You are on page 1of 10

Isu Kesantunan - Pembuangan Bayi

Pada abad ke-21 ini , Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan
bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global ini. Kini, Malaysia begitu terkenal di
mata dunia . Namun begitu,di sebalik kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui
satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat , iaitu masalah
pembuangan bayi .Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap
sebagai satu wabak atau bencana kepada negara . Pembuangan bayi , semakin hari semakin
banyak dilaporkan di dada-dada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat
bayi yang tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak dapat
dinafikan pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penyakit sosial ini. Namun begitu ,
apakah punca kepada kegagalan tersebut?

Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa ini adalah
kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja.Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan
terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas .Remaja yang melibatkan diri
dalam gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk menjalinkan hubungan bertentangan
dengan hukum agama.Kesannya,remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang
sah.Dalam situasi tersebut , remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak
untuk membuang atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu
bertanggungjawab atas zuriat tersebut.Hal ini menunjukkan peranan agama dalam kehidupan
adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa
nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran, surah Sad,ayat 26 juga menyatakan
bahawa ,“…janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan
kamu dari jalan Allah…”.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi
benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang negatif dalam kehidupan.

Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini telah memberikan impak yang begitu
besar dalam kalangan masyarakat,negara mahupun diri remaja sendiri.Antara kesan
permasalahan ini kepada remaja pada masa kini adalah masa depan remaja musnah begitu
sahaja akibat kelalaian mereka menuruti hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya.Isu ini akan
turut memberi impak kepada negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula adalah
Perkembangan ekonomi negara akan merosot dan seterusnya menjejaskan pendapatan negara.
Hal ini demikian kerana, remaja merupakan aset penting negara pada masa hadapan dan
memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara.Masa depan negara
terletak ditangan generasi muda yakni remaja itu sendiri .Hal ini kerana , pemuda harapan
bangsa , pemudi tiang negara.Namun begitu , jika perilaku negatif remaja berterusan.Siapakah
yang akan membela nasib negara kita pada masa akan datang?
Selain itu,zuriat yang dilahirkan juga mengalami kesan yang mendalam..Zuriat merupakan
anugerah tuhan yang tidak ternilai.Namun,kepada mereka yang terlanjur, zuriat yang
dilahirkan dianggap beban atau masalah dan bukti keterlanjuran atau kesalahan yang mereka
lakukan.Hal ini mendorong mereka untuk membunuh atau membuang zuriat tersebut .Namun,
wajarkah bayi yang tidak berdosa itu dihukum akibat kesalahan yang dilakukan oleh ibu
bapanya?.Lebih menyedihkan lagi bayi yang ditinggalkan bukan sahaja dibunuh malah kadang-
kala menjadi habuan binatang buas.Bagi bayi yang masih bernyawa pula kesannya lebih
mendalam kerana mereka terpaksa menjalani kehidupan dengan memegang gelaran anak luar
nikah .Selain itu,bayi tersebut juga tidak dapat mengenali dan mendapat kasih sayang ibu
bapa kandung mereka. Masa depan mereka akan turut terjejas.

Kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.Antara langkah yang boleh diambil bagi
mengatasi kemelut ini adalah dengan memberi perhatian dan didikan agama yang cukup
kepada remaja sejak kecil lagi .Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya .Memberi
didikan dan perhatian kepada anak-anak merupakan tanggungjawab atau peranan setiap ibu
bapa.Jika ibu bapa sendiri lalai daripada melaksanakan tugas mereka akibat rakus mengejar
kemewahan duniawi.Bagaimana pula dengan nasib anak-anak mereka yang kurang didikan dan
kasih sayang?.Lebih-lebih lagi, pada usia yang mencabar inilah remaja memerlukan sokongan
dan kasih sayang daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab
mereka.Dalam situasi ini, sudah tentu remaja lebih cenderung untuk memilih jalan yang
negatif bagi mereka berkongsi kasih dan mendapatkan perhatian akibat kurangnya didikan
agama.Oleh itu,masalah ini dapat diatasi jika ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka
dengan baik.

