You are on page 1of 8

Abu Bakr Ahmad bin Ali bin Thabit bin Ahmad bin Mahdi As-Syafi’e.

Beliau dilahirkan pada 24 Jamadil Akhir 392 Hijrah bersamaan 10 May


1002 Masihi di sebuah tempat, Ghaziyah, Selatan Baghdad. Dikenali
dengan nama Al-Khatib Al-Baghdadi ( ‫ (الخطيب البغدادي‬bermaksud,
Pengkhutbah Baghdad. Baghdad ketika itu merupakan ibukota
pemerintahan Bani Abbasiyyah dan beliau hidup pada zaman
pemerintahan dua khalifah iaitu Al-Qadir dan Al-Qa’im.

Al-Khatib Al-Baghdadi adalah seorang ulama ahli sunnah , seorang ahli


sejarah, seorang imam yang tiada tara di zamannya, seorang ulama hadis
yang meneliti dan menjaga hadis, seorang mufti dan penulis. Minat
utamanya lebih menjurus kepada bidang hadis dan sejarah. Beliau
mengadakan perjalanan pertama kalinya ke Baghdad kemudian ke
Naisabur untuk mendengar dan mengumpul hadis kemudian kembali ke
Baghdad. Selepas itu beliau mengadakan perjalanan ke Isfahan, Ray,
Dinawar, dan Hamadhan kemudian kembali ke Baghdad. Beliau amat
rapat dengan menteri kepada Al-Qa’im iaitu Ibnu Muslima bergelar Ra’is
ar-Ru’asa dan mendapat jaminan daripadanya dalam menyampaikan
hadis sekitar Baghdad. Sehinggalah berlaku huru-hara dimasa akhir
pemerintahan Al-Qa’im beliau berhijrah ke Syam dan Mekah, kemudian
Damaskus sampai 459H, kemudian Tirus (Sur) hingga 462H, lalu pulang ke
Baghdad. Kemudian beliau jatuh sakit yang akhirnya membawa kepada
kewafatannya pada tahun 1071 Masihi bersamaan 463 Hijrah. Semoga
Allah merahmatinya dan meluaskan tempatnya disyurga.

Imam Ad-Dzahabi menyatakan apabila seseorang mahu menyampaikan


sunnah kebiasaannya terlebih dahulu berjumpa Al-Khatib Al-Baghdadi
rhm untuk menilai sunnah tersebut sebelum disampaikan kepada
masyarakat awam dalam ceramah dan dakwah. Beliau dipuji oleh Imam
Ad-Dzahabi sebagai seorang imam yang tiada tandingnya, ulama yang
cemerlang, seorang mufti, ulama peneliti hadis, syeikhul hadis pada
zamannya, penulis dan penjaga hadis. Al-Qinnawji rhm, mengatakan
beliau adalah seorang hakim yang lebih menjurus kepada hadis dan
sejarah.
Menurut anak muridnya Ibn ‘Aqil rhm seorang syeikhul hadis bermazhab
Hanbali, Al-Khatib telah meninggalkan banyak tulisan berkenaan kajian
hadis dan tidak diragui ketokohannya dalam hadis ketika zamannya.
Beliau telah mendengar tidak terkira banyaknya hadis daripada syeikhul-
syeikhul hadis, antaranya Abu Bakar Al-Barqani, Abu Nu’aim Al-Asbahani,
Al-‘Abdawi dan seorang sufi wanita Karima Bt Ahmad bin Muhammad Al-
Mawarziyya salah seorang anak murid Al-Kushmihani yang mana Al-
Khatib mengambil hadis Sahih Bukhari selama 5 hari penghijrahannya
ketika umur 52 tahun. Beliau juga mengambil fiqh Syafi’e daripada Abu al-
Hasan ibn al-Mahamili dan seorang kadhi Abu al-Tayyib al-Tabari. Antara
anak muridnya yang terkenal ialah al-Nasr al-Maqdisi, Ibn Makula, al-
Humaydi, Abu Mansur al-Shaybani (yang menyampaikan kitabnya Tarikh
Baghdad )dan Abu Ya‘la Al-Hanbali.

