You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT, TERENGGANU

NAMA : MINDY LIM MIM

NO.KP : 960831-07-5096

NO. ANGKA GILIRAN : 2015102340010

UNIT : 7 PISMP MATEMATIK [SJK( C)]

FTGK 3013
FOTOGRAFI
[TUGASAN 3 – PORTFOLIO (LAPORAN KERJA KURSUS)]

NAMA
PENSYARAH : ENCIK ZUNAIDI BIN YUSOH
TUAN HAJI MOHAMAD YUSOFF BIN AHMAD

JABATAN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TARIKH :
HANTAR : 12 OGOS 2018
Penghargaan
Penghargaan

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat berjaya menyiapkan kerja kursus
Fotografi (FTGK 3013). Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak – pihak yang menghulurkan bantuan kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus itu.

Pertamanya sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dua orang
pensyarah yang dihormati, iaitu Encik Zunaidi Bin Yusoh dan Tuan Haji Mohamad Yusoff
Bin Ahmad kerana telah memberi bimbingan dan semangat yang amat berguna untuk kerja
kursus saya serta membantu saya semasa susah dan senang. Jasa-jasa akan saya
sentiasa ingatkan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana telah
memberi sokongan moral dan dorongan yang positif kepada saya sepanjang kerja kursus ini.
Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang
memberikan bantuan dari segi kewangan kepada saya.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas atas bantuan yang dihulurkan kepada saya dalam menghasilkan kerja kursus ini.
Tanpa bantuan rakan-rakan, saya tidak dapat menyiapkan tugasan dengan begitu lancar.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang
telah membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda
semua tidak akan saya lupakan. Sekian, terima kasih.
Senarai Kandungan

Kandungan Muka Surat

Penghargaan i

Senarai Kandungan ii

1.0 Tugasan 4: Penulisan Apresiasi 1

2.0 Rujukan 5

3.0 Lampiran 6
Tugasan 4:

1.0 Penulisan
Apresiasi
Penulisan Apresiasi

1.0 Nama Imej The Rose


1.1 Lokasi Rose Garden, Cameron Highlands
1.2 Device Camera Huawei Mate 10
1.3 ISO ISO-50
1.4 Kelajuan Shutter 1.190s
1.5 Aperture f/1.6
1.6 Jarak Fokus 27mm
1.7 Flash No Flash
1.8 Jenis Lensa Dual Leica Lenses
Penulisan apresiasi merupakan penilaian yang positif atau negatif baik mengenali,
menilai, dan menghargai nilai-nlai seni yang terkandung dalam suatu foto tertentu. Secara
umumnya, dalam hal menilai kualiti suatu foto memang sangat subjektif. Berdasarkan foto
pilihan di atas, saya mengapresiasi foto tersebut dengan mengambil pertimbangan lebih
daripada satu aspek. Di sini saya telah memerhatikan lima prinsip utama untuk menilai foto
ini iaitu dari segi teknik fotografi, nilai-nilai murni dan estetika, kejelasan, komposisi, dan
informasi yang hendak disampaikan.

Pada tahap pertama, saya mengulas tentang teknik fotografi yang saya gunakan
iaitu teknik Depth Of Field (DOF). Foto yang saya pilih ialah The Rose yang telah saya
tangkap di Orkid & Rose Garden di Cameron Highlands. Kamera yang telah telah saya
gunakan ialah kamera daripada telefon bimbit model Huawei Mate 10. Kamera ini
mempunyai Dual Leica Lenses yang mampu menghasilkan aperture yang seminimum 1.6.
Terlebih dahulu saya telah menukarkan mode kamera kepada mode Aperture. Seterusnya,
saya telah menfokuskan sekuntum bunga ros yang berwarna kuning dengan menggunakan
aperture bukaan besar misalnya f/1.6 dan jarak fokus sebanyak 27 mm untuk
memaksimalkan ruang ketajaman pada bunga kuning sementara latar belakangnya menjadi
blur dan tidak fokus.

Memaksimalkan ruang
ketajaman pada bunga dengan
menggunakan aperture bukaan
besar f/1.6.

Nilai kelajuan shutter yang harus ditetapkan bergantung kepada kecepatan objek
tersebut bergerak, objek yang bergerak lebih cepat, nilai kelajuan shutter yang diperlukan
juga lebih tinggi. Oleh sebab bunga ros yang ditangkap itu dalam keadaan statik, maka
tempoh exposure yang singkat diperlukan dan kelajuan shuttle ialah 1/190s.

