Professional Documents
Culture Documents
HBEC 2203
SEPTEMBER 2018
E-MEL : are_nest87@yahoo.com
Kurikulum sewajarnya direka khas dengan mengambil kira beberapa faktor untuk
menjadikannya sebagai satu garis panduan yang lengkap. Antara faktor yang perlu diambil kira
dalam reka bentuk sesebuah kurikulum adalah seperti (a) usia kanak-kanak, (b) tahap
perkembangan kanak-kanak, (c) keperluan pembelajaran kanak-kanak, (d) latar belakang bahasa
dan budaya, (e) status ekonomi, (f) latihan awal guru dan juga (g) pembangunan profesional
guru.
Selain itu juga, kurikulum pendidikan awal kanak-kanak perlu mengambil kira penglibatan
dan perkongsian dari ibu bapa bagi mewujudkan medium komunikasi yang bermakna.
1
Kerjasama antara guru dan juga ibu bapa amatlah penting bagi memastikan kelestarian
pembelajaran kanak-kanak di bilik darjah dan juga di rumah.
2) Empat cara mengekalkan kualiti yang tinggi bagi kurikulum pendidikan awal kanak-
kanak.
Kualiti kurikulum bagi pendidikan awal kanak-kanak tidak boleh lari dari elemen
bermain, penemuan dan kreativiti. Hal ini kerana tiga elemen ini merupakan kecenderungan
semula jadi yang perlu disepadukan di dalam kurikulum bagi menyokong perkembangan
pembelajaran kanak-kanak. Bagi memastikan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak
mengekalkan kualiti yang tinggi, terdapat empat (4) cara yang perlu dilaksanakan iaitu (i)
penilaian berterusan, (ii) guru perlu sentiasa menambah pengetahuan dan kemahiran, (iii)
memastikan ratio antara kanak-kanak dan guru adalah bersesuaian dan (iv) sokongan dari
pelbagai pihak.
Pertama, ialah proses penilaian berterusan yang merupakan salah satu cara yang boleh
dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan kualiti kurikulum yang tinggi. Dalam pembinaan
sesebuah kurikulum terdapat struktur yang perlu dilalui iaitu merancang, merekabentuk,
melaksanakan dan akhir sekali adalah penilaian (Mahani, Nik Noraini & Arlina, 2017). Penilaian
ialah suatu proses yang mempunyai ciri-ciri yang boleh mengukur sejauh mana keberkesanan
sesuatu kurukulum. Penilaian juga merupakan kayu ukur yang menilai garis panduan didalam
kurikulum sama ada ianya berkesan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak atau sebaliknya.
Penilaian juga dapat menentukan tahap atau kualiti sebenar tujuan sesuatu kurikulum itu
2
dibangunkan. Oleh itu, guru merupakan penilai utama yang boleh memberikan respon terhadap
keberkesanan kurikulum.
3
kreativiti dan profesioanalisme seorang guru dapat membantu kanak-kanak menerima
pengalaman pembelajaran yang mengikut keperluan mereka.
Sebagai seorang guru, amat penting untuk mereka komited dalam mencari peluang
membangunkan diri agar dapat memenuhi cabaran pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini.
Kemahiran yang mencukupi dan pengetahuan yang luas amat penting bagi seseorang guru itu
membuat penambahbaikan dalam program atau aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Menurut
Mahani dan rakan-rakan (2017) seseorang guru itu perlu sentiasa bertanyakan pada diri sendiri
sebagai reflektif seperti, “Adakah saya merancang pembelejaran mengikut kurikulum dengan
baik?”, “Adakah objektif yang dikehendaki dapat dicapai dengan baik?” dan “Adakah saya
memberikan panduan dan arahan yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk melakukan
aktiviti?”. Bagi tujuan mengekalkan kualiti sesebuah kurikulum, guru sebagai agen pelaksana
perlu sentiasa memberi maklum balas untuk membina kekuatan yang sedia ada di dalam
kurikulum tersebut bagi memnuhi keperluan kanak-kanak.
