You are on page 1of 2

SKRIP PENGACARA MAJLIS –PENGURUSAN MASA

(1)

Assalamualaikum wbt. Dan salam Sejahtera.

Yang Berusaha Pn Norhaniza Binti Mohamad Dahalan, Guru Besar SK Marian Convent

Yang dihormati, Ustaz Mohd Helmy bin Abdul Najib, Pegawai Perhubungan Sekolah PPWK
Wilayah Keramat, selaku penceramah jemputan

Yang dihormati, Pn.Mazziah bt Othman, Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati Pn Che Zainab binti Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Pn Halida Binti Zakaria, Penolong Kanan Kokurikulum,

rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan SK
Marian Convent ini bagi satu ceramah motivasi mengenai pengurusan masa.

(2)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Bagi memulakan bingkisan ceramah pada pagi nan berbahagia ini, majlis mempersilakan
Ustaz Mohd Helmy bin Abdul Najib untuk menyampaikan ceramah Motivasi yang bertajuk
pengurusan masa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****
Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Helmy bin Abdul Najib
(7)
Hadirin yang dimuliakan.

Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu untuk menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada ahli jawatankuasa
pengelola dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan ceramah motivasi pada hari ini.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.

You might also like