You are on page 1of 1

mengingatkan semua pengawas yang dilantik agar sentiasa memegang kepada ikrar

dan janji mereka untuk berkhidmat kepada sekolah dengan jujur dan ikhlas.

mengingatkan para pengawas agar menjalankan tugas dengan berhemah, jujur, adil
, tegas dan penuh komited tanpa rasa takut dan bimbang. bagi Guru Besar, segala
elemen ini perlu dihayati oleh semua pengawas sebagai pemimpin pelapis dan
orang kepercayaan sekolah. Tugas dan amanah adalah satu tanggungjawab yang
perlu ditunaikan dan bukan sesuatu yang perlu dibangga-banggakan atau
menjadikan para pengawas lupa diri dan menjadi orang yang angkuk dan mabuk
kuasa!

mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kejayaan para pengawas yang telah
terpilih kerana pemilihan pada tahun ini dilakukan dengan ketat dan mereka juga
ditapis di peringkat sekolah dan terpaksa melalui kursus sebelum dilantik.

melahirkan rasa bangga kerana pengawas telah berjaya menunjukkan


suatu perubahan yang sihat di dalam pengurusan perhimpunan semasa di dalam
tempoh percubaan. Beliau juga mengharapkan , agar semangat dan momentum ini
dikekalkan sehingga mereka tamat perkhidmatan.

nilai-nilai murni yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap pengawas. Sikap
hormat terutamanya kepada ibu-bapa dan guru-guru adalah penting bagi membawa
kejayaan pengawas.

Di samping tugas sebagai pengawas, para pengawas juga diminta agar tidak
melupakan tugas hakiki mereka untuk menuntut ilmu dan mencapai kejayaan
cemerlang di dalam akademik. Jadikanlah kekurangan diri untuk menanamkan
semangat dan membuktikan kita boleh berjaya dengan cemerlang!