin
pula lelaki mestilah adil dalam giliran bermalam yakni sama rata dalam memberikan kasih sayang
terhadap isteri-isteri mereka. Walhal dalam perkahwinan asas monogami, erti adil adalah penting,
jikalau dalam asas poligami pula, adil ini adalah tersangatlah penting kerana ia menjadi kayu ukur
dibolehkan berpoligami (kadir, 2008).
Bahkan, ketidakadilan dalam penyimpangan dari asas monogami, dapat mengakibatkan
seseorang berbuat aniaya. Dalam hukum Islam, perbuatan aniaya tidak dibenarkan dan kerana itu
adalah merupakan satu dosa. Walaupun hukum perkahwinan Islam berasaskan monogami,
poligami pula bukanlah menjadi hal yang sama sekali dilarang untuk dilakukan. Dalam beberapa
keadaan dan situasi, dapat diadakan penyimpangan terhadap asas monogami tersebut, haruslah
memenuhi beberapa syarat dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariat dalam Islam (rahim,
2011). Dengan kedatangan dan munculnya agama Islam, poligami ini telah diberi had dan batas-
batas tertentu untuk mengelakkan berlakunya ketidak kestabilan dalam kehidupan suami isteri di
alam berumahtangga. Poligami yang dilakukan oleh lelaki tanpa mengikut batasan yang dibolehkan,
menyebabkan timbulnya faktor pelbagai kekacauan yang mendatangkan kesulitan dalam keturunan
dan kehidupan sebuah keluarga. Maka, Islam hari ini telah mengariskan panduan dan peraturan
serta cara untuk melakukan poligami mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah SWT (kadir,
2008).

