You are on page 1of 11

PENCEMARAN BUNYI DI JAMMU, INDIA

1.0 PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pencemaran alam telah berlaku di dunia ini,
salah satu pencemaran alam ialah pencemaran bunyi. Menurut Aby Al Fahd (2014),
pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam di mana jika
pencemaran alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan
penghuni alam akan tetapi pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada
manusia. Pencemaran bunyi merupakan penghasilan bunyi yang kuat dan bising
daripada mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan
kehidupan lain. Pencemaran bunyi merupakan satu bentuk pencemaran yang
biasanya menghantui manusia yang menghuni kawasan pusat bandar, kawasan
perindustrian dan kawasan pengkomersialan. Menurut Luqmanulhakim et. al. (2011),
pembangunan pesat yang berlaku di sesebuah kawasan sudah semestinya
mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Di kawasan bandar,
kebiasaannya bunyi dihasilkan oleh kenderaan-kenderaan yang berada di kawasan
tersebut (Azlan Abas et. al, 2017).

Rajah 1: Masalah pencemaran bunyi telah menghantui penduduk di Jammu,


India.
2.0 PUNCA-PUNCA

2.1 Masalah kepadatan penduduk

Menurut Henni M. Siregar et al. (2013), masalah kependudukan merupakan masalah


yang cukup serius bagi pemerintah saat ini kerana masalah ini akan berkaitan erat
dengan munculnya pelbagai masalah lain, misalnya dalam bidang ekonomi,
pendidikan, kesihatan dan bidang kesejahteraan. Salah satu masalah yang timbul
akibat masalah kepadatan penduduk ialah pencemaran bunyi. Biasanya punca utama
pencemaran bunyi bising adalah daripada kebisingan trafik, industri pembuatan,
operasi pembinaan dan bunyi bising daripada komuniti (Hamidi, 2008). Apabila
bilangan penduduk telah semakin meningkat, kerajaan perlu melaksanakan lebih
banyak pembinaan kawasan perumahan untuk menampung keperluan penduduk.

Di samping itu, proses urbanisasi juga membawa kepada masalah


pencemaran bunyi dan pencemaran udara akibat pertambahan kenderaan di dalam
bandar. Kebisingan yang terhasil daripada pengangkutan biasanya berlaku di
kawasan bandaraya, kawasan lapangan terbang dan kawasan landasan keretapi.
Bilangan kenderaan yang semakin meningkat akan mendatangkan pelbagai masalah
terutamanya pemandu yang gemar menekan hon dengan sesuka hati. Selain kes
kemalangan akan meningkat, pengguna jalan raya juga akan gangguan fizikal dan
mental yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Di samping itu,
pertambahan kenderaan juga akan menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara yang mana merupakan masalah yang amat merungsingkan pada
masa kini.

Rajah 2 & 3: Masalah kepadatan penduduk dan pertambahan kenderaan di


Jammu.
2.2 Sikap masyarakat
Sikap masyarakat sendiri, masyarakat yang sering mementingkan diri sendiri daripada
menjaga kedamaian masyarakat juga merupakan salah satu faktor. Sesetengah
orang suka membuka radio, televisyen dan alat hiburan yang lain dengan bunyi yang
sangat kuat sehingga mengganggu orang lain. Di samping itu, ada pula penduduk
yang suka bercakap dengan nada yang agak tinggi terutamanya pada waktu malam.
Walaupun perkara ini agak remeh, tetapi sebenarnya perkara ini adalah punca utama
yang menghasilkan pencemaran bunyi tersebut.

