You are on page 1of 6

UNIT

ISIHAN DAN CARIAN

 Pengenalan
 Jenis-jenis Isihan
 Jenis-jenis Carian
F4104 ALGORITMA & STRUKTUR DATA

ISIHAN

6.1 Pengenalan Isihan


• Isihan merupakan proses yang kerap digunakan semasa pemprosesan data.
• Isihan adalah proses untuk mengatur data dalam turutan tertentu, sama ada secara
menaik atau menurun mengikut huruf atau nombor.
• Data-data yang telah diisih akan mempercepat proses carian.
• Contohnya dalam buku panduan telefon, data-data pelanggan telah diisih mengikut
turutan abjad dan memudahkan proses carian.

6.2 Isihan Pilihan (Selection Sort)


• Isihan Pilihan melibatkan proses mencari nilai atau data terkecil dan penukaran tempat
dilakukan dengan item yang pertama.
• Nilai data yang kedua terkecil dicari dan penukaran tempat dilakukan dengan item
kedua, dan seterusnya sihingga kesemua item tealh disusun.

i) 10 5 100 8 2 15 2  nilai terkecil

Nilai 2 ditukar ke tempat pertama, nilai 10 ke tempat ke-5

5  nilai terkecil
ii) 2 5 100 8 10 15

Nilai 5 tidak ditukar


8  nilai terkecil
iii) 10 5 100 8 2 15

Nilai 8 saling tukar dengan nilai 100

10  nilai terkecil
iv) 2 5 8 100 10 15

Nilai 10 saling tukar dengan nilai 100

v) 2 5 8 10 100 15 15  nilai terkecil

Nilai 15 saling tukar dengan nilai 100

vi) 2 5 8 10 15 100

Senarai yang terhasil dari isihan pilihan

66
F4104 ALGORITMA & STRUKTUR DATA

6.3 Isihan Buih Bubble Sort


• Isihan Buih melibatkan saling penukaran dua nilai yang bersebelahan, jika nilai-nilai ini
adalah tidak terisih.
• Proses saling tukar akan berulang sehingga semua data sudah terisih.

65 35 25 85 55 70 65 ditukar dengan 35

35 65 25 85 55 70 65 ditukar dengan 25

35 25 65 85 55 70 65 dan 85 tidak ditukar

35 25 65 85 55 70 85 ditukar dengan 55

35 25 65 55 85 70 85 ditukar dengan 70

35 25 65 55 85 70

Senarai yang terhasil pada gelung pertama

35 25 65 55 70 85 35 ditukar dengan 25

25 35 65 55 70 85 35 dan 65 tidak ditukar

25 35 65 55 70 85 65 ditukar dengan 55

25 35 55 65 70 85 65 dan 70 tidak ditukar

25 35 55 65 70 85 70 dan 85 tidak ditukar

25 35 55 65 70 85

Senarai yang terhasil pada gelung kedua

67
F4104 ALGORITMA & STRUKTUR DATA

25 35 55 65 70 85 25 dan 35 tidak ditukar

25 35 55 65 70 85 35 dan 55 tidak ditukar

25 35 55 65 70 85 55 dan 65 tidak ditukar

25 35 55 65 70 85 65 dan 70 tidak ditukar

25 35 55 65 70 85 70 dan 85 tidak ditukar

25 35 55 65 70 85

Senarai yang terhasil pada gelung terakhir

6.4 Isihan Cepat (Quick Sort)


• Isihan Cepat akan membahagikan susunan data lepada dua bahagian.
• Bahagian pertama menyimpan nilai lebih kecil atau sama dengan Pívot
• Bahagian kedua ialah lebih lebih besar daripada Pívot.
• Setiap bahagian akan diisihkan secara berasingan dan kemudian dicantum semula
untuk membentuk data-data tersusun.

6.5 Isihan Gabung (Merge Sort)


• Proses yang berlaku dalam isihan gabung adalah data-data dibahagikan kepada dua,
kemudian setiap bahagian dibahagi lagi kepada dua sehingga satu atau dua data.
• Kemudian, gabungkan semua bahagian semula.
• Langkah-langkah untuk proses isihan gabung :
- Bahagikan data-data kepada dua bahagian
- Ulang langkah 1 sehingga satu bahagian mengandungi kurang daripada dua
data sahaja.
- Isihkan setiap bahagian kecil
- Gabungkan semula setiap bahagian

68
F4104 ALGORITMA & STRUKTUR DATA

CARIAN

6.6 Pengenalan Carian


• Selain daripada proses mengisih dalam pemprosesan data, proses mencari juga adalah
satu proses yang penting.
• Proses mencari dalam konteks pemprosesan data adalah satu proses mendapatkan
lokasi data daripada senarai atau jadual tertentu.
• Ini dilakukan dengan membandingkan setiap data dengan kekunci carian.

6.7 Carian Linear


• Salah satu cara mencari data yang ringkas adalah Carian Linear (Linear Searching
Algorithm)
• Cara ini adalah dengan mencari data yang dikehendaki satu persatu sehingga jumpa.
• Sebagai contoh katakana terdapat satu set data dan kekunci carian KUNCI. Langkah-
langkah secara ringkas adalah
o Bandingkan nilai KUNCI dengan data pertama
o Jika sama, maka carian selesai dan data diperolehi
o Jika tidak, anjak ke data kedua dan bandingkan dengan KUNCI
o Ulangi langkah-langkah tersebut sehingan data diperolehi, jika data tidak
diperolehi, tamatkan proses carian.

6.8 Carian Binari


• Carian Binari (Binary Searching Algorithm) merupakan cara carian yang lebih efektif.
• Carian ini melibatkan proses membandingkan data tengah dengan kekunci kemudian
diikuti oleh bahagian pertama atau bahagian kedua.
• Untuk carian secara binary, terdapat dua syarat iaitu:
o Senarai perlu diisih mengikut medan tertentu, senarai yang tidak diisih tidak
boleh digunakan.
o Perlu ada capaian rawak atau terus kepada data pertengahan, oleh sebab itu
senarai terpaut tidak boleh digunakan.

69
F4104 ALGORITMA & STRUKTUR DATA

• Dengan adanya data-data yang terisih dan kekunci carian, langkah-langkah carian
adalah
o Bandingkan kekunci dengan data pertengahan, jika sama carian berjaya
o Jika tidak, pastikan sama ada kekunci lebih besar atau lebih kecil daripada
data pertengahan.
• Jika lebih kecil, bandingkan kekunci dengan bahagian pertama iaitu
data pertama hingga data sebelum data pertengahan.
• Jika lebih besar, bandingkan kekunci dengan bahagian kedua iaitu
dari data sebelum data pertengahan hingga data terakhir.
o Cara pencarian ini sebenarnya mengurangkan masa pencarian kepada
separuh, sebab Cuma separuh daripada data-data di cari.

70

You might also like