SYARAT-SYARAT POLIGAMI MENURUT ISLAM


Syarat-syarat berpoligami dalam Islam ada tiga. Pertama ialah tidak melebihi empat orang.
Lelaki hanya dibenarkan berkahwin jika ingin berpoligami, hanya empat isteri sahaja. Tidak boleh
lima, enam dan selebihnya. Jikalau ingin lebih, dia harus menceraikan salah satu daripada empat
isteri tersebut dan berkahwin lain. Dan jumlahnya tetap empat. Selain itu, seseorang lelaki itu boleh
berlaku adil dalam aspek lahiriah seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan giliran bermalam
jika dia mahu berpoligami. Seorang suami harus menetapkan jadual dia untuk bergilir tinggal di
tempat isteri-isterinya mengikut persetujuan semua. Lelaki itu juga mestilah menjalani kehidupan
hari-harinya mengikut jadual tersebut. Dia juga harus berdisiplin dalam setiap benda yang telah
ditetapkan isteri-isterinya. Suami tersebut mestilah berlaku adil dalam setiap keadaan dan situasi.
Syarat yang ketiga dan ia adalah merupakan akhir sekali dalam pensyaratan tersebut,
mampu dari segi jasmani dan kewangan. Contoh, minggu ini, suami tersebut membawa isteri
pertama bercuti dan melancong, minggu depannya pula, dia harus membawa isteri kedua pula
melakukan hal yang sama. Dan dia haruslah melakukan yang selanjutnya sampailah adil itu berlaku.
Hal ini demikian kerana, tidak akan ada hasad dengki dan iri hati sesama isteri-isterinya. Ini
menunjukkan Islam sangat mementingkan sikap adil dalam memdirikan rumah tangga dengan
beberapa isteri kerana merupakan kunci kepada keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga. Adil
yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu ditempatnya (rahim, 2011). Adil dapat diukur dalam
dua aspek berikut :
1. Niat yang baik dan amal yang soleh
2. Persamaan yang tepat antara kedua belah pihak
Setiap isteri perlu diberikan hak yang sama rata dari sudut lahiriah dan menurut pendapat ulamak
Salaf, ciuman dan juga kucupan perlu dinikmati secara sama rata oleh isteri-isteri yang dipoligami.
Malah, hari berkeluar dengan suami juga perlu saksama. Bagi sudut rohaniah pula, kasih sayang
dan persetubuhan merupakan perkara yang sukar dipenuhi oleh seseorang manusia. Dengan ini,
keadilan dalam Islam hanya kepada sudut zahirnya sahaja tidak meliputi hal-hal dalam sudut batin
kerana setiap manusia mempunyai sikap dan kenikmatan yang berbeza.Manakala, pembahagian
giliran dalam poligami seorang suami mempunyai tanggungjawab yang penting dalam soal
bermalam di rumah isteri-isterinya. Sebagai seorang suami yang mengamalkan poligami dia
dikehendaki mengatur giliran diantara isteri-isterinya mengikut keadaan.
Menurut fuqaha’ Hanafi, suami yang berpoligami tidak boleh mengatur untuk tinggal bersama
isteri tertentu melebihi empat bulan kerana tempoh ini menyamai tempoh Ila’. Ila’ ialah sumpahan
yang dibuat oleh seorang suami untuk tidak memyetubuhi isteri selama empat bulan atau lebih. Jika
si suami melebihi tempoh ini maka isterinya boleh tercerai secara talaq ba’in jika tempoh ini
memudaratkan isteri yang terlibat. Menurut fuqaha’ Maliki, suami yang tinggal di sesebuah negeri
bersama dengan isterinya wajib membahagikan giliran sehari semalam untuk setiap isterinya
melainkan isteri-isterinya bersetuju dengan cara pembahagian lain asalkan tidak berlebih dan
berkurang dalam tempoh yang diwajibkan sahaja.
Menurut fuqaha’ Syafi’i, tempoh paling kurang untuk suami tinggal bersama isteri-isterinya
ialah satu malam. Separuh malam tidak boleh diperuntukkan sebagai tempoh bermalam dengan
isteri kerana boleh menimbulkan percampuran dan keraguan . Si suami boleh juga menambah
tempoh bermalam bersama isterinya tetapi tidak melebihi tiga hari untuk setiap isteri kecuali
dipersetujui oleh isteri-isterinya. Hal ini adalah untuk mengelak seorang isteri berasa bosan akibat
tempoh giliran yang terlalu panjang. Namun, tempoh yang afdal bagi seorang suami untuk bermalam
dengan isterinya ialah satu malam.
Maka, suami perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengatur giliran untuk tinggal bersama
isteri-isterinya yang disayangi. Suami hendaklah pandai mengatur giliran berrmalam bersama
isterinya agar isteri-isterinya tidak berasa bosan dan lebih parah sehingga menimbulkan penderitaan
kepada isterinya. Dalam tempoh bersama isteri tertentu, suami diharamkan untuk berjumpa dengan
isteri-isteri yang lain kecuali terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan atau erti kata lain darurat.
Misalnya,madunya menghidap penyakit yang membimbangkan. Selain itu, suami harus
