You are on page 1of 9

Adat Bertatu (Bepantang) dalam masyarakat Iban

Masyarakat Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak diikuti kaum Cina, Melayu,
Bidayuh, Melanau dan suku kaum lain. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti
Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban berpegang kuat kepada identiti tradisi
yang mereka amalkan sejak dahulu lagi di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang
unik.[i] Bagi kajian ini, pengkaji akan meneliti dan mengupas berhubung dengan ukiran badan/
tatu masyarakat Iban. Kajian terhadap jenis-jenis tatu masyarakat Iban di Kg. Nanga Dong,
Entabai Julau. Fokus kajian adalah berdasarkan kerengka masa daripada tahun 1980-1990. Di
antara objektif-objektif kajian adalah mengenalpasti sejarah wujudnya tatu dalam kalangan
masyarakat Iban amnya. Kajian ini juga ingin memperlihatkan maksud-maksud tatu yang
dicacah pada tubuh seseorang itu dan juga ciri-ciri istimewa tatu tersebut dalam kalangan
masyarakat Iban. Dari segi permasalahan kajian ianya menjurus kepada kurangnya kajian yang
berkaitan yang dilakukan oleh pengkaji lain. Hal ini turut didorong oleh perasaan ingin tahu
pengkaji berkaitan dengan jenis-jenis tatu dalam kalangan masyarakat Iban di Julau.
Kajian ini amat penting kepada seluruh masyarakat supaya mereka dapat mengenali
dan mengetahui jenis tatu masyarakat Iban. Dengan adanya kajian ini, warisan kesenian
yang diamalkan sejak dahulu lagi oleh masyarakat Iban dapat dipelihara. Bagi pengkaji
pula, pengkaji dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai jenis-jenis, sejarah, maksud
dan ciri-ciri tatu. Skop kajian pula tertumpu di daerah Julau. Bagi sorotan kajian yang berkaitan,
terdapat pelbagai tulisan dan penerbitan yang dihasilkan pengkaji tempatan dan luar negara
untuk dijadikan rujukan dan sumber ilham yang amat penting dalam menghasilkan kajian ini
selengkap-lengkapnya.
Pengkaji lebih cenderung menggunakan sumber perpustakaan dalam mengumpul
maklumat dan sekaligus menghuraikan dapatan kajian ini. Pelaporan dalam bentuk esei ilmiah
turut memaparkan jenis-jenis tatu masyarakat Iban ini secara menyeluruh dengan sokongan
tulisan dan kajian-kajian terdahulu berhubung dengan tajuk ini.
Masyarakat tempatan di Sarawak, amnya suku kaum Iban mempunyai satu kesenian yang
sangat unik iaitu mencacah tatu. Amalan mencacah tubuh dengan tatu dalam kalangan
masyarakat Iban telah diamalkan sejak dahulu lagi. Dalam kalangan masyarakat Iban, tatu
disebut sebagai ‘pantang’. Tatu memainkan peranan yang penting dalam budaya masyarakat Iban.
Amalan mencacah tatu ini merupakan aktiviti suci yang menghubungkan masyarakat Iban
dengan orang duniawi (dua buah penduduk kampung yang selalu membantu orang Iban
dalam kesusahan iaitu Panggau Libau dan Gelong). Menurut orang tua-tua, jika lelaki
tidak mencacah tubuhnya dengan tatu, lelaki tersebut akan dianggap seperti perempuan
dan pengecut.[ii] Selain itu juga, kaum lelaki yang tidak mempunyai tatu juga akan dilabel
sebagai ‘telanjai.'[iii]Terdapat sebab dan tujuan tatu ini dibuat dan ianya berbeza mengikut
kebudayaan atau kepercayaan sesebuah etnik. Penggunaan tatu oleh masyarakat Iban pada
masa dahulu adalah atas dasar membezakan sesuatu keturunan dan tatu juga dijadikan sebagai
simbol sosial kepada status, kekuasaan dan kekayaan dalam masyarakat Iban. Pembuatan
tatu ini juga adalah untuk memperingati sesuatu peristiwa yang berlaku. Masyarakat Iban
juga akan membuat tatu sebelum mereka pergi ke suatu tempat atau negeri yang lain. Ini
adalah sebagai tanda atau memperingati bahawa mereka telah pergi ke tempat tersebut.
Oleh yang demikian, semakin banyak tempat yang mereka jelajahi, semakin banyak tatu akan
dibuat pada tubuh mereka[iv].
Menurut Sabang Anak Nyegang, iaitu penduduk Nanga Dong, Entabai Julau, masyarakat
Iban gemar mencacah tatu kerana minat mereka terhadap gaya dan bentuk tatu yang
diukir pada badan masyarakat iban yang sudah memiliki tatu. Dengan adanya keunikan tatu
yang dicacah itu, keadaan ini telah mendorong mereka untuk mencacah badan mereka dengan
tatu. Ada juga sesetengah masyarakat Iban yang mencacah tatu kerana ingin kelihatan lebih
unggul daripada orang lain. Tambahnya lagi, kanak-kanak juga turut dicacah dengan tatu.