Akhirulkalam,masalah pembuangan bayi ini dapat diatasi di negara kita sekiranya wujud
kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat
Malaysia.Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu
menggembleng tenaga mencegah dan membanteras penyakit sosial ini agar tidak menular
dengan lebih serius dan menjejaskan pembangunan dan matlamat negara kita untuk mencapai
wawasan 2020.Hal ini kerana,gejala ini melibatkan bakal pemimpin-pemimpin negara kita yakni
remaja.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu membanteras gejala ini.Bak kata
pepatah hendak seribu dalih , tak hendak seribu daya.
Isu Kesantunan - Ponteng sekolah

Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah.
Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem pendidikan
Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi
akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta
kontrakegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas
dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuanpolemik ini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada
ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup
mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif
bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak
mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak
mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut'terlajak perahu boleh
diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung
memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu
menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada
budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut
peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut
serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke
aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media kini
lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat lokal.
Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha, memesongkan iman para remaja
seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu,
penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah
yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan
paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara cara
demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah,
ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang
pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng
supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat
berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng sekolah, kerana
peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang
berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang menjamin
masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai bekalan
untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang
kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata
yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar
akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih
sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa
besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun
lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin
keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

Isu kesantunan - Penggunaan Teknologi

Dalam era globalisasi ini, pelbagai bentuk perhubungan telekomunikasi melalui talian telah
diwujudkan seperti Facebook, Twitter, , Instagram, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia sebagai
pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik. Ini memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah
membawa suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat. Kemunculan teknologi telah membawa
banyak manfaat kepada belia sekarang untuk mencari informasi, mendapat maklumat, pendidikan,
berinteraksi dan menwujudkan budaya celik computer di kalangan belia. Selain itu, kemajuan
teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan, membeli-belah dan
melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan kewangan. Dari sudut
pandangan yang lain, kecanggihan teknologi juga boleh menimbulkan masalah sosial disebabkan
penyalahgunaan teknologi di kalangan belia. Apakah masalah sosial yang mungkin ditimbulkan
dalam kalangan belia akibat daripada penyalahgunaan teknologi yang canggih? Apakah implikasi
kepada masyarakat dan negara jika belia menyalahgunakan teknologi? Akhirnya, kita perlu salah
teknologi atau salah belia yang membawa gejala sosial di negara kita?

Kewujudan teknologi canggih ini juga mempengaruhi perubahan sosial budaya. Hal ini demikian
kerana kesalahgunaan teknologi telah meyebabkan kewujudan budaya plagiarism atau amalan ‘copy
dan paste’ yang semakin serius dan merebak di kalangan mahaiswa-mahasiswi universiti. Menurut
Maharam Mamat, budaya plagiarism boleh dimaksudkan seseorang telah menggunakan idea orang
lain tanpa ada rujukan atau penghargaan kepada penulis asal serta megambil hak cipta orang lain
menjadi hak persendirian. Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan teknologi
sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja kursus mereka dengan meniru,
menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet. Adakah
budaya plagiarism sudah wujud sebelum kewujudan teknologi internet? Sebagai contoh, menurut
Imran Shamsir, budaya plagiarism biasa berlaku dalam kalangan belia kerana mereka mudah
mendapat maklumat dan sumber melalui kewujudan medium internet dengan cara menaip sahaja
apa bahan yang hendak dicari di enjin carian “Google” dan ‘copy paste’ maklumat dalam laman
web yang berkenaan . Budaya plagiarism ini merupakan jenayah akademik. Pihak universiti perlulah
bertanggungjawab dan berusaha mencegah gejala plagiarisme yang berlaku semakin menular .

Selain itu , teknologi akan turut mengalami evolusi sedangkan berlaku proses modernisasi di
bidang teknologi maklumat. Masayrakat pada zaman ini tidak terlepas daripada evolusi. Hal ini boleh
dilihat ke atas teknologi ini tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat terutamanya
golongan belia kerana mereka mempunyai hubungan yang signifikan terhadap teknologi yang
canggih ini. Hal ini kerana belia menggunakan teknologi komunikasi untuk mempermudahkan urusan
mereka dan memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan melalui internet.
Tambahan pula, belia juga perlu berusaha mewujudkan budaya penggunaan teknologi yang sihat
dalam penggunaan teknologi maklumat untuk menggerak pembangunan dan kemajuan negara kita
di samping mengejar arus globalisasi yang semakin pantas di dunia ini.Walaubagaimanapun, dari
pandangan yang alternatif, bukan semua daripada mereka yang dalam kalangan belia adalah bijak
menapis perkara dengan baik dan buruk. Hal ini kerana ada antara daripada mereka bersikap naif
dan mudah mempercayai orang dengan mudah memberi maklumat diri yang peribadi seperti alamat
maklumat kepada orang yang tidak dikenali di alam maya.

Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kalangan
belia. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana
pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau
tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia
perlu betul-betul menpunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan
apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.
Friday, 29 August 2014

Isu Kesantunan - Merokok Dalam Kalangan Remaja

Di seluruh dunia, 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan
penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan
mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan
setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita.
Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus.
Sementara itu, bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000
dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus.

Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku merokok.
Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke alam dewasa
membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang baru termasuklah
merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen
sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa.