Cara ketiga adalah memastikan ratio kanak-kanak dengan guru adalah bersesuaian.
Hal ini amat penting bagi memastikan guru dapat memberikan panduan dan sokongan kepada
kanak-kanak secara optimum. Bilangan kanak-kanak yang terlalu besar di dalam sesebuah kelas
akan menyebabkan berlaku keciciran pemantauan oleh guru. Bilangan kanak-kanak perlulah
bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Keadaan dan saiz kelas juga turut menyumbang
kepada bilangan kanak-kanak yang sepatutya berada di dalam kelas agar aktiviti yang dijalankan
oleh guru dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Apabila menyentuh isu kanak-kanak, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelak
sebarang insiden yang tidak dingini. Selain itu, kanak-kanak perlu melalui pengalaman bagi
membantu proses pembelajaran mereka, namun jika bilangan mereka terlalu ramai terdapat
kemungkinan mereka tidak memperoleh apa yang diharapkan. Setiap kanak-kanak memerlukan
pemantauan oleh guru agar kebolehan, kecenderungan dan minat mereka dapat dikenal pasti dan
diasah dengan baik.
4
Akhir sekali, sokongan daripada pelbagai pihak. Tidak dapat dinafikan selain guru, ibu
bapa merupakan penyumbang kepada perkembangan kanak-kanak. Hal ini juga merupakan
falsafah yang digunakan oleh Reggio Emilia melalui konsepnya gestione sociale yang
menggalakkan penglibatan kolaboratif keluarga dalam perkhidmatan awal kanak-kanak (New,
Mallory & Mantovani, 2000). Komunikasi yang berkesan diantara guru dan ibu bapa amat
penting bagi memastikan kesinambungan proses pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak
dapat difahami dan diteruskan oleh ibu bapa. Pusat pendidikan awal kanak-kanak telah
menyediakan platform pembelajaran yang lebih formal, oleh itu pembelajaran di rumah boleh
berlaku secara tidak formal oleh ibu bapa dan hal ini tidak boleh dipandang enteng bagi
menyokong perkembangan kanak-kanak.
Selain daripada ibu bapa, sokongan dari pihak pentadibir juga penting dalam
menyediakan persekitaran kondusif untuk proses pembelejaran kanak-kanak. Sebagai seorang
yang mempunyai autoriti, pihak pentadbir secara langsung membantu dalam membentuk kanak-
kanak. Kebebasan yang diberikan oleh pihak pentadbir bagi seorang guru melaksanakan
kurikulum dengan kreatif adalah penting. Selain itu, hubungan antara guru dan juga pakar dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak juga sangat signifikan kerana dapat membantu
meningkatkan prosfesionalisme guru itu sendiri dalam melaksanakan perancangan di dalam
kurikulum. Bantuan dari segi idea, kemahiran, pengetahuan terkini dan maklum balas dari pakar
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dapat terus mengekalkan kualiti yang tinggi bagi
kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.
BAHAGIAN 2
1) Empat (4) ciri-ciri kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.
Kurikulum mempunyai falsafah tersendiri yang bersandarkan kepada prinsip yang menjadi
panduan pelaksanaan sesebuah kurikulum. Terdapat empat ciri-ciri kurikulum pendidikan awal
kanak-kanak yang berkualiti iaitu (i)integrasi bermain, (ii)matlamat yang jelas, (iii)pembelajaran
mengikut tahap kanak-kanak dan (iv)komprehensif mengikut standard.
