You are on page 1of 4

Apa itu dinosaur?

Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni
pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud
"cicak yang dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owenuntuk
menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Bukan semua haiwan yang hidup
pada zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinosaur.
Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada
30 meter panjang (100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam.
Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawanan dan ada
yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan.
Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur serta
menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat
daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh
ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.

Apa Itu Dinosaurs??? Jom Kita Tengok!

Dinosaur telah menguasai dunia sepenuhnya pada tempoh Jurassic. Bagaimana ini terjadi?
Berdasarkan bukti saintifik yang berlainan seperti kesan tapak kaki dinosaur, fossil tulang, dan
peningkatan bahan iridium, dan perubahan tumbuhan pada lapisan yang menandakan
peralihan tempoh Triassic kepada Jurassic menunjukkan berlakunya bencana pada muka bumi
yang dipercayai disebabkan oleh asteroid atau komet.

Semenjak kewujupan kehidupan di planet bumi, telah berlaku lima kali kepupusan secara
besar-besaran yang menyebabkan 50% spesies dunia lenyap. Pada masa yang sama, spesies
baru muncul dan berkembang dengan giatnya. Kepupusan dinosaur 65 juta tahun dahulu
membawa kepada tempoh mamalia.

Sempadan peralihan tempoh Triassic kepada Jurassic ditandakan dengan jelas oleh spora
paku-pakis. Peningkatan spora paku-pakis yang meliputi kawasan yang luas menunjukkan
berlakunya kemusnahan alam sekitar secara menyeluruh. Pokok paku-pakis merupakan
tumbuhan awal yang bercambah dan membentuk koloni apabila semua tumbuhan lain telah
musnah. Oleh itu, peningkatan spora paku-pakis yang meliputi kawasan yang luas
menunjukkan berlakunya bencana yang menyeluruh yang melitupi seluruh permukaan bumi ini.

Pada masa yang sama pakar sains mendapati peningkatan mengejut paras iridium pada contoh
batu dan tanah purba. Pakar sains belum dapat menentukan samaada asteroid atau komet
yang menghentam muka bumi, tetapi kedua-duanya mengandungi iridium, dan apabila berlaku
hentaman ini akan menghasilkan satu lapisan debu angkasa yang mengandungi paras iridium
yang lebih tinggi dari apa yang biasa didapati. Keupayaan terkini untuk mengesan iridium pada
tahap satu persejuta telah membolehkan pakar sains membuktikan apa yang dijangkakan pada
masa dahulu dengan dengan menggunakan spectrometry jisim berresolusi tinggi.
Di bawah tempoh Triassic-Jurassic, pakar sains menjumpai lapisan nipis di mana medan
magnet bumi terbalik (reversed). Pembalikan kutub ini berlaku secara rambang berkala dan
amat berguna untuk menentukan tarikh lapisan tersebut. Selain itu, di atas sempadan Triassic-
Jurassic, terdapat lapisan lava yang banyak. Dijangkakan bahawa hentaman komet / asteroid
menyebabkan peningkatan aktiviti gunung berapi. Terdapat bukti di India dan Siberia tentang
aliran lava yang besar serentak dengan kepupusan yang lain. Bagaimana ini berlaku masih
belum dapat diterangkan oleh pakar sains, tetapi ia berlaku pada sempadan K-T (Cretaceous-
Tertiary, 65 juta tahun dahulu dan sempadan Permian-Triassic (250 juta tahun dahulu).

Peningkatan spora paku pakis, kepupusan sebahagian besar haiwan daratan besar, dan
peningkatan lapisan iridium menunjukkan kemungkinan besar berlakunya hentaman oleh jisim
dari angkasa lepas.

Kebanyakan spesies bermula dengan kepupusan - penyu, katak, salamandar, dinosaur, dan
mamalia. Apabila kepupusan pada sempadan Permian-Triassic (250 juta tahun dahulu) pesaing
utama dinosaur telah lenyap dan dinasour menjadi haiwan utama. Dengan kepupusan haiwan
yang hidup lebih awal, haiwan yang tinggal tidak lagi perlu bersaing untuk makanan, air, dan
tempat tinggal.

Ketiadaan pesaingan mungkin menyebabkan dinasour tersebar seluruh bumi dan terdapat
peningkatan pada saiz mereka. Pakar sains percaya bahawa dinasour yang pada awalnya
bersaiz lebih kecil telah berevolusi dan membesar dari segi saiz dengan pantasnya dalam
tempoh beberapa ribu tahun sahaja. Dinasour memerintah bumi sepenuhnya selama 135 juta
tahun sehinggalah satu komet yang lain menghentam bumi dan menghapuskan semua
dinasour.

Apabila dinosaur telah pupus, mamalia berkeliaran dimuka bumi dan membiak dengan giatnya.
Pada masa yang sama, terdapat bukti dinosaur juga turut berevolusi dan membentuk spesies
baru iaitu burung. Jadi sekiranya anda melihat kepada burung yang hinggap pada ranting pokok
disebelah anda, bayangkanlah hanya mereka yang tinggal dari beribu spesies dinosaur yang
pernah hidup bebas sesama mereka sahaja sepanjang tempoh 135 juta tahun.

You might also like