You are on page 1of 8

TEKNIK DEPTH OF FIELD

1.0 Nama Imej The Rose


1.1 Lokasi Rose Garden, Cameron Highlands
1.2 Device Camera Huawei Mate 10
1.3 ISO ISO-50
1.4 Kelajuan Shutter 1/190s
1.5 Aperture f/1.6
1.6 Jarak Fokus 27mm
1.7 Flash No Flash
1.8 Jenis Lensa Dual Leica Lenses

1
Bagi teknik yang pertama iaitu Depth Of Field, foto yang saya pilih ialah The Rose
yang telah saya tangkap di Orkid & Rose Garden di Cameron Highlands. Kamera yang telah
telah saya gunakan ialah kamera daripada telefon bimbit model Huawei Mate 10. Kamera ini
mempunyai Dual Leica Lenses yang mampu menghasilkan aperture yang seminimum 1.6.
Terlebih dahulu saya telah menukarkan mode kamera kepada mode Aperture. Seterusnya,
saya telah menfokuskan sekuntum bunga ros yang berwarna kuning dengan menggunakan
aperture bukaan besar misalnya f/1.6 dan jarak fokus sebanyak 27 mm untuk
memaksimalkan ruang ketajaman pada bunga kuning sementara latar belakangnya menjadi
blur dan tidak fokus.

Tambahan pula, nilai kelajuan shutter yang harus ditetapkan bergantung kepada
kecepatan objek tersebut bergerak, objek yang bergerak lebih cepat, nilai kelajuan shutter
yang diperlukan juga lebih tinggi. Oleh sebab bunga ros yang ditangkap itu dalam keadaan
statik, maka tempoh exposure yang singkat diperlukan dan kelajuan shuttle ialah 1/190s.
Penggunaan nilai ISO (ISO-50) yang rendah juga dapat menghasilkan foto yang
menajamkan dan tidak berbayang kerana kerapatan gambar yang dihasilkan cukup halus.

2
TEKNIK B-STOP

1.0 Nama Imej Spinning Light


1.1 Lokasi i-City Shah Alam
1.2 Device Camera Huawei Mate 10
1.3 ISO ISO-64
1.4 Kelajuan Shutter 1.5s
1.5 Aperture f/3
1.6 Jarak Fokus 27mm
1.7 Flash No Flash
1.8 Jenis Lensa Dual Leica Lenses

3
Bagi teknik B-Stop, saya telah memilih foto Spinning Light iaitu pemandangan yang
diambil di i-City Shah Alam, Kuala Lumpur. Kita sedia tahu bahawa i-City Shah Alam juga
dikenali sebagai City of Lights, maka saya telah mengambil kesempatan untuk mengambil
gambar permainan Swing Ride yang mempunyai pergerakan cahaya. Kamera yang telah
telah saya gunakan ialah kamera daripada telefon bimbit model Huawei Mate 10. Kamera ini
mempunyai Dual Leica Lenses yang mampu menghasilkan aperture yang seminimum 1.6.
Saya telah memilih teknik melukis dengan cahaya (Light Painting) dan Tail Light Trails yang
mampu merakam pergerakan lampu yang bergerak pada waktu malam. Oleh sebab tempoh
exposure yang cukup lama iaitu 6 saat, maka pergerakan lampu pada permainan Swing
Ride dapat muncul sebagai garis cahaya yang menyusuri perjalanan cahaya itu.

Seterusnya, penggunaan nilai ISO yang rendah (ISO-64) juga dapat menghasilkan
foto yang menajamkan dan tidak berbayang kerana kerapatan gambar yang dihasilkan
cukup halus. Hal ini demikian kerana foto ini tidak seperti foto lain yang memerlukan cahaya
luar masuk ke foto tersebut. Ia hanya memerlukan lampu watak utama iaitu lampu pada
swing ride yang menonjol dalam foto tersebut. Selain itu, aperture telah ditetapkan di f/3 dan
jarak fokus sebanyak 27mm supaya keseluruhan hasil foto akan kelihatan tajam dari hujung
ke hujung.

4
TEKNIK LANDSCAPE

1.0 Nama Imej Beauty of Nature


1.1 Lokasi Desa Park City, Kuala Lumpur
1.2 Device Canon EOS 600D
1.3 ISO ISO-100
1.4 Kelajuan Shutter 1/80s
1.5 Aperture f/8
1.6 Jarak Fokus 21mm
1.7 Flash No Flash

1.8 Jenis Lensa Canon EF-S 24mm f/2.8 STM

5
Teknik yang seterusnya ialah teknik landsape. Gambar landskap ini yang bernama
Beauty of Nature telah diambil di Desa Park City, Kuala Lumpur. Saya telah mengunjungi
Desa Park City dan berjalan-jalan untuk mencari pemandangan yang sesuai. Akhirnya, saya
telah mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada pantulan flora dan fauna pada tasik
dengan menggunakan kamera model Canon EOS 600D.

Sehubungan dengan itu, kamera telah ditetapkan dengan menfokuskan kepada


udara. Dengan teknik fokus kepada udara, warna gambar dan bayang yang dipantul di tasik
adalah lebih terang dan nyata. Disebabkan gambar ini diambil di luar persekitaran (outdoor),
nilai ISO yang ditetapkan lebih tinggi iaitu (ISO-100) supaya suasana gambar dilihat dengan
lebih nyata dan cerah (brighter scene). Gambar ini diambil dari jarak yang lebih jauh, sudut
gambar kelihatan lebih luas (greater wide angle). Kamera diletakkan di atas tanah tanpa
menggunakan tripod untuk menetapkan garisan melintang dan paksi simetri. Aperture yang
telah ditetapkan ialah f/8 dan shutter speed ialah 1/80s.

6
Rujukan

Darren Rowse. (2013). How to Shoot Light Trails. Dilayari pada 25 Julai 2018 daripada
https://digital-photography-school.com/how-to-shoot-light-trails/

Fairuz El Said. (2012). Teknik Fotografi: Depth of Field. Dilayari pada 26 Julai 2018 daripada
https://www.google.com/amp/s/fairuzelsaid.wordpress.com/2012/04/22/dof-depth-of-
field/amp/

Jeremiah Gilbert. (2015). 10 Tips for Shooting Wide-Angle. Dilayari pada 27 Julai 2018
daripada https://improvephotography.com/33932/10-tips-shooting-wide-angle/

Nur Mansyah. (2009). 15 Tips Fotografi Landscape. Dilayari pada 27 Julai 2018 daripada
http://wiranurmansyah.com/tips-dalam-fotografi-landscape

Rumour Kamera. (2014). Teknik Fotografi Penjelasan Mengenai DOF (Depth Of Field).
Dilayari pada 27 Julai 2018 daripada
https://www.google.com/amp/s/rumorkamera.com/catatan-kami/teknik-fotografi-
penjelasan-mengenali-dof-depth-field/amp/

7
8

You might also like