Rajah 4: Kawasan perumahan di Jammu

Pada pendapat saya, walaupun perkara ini agak remeh, tetapi sebenarnya
sikap masyarakat yang mementingkan diri merupakan salah satu masalah serius yang
menyebabkan pencemaran bunyi yang agak merunsingkan. Sekiranya setiap
penduduk di sesuatu tempat itu telah menghasilkan bunyi yang kuat sehingga
menyebabkan orang lain terdedah dengan bunyi yang bising, tentulah penduduk tidak
dapat hidup dengan aman. Contoh bunyi yang dihasilkan oleh penduduk tempatan
ialah salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor, dengungan lampu dan
pembesar suara.
2.3 Aktiviti Pembinaan

Menurut Teng (2017), bunyi yang dihasilkan oleh aktiviti pembinaan adalah salah satu
unsur-unsur pencemaran bunyi utama dalam masyarakat. Jentera-jentera berat dan
peralatan pembinaan dikendalikan oleh pekerja menghasilkan pencemaran alam
sekitar khususnya masalah bunyi bising atau hingar. Proses pembinaan jalan raya,
pembinaan bangunan, serta kawasan perindustrian yang menjalankan aktiviti harian
dengan menggunakan jentera berat atau peralatan pembinaan yang mengeluarkan
bunyi bising pada hampir setiap hari, dan menjadi penyumbang besar kepada
berlakunya pencemaran bunyi (Mohd Hilmi, 2012). Menurut statistik yang dikeluarkan
di Hyderabad Metropilitan Development Authority, negara India mempunyai tahap
pencemaran bunyi yang tinggi.

Rajah 5: Negara India mempunyai tahap pencemaran bunyi yang tinggi

Menurut Er Ah Choy et. al. (2009), pembangunan khususnya pembangunan


kawasan perumahan dan perindustrian menyebabkan pencemaran alam sekitar dan
seterusnya memberi kesan kepada kesejahteraan penduduk setempat. Walaupun
operasi pembinaan biasanya bersifat sementara tetapi aktiviti pembinaan akan
memakan masa berbulan-bulan. Terdapat segelintir kontraktor yang mementingkan
diri sentiasa menjalankan projek mereka pada waktu malam tanpa menghirau
perasaan dan ketenteraman orang lain. Penghuni yang tinggal berdekatan dengan
tapak pembinaan terpaksa menderita selama berbulan-bulan.
Rajah 6: Cerucuk-cerucuk besi sedang ditanam di dalam tanah untuk
pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
3.0 KESAN-KESAN

Pencemaran bunyi akan mendatangkan kesan yang berbagai-bagai dan amat


berbahaya kepada manusia. Antara kesan yang akan timbul adalah menjejaskan
kesihatan manusia dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi. Sekiranya manusia tidak
memahami betapa bahayanya kesan negatif terhadap manusia, lama-kelamanya
kesihatan dan juga kehidupan manusia akan terganggu.

3.1 Gangguan Fizikal

Pencemaran bunyi telah menjadi satu gangguan terhadap kesihatan, komunikasi,


keselesaan manusia, dan kualiti hidup (Teng, 2017). Kebisingan dikenal pasti boleh
memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia. Individu yang terdedah dengan
bunyi bising setiap hari akan cenderung mengalami masalah pendengaran seperti
pekak. Menurut Sadaguru Pandit dalam Hindustan Times (2018), pencemaran bunyi
dan udara menjadi penyebab utama jangkitan telinga yang teruk yang boleh
membawa kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal. Kehilangan
pendengaran secara kekal merupakan salah satu kesan jangka panjang akibat
pendedahan bunyi bising yang melebihi had pendengaran (William 1979).

Rajah 7: Masalah kepadatan penduduk di Jammu


3.2 Gangguan Fisiologi

Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga
secara psikologi. Kebisingan boleh membuatkan seseorang terkejut dan boleh
mengubah denyutan jantung dan pengecutan otot sehingga boleh menyebabkan
tekanan darah, pernafasan, perpeluhan, otot dan anak mata (Zamri et.al, 2011). Bunyi
yang melebihi 70Dba akan menyebabkan peningkatan tekanan darah bagi seseorang
itu sekiranya dia tinggal di sesuatu tempat itu dalam masa yang panjang. Kebisingan
memang berbahaya kerana pendedahan kepada bunyi yang kuat sangat berisiko
kepada pendengaran orang dewasa apatah lagi kepada pendengaran bayi dan kanak-
kanak.

