You are on page 1of 2

ABSTRAK

POLEMIK ALIRAN SYIAH DI MALAYSIA


MUHAMMAD SHUIB BIN NORUDIN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Latihan Ilmiah ini merupakan satu kajian berkenaan polimek aliran


syiah di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji polimek
aliran syiah di Malaysia mengenai sejarah, konsep dan doktrin
syiah. Penulis menggunakan kaedah temu bual iaitu menemubual
pengkaji aliran Syiah di Malaysia. Kajian ini lebih merujuk kepada
buku-buku, jurnal, video, laman web yang menerangkan berkaitan
syiah tidak kira bahan rujukan tersebut berbentuk menyokong syiah
ataupun tidak. Dalam penulisan kajian ini terdapat lima bab yang
telah di berikan. Bab pertama ialah pendahuluan yang
menerangkan berkaitan permasalahan kajian, persoalan kajian,
objektif kajian, sorotan literature, metodolgi, kepentingan kajian
dan skop kajian. Bab kedua ialah membincangkan sejarah
perkembangan syiah dari zaman para sahabat sehinggalah
kedatangan syiah di Malaysia. Bab ketiga mengenai polimek akidah
syiah yang di amalkan di Malaysia. Bab keempat membincangkan
berkaitan fekah syiah di Malaysia. Bab kelima ialah pendapat
ataupun pendirian penulis mengenai pengkajian ini mengenai aliran
syiah di Malaysia. Kajian ini di lihat sangat penting bagi memberikan
penjelasan kepada masyarakat awam berkaitan aliran syiah di
Malaysia. Di harapkan kajian ini dapat member ilmu yang berguna
kepada semua pihak.
ABSTRAK
SABAH UNTUK SABAHAN: PERJANJIAN MALAYSIA 1963 DAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
MUHAMMAD SHUIB BIN NORUIDN
P83494

Kajian ini memfokuskan berkenaan amalan politik persekutuan yang


diamalkan di Malaysia merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963
dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kajian ini juga menilai
prinsip penentuan nasib sendiri yang berlaku dalam kalangan
gerakan menuntut hak Sabah terhadap hak-hak Sabah yang tidak
dilaksanakan mengikut Perjanjian Malaysia 1963. Kajian ini
menggunakan analisis kualitatif yang mengumpulkan data primer
dan skunder melalui kajian keperpustakaan dan temubual. Dapatan
menunjukkan terdapat konflik yang berlaku dalam kalangan gerakan
tuntuntan hak Sabah berkenaan memorandum 20 Perkara dan
Perjanjian Malaysia 1963. Selain itu, kajian ini melihat banyak hak-
hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat Sabah tidak dilaksanakan
dan diberikan. Gerakan menuntut hak Sabah melihat dominasi
Kerajaan Persekutuan ke atas negeri Sabah membawa punca utama
yang melambatkan proses tuntuhan hak Sabah terlaksana. Kajian ini
juga telah cuba mengeluarkan beberapa usaha Kerajaan Persekutuan
yang cuba mengembalikan semula hak-hak rakyat Sabah mengikut
yang dipersetujui ketika penubuhan Persekutuan Malaysia.
Perbincangan masalah berkenaan penyelesaian isu hak Sabah kerap
kali sukar berlaku apabila kerajaan negeri diperintah oleh pihak
pembangkang. Akibat perbezaan ideologi politik menyebabkan
sukar memperoleh persefahaman antara kedua-dua kerajaan.
Manakala hasil kajian berkenaan ‘Sabah untuk Sabahan’
memperlihatkan slogan ini sangat sinonim dengan suara gerakan
tuntutan hak Sabah. Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 dilihat
pencetus kepada pemula kepada kemunculan kebanyakkan gerakan
tuntutan hak Sabah. Gerakan muncul dalam kalangan rakyat Sabah
melalui parti politik, NGO dan individu tempatan Sabah. Perjanjian
Malaysia. Perjanjian Malaysia 1963 ialah perjanjian yang
ditandatangani oleh kesemua wilayah yang terlibat dalam
pembentukan Persekutuan Malaysia. Perjanjian Malaysia 1963 ialah
perjanjian antarabangsa yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB). Oleh demikian, sekiranya terdapat perkara
yang tidak dilaksanakan didalam Perjanjian Malaysia 1963 boleh
diungkit kembali melalui perjanjian ini. Hasil kajian ini melihat,
peranan Perjanjian Malaysia 1963 sangat sesuai menjadi hujah untuk
menuntut isu-isu hak Sabah yang tidak dilaksanakan oleh Kerajaan
Persekutuan.

You might also like