Selain daripada teknik fotografi dan nilai-nilai murni, suatu foto yang berkualiti
memerlukan kejelasan yang baik. Tujuan warna dalam foto adalah untuk memudahkan atau
meningkatkan kejelasan visual. Perbezaan warna antara latar dengan visual (bunga) dalam
foto pilihan saya telah menunjukkan kontras yang baik. Saya telah menggunakan nilai ISO
yang ketara untuk mengumpulkan cahaya yang sesuai. Penggunaan nilai ISO (ISO-50) yang
rendah telah menghasilkan foto bunga ros ini yang menajamkan dan tidak berbayang
kerana kerapatan gambar yang dihasilkan cukup halus. Bagi menyempurnakan warna foto
pilihan saya, saya telah menggunakan perisian editing foto untuk meningkatkan kontras dan
keterangan foto yang kurang sesuai dengan keinginan.

Menggunakan perisian editing foto


untuk meningkatkan kontras +20%
dan keterangan foto +20%.

Di samping itu, kalau dinilai dari aspek sudut pengambilan foto (viewing angle), foto
bunga ini yang ditangkap dari sudut eye level bersifat neutral dan lebih tepat jatuh di zon
mata. Komposisi dan penempatan bunga yang berada di ruang tengah menjadi tarikan awal
dan sangat menonjol. Salah satu kelebihan foto pilihan saya adalah konsep simplisiti dan
dominan berjaya diterapkan. Saya hanya menangkap sekuntum bunga yang menjadi
dominan atau pusat penumpuan dan hal ini dapat memungkinkan kefahaman yang cepat
dan jelas. Bunga yang terlalu banyak dalam satu foto kadangkala akan mengelirukan.
Dalam sesuatu karya fotografi, objek utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan
dibaca maksudnya secara jelas.

Tambahan pula, saya menilai foto ini dari segi nilai-nilai murni dan estetikanya. Karya
fotografi ini yang bertema alam bunga dapat menerapkan nilai menghayati alam sekitar.
Kata keindahan membawa ertinya bagus, cantik, elok, molek, dan sebagainya dikatakan
sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia. Bunga mawar atau ros merupakan
sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Seperti yang telah
diketahui, fotografi adalah salah satu sarana media komunikasi yang efektif. Bunga ros
mempunyai bau harum dan biasanya melambangkan bunga cinta. Walau bagaimanapun,
bunga ros yang berwarna kuning membawa maksud yang unik iaitu persahabatan. Mereka
memiliki peranan yang sangat signifikan dalam menentukan baik tidaknya suatu peradaban.
Pada peringkat akhir apresiasi, dapat saya simpulkan bahawa apresiasi terhadap
karya fotografi tidak seharusnya diukur malahan perlu saya rasakannya kerana sifatnya
kualitatif bukan kuantitatif. Tidak dapat dinafikan bahawa penulisan apresiasi foto
sememangnya mendorong saya untuk meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai prinsip
dan kriteria fotografi yang perlu diperhatikan agar terus menghasilkan foto yang lebih
berkualiti.
Rujukan

Fairuz El Said. (2012). Teknik Fotografi: Depth of Field. Dilayari pada 26 Julai 2018 daripada
https://www.google.com/amp/s/fairuzelsaid.wordpress.com/2012/04/22/dof-depth-of-
field/amp/

John Ingledew. (2005). Photography. London: Laurence King Publishing Ltd.

Nenes Annun. (2014). Teknik-teknik Fotografi. Diperolehi daripada


http://www.designes.biz/2014/11/teknik-teknik-fotografi.html

Nenes Annun. (2014). Belajar Fotografi Makro. Diperolehi daripada


http://www.designes.biz/2015/01/belajar-fotografi-makro-untuk-pemula.html

Nina Slowinski. (2015). How to Critique A Photo. Diperolehi daripada


https://www.slideshare.net/ninas15/critiquing-photographs

Rumor Camera. (2015). Teknik Fotografi Mengenai DOF. Diperolehi daripada


https://rumorkamera.com/catatan-kami/teknik-fotografi-penjelasan-mengenai-dof
depth-of-field-bagian-2/

Zul. (2014). Teknik Fotografi & Komposisi. Diperolhi daripada


http://zulzzmpt1483.weebly.com/11/post/2014/03/teknik-fotografi-komposisi.html

You might also like