You are on page 1of 3

Panduan Keselamatan Sekolah

Para pelajar haruslah selalu berwaspada untuk meningkatkan


keselamatan diri dan sekolah.

1. Jangan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.


2. Elakkan diri daripada melalui jalan atau lorong yang sunyi.
3. Jangan berjalan seorang diri semasa ke sekolah atau pulang ke
rumah.
4. Jangan menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.
5. Jangan menerima pertolongan atau pemberian daripada orang
yang tidak dikenali.
6. Jika diganggu orang, larikan diri atau menjerit untuk meminta
tolong.
7. Jika ternampak seseorang atau perkara yang mencurigakan,
laporkan kepada guru, pihak sekolah atau ibu bapa.
8. Meminta pertolongan melalui talian “999” jika berlaku sebarang
kecemasan.

Ibu bapa tidak dibenarkan masuk kelas untuk membantu


anak-anaknya menguruskan urusan dalam kelas.demi
perkembangan JERI murid-murid, mereka perlu dilatih
menguruskan segala urusan dalam kelas sendiri. Jika ibu bapa
tidak ada urusan dengan guru-guru, mereka perlu
meninggalkan kawasan sekolah selepas anak-anak memasuki
kawasan sekolah.

Keselamatan Murid Dalam Sekolah


Demi keselamatan murid dalam sekolah, pihak sekolah memohon
kerjasama dan sokongan ibu bapa untuk mematuhi langkah-
langkah berikut. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

1. Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak mereka sampai


ke pintu sekolah dan melihat anak memasuki kawasan
sekolah.
2. Ibu bapa yang ada urusan penting mesti mendaftar diri di
pondok pengawal yang terletak di pintu depan sekolah
sebelum memasuki kawasan sekolah.
3. Elakkan membawa makanan kepada anak agar memupuk sifat
berdikari. Jika perlu menghantarkan makanan kepda anak, sila
beritahu anak tuan/puan untuk menunggu di pintu belakang.
4. Semua murid hanya dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
ketika kereta ibu bapa tiba di pintu sekolah.
5. Demi keselamatan murid, ibu bapa diminta membawa anak
mereka balik tepat pada masa yang ditetapkan.
6. Ibu bapa dilarang menuggu anak mereka di luar bilik darjah
ataupun dalam kawasan sekolah.
7. Kenderaan ibu bapa dilarang berhenti di depan pintu sekolah
ataupun memasuki kawasan sekolah.
8. Ketika hari hujan, kenderaan ibu bapa dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah untuk menghantar anak dan diminta
meninggalkan kawasan sekolah dengan kadar segera demi
keselamatan murid.
9. Sentiasa mendidik anak cara-cara menjaga keselamatan diri.

You might also like