You are on page 1of 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 / JANUARI 2017

OUMH1103

KEMAHIRAN BELAJAR JARAK JAUH

NAMA :

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

NAMA TUTOR :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1|Page
Isi Kandungan
Perkara Halaman

1.0 Pengenalan 3

2.0 Cabaran-cabaran dan Cara-cara Mengurangkannya

2.1 Gaji dan Upah Tidak Tinggi 3

2.2 Kenaikan harga barang dan minyak petrol 4

2.3 Perhutangan 4

3.0 Kesimpulan 5

4.0 Senarai Rujukan 6

1.0 PENGENALAN
2|Page
Kos sara hidup merupakan kos yang perlu ditanggung oleh seseorang individu atau sesebuah
keluarga untuk memenuhi keperluan asas hidup seperti makanan, tempat kediaman, pengangkutan dan
pakaian. Kos sara hidup tinggi pula merupakan kos yang ditanggung oleh seseorang individu atau
sesebuah keluarga untuk memenuhi keperluan asas hidup telah melebihi pendapatan individu atau isi
rumah.

Tujuan esei ini adalah untuk menerangkan kos sara hidup tinggi telah membawa banyak masalah
bagi ramai keluarga dalam pengurusan perbelanjaan. Berdasarkan tujuan penulisan esei ini, tiga cabaran
menguruskan kos sara hidup tinggi dan tiga cara untuk mengurangkan masalah yang disebabkan oleh
cabaran-cabaran tersebut akan disentuhkan dalam esei ini.

2.0 CABARAN-CABARAN DAN CARA-CARA MENGURANGKANNYA

2.1 Cabaran 1: Gaji dan Upah Tidak Tinggi

Menurut Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah 2014 yang disiarkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia, purata gaji dan upah bulanan Malaysia 2014 ialah RM 2193. Penengah gaji dan upah bulanan
yang diterima pada 2014 ialah RM 1500. Manakala, menurut Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi
Rumah 2014, perbelanjaan isi rumah bulanan purata Malaysia ialah RM 3578. Berdasarkan statistik
daripada kedua-dua laporan tersebut, perbandingan yang tara antara purata gaji dan upah bulanan dengan
perbelanjaan isi rumah bulanan purata boleh ditunjukkan bahawa gaji dan upah bulanan seseorang tidak
mampu menampung perbelanjaan bulanannya. Apabila gaji dan upah bulanan seseorang tidak cukup
untuk perbelanjaan bulanannya, maka akan terjadi seseorang itu merasai peningkatan kos sara hidup telah
membawa cabaran baginya untuk menguruskan perbelanjaan.

Untuk mengurangkan kesan cabaran ini, pihak kerajaan boleh melaksanakan polisi penetapan gaji
minimum yang mengikut jenis sektor pekerjaan, bukan hanya menetapkan gaji minimum RM1000 secara
umum (Perintah Gaji Minimum 2016). Kadar kenaikan nilai gaji minimum RM 1000 menjadi rendah
sedangkan peningkatan kadar inflasi semakin tinggi. Oleh itu, kenaikan gaji adalah wajid bagi seseorang
untuk mengurangkan beban kos sara hidupnya. Selain itu, seseorang digalakkan membuat kerja sambilan
untuk menambah pendapatan. Contohnya, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Sdn. Bhd,
agensi di bawah kerajaan telah melaksanakan satu kempen digital yang bernama “#YOUCANDUIT”
untuk meningkatkan pendapatan tambahan di kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital.
Seseorang individu diberi peluang menambah pendapatannya dengan menjalankan perniagaan digital atau
melakukan tugasan digital secara atas talian di luar waktu kerja melalui kempen digital ini.

2.2 Cabaran 2: Kenaikan Harga Barang dan Minyak Petrol

3|Page
Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan meningkat lebih tinggi pada kadar 4.5 peratus pada
bulan Februari 2017 kepada 119.7 daripada 114.5 pada bulan Februari 2016. Antara kumpulan yang
mencatatkan peningkatan adalah pengangkutan (+17.9 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol
(+4.3 peratus), perkhidmatan rekreasi & kebudayaan (+3.1 peratus), kesihatan (+2.4 peratus), restoran &
hotel (+2.3 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.2 peratus). Indeks kumpulan
pengangkutan menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 17.9 peratus pada asas tahun ke tahun bagi
Februari 2017, setelah naik 8.3 peratus pada Januari 2017. Harga purata 1 liter petrol RON95 adalah
RM2.30 pada Februari 2017 berbanding RM1.75 pada Februari 2016. Bagi petrol RON97, harga purata
meningkat kepada RM2.60 pada Februari 2017 daripada RM2.05 pada Februari 2016 (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2017). Berdasarkan IHP mencerminkan peningkatan harga barang keperluan dan
makanan, ditambah dengan kos pengangkutan harian yang akibat daripada ketidakstabilan harga minyak
petrol semakin membebankan kehidupan rakyat.

Bagi mengurangkan impak kenaikan harga barang dan minyak petrol terhadap kos sara hidup,
seseorang individu perlu mengamalkan sikap perbelanjaan yang terkawal dan terancang. Sewajarnya
seseorang individu perlu membuat perancangan terlebih dahulu sebelum berbelanja. Seseorang haruslah
berbelanja mengikut kemampuan dan hanya berbelanja atas barang yang perlu sahaja. Misalnya, oleh
sebab kenaikan harga minyak petrol, kita harus bijak dalam menggunakan kenderaan terutamanya kereta.
Sebelum membuat perjalanan ke mana-mana tempat, lebih baiklah melakukan perancangan perjalanan
yang teliti supaya tidak berulang alik membazirkan minyak petrol dan juga masa. Pemandu juga hendak
sentiasa memastikan keadaan kereta berjalan dengan baik dan tayar cukup angin. Pemandu juga perlu
elak meletakkan barangan yang berat dalam kereta setiap hari, ini kerana keberatan yang ditampung oleh
kereta akan menambahkan penggunaan minyak petrol.