Ibnu Makula dan Al-Mu’taman Al-Saji menyatakan orang-orang Baghdad


tidak pernah melihat seseorang seperti Al-Khatib setelah Ad-Daraquthni.
Abu Ishak Al-Isfarayini berkata: “Al-Khatib adalah “Ad-Daraquthni” zaman
kita”. Sa’id Al-Muaddib pernah bertanya Al-Khatib: “ Kamu syeikhul hadis,
Abu Bakr ?” Beliau menjawab: “ Aku Ahmad bin Ali, syeikhul dalam hadis
telah berakhir dengan Ad-Daraquthni”

Tentang penguasaan hadis, Al-Khatib menulis:

“Dia tidak dapat menguasai ilmu hadis dan tidak dapat mengenali
kerumitannya dan menjelaskan manafaat yang tersembunyi melainkan
dia mengumpulkan kepelbagaiannya terlebih dahulu, menyusun atur ,
membawa kesemuanya bersama dan tekun melakukan kompilasi dalam
subtopik yang berbeza. Pekerjaan seperti ini boleh memberi kekuatan
daya saingan, mengukuhkan ingatan, memurnikan hati, membentuk
keperibadian, membebaskan lidah, sangat meningkatkan kemahiran
bahasa, menghilangkan kecelaruan dan menjelaskan kedudukannya. Ia
juga mampu untuk kekal mengingati; sebagai kata penyair :
Sesetengah orang mati tetapi pengetahuan ingatan mereka terus hidup,
Sementara kebodohan bergabung dengan kematian dengan orang mati.
Abdul Aziz bin Ahmad Al-Kattani telah berkata: “Al-Khatib telah mengikuti
akidah madrasah Abul Hasan Asy’ari rhm.” Imam Ad-Dzahabi melaporkan
hal ini dan mengatakan “ Ini adalah benar kerana Al-Khatib sendiri
menjelaskan berkenaan dengan sifat-sifat Allah, bahawa ia disampaikan
tepat sebagaimana ianya diterima tanpa takwil.”

Berkenaan kedudukan pegangannya, Abu Bakr Al-Khatib pernah berkata:

“Berkenaan dengan sifat-sifat Allah Ta’ala, apa-apapun yang


diriwayatkan dalam buku berkenaan hal sedemikian, pegangan salaf
terkandung dalam ketegasan mereka iaitu menyerahkan maksud pada
lafaznya yang zahir dan mengelak daripada memikirkan bagaimana dan
mengumpamakannya dengan makhluk. Prinsip yang perlu diikuti dalam
hal ini adalah perbincangan tentang sifat-sifat adalah cabang
perbincangan tentang Zat. Jalan yang perlu dikuti sebelumnya adalah
amat sama kehatiannya sebagaimana yang terkemudian. Apabila ianya
difahami bahawa ketegasan Allah Tala tentang zatnya adalah ketegasan
tentang kewujudan dan bukan bagaimana wujud, ianya juga sama
difahami bahawa ketegasan tentang sifat-sifat-Nya adalah ketegasan
tentang kewujudan sifat-sifat tersebut, bukannya ketegasan tentang
definisi, bukan juga bagaimana keterangannya. Jadi apabila kita kata:
Allah ada tangan, boleh mendengar, dan melihat itu semua bukanlah
sesuatu yang lain melainkan sifat-sifat Allah yang Dia tegaskan tentang
diri-Nya sendiri. Kita sepatutnya tidak mengatakan maksud “tangan”
adalah kuasa (al-qudra), tidak juga pada makna mendengar dan melihat
sebagai ilmu, tidak juga seharusnya kita mengatakan bahawa ianya
adalah anggota ! Tidak juga sepatutnya kita menyamakannnya dengan
tangan, pendengaran, dan pengelihatan itu adalah anggota dan
merupakan kesan daripada perbuatan. Kita sepatutnya mengatakan:
Semuanya itu wajib bagi menegaskan sifat-sifat-Nya kerana itu disebut
menurut keterangan Allah Ta’ala, dan mengelakkan dari menyerupai
sifat-sifat-Nya dengan makhluk menurut kata-Nya (“Tiada yang
seumpama-Nya sesuatupun”-42:11) dan (“Dan tiada satupun yang sama
tara dengan-Nya”-112:4 )”
Abu al-Faraj al-Isfarayini berkata: “Al-Khatib telah bersama kami ketika
haji, dan dia sentiasa mengadakan pembacaan Al-Qur’an bersama setiap
hari. Orang-orang akan berkumpul kelilingnya ketika dia sedang duduk,
dan berkata: “ Riwayatkan hadis kepada kami, ‘ dan dia riwayatkan
kepada mereka.” Abdul al-Muhsin al-Salihi berkata: “ Aku dulu adalah
teman perjalanan Al-Khatib daripada Damaskus ke Baghdad, dan dia
sentiasa membaca keseluruhan Al-Quran sekali setiap siang dan malam.”
Ibn Al-Abanusi melaporkan bahawa Al-Khatib biasanya membaca ketika
sedang berjalan. Ini adalah sikap yang biasa ada pada syeikhul hadis.

