You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA pertandingan hafazan al-quran sempena majlis

tadarus al-quran (mtq) peringkat zon hulu besut bagi tahun 2019 m /
1440 h

QUE AGENDA CATATAN

PENGUMUMAN

 Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,


majlis akan bermula sebentar lagi.

 Tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta diminta mengambil


tempat.

 Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan


serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit atau
telefon bimbit anda dalam nada silent mode atau getaran sahaja.

 Mohon juga menghadkan sebarang aktiviti keluar masuk


sepanjang pertandingan berlangsung.

 Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang gangguan sewaktu


peserta peserta membuat persembahan.

MUQADDIMAH MC

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN
PERINGKAT ZON HULU BESUT BAGI TAHUN 2019 DI SK SERI
PAYONG.

Yang dihormati barisan panel hakim yang penuh berkarisma,

guru-guru pengiring yang dedikasi,

para peserta pertandingan yang dirahmati Allah serta hadirin hadirat


sekalian.
BACAAN ALFATIHAH

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran terhadap Tuhan yang maha Esa


kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dapat bertemu di Pertandingan
Hafazan Al-Quran Peringkat Zon Hulu Besut pada tahun 2019 ini.

Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-


Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Mekar serumpun bunga siantan

Ditiup angina gugur berserakan

Agar majlis mendapat keberkartan

Surah alfatihah kita bacakan

Untuk itu, kita mulakan majlis dengan bacaan ummul kitab, Alfatihah

(DIAM)

Saya bagi pihak jawatankuasa pengelola pertandingan mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebelum kita menyaksikan pertandingan, izinkan saya memperkenalkan


barisan hakim yang akan mengendalikan pertandingan kita pada hari ini.

Diperkenalkan

1. Alfadhil Ustaz Mohd Sardi Bin Saad, selaku ketua hakim.

Beliau merupakan guru penolong dari SK Alor Keladi. Seterusnya

2. Ustaz Mohd Saufi Bin Awang Mat dari Sk Keruak selaku fateh munabbih.
3. Ustaz Ismarul Wardi Bin Abdullah dari SK Felda Tenang selaku hakim
tajwid

4. Ustazah Jaminah Binti Jusoh dari SK Pasir Akar selaku fasohah

5. Ustazah Marina Binti Mohamad dari SK Alor Keladi selaku hakim


bahagian hafaz / lancar.

6. Ustazah Zalena Binti Bedol dari SK Keruak merupakan hakim yang


mengadili bahagian suara / gaya.

7. Ustazah Siti Fatimah Binti Jusoh dari SK Seri Payong selaku kerani

Dan saya, Wan Nur Hafizah Binti Wan Hussain juga dari SK Seri Payong
selaku pengacara pada hari ini.

KETUA
JURI
Baiklah, sebelum memulakan acara, saya mempersilakan Alfadhil Ustaz
Mohd Sardi Bin Saad selaku ketua hakim untuk menyampaikan peraturan
pertandingan pada hari ini kepada para peserta.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Sardi Bin Saad atas taklimat
itu tadi.

Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan peserta pertama iaitu Adik


……………………… untuk memperdengarkan hafazan beliau. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih kepada adik ………………………….. dari SK …………….

2. Seterusnya,dijemput peserta kedua adik ………………. untuk


memperdengarkan hafazan beliau. Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada adik ……………… dari SK ……………..


Demikian tadi bacaan oleh semua peserta. Kita akan berhenti rehat seketika
untuk memberi laluan kepada barisan hakim membuat pengiraan markah.

Pantun penutup

Banyak keluk ke Penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini,

Nan elok bawalah balik,

nan tak elok tinggal lah disini

negeri Pahang aman sentosa,

Tanjung Lumpur punya area

Salam perpisahan untuk semua,

Moga pulang dengan ceria

Untuk itu, saya, bagi pihak jawatankuasa pertandingan hafazan, menyusun


10 jari,mohon ampun dan maaf andai tersilap bicara, tersalah kata
sepanjang majlis berlangsung.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh

***SLOT/ SISIPAN ANTARA PENGIRAAN MARKAH OLEH HAKIM

4. PANTUN BERHENTI REHAT:

BERAKIT RAKIT DAHULU,

BERHENTI SEKEJAP MAKAN KUINI,

KALAU PENAT REHAT LAH DULU

KITA SAAMBUNG PULA SELEPAS INI.

You might also like