You are on page 1of 9

SJK (T) LADANG NOVA SCOTIA 2, TELUK INTAN.

PERAK

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN SAINS

TAJUK PROJEK
“ MOVE LIKE ME (MLM)”

PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI UNTUK


MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN 2
DALAM TOPIK PERGERAKAN HAIWAN
TARIKH
27 OGOS 2015
TEMPAT
SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2,
TELUK INTAN , PERAK
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH :
LETCHIME A/P KANNIAPPAN
730106086426
PPG- SAINS 01 AMBILAN FEB 2012 KOHOT 2

TEMPAT : SJKT LADANG NOVA SCOTIA 2, TELUK INTAN, PERAK.

PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI UNTUK MENINGKATKAN


MINAT MURID TAHUN 2 DALAM TOPIK
PERGERAKAN HAIWAN

1. PENGENALAN

Projek inovasi yang telah dipilih ialah penggunaan kaedah simulasi untuk meningkatkan

minat murid Tahun 2 dalam Topik Pergerakan Haiwan. Inovasi yang dilakukan ialah dari

segi kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan teknik lakonan . Teknik

ini dipilih adalah kerana lakonan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan bermakna kepada kanak-kanak. Penggunaan teknik ini membolehkan para

guru mencapai objektif pengajaran dan , ia akan mendatangkan keseronokkan dan

kepuasan kepada murid-murid dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Melalui

teknik lakonan ini juga, murid-murid akan dapat menguasai perkembangan dan

kemahiran fizikal serta penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan kata dan

peraturan tatabahasa. Selain itu, teknik lakonan juga memberi peluang kepada murid

untuk mencuba serta membina keyakinan diri. Lakonan ‘Move Like Me (MLM)”
diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk meningkatkan

kefahaman murid berdasarkan pengalaman sedia ada dalam permainan kad gambar

untuk menguasai Topik Pergerakan Haiwan.

2. OBJEKTIF
Meningkatkan minat murid dalam Topik Pergerakan Haiwan.

Membina kemahiran berfikir dalam kalangan murid.

Menjana idea murid.

Mencungkil bakat murid untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi dalam

kalangan murid.

Membantu menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

seperti perasaan bosan semasa belajar di dalam kelas secara kaedah tradisional.

Memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan murid.

Memupuk dan menarik minat murid terhadap matapelajaran Sains.

Menjadikan matapelajaran Sains adalah mudah kepada murid.

3. RASIONAL
Rasional projek inovasi ini ialah untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat

murid terhadap pembelajaran menerusi kaedah simulasi dan seterusnya memberi

pengetahuan yang lebih mendalam tentang topik yang di ajar melalui teknik lakonan.

Murid-murid akan mendapat ilmu pengetahuan sambil melakonkan pergerakan

menerusi permainan ‘Move Like Me ’. Projek ini juga dapat mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru di dalam kelas.

4. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid kelas Tahun 2 ini adalah seramai 17 orang. Murid-murid ini berada dalam

tiga kategori seperti murid cemerlang, murid sederhana dan murid lemah yang

memerlukan pendekatan yang pelbagai dan kreatif bagi memberikan penguasaan yang

lebih baik dalam topik yang di ajar.

5. PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :

1. Murid kurang memberi tumpuan dalam matapelajaran Sains.

2. Murid rasa terlalu sukar untuk mengingati fakta dan mudah lupa.

3. Murid kurang menguasai Tajuk Pergerakan Haiwan.

6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 27 Ogos 2015 (Khamis)


Masa : 12.35 tgh - 1.05 tgh
Tempat : Kelas Tahun 2

7. CARA PELAKSANAAN

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran inovasi:

1. Murid akan dibahagikan di dalam kumpulan seramai 3/4 orang.

2. Guru memberi arahan kepada murid tentang peraturan simulasi lokonan.

3. Ketua kumpulan yang dilantik dalam setiap kumpulan akan tampil ke

hadapan untuk memutarkan roda impian “Move Like Me” dan mengambil
sampul surat yang mengandungi kad gambar .

4. Ketua kumpulan akan melakonkan pergerakan haiwan seperti dalam kad

gambar .

5. Murid dalam kumpulan akan memberikan nama haiwan mengikut pergerkan

haiwan yang ditunjukkan oleh ketua kumpulan.

6. Jika ahli kumpulan dapat memberi jawapan yang tepat putaran akan

diteruskan oleh ahli kumpulan yang lain

7. Dan jika ahli kumpulan memberi jawapan yang salah maka pusing diteruskan

dengan kumpulan seterusnya.

