You are on page 1of 5

Analisis unsur bahasa dan sastera

UNSUR BAHASA / SASTERA CONTOH


BAHASA KIASAN Bahasa kiasan berkacau iaitu bahasa kiasan yang menunjukkan kesesuaian
antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dan mengandungi unsur-
unsur yang tidak logik. Misalnya ‘pelita dan lampu segala’, ‘seribu tahun
katanya menjadi hikmat’ dan ‘dia adalah guru mewakili seribu buku’.

RAGAM BAHASA NAIK Gambaran fikiran yang beransur-ansur naik dari dataran yang kendur kepada
dataran yang semakin terik atau tegang, membawa pembaca atau pendengar
selangkah demi selangkah sampai ke kemuncak, iaitu kepada apa yang hendak
disebutkannya dalam rangkap ketiga.

RAGAM BAHASA BESAR Ragam bahasa besar mengatakan sesuatu secara berlebih-lebihan, melebihi
apa yang sepatutnya. Sajak ini menunjukkan penggunaan ragam bahasa besar
pada baris ayat berikut ;
‘Seribu tahun katanya menjadi hikmat’
‘Dia adalah guru mewakili seribu buku’

AYAT PENYATA Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa’,


‘Dia adalah guru mewakili seribu buku’
AYAT AKTIF DAN PASIF Ayat aktif seperti ‘Seribu tahun katanya menjadi hikmat’, dan ‘Dialah pemberi
paling setia’.
Ayat pasif pula ‘Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa’.

KATA HUBUNG ‘Untuk manusia sebelum menjadi dewasa’


‘Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca’
‘Pemimpin yang ditauliahkan segala umat’
‘Budi yang diapungkan di dulang ilmu’

KATA NAMA AM peguam, rakan, guru


KATA NAMA KHAS ‘Perdana Menteri’, ‘Presiden’ dan ‘Hulu Terengganu’.

KATA ADJEKTIF datar, setia, tua

KATA KERJA mengalirkan, menaiki, menjadi, berburu, dimulakan, berdiri

KATA SENDI NAMA ‘di’, ‘oleh’, dan ‘ke’

BENTUK Sajak ‘Guru O Guru’ adalah sajak moden. Walau bagaimanapun, sajak ini
mengandungi pengaruh syair jika dilihat dari segi penggunaan rima akhir yang
sama. Contohnya penggunaan rima akhir ‘a’ pada rangkap pertama dan ketiga.
Manakala rima akhir ‘at’ pada rangkap kedua.
Selain itu, sajak ini mengandungi 27 baris ayat dalam lima rangkap. Bilangan
perkataan dalam baris tidak sama. Paling sedikit 4 perkataan dalam satu baris,
manakala jumlah perkataan yang paling banyak ialah 7 perkataan.

HIPERBOLA Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara
berlebihan-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Contohnya ;
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Dia adalah guru yang mewakili seribu buku.

RIMA Rima bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara
dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi. Dalam sajak ‘Guru O Guru’
yang paling jelas penulis menggunakan rima akhir ‘a’ pada perkataan terakhir
dalam setiap baris pada rangkap pertama dan rangkap ketiga. Seterusnya,
pada rangkap kedua penulis menggunakan rima akhir ‘at’. Pada rangkap
keempat penulis menggunakan rima akhir ‘a’, ‘a’, ‘u’, ‘u’ dan ‘a’, ‘a’. Manakala
pada rangkap terakhir penulis menggunakan rima akhir ‘u’, ‘u’, ‘at’ dan ‘at’.
ASONANSI Asonansi bererti pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.
Dalam sajak ini penulis telah menyelitkan unsur gaya bahasa asonansi seperti
pengulangan vokal ‘a’, ‘i’ dan ‘u’ dalam baris berikut ;
Pelita dan lampu segala
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Tiap akar ilmu miliknya
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu

ALITERASI Aliterasi bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris
sajak. Dalam sajak ini, penulis telah menggunakan unsur aliterasi seperti
pengulangan konsonan ‘m’, ‘n’, ‘p’ dan ‘g’ dalam baris berikut ;
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu

PENGULANGAN Dalam sajak pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris, dan rangkap.
Pengulangan boleh dibahagikan kepada anafora, epifora dan repitisi.
Pengulangan anafora bermaksud pengulangan kata pada awal baris secara
berurutan. Sajak ‘Guru O Guru’ mengandungi unsur pengulangan anafora yang
ketara, umpamanya pengulangan rangkai kata ‘Jika hari ini ...’ dalam rangkap
ketiga ;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Pengulangan epifora iaitu pengulangan kata pada akhir baris seperti perkataan
‘dewasa’ dan ‘negara’ pada baris berikut ;
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Pengulangan repitisi iaitu pengulangan kata dalam baris yang sama ditunjukkan
dalam sajak ‘Guru O Guru’ seperti berikut ;
Pengulangan perkataan ‘dialah’ dalam baris Dialah ibu dialah bapa juga
sahabat

PERLAMBANGAN Perlambangan merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan


sesuatu benda, keadaan, dan peristiwa yang membawa maksud yang lain atau
maknanya lebih mendalam. Dalam sajak ‘Guru O Guru’ penulis ada
menggunakan unsur perlambangan seperti berikut ;
Pelita dan lampu segala
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Dia adalah guru mewakili seribu buku

You might also like