You are on page 1of 16

KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS

USAHAWAN TERKENAL

NAMA NO. MATRIK

KUBON ANAK LABAU 10050007

NOOR ASIKIN BT AHAMAT 10050060

NOOR FARIDA BT IBRAHIM 10050175

BAHVIKA A/P KARUNAKARAN 10050138

ANG AI YUEN (FAUZIAH) 10050058

KANAGESWARI A/P SENDIRA MOHAN 10050270

LEKSHMI A/P MUNUSAMY 10040097

JOTHI A/P NARAYANAN 10040078

RANJINI ABIRAMI A/P RAJARAM 10050431

NAMA PENSYARAH: EN. RASHAHAR BIN RAMLI

TARIKH HANTAR: 26/08/2010


PENGENALAN

Nama :Tan SriSM Nasaruddin SM Amin


Lahir: Pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha Ismai
Bilangan Cahaya Mata: 11 Orang
Tarikh Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminat
terhadap kereta dan industri automobil.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
RendahTunku Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966.Beliau juga mendapat
pendidikan diSekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembila
PERMULAAN PENGLIBATAN

Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000
dalamakaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau
yang bekerjasebagai kontraktor.Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu
peruntukan PermitImport (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih
hasil keuntungan bernilaisejuta ringgit dalam masa setahun.
Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan
usahawanMelayu berjaya di Malaysia.Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan
Naza yangditubuhkan pada tahun 1979.Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan
seperti perniagaanpermotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan
pengangkutan, alat - alatmesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.
Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila
beliau memutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu
kereta buatan Jepun adalah popular dikalangan rakyat Malaysia. Beliau terpaksa
menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk
mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai
apabila ramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta
asing.Akan tetapi
keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus
berusaha menuju kejayaan. “Untuk memperoleh kerjayaan, anda mesti mempunyai
minat dengan apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda
lakukan.Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arah tuju,” katanya.“Dalam
perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan
selangkah demi langkah.” Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat
berjaya, Nasaruddin berkata beliau tidak banyak berubah. “Satu - satunya perbezaan
adalah yang saya memulakan dengan lima kakitangan dan kini saya mempunyai kira -
kira 4,000 orang,”.

40KAITAN CIRI-CIRI DALAM KEUSAHAWANAN

4.1Melihat Dan Merebut Peluang

Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukandapat
dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana
beliaumenghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai
yangberjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan.Beliau memulakan perniagaan
automobildalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta
sebulan.Pada tahun1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk
menggiatkan lagiperniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta
sebulan.Melaluipengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti
peluangperniagaan yang wujud dan berkemampuan didalam memperluaskan
pasaran.Kompentensi inimemberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu
perniagaan dan melanjutkanhayat perniagaan yang berpanjangan.

4.2 Yakin Terhadap Keupayaan Diri

Tan Sri Nasaruddinmerupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yangmerupakan faktor
penting dalam diri seseorang usahawan.Hal ini dapat ditonjolkan melaluiminat beliau untuk
membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan keretakebangsaan Malaysia,
PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan.Beliauberkata bahawa beliau sudah
menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jikakerajaan Malaysia
membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikapini dapat dilihat
apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang
bakaldihadapi.Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang
-bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan
diri.Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai
sesuatu yangdihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam
menyelesaikan sesuatuatau menyahut sesuatu cabaran

4.3 Kecekalan

Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri Tan Sri Nasaruddin telahmenjadikan
syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industriseperti
pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti
jentera,perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang
telah diwujudkan oleh beliau.Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat
tanpamengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh
menyekatpencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan Tan Sri Nasaruddin.

4.4Mencari Maklumat Atau Penyelidikan

Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau
kemudianbekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di
bawahjenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah
beliaugunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan.Dengan cara tinjauan yang
dilakukanini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi
perniagaan yangditerajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah
menggunakankajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.

4.5 Ketegasan

Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau didalam
menyuarakanpendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun
terpaksamenghadapi tentangan dari pihak lain.Dimana beliau pernah terlibat dalam kontroversi
permitimport pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP".Terdapat dakwaan bahawa beliau
dan tigaorang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import
yangdikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta.Pihak
kerajaandidakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada
beliausecara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8,500 setiap satu.Kontroversi
inidihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO.Sifat ketegasan beliau
menghadapikontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat dimana, kabinet
Malaysiamenghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru

4.6 Meyakinkan Orang Lain

Seseorang individu yang bergelar seorang usahawan perlulah berkebolehan meyakinkanorang


lain dengan mampu menonjolkan diri untuk memberi keyakinan kepada pelanggan
untukmembeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.Mampu menonjolkan diri dan
lain- lainkualiti pelulah ada dalam diri seorang yang bergelar usahawan dan seseorang itu
perlulahberilmu dan berpengalaman.Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
menyifatkanTan Sri Nasaruddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dimana beliaumempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan
dengan bermuladengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama
dengan syarikat asinguntuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah
jenama sendiri. "Diamembuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka
menggunakan peluangitu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang
sama seperti beliau berbuatdemikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat
DEB itu sendiri," kata Dr. Mahathir.

50PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN

Kumpulan Naza kini mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industriseperti
pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti
jentera,perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang
telah diwujudkan oleh beliau.Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk
kenderaan.

Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk
kenderaanMazda.Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes -
Benz yangterbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.
Rajah 5.1 Bilik Pameran automobil yang terbesar di Malaysia

Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yangbertapak
di Kuala Muda, Kedah dan turut memiliki TTDI Development yang merupakan salahsebuah
syarikat hartanah terpenting di Kuala Lumpur.

Tan Sri Nasaruddin dilaporkan berminat untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambilalih
perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON, yang dilaporkan menghadapi
kemelutkewangan.Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk
memulihkanProton jika kerajaan Malaysia membenarkannya agar membeli kepentingan
pengawalan syarikattersebut.Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai
RM1.2 bilion diBertam, Pulau Pinang.Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan
denganmelancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia
Rajah 5.2 Kepelbagaian jenis jenama automobil yang didagangkan di Naza World

Rajah 5.3 Petaling Jaya, 16 Julai 2009 - Naza Group Corporate Social Responsibility (CSR),
van Kia Pregio diserahkan kepada Rumah Kasih Kampung Ulu Inas, Rumah Anak Yatim di
Negeri Sembilan.
“ Kami sangat gembira kerana dapat membantu anak - anak yatim di Rumah Kasih UluInas.
Sumbangan kami iaitu sebuah van Kia Pregio akan dapat membawa kanak – kanak ini kesekolah
dengan mudah tanpa perlu menggunakan pengangkutan yang lain. Van ini pasti
akanmengurangkan masalah - masalah dan boleh memudahkan perjalanan mereka sekiranya
terdapatlawatan atau rombongan yang ingin dibuat,” kata SM Faisal Tan Sri SM Nasaruddin,
JointGroup Executive Chairman dan CEO syarikat kumpulan Naza.

Rajah 5.4 Pemaju hartanah NAZA TTDI SDN BHD menderma satu mesin dialisis buah
pinggang dan kelengkapan lain bernilai RM69,000 untuk Persatuan Dialisis Touch ( PDT ),
satu pusat dialisisdi Kota Damansara.

Pengerusi NAZA TTDI, Eng Kim Leng menyampaikan peralatan untuk PDT presiden AndrewNg
dan berharap ia akan dapat membantu pesakit – pesakit yang bilangannya
semakinmeningkat.“Kami berharap sumbangan ini akan dapat membantu pesakit-pesakit
dialisis yangmiskin,” katanya.

Encik Eng menyatakan lagi bahawa syarikatnya telah berjaya mengumpulkan dana sempena
‘Charity Golf Tournament ’ bernilai lebih daripada RM1 milion.Dana tersebut telah
didermakankepada lebih daripada 180 badan – badan kebajikan dan setakat ini ianya bernilai
RM3.2 milionsejak penubuhannya pada 2003.
Rajah 5.5 Naza Group of Companies di bawah Yayasan Naza menyumbang RM500,000

untuk Amanah Kemanusiaan Rakyat dana Palestin

Kuala Lumpur - Sebagai respon dari kekejaman itu pihak NAZA Group komitedmembantu rakyat
Palestin di Gaza. Naza Group of Companies di bawah Yayasan Nazamenyumbang RM500,000
untuk Amanah Kemanusiaan Rakyat dana Palestin bagi membantudalam mengurangkan
penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Encik SM Nasarudin,CEO Naza Group of
Companies memaklumkan bahawa ia adalah sebahagian dari objektifsyarikat bagi membantu
golongan yang tertindas.Cek itu telah diserahkan kepada Datuk AbdulRahim Bakri, semasa
pelancaran rasmi Peugeot 308 pada 29 Januari 2009 di Shangri - La Hotel,Kuala Lumpur.Kereta
itu telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.KakitanganNaza Group of Companies
juga menyumbang RM6,800 untuk kutipan itu dalam acara yang sama.