Kanak-kanak yang berusia 10 hingga 11 tahun akan dicacah dengan tatu. Ini menandakan
bahawa mereka ‘baru lanjau’[v] dan sudah bersedia untuk menyertai aktiviti pemburuan.
Tatu yang dicacah pada kanak-kanak ini juga mempunyai tujuan yang sendiri iaitu sebagai
pelindung kepada mereka daripada kejahatan dan menjadikan mereka kebal. Bagi
masyarakat Iban, sesiapa sahaja boleh dicacah dengan tatu tetapi sesetengah corak tatu hanya
sesuai untuk golongan pahlawan iban sahaja. Satu gelaran yang sangat popular dalam
kalangan masyakat iaitu ‘Bujang Berani Kempang, Lendat Dibiau Batang Isang’, yang
membawa maksud semakin banyak kepala yang dibawa balik daripada memburu (ngayau),
maka semakin banyak tatu yang akan dicacah pada badan pahlawan itu.
Asal usul orang Iban suka membuat tatu adalah berdasarkan mitos dan lagenda.
Menurut mitos, masyarakat Iban membuat tatu kerana mencontohi ukiran Burung Bongsu
Bubut yang mengukir Burung Bongsu Ruai. Dua orang pengembara yang bernama Jantau dan
Nyanggau pergi ke hutan untuk mencari getah jelutung. Ini kerana pada masa itu getah jelutung
sangat tinggi harganya. Pada keesokkan harinya, mereka berdua bercadang untuk pergi berburu
kerana mereka sudah lama tidak makan daging. Setelah mereka mendapat hasil buruan, mereka
bercadang untuk memasak. Tidak lama selepas itu, dua orang yang tidak dikenali melintasi
mereka berdua lalu mengajak Jantau dan Nyanggau pergi ke rumah mereka yang tidak jauh dari
situ. Jantau dan Nyanggau menerima pelawaan itu. Orang yang mempelawa Jantau dan
Nyanggau ke rumah itu merupakan Burung Bongsu Bubut dan Burung Bongsu Ruai yang
menjelma menjadi manusia. Burung Bongsu Bubut dan Burung Bongsu Ruai telah bercadang
untuk mengukir badan mereka. Burung Bongsu Bubut telah mengukir Burung Bongsu Ruai
dengan cantik sekali. Apabila melihat kecantikan hiasan cacah di wajahnya, dia pun berasa
sungguh gembira. Selepas itu, tiba pula giliran burung Bongsu Ruai mengukit Burung Bongsu
Bubut. Apabila badan Bubut sudah hampir setengah diukir dan kelihatan amat cantik, tiba-tiba
fikiran Burung Bongsu Ruai berubah dan beliau tidak mahu Bongsu Bubut kelihatan lebih cantik
daripadanya. Maka Bongsu Ruai pun mewarnakan badan Bubut dengan warna hitam bercampur
merah sahaja tanpa corak. Apabila menyedari perbuatan Burung Bongsu Ruai, Burung Bongsu
Bubut amat marah dan mereka pun terus berkelahi. Jantau dan Nyanggau cuba menghentikan
pertengkaran di antara Bubut dan Ruai tetapi tidak Berjaya. Jantau dan Nyanggau amat berminat
dengan ukiran yang dibuat oleh Bongsu Bubut dan mereka melakukan dan membuat ukiran
tersebut setelah mereka pulang ke tempat asal mereka.[vi]
Selain itu, masyarakat Iban mencontohi dewa-dewa kayangan. Orang lelaki kaum Iban
gemar menghiasi tubuh mereka dengan tatu kerana mencontohi rupa tujuh orang menantu ketua
dewa kayangan iaitu Sengalang Burung[vii] mencontohi tatu pahlawan Iban. Gemong bermimpi
melihat dinding dan segala peralatan di dalam rumah itu diukir dengan cantik sekali begitu juga
orang lelaki yang ada mendiamai rumah itu mempunyai tatu. Sedang beliau melihat keindahan
dan keunikan ukiran itu, tiba-tiba muncul seorang tua dan beliau memberitahu Gemong tentang
jenis tatu dan ukiran yang ada di situ.[viii]
Tatu masyarakat Iban terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya ialah bungai terung,
ketam itit,buah andu, entegulun, lengan ketam dan banyak lagi. Corak ataupun jenis sesuatu
tatu tidak boleh dibuat dengan sesuka hati kerana perlu ada maksud dan tujuan tatu itu dicacah.
Jenis tatu yang terkenal di Nanga dong ialah tatu “bungai terung”[ix]. Bungai terung ini dicacah
pada kedua-dua belah bahu kaum lelaki masyarakat Iban. Hanya orang lelaki yang mempunyai
tatu bungai terung kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah
keluarga. Tatu ini akan memberi kekuatan kepada bahu kerana dipercayai segala aktiviti dan
beban yang berat akan dipikul pada bahu[x]. Bungai terung ada yang bersayap enam dan ada
yang delapan. Di tengah bungai terung juga terdapat corak pusaran yang melambangkan
kehidupan baru akan muncul. Seorang masyarakat Dayak Iban yang memiliki bungai
terung keliling pinggang biasanya lapan buah bererti orang itu sudah penuh atau sudah puas
merantau,