5
Pertamanya ialah integrasi bermain. Ia merupakan gabungan elemen bermain dengan
pembelajaran kanak-kanak. Walaupun bermain bukan perkara utama di dalam kurikulum tetapi
ianya merupakan bahagian yang penting untuk kanak-kanak kerana bermain menyediakan cara
untuk mengukuhkan keperluan pembelajaran dan keperluan kanak-kanak. Pendekatan bermain di
dalam kurikulum dapat menyokong keperluan kanak-kanak untuk melalui proses kreatif dan
imaginatif. Pendekatan bermain di dalam kurikulum sebenarnya perlu bersifat terancang dan
terbuka dimana kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran melalui konsep bermain.
Kedua adalah matlamat yang jelas. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, kurikulum
yang berkualiti perlu mempunyai matlamat yang jelas dan kemahiran yang diterapkan perlulah
bersesuaian dengan tahap kanak-kanak. Menurut NAEYC dan NAECS/SDE (2004), satu
daripada lapan petunjuk kurikulum yang berkesan adalah mempunyai matlamat yang jelas dan
dikongsi dengan semua; sama ada ia dikongsi secara visual melalui gambar, label, papan buletin
atau carta. Matlamat yang jelas akan menggalakkan perkongsian atau perbincangan dengan pihak
lain contohnya ibu bapa dan juga pentadbir bagi menyediakan pembelajaran yang terbaik untuk
kanak-kanak. Ini penting agar terdapat kesinambungan antara pembelajaran kanak-kanak dalam
bilik darjah dan juga di rumah.
Matlamat di dalam kurikulum amat penting bagi membolehkan agen pelaksana iaitu guru
memahami garis panduan aktiviti bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dalam rancangan
6
pengajaran mereka. Matlamat yang jelas juga sebenarnya memudahkan guru untuk merancang
pembelajaran berterusan tetapi masih mempunyai fleksibiliti dari segi kemahiran dan
pengalaman yang dirancang untuk kanak-kanak. Selain itu, penilaian yang berterusan juga dapat
dilaksanakan apabila mempunyai struktur matlamat yang jelas.
7
Komprehensif membolehkan aktiviti pembelajaran masih menggunakan konsep yang
diterangkan di dalam kurikulum tetapi dapat diolah bersesuaian mengikut peringkat
perkembangan kanak-kanak yang berbeza-beza. Oleh itu, proses pembelajaran yang memberi
manfaat dan makna kepada kanak-kanak boleh digunakan, diintegrasikan, disepadukan, diolah
dan dihubungkan dengan menggunakan kurikulum yang bersifat komprehensif mengikut
standard yang telah digariskan.
Kurikulum yang berkualiti dapat dilihat dari segi penetapan objektif dan matlamat yang ingin
dicapai serta falsafah yang diterapkan. Tidak kira apapun jenis kurikulum, kebanyakan pengamal
pendidikan awal kanak-kanak (profesional atau guru) bersetuju bahawa kurikulum mestilah
mencerminkan keseluruhan program kanak-kanak dan berfungsi secara menyeluruh bagi
merangsang pembelajaran serta perkembangan kanak-kanak. Hal ini bermaksud kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang amat penting bagi tujuan menyediakan
medium yang kondusif dan berkualiti untuk menyokong setiap perkembangan kanak-kanak
bermula dari awal lagi.
Salah satu daripada kurikulum berkualiti yang digunakan dalam pendidikan awal kanak-
kanak adalah Kurikulum Standard P(KSPK). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan telah ditambah baik bagi memenuhi
tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dan keperluan semasa mengikut tanda aras antarabangsa. Penyemakan ini dilaksanakan bagi
memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di prasekolah Malaysia adalah setanding
dengan standard antarabangsa.
8
Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan
dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di
peringkat sekolah rendah kelak. Oleh itu, adalah penting bagi kurikulum untuk pendidikan awal
kanak-kanak ini merangsang kemahiran dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak bagi membina
pengetahuan baru. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini memberi focus kepada
penyuburan potensi individu secara menyeluruh agar potensi kanak-kanak dapat dikembangkan
secara menyeluruh.