Pada Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan yang bertempat di Panggung Sari, IstanaBudaya
pada 31 Januari 2009, seorang ahli Naza Group of Companies juga menyumbang untukdana
yang sama.Cek itu berjumlah RM100,000 telah diserahkan kepada YAB Dato' Sri Najib
Tun Razak oleh En SM Faliq Tan Sri Dato' Seri Utama SM Nasaruddin, Timbalan Group

Managing Director, Naza TTDI.

6.0ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasaruddin dikurniakanbeberapa


anugerah dan gelaran, termasuklah anugerah Panglima Setia Mahkota ( P.S.M. ) olehDYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri.Nasaruddin. Selain itu,
beliau juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden KoreaSelatan, dari Son Sang –
Ha, Duta Negara te rsebut yang datang ke Malaysia bagi pihak PresidenKorea Selatan. Anugerah
tersebut diberikankerana sumbangan beliau kepada industri automotif.Beliau ialah rakyat
Malaysia pertama yang meraih anugerah negara tersebut.

Rajah 6.0 Antara anugerah terbesar yangditerima

70 KESIMPULAN

Kesimpulan yang didapati berdasarkan usahawan pilihan kami iaitu Tan Sri SMNasaruddin SM
Amin ialah dengan melalui minat yang mendalam terhadap sesuatuperkara dapat membantu
mencapai kejayaan seperti petikkan kata-kata beliau, “Untukberjaya anda mesti suka apa yang
anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lalukan.Anda mesti mempunyai rancangan
dan mempunyai arah tujuan dan dalam perniagaan andamesti memulakannya dari kecil dan
berjalan selangkah demi selangkah.”

Selain itu, beliau juga mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendekdengan
mengumpul wang sebanyak RM 80,000 pada usia 19 tahun dengan membantubapanya yang
bekerja sebagai kontraktor untuk digunakan sebagai modal dengan membelikereta terpakai
buatan Jepun.

Beliau juga bijak mengambil peluang yang ada dengan menjual kereta buatanJepun yang mana
ketika itu rakyat Malaysia menyukai barangan buatan Jepun danmemegang francais Malaysia
untuk Korea Selatan bagi kereta-kereta Kia dan Perancis bagikereta-kereta Peugeot. Beliau juga
memegang permit import untuk kereta-kereta MercedesBenz dan Mazda.

Sikap seorang usahawan berjaya terdapat dalam diri beliau iaitu ketegasanmembuat keputusan
dan berani menyuarakan pendapat. Sikap ini dapat dilihat apabilamenafikan secara keras
mengenai kontroversi pengeluaran berpuluh ribu dokumen permitkereta import kepada beliau
oleh kerajaan dengan bayaran tertentu.

Keyakinan diri yang tinggi didalam diri beliau menguntungkan negara sertamenyelamatkan
kebanggaan negara iaitu dengan membeli 40 peratus kepentingan syarikatpengeluaran kereta
nasional, PROTON yang mengalami masalah kewangan akibatkegawatan ekonomi dan
menyelamatkan syarikat tersebut.

Melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh beliau maka beliau dianugerahkananugerah


persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.SM.) oleh Seri Paduka Seri PadukaBaginda Yang di-
Pertuan Agong yang bawa gelaran Tan Sri dan pada tahun 2002, beliautelah dinamakan
Motoring Man The Year oleh News Straits Times. Beliau juga menerimasalah satu daripada
anugerah-anugerah tertinggi Korea Selatan bagi sumbangannya untukindustri automotif iaitu
Presidential Award, pingat perkhidmatan daripada duta KoreaSelatan ke Malaysia, Son Sang-Ha
bagi pihak Presiden Korea Selatan, pada satu majlis dikedutaan itu di Malaysia dan beliau
merupakan rakyat Malaysia yang pertama telahmenerima anugerah tersebut.
8.0 RUJUKAN

1.FAKTA DARI BUKU :

Modul P 3130 Pembangunan Usahawan(Usahawan)

Jabatan Kejuruteraan Awam

Politeknik Sultan Idris Shah.

Modul P3117 Keusahawanan

Jabatan Perdagangan

Politeknik Ungku Omar/.

1.FAKTA DARI INTERNET :

http://www.nasaruddin.wikipedia.com.my (17/08/2009-9:00 a.m.)

http://doddys.wordpressmekanisme-usahawancom (17/08/2009-9:00 a.m.
1.FAKTA DARI SURAT KHABAR :

"Naza boss honoured", The Star, 07-01-2007.

"Nasimuddin Bawa Naza Ke Tahap Tertinggi", Bernama, 02-05-2008.

"Nasimuddin Contoh Kejayaan DEB, Kata Mahathir",Bernama,02-05-

2008

You might also like