mengunjungi isteri yang bukan giliranya kerana terdapat hajat atau permintaan. Suami boleh
beristimta’ dengannya dengan syarat tiada persetubuhan berlaku kerana hukumnya haram bagi
suami berbuat demikian.
Suami juga harus keluar dengan isterinya apabila sampai gilirannya untuk mendapatkan
keperluan seperti menunaikan hak, solat dan sebagainya. Tidak harus baginya terlalu kerap keluar
dengan isteri tertentu sahaja kerana ini menunjukkan mengabaikan haknya dari sudut layanan
seorang suami kepada isterinya. Namun, hukumnya adalah harus jika isteri-isteri yang lain bersetuju
terhadap perkara seperti ini. Dalam berpoligami, suami yang berkahwin dengan perempuan yang
masih dara boleh bagi si suami untuk bermalam bersama isterinya itu selama seminggu pada
peringkat permulaan sahaja kerana isteri tersebut mempunyai hak untuk hal ini. Bagi suami yang
berkahwin lagi dengan perempuan janda, tempoh untuk bersama antara suami dan isteri pada
peringakt permulaan hanyalah selama tiga hari. Setelah selesai tempoh yang diperuntukkan bagi
suami untuk bermalam bersama isteri yang baru berkahwin, suami dikehendaki mengikut giliran
yang telah ditetapkan sebelumnya.
Isteri juga boleh menggugurkan gilirannya untuk diberikan kepada madu yang lain sebagai
imbalan kepada bayaran yang dibayar kepadanya atau tanpa sebarang bayaran. Hukum adalah sah
jika isteri menarik kembali pengugurannya. Menurut fuqaha’ Hanafi, apabila isteri menggugurkan
dua malam gilirannya dan tidak mengambil semula, maka gugurlah haknya untuk berbuat demikian.
Ia tidak berhak mendapat giliran dan sebarang bayaran. Jika ia menarik kembali penggugurannya
sebelum berlalunya gilirannya, dua malam gilirannya menjadi haknya semula.
Menurut fuqaha’ Maliki, isteri boleh memberi gilirannya kepada madunya dengan
persetujuan suaminya. Suaminya tidak boleh memindah giliran yang diberikan apabila ditetapkan
kerana hukumnya tidak sah jika berbuat demikian. Jika isterinya hanya menyerahkan gilirannya
kepada suami, sah bagi suami untuk bermalam dengan isteri-isteri yang diingini. Isteri tersebut juga
mempunyai hak untuk menarik kembali pemberian yang dilakukannya. Menurut fuqaha’ Hanbali,
isteri yang memberi gilirannya kepada madunya walaupun tidak disukai oleh madunya sendiri
dengan izin suami adalah tindakan yang dibolehkan. Hal ini hanya mementingkan isteri yang
memberi giliran dan suami yang terlibat bersetuju dengan keputusan isterinya tersebut.
Menurut fuqaha’ Syafi’i, pemberian giliran kepada isteri sama seperti yang terdapat dalam
fuqaha’ Hanbali iaitu si isteri juga boleh memberi seluruh gilirannya kepada madu-madunya.
Masingmasing boleh mengambil bahagian yang diberikan. Apabila memberi kepada suami,
suaminya boleh menentukan sendiri dan isteri yang memberi giliran tidak berhak mendapat bayaran
dari pemberian gilirannya. Malah isteri tersebut berhak mendapat gantian bermalam walaupun
giliran bermalam diberikan kepada madu-madunya. Suami perlu patuh kepada pemberian yang
diberikan oleh isterinya. Apabila pemberian giliran ditarik balik walaupun separuh malam, suaminya
itu wajib keluar dari rumah madu yang diberikan giliran dan balik ke rumah isteri tersebut. Suami
juga wajib menunaikan pemberian giliran yang diberikan pada tempoh yang ditetapkan. Suami tidak
harus memindahkannya kepada malam yang selain dari yang ditetapkan kerana boleh menganggu
giliran bermalam bersama madu yang lain.
Apabila suami bermusafir lebih dari sekali pada sementara waktu untuk sesuatu keperluan,
tidak harus baginya meninggalkan sebahagian isterinya dan membawa sebahagian yang lain. Hal
ini demikian perbuatan ini akan menimbulkan kemudaratan kepada isteri-isteri yang ditinggalkan.
Jika si suami tidak mampu menyara kehidupan isteri-isterinya di negeri yang bakal berpindah ke
sana, suami wajib menceraikan isteri yang tidak diingini atau pun suami boleh bawa sebahagian
isteri yang ditinggalkan kemudian jika tidak sanggup melepaskan isteri-isteri yang dikasihi. Menurut
fuqaha’ Maliki, suami boleh memilih isteri untuk bermusafir bersama tanpa dijalankan undian terlebih
dahulu manakala menurut fuqaha’ Syafi’I, suami harus meninggalkan sebahagian isterinya ketika
dalam musafir dengan syarat undian sesama isteri telah dijalankan, tujuan pemusafiran adalah
berlandaskan kebaikan sahaja dan hendaklah menggantikan tempoh suami menetap bersama isteri
yang dibawanya jika melebihi tempoh 18 hari (rahim, 2011).
PERBEZAAN ANTARA POLIGAMI ISLAM DAN POLIGAMI BARAT