2.3 Cabaran 3: Perhutangan


Pembiayaan secara hutang menjadi suatu amalan yang biasa dan banyak dilakukan di kalangan
rakyat di Malaysia, terutamanya bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan (Azlina Zainal et. al.
2013:446). Pembiayaan hutang dibuat kepada perkara-perkara yang perlu, seperti untuk memiliki rumah
kediaman, kenderaan, pendidikan dan sebagainya. Didapati bahawa hutang isi rumah bukan sekadar
hutang kad kredit sahaja, bahkan pelbagai jenis hutang lagi. Tambahan lagi produk pinjaman dan
pembiayaan secara hutang semakin banyak di institusi-institusi kewangan seluruh negara. Kepelbagaian

produk ini menjadikan masyarakat lebih suka berhutang kerana mereka tidak perlu mengeluarkan
sejumlah wang simpanan mereka. Tempoh bayaran balik sesuatu pinjaman juga ada yang telah
4|Page
dilanjutkan. Sebagai contoh tempoh maksimum bagi pinjaman peribadi dilanjutkan sehingga 25 tahun
dan pembiayaan rumah dilanjutkan sehingga 45 tahun. Institusi-institusi terus cuba mendapatkan
pelanggan yang ramai untuk mengaut keuntungan (Abdul Basit Hodari et. al. 2014:834).
Untuk menangani masalah perhutangan, seseorang individu perlu menguruskan serta mengatur
pergerakan kewangan mereka bagi mengelakkan daripada membebani terlalu banyak hutang. Seseorang
individu tidak akan dapat mencapai matlamat simpanan jangka panjang tanpa pengurusan kewangan yang
baik dan ini boleh menjejaskan taraf kehidupan mereka pada masa hadapan. Oleh itu, seseorang individu
perlu mempunyai pandangan yang jauh semasa mengurus dan mengatur pergerakan kewangannya,
mereka perlu membahagikan pendapatannya kepada beberapa bahagian seperti simpanan kecemasan,
simpanan persaraan, simpanan tetap, pembiayaian hutang dan pelaburan.

3.0 KESIMPULAN
Terdapat banyak cabaran bagi seseorang individu atau sesebuah keluarga dalam menguruskan
perbelanjaan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini. Dalam esei ini, tiga cabaran
seperti gaji, kenaikan harga barang dan minyak petrol serta perhutangan telah dibincangkan berserta
dengan cara-caranya untuk mengurangkan impak cabaran yang dihadapi dalam kos sara hidup.
Kesimpulannya, cabaran-cabaran yang dihujah di atas adalah saling berkaitan. Kos sara hidup
yang tinggi bagi individu atau keluarga disebabkan gaji dan upah yang rendah tidak dapat menampung
kenaikan harga barang dan minyak petrol seterusnya menyebabkan mereka banyak berhutang semasa
perbelanjaan. Bagi meghadapi cabaran-cabaran ini, kita perlu mengamalkan pengurusan kewangan yang
bijak seperti amalan menabung, inisiatif menambah pendapatan serta sikap perbelanjaan yang berhemah.

(971 patah perkataan)

4.0 RUJUKAN

5|Page
1. Laporan Penyiasatan Gaji & Upah, Malaysia. ( 2016, Mei 27 ). Dlm. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Dicapai dari
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=157&bul_id=czRyNkJIbDFy
YXJFbU5YTVJ1V1BHZz09&menu_id=U3VPMldoYUxzVzFaYmNkWXZteGduZz09
2. Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2014. ( 2015, Nov 17 ). Dlm. Jabatan Perangkaan
Malaysia. Dicapai dari
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=323&bul_id=cGpPdWw3REh
ucFZPdXRpek1Jd3FZUT09&menu_id=amVoWU54UTl0a21NWmdhMjFMMWcyZz09
3. Warta Kerajaan Persekutuan. (2016, April 9). Perintah gaji minimum 2016. Jabatan Peguam Negara.
Dicapai dari
http://jtksm.mohr.gov.my/images/MPGN/PERINTAH%20GAJI%20MINIMUM%202016.pdf
4. Apa itu #Youcanduit. (t.t.). Dlm. MDEC. Dicapai dari https://youcanduit.mdec.my/bm
5. Indeks Harga Pengguna Malaysia Februari 2017. ( 2017, Mac 24). Dlm. Jabatan Perangkaan
Malaysia. Dicapai dari
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=106&bul_id=THE3ZHF5MD
hyME14ZFdmOWhrWSsyZz09&menu_id=bThzTHQxN1ZqMVF6a2I4RkZoNDFkQT09
6. Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi & Abu Hassan Shaari Md Nor. (2013). Jurang Pendapatan dan
Hutang Isirumah. Prosiding Perkem viii, (1), 445-459. Dicapai dari
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_2C1.pdf
7. Abdul Basit Hodari, Tamat Sarmidi & Norlida Hanim Mohd Salleh. (2014). Hutang dan Golongan
Muda di Malaysia: Satu Kajian Awal. Prosiding Perkem Ke-9, 833-844. Dicapai dari
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkem2014/PERKEM_2014_5C4.pdf

6|Page

You might also like