Remaja menjadikan tingkah laku tertentu seperti merokok ini sebagai tunjang kepada identiti
kumpulan mereka. Jika status perokok dan bukan perokok dilihat penting dalam menentukan identiti
sosial kumpulan, maka ahli-ahli sesebuah kumpulan selalunya akan berkongsi tingkah laku yang
sama. Ideanya ialah akan terdapat kumpulan-kumpulan remaja yang boleh dikategorikan sebagai
kumpulan merokok dan tidak merokok. Proses sosialisasi mempengaruhi pembentukan tingkah laku
dan personaliti remaja. Proses ini membolehkan seseorang itu mengenal diri sendiri dan
mempelajari apa yang dipercayai oleh orang lain di sekelilingnya, dan mempelajari bagaimanakah
cara bertingkah laku yang bersesuaian (Musgrave, 1988). Melalui proses inilah, individu belajar
tentang nilai dan norma dalam budaya. Individu akan terdorong untuk mengikuti perkara-perkara
yang dianjurkan oleh budaya masyarakat di sekeilingnya. Sosialisasi juga membolehkan individu
mengenal dirinya dan belajar menempatkan dirinya dalam masyarakat.

Penglibatan awal remaja dalam tingkah laku merokok juga berkait dengan peningkatan risiko
penyakit kardiovaskular dan gangguan kepada kadar kolesterol. Jika tingkah laku merokok berlarutan
sehingga dewasa, tabiat ini akan meningkatkan risiko pembentukan awal penyakit kardiovaskular.
Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara kita, membawa kepada usaha
kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang disasarkan kepada golongan
remaja pada 9 Februari 2004. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di perasmian
kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi teladan dengan berhenti
merokok.

Ibu bapa dan keluarga perlu menyedari keunggulan jiwa dan kekuatan remaja untuk tidak terlibat
dengan tabiat merokok, sangat bergantung dengan pendekatan dan tingkah laku seharian isi rumah.
Dan perkara ini bermula daripada pendidikan isi rumah. Keluarga perlu mempunyai maklumat dan
kesedaran tentang bahaya merokok dan melihat tingkah laku tersebut lebih daripada perspektif
budaya dan kesihatan.

Isu Kesantunan - Gangsterisma

Dalam era globalisasi ini , isu gangsterisma bukanlah suatu isu yang baru diperkatakan oleh
masyarakat di Malaysia , malah isu ini juga hangat dibincangan oleh pihak-pihak yang tertentu .
Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , gangsterisma didefinisikan
sebagai perkumpulan sulit dalam melakukan sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah .
Dalam konteks gangsterisma di Malaysia , hal ini dapat diinterprestasikan sebagai individu yang
terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan
kerosakan akhlak serta keruntuhan peribadi seseorang individu . Apa yang diperlihatkan pada masa
kini adalah perbuatan gangsterisma ini merupakan salah satu contoh tingkah laku yang melanggar
norma-norma masyarakat dan batasan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima
sosial. Gejala gangsterisma ini semakin menular hari demi hari khususnya dalam kalangan pelajar
sekolah . Kemajuan yang telah dicapai oleh negara pada hari ini akan terjejas hebat dengan
wujudnya gejala yang tidak sihat ini .

Isu gangsterisma ini seringkali dikaitkan dengan golongan remaja yang masih bersekolah . Jadi ,
gejala ini banyak berlaku di sekolah-sekolah di seluruh pelosok negeri di Malaysia . Apa yang
membimbangkan ialah mengenai terdapatnya satu hasil kajian yang dibuat oleh Bahagain
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 . Laporan kajian
yang diumumkan ini tidak lama dahulu menjelaskan tentang penularan gangsterisma yang semakin
berleluasa di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara sekarang . Fakta kajian menunjukkan satu
pertiga daripada 1560 buah sekolah menengah di Malaysia adalah berisiko tinggi dan terdedah
kepada berbagai-bagai pertubuhan salah laku . Perkara yang paling membimbangkan adalah
sekolah-sekolah menengah agama yang selama ini menjadi dakapan masyarakat untuk melahirkan
generasi yang berwibawa juga tidak terlepas dalam masalah ini.

Beberapa kes yang diketengahkan mengenai kegiatan gangsterisma yang melibatkan gangster yang
memukul pelajar mula mendapat perhatian dan membuka mata semua pihak pada tahun 2003
dengan menunjukkan banyak kes terjadi di sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara . Di antara
rentetan kejadian itu adalah di mana 8 orang pelajar tingkatan lima dari Kolej Melayu Kuala Kangsar
( MCKK ) telah dibuang sekolah termasuk 2 orang yang telah mengugut warden dengan
menggunakan parang . Selain itu , terdapat seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul
Rahman , Ipoh ( STAR ) juga telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan gangsterisma
melalui sebuah kumpulan yang dikenali sebagai “ The High Coucil “ dimana ahli-ahlinya bertemu
secara rahsia dalam waktu yang singkat pada sebelah pagi untuk melakukan kegiatan membuli
pelajar-pelajar junior dan penderaan-pemderaan psikologikal .