Al-Khatib menulis muqaddimah di dalam kitabnya Tarikh Baghdad khusus


buat Isma’il ibn Ahmad An-Naisyaburi Ad-Darir: “ Dia pergi hijrah dan
meriwayatkan hadis, dan betapa hebatnya syeikh! Apabila dia pergi haji
dia mengambil bersamanya banyak kitab, dengan tujuan untuk menetap
di Mekah atau Madinah untuk sementara waktu. Antara kitab itu adalah
Sahih Bukkhari yang mana dia pernah mendengarnya daripada Al-
Kushmihani. Aku membaca kesemuanya di hadapannya dalam tiga majlis.
Sesi yang ketiga berakhir dari permualaan siang hingga malam, dan
menghabisinya ketika menjelang subuh.” Komentar Ad-Dzahabi: “Demi
Allah, ini adalah kaedah pembacaan yang terpantas dari apa yang pernah
seseorang dengari”.

Abu Al-Qasim ibn Al-Muslima, menteri al-Qa’im seorang ulama hadis,


memberi jaminan kepada Al-Khatib sehingga kemudiannya membolehkan
dia menumpukan dirinya kepada mengajar dan menulis. Dia
mengarahkan bahawa tiada guru atau pendakwah dalam Baghdad
meriwayatkan hadis tanpa mendapat penilaian sahih dengan al-Kahtib
terlebih dahulu. Dia pernah ditanya kemudiannya, untuk meneliti sebuah
dokumen yang mana sebahagian orang Yahudi mengeluarkan dakwaan
bahawa ia adalah berkenaan pengecualian cukai oleh Rasulullah saw ke
atas orang-orang kafir (jizyah) yang ditulis oleh Yahudi Khaibar, mereka
mengatakan, ianya berada di tangan Ali bin Abi Thalib kwj. Al-Khatib
melihat dan meneliti dokumen tersebut kemudiannya mengumumkan ia
sebenarnya adalah ciptaan dengan alasan ianya disaksikan oleh
Mu’awiyyah ra sedangkan Muawiyah ra yang masuk Islam pada tahun
pembukaan Mekah, sedangkan Khaibar ditawan pada tahun ke 7 dan
Sa’id ibn Mua’dz yang wafat ketika perang Bani Quraizah, 2 tahun
sebelum Khaibar.

