You are on page 1of 32

AMALAN YANG DITUNTUT

DIDALAM BULAN RAMADHAN


18 MEI 2018 | 2 RAMADHAN 1439H
SIRI 20 |
Ertinya: Wahai orang-orang beriman!
Diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang
sebelum kamu agar kamu bertaqwa

SIRI 20 |
Alhamdulillah syukur kepada Allah kita
dizinkanNya bertemu lagi dengan Ramadhan:

• Yang membawa rahmat


• Kebajikan dan keampunan
• Juga rezeki yang melimpah ruah

SIRI 20 |
Bulan Ramadhan bulan

• Yang paling mulia


• Penghulu segala bulan
• Bulan diturunkan al-Quran
• Bulan yang padanya terdapat malam Lailatul
Qadar

SIRI 20 |
Allah menjadikan bulan
Ramadhan sebagai musim untuk
memperbanyakkan pahala amal
ibadat dan kebajikan

SIRI 20 |
Bulan Ramadhan sangat
berharga bagi orang mukmin
yang cerdik dan berwawasan

SIRI 20 |
Pahala puasa dan segala amal
ibadat yang dilakukan dengan betul
dan ikhlas digandakan pahalanya
menjadi bekal akhirat yang
berkekalan.

SIRI 20 |
Maksudnya: Wajib atas kamu berpuasa sesungguhnya
puasa itu tidak ada tandingnya.

SIRI 20 |
Segala amalan kebajikan ditentukan
kadar pahala bagi orang yang
melakukan yang kadar satu kebajikan
diberi pahala sepuluh kali ganda sehingga
sampai kadar 70 kali ganda.
(Mafhum hadis)

SIRI 20 |
Allah berfirman (Yakni pada hadis kudsi)
kecuali ibadat puasa maka sesungguhnya
puasa adalah untukKu Aku sendiri yang
akan menentukan balasan, kerana ia
meninggalkan keinginan nafsu dan
makanannya adalah kerana Ku

SIRI 20 |
• Allah mewajibkan puasa Ramadhan dan
menjadikan salah satu daripada rukun Islam
yang lima.

• Sesiapa yang ingkar jadi kafirlah ia, murtad dan


terkeluar daripada agama Islam

SIRI 20 |
Orang Islam tidak berpuasa
Ramadhan bererti ia telah melakukan
dosa besar dan mencabul
kehormatan ramadhan.

SIRI 20 |
SIRI 20 |
Maksudnya: sesiapa yang berbuka (tidak
berpuasa) satu hari (di siang hari
Ramadhan) tanpa keuzuran atau sakit
maka ia tidak dapat diganti dengan
berpuasa seumur hidup seandainya ia
berpuasa.

SIRI 20 |
Para sahabat nabi telah memenuhi
tuntutan Ramadhan dengan berpuasa,
berqiam malam, mengerjakan ibadat,
beriktikaf di masjid dan berjuang di
medan perang.

SIRI 20 |
Tunaikanlah ibadat puasa dengan
menahan diri daripada perkara-perkara
yang membatalkan puasa dan pahala
puasa bermula daripada terbit fajar
hingga jatuh matahari dengan niat
berpuasa.

SIRI 20 |
Jagalah adab-adab berpuasa
dengan menahan segala anggota
daripada melakukan sebarang
maksiat.

SIRI 20 |
Kawallah hati dan fikiran daripada sifat-
sifat tercela dan berusahalah dengan
bersungguh-sungguh bagi mencapai
puasa yang sempurna (kamil) iaitu puasa
orang soleh.

SIRI 20 |
Lima perkara yang membatalkan (pahala)
puasa:

• Berbohong,
• Mengumpat,
• Mengadu domba (yakni melaga-laga orang)
• Bersumpah palsu dan
• Memandang penuh nafsu.
(Maksud Hadis)
SIRI 20 |
Sesiapa yang tidak mahu meninggalkan
perkataan dusta dan terus melakukannya, maka
bagi Allah tidak ada apa-apa keperluan ia
meninggalkan makan dan minum.

(Mafhum Hadis)

SIRI 20 |
Maksudnya: Puasa adalah perisai,
penahan diri dari melakukan perkara-
perkara maksiat dan perbuatan keji.

SIRI 20 |
Puasa melatih kita bersabar dan
dapat berpuasa dengan baik itu
adalah separuh daripada kesabaran
dan satu jihad daripada perjuangan.

SIRI 20 |
Pintu-pintu langit dan pintu
syurga terbuka dibulan
Ramadhan

SIRI 20 |
Di bulan Ramadhan pintu neraka
terkunci,

Di bulan Ramadhan syaitan


ganas dibelenggu.

SIRI 20 |
Perbanyakkan amal ibadat
dan berqiam, solat tarawikh
dengan penuh khyusuk.

SIRI 20 |
Perbanyakan membaca, bertadarus
al-Quran, bersedekah membantu
orang susah, perbanyakkan
berselawat ke atas nabi, beristighfar
dan bertaubat.

SIRI 20 |
Buatlah ibadat dengan bersungguh
di sepuluh malam terakhir di mana
padanya terdapat malam Lailatul
Qadar

SIRI 20 |
Maksudnya: Sesiapa yang berqiam Ramadhan
(dengan amal ibadat) dengan penuh rasa
keimanan dan kerelaan kepada Allah serta
benar-benar mengharapkan ganjaran pahala
dariNya nescaya diampun dosanya yang telah
lalu.

SIRI 20 |
Orang yang berpuasa hendaklah:

• Makan sahur kerana padanya ada


keberkatan.
• Berbuka puasa dengan “rutab” atau tamar
atau air sejuk dan benda-benda manis
• Berdoa ketika berbuka.

SIRI 20 |
Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa,
ketika berbuka, doanya itu tidak akan ditolak.
(Maksud hadis)

• Sembahyang maghrib terlebih dahulu sebelum


menjamah makanan yang berat
• Makan dan minum daripada harta yg halal
dan berkualiti.
SIRI 20 |
SIRI 20 |

You might also like