You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
BANDAR DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
Telefon: 04-9148300/ 310 Faks: 04-9175492
Laman Web: http//:www.ipda.edu.my

Rujukan kami : IPGKDA 1000-3 ( )


Tarikh :

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim,


Jalan Hospital,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

Tuan,
MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 1&2 PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


Ambilan Jun 2016 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) Jitra, Kedah
seramai 70 orang Siri 1 dan 75 orang Siri 2 akan mengadakan aktiviti Program Bina Insan
Guru (BIG) seperti ketetapan berikut:

Siri 1 : 28 Jun hingga 30 Jun 2018


: Khamis hingga Sabtu
Siri 2 : 8 Julai hingga 10 Julai 2018
Ahad hingga Selasa
Tempat : Kem Sedim, Kulim, Kedah

3. Untuk makluman pihak tuan, program yang akan diadakan merangkumi aktiviti
rekreasi air yang akan dijalankan di kawasan Kem Sedim. Sehubungan itu, kami mohon
kerjasama pihak tuan untuk memberi maklumbalas dan maklumat terkini dari segi keadaan
semasa dan keselamatan pelajar kami untuk mengadakan aktiviti tersebut.

4. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan untuk memastikan program
ini dapat dijayakan dengan lancar amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ SEHATI SEJIWA ’’
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’
Saya yang menurut perintah,

( DATIN NAIMAH BINTI JAAFAR, AMP )

Pengarah,

IPG Kampus Darulaman,

Kedah Darul Aman.

You might also like