Al-Khatib berada di Damaskus, kemudian pergi ke Baghdad dalam bulan


Safar 451H, ketika itu berlaku ancaman semasa pemberontakan Bassiri
(451H) yang dalam cubaan menjatuhkan Al-Qaim dan juga khalifah
Abbasiyah, walaupun Damaskus sendiri ketika itu berada dibawah
pemerintahan Fatimiyah, dia kemudiannya pergi ke Damaskus sekali lagi
dalam tahun 459H terus ke Tyre sehingga 462H, setelah itu pulang ke
Baghdad, melawati Syrian Tripoli, Aleppo dan semua bandar-bandar
utama dalam perjalanannya. Ibnu Nasir meriwayatkan: “ Apabila Al-
Khatib membaca hadis di dalam masjid Damaskus, suaranya boleh di
dengari dari ruang akhir masjid hingga ke ruang lainnya dan dia bercakap
dalam bahasa Arab tulin”. Dia juga dikenal dengan ketepatan dan
kecantikan tulisan tangan.

Dia pergi dari Damaskus ke Tyre kerana ancaman kerajaan Rafidi


Damaskus dan tuduhan bahawa beliau adalah Nasibi atau musuh kepada
Ahl al-Bayt akibat meriwayatkan kitab Ahmad bin Hanbal tentang
keutamaan sahabat dan buku Ibnu Rizquyah tentang keutamaan Al-
Abbas. Ketika itu azan solat di Damaskud menyertakan sekali lafaz hayya
‘ala khayri al’amal.

Abu Mansur Ali bin Ali Al-Amin meriwayatkan bahawa ketika Al-Khatib
kembali dari Syam dia memiliki banyak jubah dan emas tapi tiada
mempunyai waris. Jadi dia menulis kepada Al-Qaim: “ Harta aku akan
disalurkan ke baytul mal nanti, jadi berikan aku kebenaran untuk
mengagihkannya kepada mereka yang aku pilih.” Dia kemudianya
mengagihkannya 200 dinar kepada ulama hadis.

Abu al-Barakat Ismail bin Abi Sa’d al-Sufi berkata:

"Syeikh Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Turaithithi, dikenali sebagai Ibn
Zahra’ al-Sufi, ketika itu berada dalam ribat kami dan telah menyediakan
untuk dirinya kubur bersebelahan kubur Bishr al-Hafi’. Dia sentiasa ke
sana sekali seminggu untuk tidur di dalamnya, dan membaca Al-Quran.
Apabila Abu Bakar Al-Khatib wafat setelah dia menuntut bahawa
jasadnya hendaklah dikebumikan bersebelahan Bishr Al-Hafi, ulama-
ulama hadis telah datang kepada Ibn Zahra’ meminta kebenarannya
untuk mengebumikan jasad Al-Khatib ke dalam kubur yang dibuat oleh
Ibn Zahra dan akan menggantikannya untuk dia. Dia menolak dan
mengatakan: “Bagaimana boleh aku membenarkan ruang yang telah aku
sediakan untuk diri aku untuk diambil daripada aku ?” Mereka datang
kepada ayah aku Abu Sa’id al-Sufi yang kemudiannya menjemput Ibn
Zahra’ dan memberitahunya: “Aku tidak meminta kepada kamu untuk
memberikan kubur kamu kepada mereka, tetapi aku ingin bertanya
kamu: jika Bishr al-Hafi hidup dan kamu berada disisinya, kemudian
datang al-Khatib dan duduk jauh sekali darinya, adakah kamu rasakan
sesuai untuk kamu menduduki lebih tinggi daripad dia ?” Dia menjawab:
“Tidak, aku akan mendudukannya ditempat aku.” Dia berkata: “Begitu
juga dalam keadaan seperti ini’. Hati Ibn Zahra begitu gembira dengan
hal ini dan dia lantas memberikan kebenarannya.