Gambar 1: ‘Bungai Terung’ yang dicacah pada bahu kaum lelaki masyarakat Iban.
Sumber: Gambar diambil pada 13 februari 2013

Selain itu, tatu entegulun[xi] juga terkenal dalam kalangan masyarakat iban. Tatu ini dibuat
pada belakang tangan, penumbuk dan telunjuk. Cacah entegulun tidak boleh dibuat sembarangan. Ini
kerana setelah seseorang itu telah berjaya membunuh dan memenggal kepala musuh barulah
seseorang itu boleh megukir ukiran ini pada belakang tangan, penumbuk dan telunjuk
mereka. Masyarakat Iban yang mempunyai tatu entegulun juga menandakan seseorang itu
telah menyertai kumpulan pemburuan kepala. Walau bagaimanapun, hanya segelintir sahaja
masyarakat Iban yang berjaya dalam pemburuan kepala ataupun ‘ngayau’ ingin membuat
tatu entegulun setelah berburu. Ini kerana mereka yang memiliki tatuentegulun ini akan diuji
dengan ilmu hitam apabila melawat kampung lain. Setelah balik daripada memburu kepala,
masyarakat Iban pada zaman dahulu akan meraikanya dalam satu perayaan besar-besaran dimana
penduduk-penduduk kampung yang berdekatan akan dijemput tidak kira orang dewasa ataupun
kanak-kanak. Perayaan ini dikenali sebagai ‘gawai encabuh arung’[xii].

