You are on page 1of 1

1/11/2019 My Blog: Tugasan Moral

1. Patriotisme

Tahun ini, Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-50, iaitu setengah abab. Tahun ini, terdapat berbagai-bagia jenis
projek dan aktiviti untuk meraikan kedaulatan yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara 50 tahun yang lalu. Antaranya,
Kayuhan Sempena 50 Tahun Merdeka dari Yan ke Dataran Merdeka telah dilangsungkan selama enam hari untuk memeriahkan
sambutan merdeka pada tahun ini. Kempen Kunjungi Malaysia 2007 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang
Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan ini bukanlah hanya satu sambutan bagai hari perayaan sahaja.
Sebenarnya, pada hari yang istimewa ini, kita harus mengenang jasa-jasa pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti
Tunku Abdul Rahman yang telah bersusuah-payah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa sendiri, kita sebagai rakyat Malaysia yang setia yang lahir di tanah air kita
seharusnya mengamalkan nilai cinta kepada negara. Kita perlu berasa bangga dan sayang terhadap nama negara kita iaitu Malaysia
dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri. Maruah negara kita harus dipertahankan daripada kritik dan
pandangan negatif oleh masyarakat dunia (terutama Barat) yang berfikiran steriotipikal menganggap negara di Asia mundur dan
berkelas rendah. Tambahan pula, tokoh-tokoh sukan seperti Nicol Ann David (Juara dalam Squasy 2007) dan Lee Chong Wei
(bertempat kedua dalam kedudukan pemain badminton sedunia 2007) telah berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dalam
pentas sukan antarabangsa. Mereka tidak mementingkan nama sendiri malah sentiasa mengheboh-hebohkan nama Malaysia kerana
mereka mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap tanah air mereka.

Yang kedua, kita perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara. Kita perlu rela melakukan dan meyerahkan apa-apa
sahaja termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara. Dalam sejarah, Tok Janggut di Kelantan telah memperjuangkan
keadilan untuk bangsanya dan akhirnya telah dihukum mati dan dianggap sebagai pengkhianat serta pemberontak (kerajaanBritish)
oleh British. Rentap pada masa yang sama telah berjuang untuk bangsa Ibannya sendiri. Ini menunjukkan kerelaan mereka untuk
berkorban demi mempertahankan maruah bangsa negara sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup pada zaman moden hari ini,
kita seharusnya mementingkan pembangunan negara sendiri melebihi tawaran gaji tinggi yang diberi oleh syarikat-syarikat luar
negera. Tambahan pula, projek-projek kerajaan haruslah disokong oleh semua rakyat supaya projek itu berjaya menjanakan
keuntungan dan pembangunan ekonomi serta fizikal di Malaysia.

Yang ketiga, nilai taat setia kepada raja dan negara haruslah diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. Semua rakyat mesti
mempunyai kesetiaan dan kepatuhan kepda raja dan negara untuk menjaga keamanan dan kestabilan politik. Ini merupakan cara
untuk mempertahankan maruah bangsa seperti yang termaktub pada baris Perlembagaan Malaysia yang pertama Taat kepada
Tuhan , Raja dan Negara.Undang-undang dan peraturan-peraturan haruslah dipatuhi untuk menunjukkan kita memberi kehormatan
terhadap sistem pentadbiran negara. Tambahan pula, jasa-jasa tokoh kemerdekaan pada masa penjajahan haruslah dikenang dan
perjuangan mereka haruslah dijadikan pedoman dan ingatan dalam kehidupan supaya kita tidak dijajah oleh kuasa asing pada masa
depan.

Kesimpulannya, nilai patriotisme perlulah diamalkan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan mengamalkan ketiga-tiga nilai ini,
barulah kedaulatan negara akan dipertahankan malah negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan. Dengan
ini, Wawasan 2020 yang menjadikan impian nasional boleh capai dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju pada masa
yang akan datang. Pada hari yang istimewa ini, marilah kita sama-sama menyambut dan berkongsi kegembiraan yang telah
diperolehi selama 50 tahun

http://limkimchu.blogspot.com/2011/03/cara-mengatasi-anak-mengenang-budi-jasa.html 1/1

You might also like