You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN AMINAH

JALAN BENTARA 21, Tel : 07-5565889


TAMAN UNGKU TUN AMINAH, 07-5578014
81300 SKUDAI JOHOR BAHRU. Fax : 07-5578975
Email : jea1046smktta@gmail.com
____________________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JEA1046/100-9/2/( 1 )
Tarikh : 23 Jan 2019
Ketua Polis Daerah,
Johor Bahru Tengah,
81300 Skudai, Johor.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN KUTIPAN DERMA LARIAN JOGATHON

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Adalah dimaklumkan pihak kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
mengadakan aktiviti kutipan derma Larian Jogathon 2019. Untuk makluman pihak tuan, kami telah
mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk mengadakan aktiviti tersebut pada 1
April hingga 30 April 2019 (1 bulan).

3. Bersama-sama ini disertakan empat salinan dokumen berikut:

3.1 Surat permohonan daripada PIBG


3.2 borang POL 162 dan POL 164
3.3 Senarai nama AJK PIBG
3.4 Senarai pemungut derma
3.5 Salinan pendaftaran persatuan
3.6 Contoh kad kutipan derma
3.7 Lencana sekolah
3.8 Salinan surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor
3.9 Salinan kertas kerja dan salinan minit mesyuarat
3.10 Salinan Perlembagaan Persatuan
3.11 Salinan Surat Jabatan Pertubuhan
3.12 2 Keping gambar Pengetua Sekolah
3.13 Salinan kad pengenalan pemohon
3.14 Peta Larian
3.15 Salinan anggaran Pembinaan oleh Kontraktor Berdaftar
3.16 Salinan Sebut Harga Barangan

4. Besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.
Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………...................................
( JAFFRY BIN A.AZIZ )
Pengetua
SMK Taman Tun Aminah,
Jln Bentara 21, Taman Ungku Tun Aminah,
81300 Skudai, Johor.
s.k: Fail Sekolah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN AMINAH
JALAN BENTARA 21, Tel : 07-5565889
TAMAN UNGKU TUN AMINAH, 07-5578014
81300 SKUDAI JOHOR BAHRU. Fax : 07-5578975
Email : jea1046smktta@gmail.com
____________________________________________________________________________________
Fail PIBG

You might also like