Gambar 2: Entegulun
Sumber: Augustine Anggat Ganjing, Asas Ukiran Iban

Pada masa dahulu, jenis tatu yang dicacah pada leher juga sangat popular. Tatu yang
terdapat pada leher biasanya berbentuk seekor kala, sayap kupu-kupu dan kepiting. Ukiran ini
juga dipanggil ‘ukir rekung’[xiii]. Tujuan tatu ini dibuat adalah untuk melambangkan
perkembangan dari satu status orang biasa kepada status orang yang dihormati. Antara
orang-orang yang berstatus perlu dihormati ialah ketua kampung, pahlawan-pahlawan
yang sudah berburu dan panglima. Ini bermakna perkembangan status pada seseorang dapat
dilihat berdasarkan tatu yang mereka cacah pada leher kerana bahagian kerongkong
merupakan bahagian yang paling sukar dicacah tatu dan ini dipercayai menguatkan
semangat orang yang dicacah dengan tatu.[xiv]

Ukir Rekung

Gambar 3: Ukir Rekung


Sumber: Sabang Anak Nyegang. Gambar diambil pada 14 Februari 2013, pada jam
10.00 pagi
Motif buah andu pada umumnya juga terkenal dalam kalangan masyarakat Iban dan
ianya diukirkan di belakang paha. Tatu ini bermaksud, buah andu sebagai makanan dan
penyambung apabila seseorang itu merantau ataupun berjalan jauh.[xv]
Buah Andu
Gambar 5: Buah Andu
Sumber: Sabang Anak Nyegang. Gambar diambil pada 14 Februari 2013, pada jam
10.00 pagi
Corak tatu lengan ketam[xvi] juga amat terkenal dan diminati kerana keunikannya
seperti simbol naga atau naga berkepala dua. Tatu ini dicacah pada bahagian lengan dan
disertakan dengan corak perut naga yang berbeza-beza bergantung kepada mimpi yang
dialaminya. Tatu ini membawa erti kekuatan pada bahagian belakang ketam untuk
melindungi diri daripada semangat jahat. Pada masa dahulu mereka yang mencacah tatu ini
telah meletakan ilmu sihir di dalam dakwat untuk melindungi diri daripada pisau yang tajam
kerana ilmu sihir merupakan budaya lama masyarakat Iban dan terdapat banyak
kepercayaan bahawa semangat yang membantu pemilik tatu.
Gambar 3: Lengan ketam
Sumber: Sabang Anak Nyegang. Gambar diambil pada 14 Februari 2013, pada jam
10.00 pagi