Rajah 8: Alat Pengukur Intensitas Kebisingan

3.3 Gangguan Psikologi

Pencemaran bunyi juga menyebabkan gangguan psikologi dan tekanan emosi


kepada seseorang. Pendedahan kepada kebisingan yang melampau akan
menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfikir. Sekiranya seseorang itu berada di
sesuatu tempat yang terdedah kepada bunyi yang kuat dalam jangka masa yang
panjang, tekanannya akan menjadi besar dan berkemungkinan akan menyebabkan
dia bertindak secara agresif. Di samping itu, pencemaran bunyi juga akan
mengganggu anak murid kita yang masih belajar dan mengganggu tumpuan
seseorang murid itu. Sekiranya sekolah telah dibina bersebelahan dengan jalan raya,
murid-murid tidak akan mengikuti pelajaran dengan tenteram. Dengan ini,
berkemungkinan besar masalah ini akan mengganggu prestasi akademik murid-murid.
Tambahan pula, guru akan mengalami gangguan mental kerana mengajar dalam
situasi yang penuh dengan tekanan ini.
4.0 LANGKAH-LANGKAH

Pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha
untuk memastikan alam sekitar terpelihara. Walaubagaimanapun, gejala pencemaran
alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan
mendalam, terdapat beberapa langkah yang berkesan untuk menangani gejala ini.

4.1 Penggunaan Kenderaan Awam

Sejak kebelakangan ini, kesedaran orang terhadap penjagaan alam sekitar semakin
meningkat. Untuk menangani masalah pencemaran bunyi ini, kerajaan India telah
menyahurkan rakyatnya supaya menggantikan kenderaan persendirian dengan
menggunakan pengangkutan awam. Menurut Azlan Abas et. al (2017), penggunaan
pengangkutan awam mendapat sambutan kerana ianya menjimatkan kos, selamat,
tidak mencemarkan alam sekitar dan menjimatkan masa. Sekiranya penduduk di
Jammu boleh mengamalkan amalan menggunakan pengangkutan awam ini, tentulah
bilangan pengangkutan di jalan raya dapat dikurangkan dan seterusnya
mengurangkan kadar pencemaran bunyi secara tidak langsung. Selain
mengurangkan pencemaran bunyi, penggunaan kenderaan awam juga dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di mana merupakan salah satu pencemaran
yang sering berlaku di pusat bandar. Menurut Vijay (2015) dalam Daily Excelsior, bas
mini di Jammu agak selesa berbanding dengan membawa kereta sendiri. Di samping
itu, masyarakat juga boleh berkongsi dengan jiran atau rakan untuk pergi ke tempat
bekerja. Hal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan secara langsung
mengurangkan pencemaran bunyi.

Rajah 9: Bas Mini di Jammu.


4.2 Pengurangan waktu operasi pembinaan

Pihak kontraktor perlu mengurangkan waktu operasi. Hal ini dikatakan demikian
kerana kegiatan pembinaan dan pembangunan merupakan salah satu punca
pencemaran bunyi. Pihak pekerja pembinaan perlu mengurangkan waktu operasi
terutamanya projek itu bersebelahan dengan kawasan perumahan. Sebagai contoh,
pekerja kontrak perlu memulakan kerja pembinaan pada waktu awal iaitu semasa
penduduk pergi bekerja dan ke sekolah dan kontraktor harus menghentikan kerja
pada waktu senja. Hal ini adalah untuk memastikan ketenteraman penduduk di
sekeliling tidak terjejas ekoran daripada pembinaan dan pembangunan. Pekerja-
pekerja harus melakukan aktiviti pembinaan dengan menjagakan perasaan dan
ketenteraman penduduk yang berhampiran.

