You are on page 1of 4
at KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, Director General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Goverment Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tol: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8889 4548, 62604 PUTRAJAYA, Laman Web: www.moe.govny KPM.600/1/5/5 Jid. 5 (\3 ) 3{ Disember 2018 Senarai Edaran YBhg. Datuk/Tuan, PELAKSANAAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) TAHUN 2019 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) adalah instrumen penilaian yang juga merupakan panduan pengoperasian sekolah. Pihak sekolah diminta melaksanakan SKPMg2 secara teliti supaya impak pelaksanaannya dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta kemenjadian murid yang menyeluruh. 3. SKPMg2 menggalakkan pihak sekolah menyimpan dokumen pengurusan sekolah dalam bentuk (format) digital. Dokumen berkenaan hendaklah disimpan mengikut folder yang sistematik mengikut tahun dan bidang supaya mudah diakses oleh pihak sekolah apabila periu. 4. Pada tahun 2019, pengisian portal SKPMg2 akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pada bulan Januari hingga Mac 2019 dan pada bulan Ogos hingga 15 November 2019. Perincian pengisian portal boleh dirujuk dalam Lampiran 1. 5. Semua sekolah di bawah KPM dikehendaki melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan SKPMg2 melalui portal NKRA KPM (https:/inkra.moe,cov.my/). Pihak sekolah juga dimohon merujuk Prosedur Pelaksanaan SKPMg2 dan Edaran PPS (PPSEP) bertarikh 1 Januari 2019 yang boleh dimuat turun dari portal berkenaan bagi memastikan pengisian skor PKS dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 6. Pihak YBhg. Datuk/Tuan diminta memastikan arahan ini disampaikan kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar dengan kadar SEGERA. Kerjasama YBhg. Datuk/Tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ’ fer DATUK Dr. AMIN BIN SENIN Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Senarai Edaran: Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Semua Pengarah Pendidikan Negeri Salinan Kepada: Menteri Pendidikan Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Ketua Nazir Sekolah Pengarah Bahagian Penasihat Undang-undang Pegawai Perhubungan Awam

You might also like