Tatu masyarakat iban mempunyai motif dan ciri-cirinya yang tersendiri. Kebanyakan tatu
masyarakat Iban berunsurkan mitos haiwan, alam semula jadi dan corak flora seperti
daun. Corak berdaun ini dibuat untuk tujuan menyamar dalam hutan semasa peperangan
antara puak. Contoh corak tatu yang dicacah dalam kalangan masyarakat Iban merupakan
corak naga, burung enggang dan anjing syaitan. Motif dan corak tatu kebanyakannya
berunsurkan haiwan mitos dan haiwan yang telah menolong mereka dalam waktu kesusahan
atau pun di waktu senang.[xvii]
Pada masa dahulu, Orang Iban kebiasaannya tinggal di tepi laut dan Orang Inggeris telah
memanggil mereka sebagai Sea Dayak ataupun Dayak Laut. Oleh kerana biasa dengan keadaan
laut dan tinggal di tepi laut, cacah di tubuh mereka banyak berbentuk kehidupan laut seperti
udang, ketam dan kuda laut. Kepakaran masyarakat Iban teserlah apabila mereka mengubahsuai
bentuk hidupan laut tersebut mengikut kepandaian mereka sendiri. Kecantikan cacahan yang
dibuat bergantung kepada kepakaran pengukir yang membuat tatu tersebut.[xviii] Pada dasarnya
corak masyarakat Iban adalah sama. Semua tempat di sarawak yang mempunyai komoditi
masyarakat Iban yang bertatu tiada bezanya dari segi motif dan corak.Corak-corak ini dipercayai
berkait rapat dengan unsur-unsur sembuh dan dapat melindungi suku kaum Iban daripada roh-
roh jahat, musuh, kecelakaan dan penyakit. Walau bagaimana pun gaya tatu itu adalah berlainan
kerana setiap orang yang mencacah tatu adalah tidak sama dari segi kemahiran mereka mencacah
tatu tersebut.[xix] Tatu masyarakat Iban biasanya dicacah pada bahagian bahu, belakang, kaki,
kerongkong dan lengan.
Dalam membuat tatu, bahan yang digunakan untuk menghitamkan cacah
ialah alung.[xx] Along ini akan dicampur dengan berbagai-bagai ubat pemanis supaya cacahan
itu kelihatan lebih cantik dan juga sebagai pelindungan.[xxi] Pembuatan tatu secara tradisional
menggunakan teknik mengetuk yang menggunakan pengetuk yang diperbuat daripada tanduk
rusa serta sebatang kayu untuk meletakkan jarum yang digunakan untuk menghasilkan tatu.
Menurut Sabang Anak Nyegang, pembuatan tatu dengan menggunakan cara tradisional lebih
sukar. Ini kerana kekuatan tangan, kesabaran dan ketelitian amat diperlukan dalam menghasilkan
tatu yang berkualiti.
Sebagai rumusan, haruslah dikekalkan ukiran tatu menggambarkan kepakaran
masyarakat Iban dalam bidang seni ukir. Seni ukir yang kita warisi daripada nenek moyang kita
ini adalah salah satu daripada status sosial kita. Seni ukir ini harus dipelajari secara lebih serius
oleh generasi muda. Pembuatan tatu ini dikaitkan dengan amalan ngayau[xxii] yang diamalkan
sejak dahulu lagi. Tatu ini juga mencerminkan kegagahan bangsa kita kerana motif ukiran kita
tinggi nilainya. Amalan mencacah tubuh atau bertatu di kalangan generasi dulu dan kini berbeza
kerana dulu, tatu menjadi budaya, identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan
masyarakat atau sesuatu kaum.

[i] Jerry Hawkin Anak Suting, Peranan Dayak Cultural Foundation Dalam memelihara Tarian
Ngajat, 2007, UNIMAS
[ii] Augustine Anggat Ganjing, Asas Ukiran Iban, 1988 : hal. 145.
[iii] Istilah ‘telanjai’ bermaksud tidak memakai pakaian
[iv] Augustine Anggat Ganjing, Asas Ukiran Iban, 1988 :hal. 145
[v] Istilah ‘baru lanjau’ bermaksud baru meningkat remaja
[vi] Augustine Anggat Ganjing, Asas Ukiran Iban, 1988 : hal, 13-14
[vii] Istilah ‘Sengalang Burung’ bermaksud betara peperangan yang paling berkuasa, mengikut
kepercayaan suku kaum Iban.
[viii] Ibid, hal.10
[ix] Istilah ‘bungai terung’ bermaksud sejenis cacah yang dibuat pada badan berasaskan bunga
terung
[x] Temuramah dengan Sabang anak Nyegang pada 14 Februari 2013.
[xi] Istilah ‘entegulun’ bermaksud sejenis cacah yang dibuat pada belakang tangan seseorang
setelah Berjaya membunuh dan memenggal kepala musuhnya
[xii] Istilah ‘Gawai Enchabuh Arung’ bermaksud perayaan gawai yang disambut untuk
merayakan upacara membawa kepala musuh ke rumah setelah berjaya memenggal kepala
[xiii] Istilah ‘ukur rekung’ bermaksud cacah kelingai yang dibuat pada leher
[xiv] Temuramah dengan Sabang anak Nyegang pada 14 Februari 2013.
[xv] Temuramah dengan Sabang anak Nyegang pada 14 Februari 2013.
[xvi] Istilah ‘lengan ketam’ bermaksud cacahan yang bermotifkan ketam yang dicacah pada
bahagian lengan
[xvii]Temuramah Sabang anak Nyegang pada 14 Februari 2013.
[xviii] Augustine Anggat Ganjing, Asas Ukiran Iban, 1988: hal. 148
[xix] Temuramah dengan Nyegang Anak Sabang pada 14 Februari 2013
[xx] Istilah ‘alung’ bermaksud benda hitam yang ditinggalkan oleh asap;arang lampu;arang
para;jelaga
[xxi] Augustine Anggat Ganjing, Asas Ukiran Iban, 1988: hal, 145
[xxii] Istilah ‘ngayau’ bermaksud memenggal kepala
BIBLIOGRAFI