4.3 Pendidikan

Untuk mengurangkan kadar pencemaran bunyi ini, kita sebagai pendidik juga haruslah
memainkan peranan untuk memberi kesedaran serta membentuk sikap positif
masyarakat terhadap alam sekitar. Sekiranya masyarakat dapat memahami kesan-
kesan negatif pencemaran alam sekitar yang mampu memudaratkan kesihatan
manusia, masyarakat akan memberi tumpuan terhadap isu ini. Peranan masyarakat
adalah penting sekali kerana semua lapisan masyarakat harus bekerjasama dengan
pihak berkuasa bagai aur dengan tebing untuk mengatasi pencemaran bunyi. Di
samping itu, kita juga menerapkan pengetahuan mengenai alam sekitar melalui
penyiaran media serta kempen. Pihak berkuasa haruslah mengadakan kempen pada
setiap tahun yang berkenaan dengan cara mengurangkan pencemaran bunyi dan
cara menjaga dan merawat kesihatan telinga. Pihak berkuasa di Jammu boleh
mengadakan kempen No Honking seperti yang dianjurkan di Himachal, India. Menurut
Chandigarh (2018) dalam The Statesman, kempen ini adalah untuk menyebarkan
kesedaran mengenai kesan bahaya yang disebabkan oleh bunyi hon kereta. Dengan
adanya pendidikan, barulah manusia dapat dididik untuk memelihara alam sekitar
yang begitu indah ini supaya generasi masa depan dapat menikmati dengan
sepenuhnya.
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia.


Masalah pencemaran bunyi tidak harus dipandang remeh kerana pencemaran alam
sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia. Dalam hal ini,
semua pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan langkah-langkah yang telah
dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sekiranya masalah pencemaran ini telah
menjadi makin serius, percayalah generasi akan datang pasti menghadapi masalah
alam sekitar yang lebih buruk.
BIBLIOGRAFI

Aby Al Fahd Abdullah Sani. (2014). Persepsi Penduduk Terhadap Pencemaran Bunyi
Di Kampung Air Semporna. SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna, Sabah.

Chandigarh. (2018, Mac 3). Himachal To Launch Campaign Against Unnecessary


Honking. Statesman News Service. Diakses dari
https://www.thestatesman.com/cities/himachal-launch-campaign-
unnecessary-honking-1502595099.html.

Er, Ah Choy et. al. (2009). Pembangunan Dan Impak Terhadap Keselamatan Dan
Kesejahteraan Penduduk Setempat: Analisis Jaringan Di Wilayah
Pembangunan Iskandar Johor. 4(1), 84-94.

Hamidi Abdul Aziz. (2008). Pencemaran bunyi: Teori, sumber, perundangan dan
kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Henni M. Siregar et. al. (2013). Analisis Faktor Penyebab Kepadatan Penduduk
Menurut Persepsi Masyarakat Di Kotamadya Sibolga. Saintia Matematika,
1(4), 349–358.

Sadaguru Pandit. (2018, December 17). Mumbai citizens ail from ear infections due
to sound pollution, bad air. Hindustan Times. Diakses dari
https://www.hindustantimes.com/mumbai-news/mumbai-citizens-ail-from-ear-
infections-due-to-sound-pollution-bad-air/story-
dqRFFx28c9JSZVhYauQKoL.html.

Teng Li Jin. (2017). Kajian Pencemaran Bunyi Daripada Projek Menaiktaraf Terminal
Bas Larkin Sentral. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.

Vijay Kumar Sharma. (2015, Februari 3). Public Transport in Jammu. Daily Excelsior.
Diakses dari http://www.dailyexcelsior.com/public-transport-jammu/.

Zamri Haji et. al. (2011). Kajian Pencemaran Bunyi Di Bandar Kota Kinabalu. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

You might also like