Al-Khatib adalah seorang yang menumpukan seluruh kehidupannya,


mengabadikannya dalam dunia ilmu, seorang syeikhul hadis yang
dipercayai, sikapnya dalam pencarian, tiada penat lelah dan cemerlang
dalam kerjanya. Dia menulis 10,000 muka surat menjadikan jumlahnya
104 buah kitab, kebanyakannya ditinggalkan kepada kita sebagai panduan
yang berkualiti dalam kajian hadis, terutama dalam pemerhatian dan
keterbukaan. Ibn Hajar mengatakan dalam pengenalannya kepada Sharh
Nukhba al-Fikar: “ Begitu sukar untuk mendapatkan satu ilmu antara ilmu
kajian hadis dimana al-Khatib tidak melakarkanya”. Kemudian dia
membaca pujian syeikh hadis Ibnu Nuqta: “Sesiapa yang berterimakasih
di mana ucapan terimakasih itu kepada ulama hadis yang diketahui,
setelah al-Khatib, semuanya itu sebenarnya bergantung pada kitabnya’.

Antara kitabnya:
• Al-Amali - dimana tiga jilid berada dalam simpanan Zahiriyyah
• Al-Asma’ Al-Mubhama – kitab mengenalpasti mereka yang disebut
secara majul dalam hadis atau rantaian hadis.
• Al-Bukhala tiga jilid
• Al-Faqih wal Mutafaqqih
• Al-Fasli al-Wasl al-Mudraj fi al-Naql
• Iqtida’ al-‘Ilm al-‘Amal
• Al-Jahr bi Bismillah al-Rahman al-Rahim- sebagaimana al-Daraquthni
lakukan dalam kitab Sunannya membuktikan tulisan madrasah Syafi’e
dalam amalan ini. Ibnu al-Jawzi dalam al-Sahm al-Musib menjelaskan
bahawa semua hadis yang diutarakan oleh Al-Khatib dalam Al-Jahr –
sebagaiman kes Daraquthni yang membuktikan untuk basmala dalam
Sunannya – samada dhaif atau tersangat dhaif. Ad-Dzahabi juga menulis
kritikan terhadap kitab Al-Khatib, begitu juga Hanbali Muhammad ibn
Ahmad ibn Abdl Hadi.
• Al-Jami‘ li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami‘ – sambungan daripada
Sharaf Ashab al-Hadis.
• Al-Khayl
• Al-Kifaya fi ‘Ilm al-Riwaya
• Manaqib Ahmad ibn Hanbal
• Manaqib al-Shafi‘i
• Al-Mudih li al-Jam‘ wa al-Tafriq
• Musnad Abi Bakr al-Siddiq ‘ala Shart al-Sahihayn
• Al-Muttafaq wa al-Muftaraq
• Nasiha Ahl al-Hadith
• Al-Qunut wa al-Athar al-Marwiyya Fih
• Al-Rihla fi Talab al-Hadith
• Riwaya al-Sahaba ‘an al-Tabi‘i
• Al-Sabiq wa al-Lahiq
• Salat al-Tasbih wa al-Ikhtilaf Fiha
• Sharaf Ashab al-Hadith
• Al-Tabyin li Asma’ al-Mudallisin
• Taqyid al-‘Ilm
• Al-Tatfil wa Hikayat al-Tufayliyyin
• Tali Talkhis al-Mutashabih,
• Talkhis al-Mutashabih fi al-Rasm
• Tarikh Baghdad – ini adalah hasilkerjanya yang terpenting, ianya lebih
khusus rujukan kerja dalam kesahihan perawi (‘ilm ar-rijal) dan tersangat
bernilai mengandungi 4,383 riwayat hadis yang rantaiannya penuh,
hampir separuh daripadanya 2,253 tidak ditemui dalam dua kitab Sahih
dan 4 kitab Sunan. Ini bermakna kedudukan Al-Khatib sebagai periwayat
berasingan adalah standing dengan Al-Baihaqi rhm, Ibn Abdul Barr rhm
dan Ibn Asakir rhm.

Demikianlah kedudukan Al-Khatib Al-Baghdadi sebagai ulama ahli sunnah


sebagaima yang diceritakan oleh ramai para ulama setelahnya. Sehingga
hari ini, nama Al-Khatib Al-Baghdadi masih diungkapkan dalam mana-
mana kitab tulisan ulama kini dan merupakan rujukan yang terpenting
dalam disiplin hadis.

Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat atasnya.

You might also like