POLIGAMI ISLAM POLIGAMI BARAT


 Lebih kepada dasar akhlak  Kaum lelaki yang mengamalkan
kemanusiaan. Islam tidak poligami mempunyai hubungan dengan
membenarkan kaum lelaki memiliki wanita tanpa batasan. Wanita tersebut
perempuan mengikut hawa nafsu tidak menjadi isteri tetapi dijadikan
kerana mendorong kepada masalah sebagai teman wanita atau wanita
dan konflik keluarga dan simpanan.
menggalakkan keegoan lelaki
bermaharajalela.  Hubungan yang dilakukan adalah
secara rahsia daripada pengetahuan
 Batasan yang diperkenalkan dalam kedua belah pihak keluarga.
Islam adalah untuk meringankan
masalah dengan melindungi
perempuan yang tidak ada suami ke  Lelaki yang berpoligami tidak
dalam lingkungan isteri-isteri yang baik mempunyai tanggungjawab terhadap
dan terpelihara kehormatannya dalam wanita yang dimilikinya dan tidak
keadaan yang lebih terjamin. Anak- melaksanakan apa-apa melainkan
anak yang dilahirkan dapat memberi kepuasan nafsu sahaja.
pengiktirafan dan diberi hak-hak yang
sewajarnya kepada mereka tersebut.
 Wanita simpanan sering menjadi
mangsa dalam hubungan seperti ini
apabila kehormatan mereka tercemar
 Islam mementingkan keharmonian dan mereka dibiarkan berada dalam
dalam keluarga dan nilai keadilan keadaan hina, malu dan terpaksa
dalam rumah tangga sangat dititik menanggung sendiri penderitaan yang
beratkan dalam agama Islam demi mereka terpaksa alami seperti
menjaga hubungan suami isteri. kesakitan mengandung, menggugur
dan melahirkan anak luar nikah.
 Tujuan sebenar Islam membenarkan
poligami adalah demi memelihara
kebahagiaan dan melindungi kesucian  Sistem poligami ini sememangnya jauh
hubungan antara lelaki dan daripada nilai-nilai moral dan tiada
perempuan daripada keadaan yang kesedaran akhlak dalam mendirikan
boleh memberi kemaluan kepada rumah tangga yang aman dan bahagia.
nama baik keturunan atau keluarga itu Ia hanya tertumpu kepada kepuasan
sendiri. syahwat semata-mata.
HIKMAH POLIGAMI DALAM ISLAM
Poligami dalam Islam mempunyai hikmahnya. Seseorang lelaki berpoligami mesti ada
sebab-musabab yang dia alami yang ditentukan oleh syarak dan mempunyai hikmah disebaliknya
selain mengikut hawa nafsu semata-mata. Matlamat hikmah itu sendiri ada mengaitkan dengan
kepentingan umum dan individu di kalangan umat Islam. Kebanyakkan ulama’ pada zaman dahulu
mengamalkan poligami bukan kerana untuk mengikuti sunnah Rasul tetapi memahami kebaikan
atau melihat konsep poligami untuk memberi kepentingan dalam kehidupan masyarakat.
Maka berikut adalah kepentingan atau hikmah mengamalkan poligami :
1. Suami ingin menyambung keturunannya apabila didapati isterinya sakit, mandul atau
sebab-sebab tertentu yang menghalang dari melahirkan zuriatnya. Maka, suami tidak mempunyai
jalan lain melainkan menceraikan isteri pertama yang mandul atau berkahwin dengan isteri yang
baru. Seorang isteri yang pandai akan mengutamakan poligami daripada mendapat penceraian dari
suami.
2. Ia membantu mengelakkan diri daripada maksiat yang tidak memadai dengan seorang
isteri. Suami mempunyai dua pilihan sama ada melepaskan syahwatnya dengan cara haram atau
melalui ikatan suci. Suami yang berakhlak mulia akan memilih jalan perkahwinan daripada memilih
jalan haram.
3. Terdapat pertambahan bilangan kaum wanita berbanding kaum lelaki yang berlaku di
negara barat di mana bilangan wanita melebihi kaum lelaki. Dalam situasi ini, poligami amat wajar
dan sesuai diamalkan demi menjaga keseimbangan kehidupan manusia sejagat.
4. Bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, suami benar-benar yakin mampu
berlaku adil dikalangan isteri dan anak-anak dan berharap untuk meringankan bebanan hidup. Hal
ini menunjukkan seseorang yang mengamalkan poligami mempunyai keimanan yang kuat untuk
memegang tanggungjawab sebagai seorang suami dalam menguruskan rumah tangga melebihi
satu isteri.
5. Ia membela anak yatim dan wanita supaya mereka mendapat kasih sayang yang
sewajarnya dan tidak menimbulkan masalah lain dalam masyarakat. Ramai wanita dan kanak-kanak
menjadi mangsa dalam masalah sosial pada zaman sekarang. Dengan adanya seseorang yang
mengamalkan poligami, nasib wanita dapat dipelihara dan isu gejala sosial yang kian berlaku dalam
kalangan kaum wanita dapat dibendung (rahim, 2011)
KESIMPULAN

