You are on page 1of 1

ISI TEMPAT KOSONG DENGAN IMBUHAN DAN KATA GANDA

Huruf a
ada mengadakan ada-ada berada
diadakan mengada-ngada mengada-ngadakan keadaan
1. Kakak saya ____________di Korea sekarang.
2. Ibu memarahi adik bongsu saya kerana perangainya yang _______________.
3. _____________ di negara Iraq huru-hara kerana peperangan.
4. Keluarga saya akan __________________majlis hari jadi untuk saya esok.
5. Saya hanya _____________RM 10.00 sahaja.
6. Cikgu Ramesh memarahi Puva kerana ______________________ cerita tentang sikap Nathan.
7. Sukan sekolah mereka telah _________________pada minggu yang lepas.
8. “__________________ sahajalah kamu ini,” kata Puan Lily kepada anaknya.
9. Walaupun kita golongan yang ________________tetapi kita tidak boleh sombong dengan orang lain.
10. ________________kesihatan nenek saya semakin baik sejak dirawat di hospital pakar itu.

Huruf ‘b’
bantu bantuan membantu dibantu pembantu bantu-membantu

11. Kita hendaklah________________ibu mengemas rumah agar dapat mengurangkan bebanannya..


12. En. Daud mempunyai seorang _________________rumah yang berasal dari Indonesia.
13. Hidup_________________dapat mengeratkan perpaduan kaum.
14. Mangsa-mangsa banjir itu memerlukan__________________ segera daripada pihak luar.
15. “Tolong __________________adik kamu yang sedang mencuci longkang itu,” kata ayah.
16. Rakyat Malaysia hidup harmoni kerana saling_________________.
17. “Tanpa _________________pihak kerajaan tentulah kampung kita tidak maju,” kata ketua kampung itu.
18. “Orang-orang miskin akan saya _________________sedaya upaya saya,” janji wakil rakyat itu.
19. Fatihah bertugas sebagai__________________perubatan di klinik itu.
20. Pekebun itu _________________oleh beberapa orang pekerjanya.

Huruf ‘c’
cari mencari tercari-cari pencarian
dicari mencarikan carian

21. “Tolong_____________ pensel saya yang terjatuh,” kata Lamin kepada Karim.
22. Karim_________________Lamin penselnya yang terjatuh.
23. Pemuda itu _________________ beg duitnya yang mungkin terjatuh ke atas jalan raya itu.
24. Pihak polis masih melakukan usaha __________________ budak yang hilang di sungai itu.
25. Penjahat yang bersembunyi itu __________________oleh pihak polis.
26. “Jangan _________________saya lagi,” jerit perempuan itu kepada kekasihnya.
27. _________________budak yang hilang itu sudah berlanjutan selama 10 hari.
28. Hasil _________________maklumat melalui internet digunakannya untuk menyiapkan folio itu.
29. Sandy__________________maksud “canggih” dengan merujuki kamus.
30. “_________________ wang kamu yang hilang itu sehingga ditemukan,” kata ibu..

You might also like