You are on page 1of 4

Mengikut pandangan Ibn Khaldun (2002), tamadun ialah pembangunan bandar

yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi,
politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia,
perubatan serta puisi dan pengajian Islam. Menurut ?? () pula, interaksi antara tamadun
merupakan satu proses sosial melibatkan dua atau lebih individu dan kelompok yang
melibatkan tindakan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sesebuah tamadun
mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan
perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenamya
hasil daripada sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh
tamadun lain. Sesungguhnya wujud interaksi antara tamadun sama ada di peringkat
perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah.
Interaksi antara Tamadun India dan Cina telah memberi kesan positif iaitu penyebaran
agama Buddha, teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan
India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan
letupan dan penggunaan kompas dari Tamadun Cina dapat dipelajari oleh Tamadun India.
Kewujudan interaksi antara tamadun disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta
sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain.
Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya
demi mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan
sesebuah tamadun.

Dalam sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan dan


bukti utama wujudnya interaksi antara tamadun. Proses interaksi akan bermula dengan
proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras mahupun etnik.
Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.
Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah laluan perdagangan dan kebudayaan
Asia telah mendedahkan negara ini kepada pelbagai pengaruh yang tercerna hasil
interaksi dengan tamadun-tamadun berhampiran. Justeru, pengaruh Tamadun Melayu,
Cina dan India jelas ketara dan memberi kesan besar kepada nilai dan budaya
masyarakat Malaysia, tanpa menafikan hak ketuanan Melayu sebagai bangsa peribumi
dan bangsa yang menunjang ke arah pembinaan dan perkembanagn tamadun negara ini.
Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan
positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran
dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula
daripada tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam
perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu, terdapat
juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina yang diperkenalkan kepada masyarakat
Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China
dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan secara konflik
peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan
hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan
Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak
konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan/ Monggol (1279-
1368Masihi) yang pernah menyerang Myanmar (Kemboja) dan Jawa pada abad ke-
13Masihi.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun Cina telah memberikesan positif
kepada kedua-dua Tamadun. Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui
interaksi ini. Di samping itu, terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan,
contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan
kepada orang-orang Cina. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di Negara China
oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit
turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah
berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari
Tamadun Cina ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dengan China
berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Cina yang turut memperlihatkan kesan
positif ialah proses interaksi secara aman, iaitu melalui perdagangan. Pedagang-
pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Hasil daripada
interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di Negara China. Berlaku
perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming telah muncul
beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan
penting yang terhasil dariapda interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di Negara China
yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina. Perkembangan seterusnya
menyebabkan munculnya cendekiawan-cendekiawan Islam tempatan yang mashyur
seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendekiawan-cendekiawan tempatan ini telah mencari
keselarian ajaran-ajaranetika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep
hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang
terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan
agama Islam kepada masyarakat Cina. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran
Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang
dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Di samping itu, interaksi ini turut menemukan seni
bina Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China
hari ini.

Rekod rasmi China bertarikh 638M mencatatkan Kedah pernah menjalinhubungan


diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China.Pada masa itu,
negeri Kedah telah dijadikan sebagai pusat perhentian utama bagisami Buddha dari China
yang belayar melalui Selat Melaka untuk India.Selain itu, pada zaman keagungan
Kerajaan Melayu Melaka, hubungandiplomatik dengan China telah dilaksanakan agar
Melaka selamat dari ancamanmusuh. Laksamana Cheng Ho membawa perutusan
pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah Melaka oleh Maharaja China. Untuk
menjalinkan hubunganyang baik antara dua negara, Maharaja China telah menghantar
puterinya, Hang LiPo untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Kelompok yang
berasaldaripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai
“Babadan Nyonya” ataupun “Peranakan”. Awal abad ke-19- setelah kedatangan kuasa
British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orangCina iaitu
segolongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai “Cina Selat” ataupun Straits
Chinese.

Interaksi ini bermula di Kedah, buktinya melalui rekod rasmi China 638M yang ada
mencatatkan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan
China. Kedah juga menjadi pusat perhentian utama sami Buddha dari China. Aktiviti
perdagangan berlaku di pelabuhan Melaka kerana Melaka merupakan tempat
perdagangan strategik. Hubungan diplomatik dijalinkan antara Kerajaan Melayu Melaka
dengan kerajaan China untuk menjamin keselamatan negara. Bukti berlakunya interaksi
tersebut ialah adanya bukit yang dinamakan Bukit China dan bukit ini merupakan hadiah
Sultan Melaka kepada Puteri Hang Li Po yang dikahwininya.

Hubungan China dengan Alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun
Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-
252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung
Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan
mereka. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan
diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia
luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab
melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan
lain-lain. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 144). *interaksi tmelayu tchina

Ajaran Buddha sendiri ialah penghasilan daripada Tamadun India yang disebarkan ke
dalam masyarakat Cina. Oleh sebab Buddhisme muncul dalam kerangka budaya
masyarakat India, ia telah berkongsi banyak aspek kebudayaan dengan agama Hindu dan
aspek-aspek budaya India seperti kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya. Pada
kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di
rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan ini.

terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh manusia. Semua cabaran itu
sebenarnya untuk menguji ketamadunan masing-masing. Walaupun dalam masa sama
manusia mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang, tetapi dalam sekelip mata
semua ni boleh dihancurkan oleh manusia. Oleh itu, mengenali ketiga-tiga tamadun lebih
mendalam sebagai usaha dalam mengekalkan keharmonian dan kemajuan negara.