Masalah gangsterisma juga boleh diatasi jika media massa memainkan peranan yang lebih agresif .
Pihak media massa seharusnya mengurangkan atau menghentikan penyiaran filem-filem dan drama-
drama yang megandungi isu-isu yang negative dan tidak sihat seperti keganasan yang bersifat
jenayah . Hal ini dikatakan sedimikan kerana para golongan remaja sangat mudah dipengaruhi
dengan aksi-aksi yang dilakukan oleh pelakon-pelakon pujaan hati mereka tanpa mengambil kira
perkara tersebut yang sebenarnya dikategorikan salah di sisi undang-undang negara .

Selain itu , langkah yang seterusnya adalah dengan kewujudan rakan cop . Rakan cop bermaksud
Rakan Polis . Ianya merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang
kukuh antara polis dan masyarakat bagi mewujudkan kawasan yang selamat dengan menggunkan
slogan “Bersama Memerangi Jenayah”.Konsep Rakan Cop ini ialah menggalakkan kerjasama dan
pembabitan setiap lapisan masyarakat sama ada daripada agensi kerajaan mahupun swasta bagi
membantu polis dalam memerangi jenayah . Ianya juga secara tidak langsung memberti kekuatan
kepada masyarakat untuk memainkn peranan masing-masing yang lebih aktif dalam menjaga
keselamatan kawasan setempat sekaligus dapat mewujudkan persaan dan budaya tanggungjawab
bersama dan tidak terlalu bergantung kepada pihak polis semata-mata untuk memerangi jenayah
seperti gangsterisma ini . Melalui langkah tersebut keberkasan mengesan aktiviti gangsterisma akan
menjadi lebih mudah seterusnya akan mengurangkan statistik gejala ini semakin rendah .

Isu kesantunan - menghebohkan Malaysia

Baru-baru ini Malaysia telah heboh dengan peristiwa di mana seorang wanita dikenali sebagai Kiki
Kamaruddin, telah mempamerkan ketidaksantunannya terhadap seorang warga emas, Sim Hiak
Hong, kerana telah melanggar keretanya, Peugeot 208 sehingga menyebabkan keretanya tercalar.
Kiki telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana ramai orang yang lalu di situ
menyaksikan kejadian yang sangat memalukan itu. Kiki telah dikehendaki membayar denda
sebanyak RM5000 atas perbuatannya yang melampau dengan melakukan khianat terhadap Toyota
Corolla milik Sim iaitu dengan cara mengetuk depan dan atas bonet dan cermin depan kereta itu
menggunakan pengunci stereng kereta menyebabkan mangsa kerugian RM500. Kejadian ini telah
menyebabkan wanita ini, Kiki dikenali di seluruh Malaysia dan menarik perhatian umum di mana
sahaja dia berada kerana ketidaksantunan yang telah dipamerkannya. Oleh yang demikian,
masyarakat Malaysia perlulah membudayakan kesantunan dalam kehidupan mereka setiap hari agar
perkara yang memalukan seperti ini tidak berulang lagi.

Isu kesantunan - Penggunaan KATA-KATA KESAT

Tanpa kita sedari, banyak kata-kata kesat yang telah dilemparkan dalam pergaulan seharian kita walau di mana jua kita
berada. Penggunaan kata-kata kesat lebih biasa didengari daripada golongan remaja. Hal ini telah menjadi suatu budaya yang
sangat membimbangkan pada masa kini kerana budaya santun yang telah dipraktikkan setelah sekian lama semakin luntur
sejajar dengan pembangunan negara Malaysia. Antara kata-kata kesat yang biasa digunakan ialah:

SIOT:
 Siot adalah dari perkataan bodoh ataupun sialan.
KLEPET/REMBAT:
 Dari perkataan curi/rompak.
 Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog isu hangat?

SEKODENG:
 Bermaksud mengintai/mengendap .
 Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali".

HAMPEH:
 Bermaksud tidak berguna.
 Contoh ayat: "Kau ni memang hampeh!

KELENTONG
 Bermaksud menipu.
 Contoh ayat: "Alah kau ni memang kaki kelentong"
SPENDA

 Bermaksud lurus bendul


LANTOI
 Bermaksud celaka

Sebenarnya banyak lagi kata-kata kesat yang digunakan pada masa kini. Oleh yang demikian, penggunaan kata-kata seperti ini harus dielakkan kerana
Budi Bahasa Budaya Kita.

You might also like