8. Pemenang akan dikira melalui jawapan betul dan terbanyak.

8. SKOP DAN LIMITASI PROJEK

Skop projek dijalankan di dalam bilik darjah dan dibantu oleh bahan bantu belajar yang

diedarkan oleh guru bagi melancarkan proses pdp.

9. KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Simulasi lakonan ‘Move Like Me” mampu memberikan keseronokan disamping

menambah ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Proses pengajaran dan

pembelajaran yang tradisional seperti ‘chalk dan talk’ akan membuatkan murid berasa

bosan di dalam kelas. Manakala sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan

menarik minat murid apabila penggunaan bahan bantu belajar dalam Roda impian “

Move like Me “ Murid-murid akan tertarik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran

kerana proses untuk mengingat fakta yang melibatkan deria penglihatan dan deria
sentuhan telah diperolehi melalui simulasi lakonan ini.

10. ANGGARAN KOS

Bil Barang Kuantiti Harga


1. Manila kad 6 keping RM 4.20
2. Kad Gambar 10 kotak RM 20.00
3. Sampul surat 10 keping RM 6.00
4. Gam botol 1 botol RM 6.00
5. Pita pelekat 1 gulung RM 2.00
8. Polistren 1 RM 4.00
9. Hadiah pemenang RM 10.00
10. Mounting board 1 RM 4.00
Jumlahkeseluruhan RM 53.70

11. PELAN TINDAKAN PROJEK

Mula

Taklimat Pelaksanaan Internship IPG


Kampus Ipoh
Perbincangan bersama
guru pembimbing
Pemilihan Projek Inovasi

Penyediaan Kertas Cadangan

Pembinaan Bahan Bantu


Mengajar (BBM)

Pelaksanaan Projek Inovasi

Analisis Kelemahan Laporan Pelaksanaan Internship


Penambahbaikan Analisis Kekuatan

Kesimpulan

Penghantaran Laporan Lengkap


Pelaksanaan Internship ke IPG

Tamat

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

Minggu Tindakan
Pertama  Proses perbincangan bersama guru pembimbing
10.8.2015-  Pemilihan projek inovasi mengkut tajuk
14.8.2015  Penyediaan kertas cadangan projek inovasi
“ Move Like Me “
 Memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
untuk internship.
 Membuat refleksi pengajaran mingguan
Kedua  Pembinaan bahan bantu mengajar (BBM)
17.8.2015 - Roda Impian- “ Move Like me ”
21.8.2015  Meneruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
untuk internship mengikut tajuk
 Membuat refleksi pengajaran mingguan.
Ketiga  Pelaksanaan projek inovasi
24.8.2015 -  Laporan pelaksanaan internship dan membuat refleksi bagi
28.8.2015 menilai kekuatan dan kelemahan projek
 Membuat penambahbaikan terhadap projek inovasi untuk
27.8.2015 -Tarikh kegunaan sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang
pelaksanaan projek
inovasi

Keempat  Meneruskan internship dengan pengajaran dan


1.9.2015 - pembelajaran mingguan
4.9.2015  Membuat refleksi pengaran
 Meneruskan laporan pelaksanaan internship dan membuat
refleksi bagi menilai kekuatan dan kelemahan projek
 Mengemaskinikan maklumat di fail internship
Kelima  Penyediaan laporan lengkap
7.8.2015 -  Penghantaran laporan lengkap internship di unit praktikum
11.9.2015 IPG Kampus Ipoh untuk semakan dan penilaian.

15.9.2015 -Tarikh
penghantaran fail
internship di unit
praktikum IPG
Kampus Ipoh

12. PENUTUP
Secara keseluruhannya, projek inovasi Penggunaan kaedah simulasi lakonan untuk

meningkatkan minat murid Tahun 2 dalam Topik Pergerakan Haiwan ini memerlukan

kerjasama dengan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Perbincangan pelajar guru bersama guru pembimbing juga memantapkan lagi

pengembangan idea yang kreatif. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) yang

dirancang diharap dapat meningkatkan minat murid dalam Topik Pergerakan Haiwan

serta memberi impak dalam dunia pendidikan kini yang berbeza dengan era dahulu.

Disediakan oleh :

...............................................................

(LETCHIME A/P KANNIAPPAN)


Pelajar Guru,
Ambilan Feb 2012 (Sains 01),
Program Pensiswazahan Guru (PPG),
IPG Kampus Ipoh
Disemak oleh :

.........................................................

(Pn. WOOMAH A/P NARAYANAN )


Guru Pembimbing,
SJKT Ladang Nova Scotia 2, Teluk Intan, Perak.

Disahkan oleh :

....................................................

You might also like