You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMPASAK, KINARUT

PETI SURAT 132, 89608 PAPAR, SABAH

XBA 4256
TEL: 088-751339
MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN
STORY TELLING SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH PAPAR
2018

Tarikh : 23 April 2018 ( Isnin )


Masa : 8.30 a.m.
Tempat: Bilik Gerakan SK. Tampasak, Kinarut.

Kehadiran :

- Seperti dalam lampiran

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


1.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.Tujuan mesyuarat diadakan
adalah untuk menetapkan tarikh serta membuat penyelarasan dan agihan tugas-tugas bagi
Karnival Bahasa Inggeris peringkat zon bagi kategori ‘Story Telling’. Beliau
mengharapkan agar mendapat kerjasama daripada semua yang hadir untuk berbincang dan
membuat keputusan demi menjayakan program ini.

Tindakan : Makluman Semua Guru

2. Perancangan aktiviti
2.1 Semua guru sebulat suara menetapkan 14 Mei 2018 iaitu bersamaan dengan hari Isnin
sebagai hari pertandingan. Ini dibuat setelah mengambil kira beberapa aktiviti daerah
yang akan diadakan dalam masa terdekat. Masa pertandingan telah ditetapkan pada jam
9.00 pagi. Yuran penyertaan adalah RM30 untuk setiap sekolah yang menyertai.
Manakala makan minum murid ditanggung oleh pihak Tuan Rumah. Pertandingan ini
melibatkan murid Tahap 2 sahaja iaitu murid di kalangan tahun 4 hingga 6. Peserta yang
bertanding dibolehkan untuk memakai pakaian yang sesuai dengan cerita yang dibawa.

2.2 Pendaftaran peserta semasa hari pertandingan akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga
8.50 pagi. Cabutan undi akan dibuat pada jam 8.50 pagi dan seterusnya pertandingan
dijangka akan bermula pada jam 9.00 pagi. Penyertaan akan terbatal sekiranya ada
sekolah yang lewat datang atau acara sedang dijalankan.

2.3 Pemilihan hakim pertandingan iaitu sebanyak tiga orang akan dipilih daripada sekolah
yang tidak terlibat dengan pertandingan ini. Semasa pertandingan, beberapa syarat telah
dikenakan iaitu, peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang ‘props, bahagian
Impromptu pula, peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan cerita yang
dipertandingkan atau cerita yang sama untuk menjawab soalan berdasarkan nombor yang
dicabut dalam proses pemilihan soalan.

3. Hal-hal lain
3.1 Pengerusi memaklumkan penghantaran akhir borang penyertaan dan yuran adalah pada
2 Mei 2018 bersamaan dengan hari Rabu iaitu 2 minggu sebelum pertandingan diadakan.

4. Penutup
4.1. Beliau turut menyatakan kepercayaan yang tinggi terhadap guru-guru dan sama-sama
dalam melaksanakan tugas yang diberi bagi menjayakan program ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.32 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( VIRINAH JOLIS ) ( )
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
SK. Tampasak, Kinarut, Papar

Disahkan oleh,

( )

You might also like