Secara natijahnya, poligami bukanlah suatu isu yang boleh mencetuskan permasalahan kepada
masyarakat mahupun individu tetapi ia merupakan Sunnah yang amat digalakkan dalam agama
Islam. Tambahan pula, Rasulullah s.a.w amat berbangga jika umatnya merupakan ahli yang paling
ramai pada hari kebangkitan kelak. Suasana Padang mahsyar ketika itu tidak mampu diungkapkan
dengan bilangan manusia yang terlalu ramai daripada umat Nabi Adam a.s sehingga umat
Rasulullah s.a.w yang akan mendapat syafaat daripada Baginda s.a.w . Walaupun begitu, umat Nabi
akhir zaman tetap dapat dibezakan iaitu dengan nur daripada wuduk yang diambil. Oleh itu, poligami
juga memberi kepentingan dan kebaikan kepada manusia lebih-lebih lagi pada zaman kehancuran
ini. Antara penyelesaiannya sekurang-kurangnya boleh mengelakkan permasalahan besar yang
berkaitan dengan akhlak dan sahsiah seperti mengelakkan fitnah kemaksiatan, mendapatkan
keturunan yang baik, meninggikan martabat wanita, mengelakkan kes penceraian, meninggkatkan
keimanan dan sebagainya. Lantaran itu kaum hawa dinasihatkan agar menerima hukum yang telah
disyariatkan oleh Allah s.w.t dengan hati yang lapang dada kerana setiap yang Allah s.w.t tetapkan
itu mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga dengan kaum Adam, juga perlu diingatkan
supaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan adil dalam memberikan nafkah
kepada Isteri setelah mendirikan rumah tangga. Akhir sekali, kaum muslimin serta muslimat perlu
menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model dalam semua aspek kehidupan agar hidup dalam
agama Islam yang sempurna dari segi syariatnya.
Bibliografi

Ahmad, B. H. (2016). Integriti Dalam Berpoligami.

As-Siba'y, D. M. (1962). Wanita Di Antara Hukum Islam dan Perundang-undangan. Dalam D. M. As-Siba'y,
Wanita Di Antara Hukum Islam dan Perundang-undangan.

Jalan Mudah Ke Syurga. (2012, Januari 24).

kadir, n. s. (2008). salah faham tentang islam. selangor: telaga biru sdn berhad.

Kasimin, D. A. (1993). Masalah Sosial Dan Hubungannya Dengan Didikan Agama. Dalam D. A. Kasimin,
Masalah Sosial Dan Hubungannya Dengan Didikan Agama (hlm. 10).

Nik Salida Suhaila, Mohammad Nidzam Abdul Kadir. (2008). Salah Faham Tentang Islam. Dalam M. N. Nik
Salida Suhaila, Salah Faham Tentang Islam.

Qardhawi, D. Y. (1997). Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah. Dalam Sistem Masyarakat
Islam dalam Al Qur'an & Sunnah.

rahim, m. a. (2011). konsep poligami dalam islam.

Romli, D. (2016). Persepsi Perempuan Tentang Poligami(Studi Pada Badan Musyawarah Organisasi Islam
Wanita Indonesia Provinsi Dan Lampung). Al-'Adalah, 117-118.

salleh, n. s. (t.t).

Wartini, A. (2013). Poligami : Dari Fiqh Hingga Perundangan-undangan. 268.

You might also like