KSPK juga sebenarnya mencerminkan hasrat Negara kita yang ingin melihat generasi
kini menjadi insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sahsiah.
Maka, KSPK dilihat sebagai medium yang menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat
Negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf antarabangsa kepada kanak-kanak. Kurikulum ini
juga dihasilkan dengan mengambil kira kehendak dan keperluan masyarakat kini serta akan
dating yang dilihat mencerminkan identity Negara Malaysia.
Elemen utama yang ditekankan di dalam KSPK (2017) adalah Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara jelas untuk kegunaan guru-guru. KBAT melibatkan
kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran pada dasarnya merujuk kepada empat aras teratas
dalam Taksonomi Bloom; i) mengaplikasi, ii) menganalisa, iii) menilai dan iv) mencipta.
Selain itu, elemen kedua dalam KSPK adalah kurikulum ini menekankan kepada hasil
pembelajaran iaitu (outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang kanak-
kanak perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus
diperolehi dan dicapai oleh murid itu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri seperti (i)kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi (ii)kemahiran berfikir, (iii)berakhlak mulia dan beretika,
(iv)berkeyakinan dan berdisiplin, (v)sihat dan cergas dan (vi)imaginatif, kreatif dan ekspresif.
9
Elemen ketiga di dalam KSPK adalah ‘Belajar sambil bermain’ yang merupakan konsep
keseluruhan yang diterapkan dalam pendekatan pengajaran guru di prasekolah. Definisi bagi
‘belajar sambil bermain’ adalah pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan
menyelitkan unsur permainan yang mengarah kepada pembelajaran. Hasil daripada permainan
yang bersesuaian dengan naluri kanak-kanak dan fitrahnya dapat membantu mereka belajar
dengan baik (Bustam Kamri 2004; Putri Zabariah 2005).
Elemen-elemen ini yang memberikan nilai yang tinggi kepada Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. Ketiga-tiga elemen ini merupakan elemen yang menjadikan KSPK
sebagai kurikulum yang setanding dengan kurikulum bertaraf global.
4) Kesimpulan
Kurikulum merupakan garis panduan yang penting dalam membantu guru sebagai agen
pelaksana untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan kepada
kanak-kanak. Kurikulum sebagai alat yang boleh digunakan dan bersifat fleksibel. Guru boleh
menyesuaikan aktiviti yang ingin dijalankan berdasarkan kesesuaian tahap kanak-kanak dan juga
kesesuaian alatan dan fasiliti yang sedia ada.
10
Rujukan
Bredekamp. S., & Copple, C . (2009). Developmentally appropriate practice in early childhood
programs serving children from birth through 8 (Ed. Ke-3). Washington, DC: National
Association for the Education Young Children.
Mahani Abdul Malik, Nik Noraini Nik Abu Bakar, Arlina Ahmad Zaki (2017). Kurikulum
Pendidikan Awal Kanak-kanak: Struktur kurikulum awal kanak-kanak. Open University
Malaysia, OUM.
Meckley, A. (2002). Observing children’s play: Mindful methods. Kertas kerja dibentangkan di
International Toy Research Association, London.
New, R., Mallory, B., & Mantovani, S. (2000). Cultural images of children, parents and teachers:
Italian interpretations of home-school relations. Early Education Development, 11(5),
597-616.
NAEYC. (2004). Where we stand – NAEYC & NAECS/SDE: On curriculum, assessment and
program evaluation. A joint position statement of the National Association for the
Education of Young Children and the National Associations of Early Childhood
Specialists in the State Departments of Education. Dicapai dari
http://www.naeyc.org/positionstatements/cape
Patton, M. M., & Kokoski, T.M. (1996) How good is your early childhood science, mathematics,
and technology program? Strategies for Extending Your Curriculum. Young Children,
51(5), 38-44.
Piaget, J., & Cook, M. T. (1952). The origins of intelligence in children. New York, NY:
International University Press.
11