You are on page 1of 1

Tanah yang subur dapat diketahui dengan melihat ketebalan lapisan humus tanah.

Semakin tebal lapisan


ini maka ia menandakan tanah tersebut kaya dengan bahan organik dan unsur nutrien lain sehingga
tanaman dapat menyerap zat tersebut sebagai bahan asas untuk melakukan proses fotosintesis.
Ketersediaan humus juga sebagai tanda bahwa sistem saliran dan pengairan kebun adalah baik. Humus
yang tebal akan meningkatkan serapan tanah terhadap air yang merupakan asas kepada kesuburan
tanaman dimana ini disebabkan struktur lapisan humus adalah berongga sehingga membolehkan air
untuk masuk lebih banyak.

Selain tu, tanah yang subur mempunyai nilai pH yang sesuai atau neutral atau seimbang iaitu sekitar ph 6
hingga 8 atau iaitu sekitar pH 6.5 hingga 7.5. Nilai pH tanah boleh ditentukan dengan menggunakan
kertas pH yang mudah dan tepat untuk menentukan nilainya. Tanah dengan tahap pH neuttral mampu
menyediakan unsur pemakanan untuk tumbuhan yang boleh diserap oleh bahagian akar. Tanah yang
terlalu asidik dengan bacaan pH rendah perlu dibuat aktiviti pengapuran untuk menaikan nilai pH.
Sebaliknya jika tanah terlalu alkaline dengan pH8 sebaiknya ditambah dengan undur seperti Sulfur atau
Belerang. Bahan ini mengandungi unsur Amonium sulfat yang memudahkan tanah menjadi neutral dan
mampu untuk menyerap ion-ion nutrien dalam tanah dan menjaga kehiduan mikrob tanah. Tanah yang
subur juga sebaiknya memiliki Tekstur Lempung (clay). Ini kerana yang ada struktur lempung akan
berfungsi untuk mengikat berbagai mineral sehingga tidak mudah hanyut terbawa air.

Tanah yang subur mesti mengandungi bahan hidupan mikrob yang banyak untuk membantu aktiviti biota
dalam tanah. Kehadiran sejumlah mikrofauna kecil (mikrob) dan hidupan lain yang menghuni tanah
adalah penting. Ianya adalah sebagai tanda bahwa didalam tanah tersebut mempunyai pelbagai bahan
organik yang juga diperlukan oleh hidupan seperti cacing tanah, mikrob, yis, organisma kecil, fungi dan
sebagainya yang menjalankan pelbagai aktiviti dalam tanah. Kewujudan cacing tanah merupakan satu
indikator bahawa tanah tersebut sihat dimana cacing ini akan menyuburkan tanah dengan pelbagai
aktiviti. Jumlah kewujudan mikrob dan pelbagai hidupan lain dalam tanah menjadi indikator kepada
kesuburan tanah.

You might also like