You are on page 1of 4

Merasai Bayu Laut Di Pantai Cahaya Bulan

Kelantan Darul Naim terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri ini turut
dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tidak seperti negeri-negeri Pantai
Barat Semenanjung. Kelantan tidak mengalami proses perindustrian atau
pembangunan yang pesat. Sebaliknya, masa bagaikan terhenti di sini malah amalan
hidup tradisional masih mudah dirasai di seluruh negeri dan pastinya inilah yang
menjadikan negeri Cik Siti Wan Kembang ini cukup unik. Negeri ini memiliki pelbagai
tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti pantai Irama Bachok, Pantai Cahaya
Bulan Kota Bharu, Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Rantau Panjang , Pengkalan Kubor
dan sebagainya.

Alang-alang sudah ke Kelantan, mestilah luangkan masa untuk mengunjungi Pantai


Cahaya Bulan yang terletak kira-kira 10km dari Kota Bahru. Adalah merupakan satu
kemestian bagi setiap pelancong yang menjejak kaki di bumi Kelantan untuk
menikmati keindahan Pantai Cahaya Bulan. Pantai ini merupakan kawasan
pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada
suatu ketika, ia dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh
seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa
itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah
orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka
lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

Pantai Cahaya Bulan termashyur dengan kehalusan dan keputihan pasirnya.


Persisiran pantainya adalah sepanjang 1.2 kilometer. Pantai ini telah menjadi tempat
perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada
hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung,
terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan
tandas awam. Trek joging juga disediakan di sepanjang tembok yang dibina bagi
pengunjung untuk berjoging atau mengayuh basikal sambil menikmati bayu pantai
yang nyaman, pemandangan laut yang indah sekali.

Pantai Cahaya Bulan bukanlah seperti pantai yang lain di mana pengunjung boleh
mandi manda, bermain jetski dan sebagainya disebabkan struktur permukaan pantai
yang berbatu bukannya berpasir, ombak yang kuat dan paras air yang tinggi. Pada
musim tengkujuh antara Oktober sehingga December setiap tahun, ombak dan angin
akan berkali ganda kuatnya. Namun begitu, pada hujung minggu, pantai ini masih akan
dipenuhi oleh pengunjung sama ada dalam atau luar negeri. Benteng penghakis
ombak telah dibina untuk mengatasi masalah hakisan yang berlaku setiap kali musim
tengkujuh. Benteng itu pun telah menjadi tumpuan pengunjung untuk menjalankan
aktiviti beriadah seperti memancing, bermain wau dan bersantai bersama keluarga.

Sampai ke Pantai Cahaya Bulan, mestilah menjamu selera sambil membasahkan


tekak di gerai-gerai tepi pantai. Di sepanjang pantai ini terdapat deretan kedai
makanan yang menhidangkan aneka makanan termasuklah makanan laut yang
digoreng serta kuih-muih dan makanan tradisional tempatan. Dari segi makanan
panas, memang tidak dinafikan banyak kedai di sini yang menyediakan menu
makanansedap sama ada nasi goring, tom yam atau megi ketam. Destinasi makan
seafood yang popular di sekitar Pantai Cahaya Bulan ialah di Medan Ikan Bakar
Sungai Buloh yang menjanjikan makan malan di tepi sungai.
Uniknya pantai ini mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang
selesa seperti tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung.
Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara
destinasi pilihan yang paling mudah diakses. Jika tidak di waktu cuti sekolah,
penduduk tempatan seringkali menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan
pada hujung minggu. Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman bermain layang-
layang juga bolehlah berkunjung ke sini terdapat kerana pelbagai rekaan layang-
layang dengan warnanya yang menarik turut dijual di sini. Pastinya aktiviti sebegini
dapat menghilangkan segala tekanan dan dapat merehatkan minda. Aktiviti bermain
layang-layang ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga dan kemesraan
yang terjalin pastinya akan menjadi kenangan berharga.

Pengalaman sebegini akan menjadi sangat bermakna dalam hidup. Jangan terlepas
peluang menikmati keindahan matahari terbenam pada waktu senja. Selain daripada
permandangan matahari terbenam, seperti apa yang dinamakan, Pantai Cahaya
Bulan menjanjikan panaroma yang terpesona, iaitu pembalikan cahaya bulan di pantai
itu yang menghadap Laut China Selatan pada waktu malam. Pastinya suasana
bermalam di pantai akan sangat berbeza jika dibandingkan ketika berada di bandar
mahupun kota. Keindahan Pantai Cahaya Bulan disinari cahaya bulan memang tidak
boleh dipertikaikan. Bagi mereka yang belum pernah ke sini, maka anda wajid
menjadikan Pantai Cahaya Bulan sebagai salah satu destinasi percutian anda dan
pastinya anda tidak akan menyesal.
Bibliografi

Miss Cempaka. (2017). Wajib pergi pantai cahaya bulan. Dimuat turun daripada
http://www.orangkelantan.com/wajib-pergi-pantai-cahaya-bulan.html

Rosdi Ismail. (2008). Suasana santai di PCB. Dimuat turun daripada


https://mazlan66.wordpress.com/2008/02/28/suasana-santai-di-pcb/

Tengku Halbert. (2017). Pantai cahaya bulan tempat menarik di Kelantan. Dimuat
turun daripada https://www.tempatmenarik.my/pantai-cahaya-bulan-tempat-
menarik-di-kelantan/

Utusan Online. (2009). Pelancongan. Dimuat turun daripada


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0117&sec=Pelancong
an&pg=pl_01.htm

You might also like