Sumber Primer:
Temuramah dengan Sabang Anak Nyegang pada 14 Februari 2013
Temuramah dengan Sendar Anak Sabang pada 14 Februari 2013
Sumber Sekunder:
Jerry Hawkin Anak Suting, Peranan Dayak Cultural Foundation (DCF) Dalam Memelihara
Tarian Ngajat, UNIMAS; Tesis yang tidak diterbitkan, 2007.

Augustine Anggat Ganjing, Asas Ukiran Iban, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sarawak Branch,
with coorperation of General Publication Division, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
1988.
Tatu bagi masyarakat Iban dimasa lampau merupakan simbol fisik yang secara langsung memperlihatkan
sosial sesorang dalam masyarakat.

Bagi masyarakat Dayak Iban terdapat tujuh bentuk motif tatu biasa yang digunakan oleh masyarakat
Dayak Iban saat ini iaitu ukir rekung, bunga terung, ketam itit(duck crab) kelingai, buah Andu, buah
engkabang atau bunga tengkawang, bunga terung keliling pinggang.

Dari segi mitologis, masyarakat Dayak Iban percaya Batara (Tuhan) menghendaki orang Iban bertatu
sebagai penanda bagi Batara untuk mengenali orang-orang Iban.

Salah satu jenis tatu yang sering dilihat pada masa kini adalah tatu bunga terung. Mesti ramai yang
tertanya-tanya apakah maksud 'bunga terung' yang dicacah di bahu kanan dan kiri mereka. Tatu
bermotif bunga terung tidak sembarangan dimiliki oleh semua kalangan msyarakat

Tatu bunga terung merupakan hasil dari seni dan tradisi di Kalimantan Barat. Tatu bunga terung merujuk
maknanya pangkat atau kedudukan sebab umumnya letak pertama ada di bahu.

Corak ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang
mempunyai tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah keluarga.

Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spiritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu memberi
kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu, seperti contoh memikul
bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya.

Di tengah 'bunga terung' pula terdapat corak pusaran yang


melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat
dan mantera wheel' bagi mereka yang mengembara.

Bagi masyarakat Dayak Iban, seseorang yang memiliki tatu bunga terung di sekeliling pinggang biasanya
lapan buah bererti orang itu sudah mempunyai banyak pengalaman.

Selain itu, maksud tatu bunga terung juga merupakan satu petanda bagi mereka yang sudah cukup puas
merantau dan menguasai ilmu pengetahuan.

Di semenanjung, tatu secara umumnya dianggap lambang bagi kumpulan kongsi gelap atau sekadar
suka-suka. Namun, bagi masyarakat Iban di negeri ini, ia adalah lambang kelakian, kepahlawanan,
kemenangan perang serta mengangkat status seseorang lelaki.

You might also like