You are on page 1of 41

Antara buku (terjemahan dan adaptasi) oleh beliau adalah seperti Nilai masa di sisi

Ulama’, (2010), Rasul Pendidik Terulung), (2010), Kamus Al-Miftah (Panel bersa-
ma), (2010).

ATUR CARA

09.30 Pagi : Pendaftaran dan ketibaan para peserta

10.00 Pagi : Sesi 1: Adab Tarekat AhlilLah Alam Melayu.


Oleh: Dr. Damanhuri Basyir,
Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh,
Indonesia

12.30 T/Hari : Rehat / Jamuan / Solat

2.00 Ptg : Sesi 2: Tarekat Ja’fariyyah Ahmadiyyah Muhammadiyyah:


Tokoh dan Manhaj.
Oleh: Dr. Shuhadak bin Hj. Mahmud
Nazir Masjid Puncak Alam, Selangor.

4.30 Ptg :Penutup / Bersurai

Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM),


Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Http:/www.atma.ukm.my
ABSTRAK (1) Memahami Ilmu Tasawuf, (2005).Tgk. Muhammad Teunom, Dalam Ensiklopedi
Kepentingan adab dalam mencorakkan keperibadian dan akhlak seorang Muslim tidak Ulama Aceh, (2005). Teunom, Dalam Ensiklopedi Ulama Aceh, (2005). Penda-
dapat disangkal lantaran adab merupakan garis panduan bertingkahlaku yang sempurna kian Ruhaniah Menuju Martaba Ilahiyah, (2007). Tradisi Kehidupan Agama di
Aceh Abad XVII (Penelusuran Tiga Kitab Karya Syekh Abdurrauf as-Singkili),
sesuai dengan syariat Islam. Justeru kajian ini bertujuan mengemukakan adab-adab yang (2007). Penerapan Syari’at Islam dalam Budaya Aceh, (2008). Korupsi: Moral
mesti menghiasi wajah zahir dan batin murid yang melalui jalan (tariqat) rohani Ahlillah da- dan Ancamannya, (2010). Akhlak: Perspektif Tasawuf Abdurrauf al-Singkili
lam menuju matlamat mencapai redha Allah S.W.T. dan macrifah kepada-Nya. Kajian ini (2011). Kawasan Studi Akhlak, (2012), Pembentukan Karakter Manusia, (2013),
menggunakan metod kajian perpustakaan untuk mengeksplorasi bahan dan maklumat da- Tauhid Kalami (Aqidah Islam) (2014).
ripada pelbagai sumber primer dan sekunder yang relevan. Teks wahyu merupakan sumber
rujukan utama kajian diikuti dengan kajian-kajian ulama yang relevan dengan skop kajian. ABSTRAK (2)
Hasil kajian mendapati bahawa amat penting bagi murid memahami dan mengimplimentasi Perbincangan ini menelusuri ketokohan ulama dan manhajnya dalam Tarekat
adab-adab Ahlillah dalam perjalanan (tariqat) rohaninya kerana adab menjadi pra syarat Ja’afariyyah, tarekat yang lanjutan daripada tarekat Ahmadiyyah dan Muhammadiyyah.
penting bagi memastikan matlamat perjalanannya tercapai. Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan sejarah, analisis ringkas ketokohan ula-
manya dan karya-karya mereka. Hasil perbincangan tersebut bahawa tarekat
Biodata (1) Ja’afariyyah menggunakan manhaj sunni dan tarekat tersebut adalah lanjutan daripada
tarekat-tarekat muktabar lain seperti tarekat Shadhaliyyah.
Damanhuri bin Basyir, (Dr.M.Ag), dilahirkan di Desa Gosong Telaga Utara Keca-
matan Singkil Kabupaten Aceh Singkil, Provinsi Aceh, tanggal 13 Mar 1960. Beliau Biodata (2)
memperoleh pendidikan awal di Sekolah Dasar (SD) di Desa Gosong Telaga
diselesaikan tahun 1972 (1966-1972). Kemudian di Madrasah Tsanawiyah (MTs) Shuhadak Bin Mahmud dilahirkan di Port Dickson Negeri Sembilan. Beliau
Hasaniyah juga di Singkil 1973-1975 seterusnya di Madrasah Aliyah (MA) mendapat pendidi-kan awal di Sekolah Kebangsaan Port Dickson (1982-1987),
Hasaniyah Kota Singkil 1976-1979. Beliau terus menyambung pengajiannya di dan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Agama Telok Kemang
Kuliah Perguruan Tinggi Islam Dayah Tgk. Chik Pante Kulu dan memperoleh Sar- (1988-1990) dan peringkat menengah tinggi di Sekolah Maahad Ahmadi Ge-
jana Muda Lokal dan ilmu syari’ah tahun (1980-1982). Seterusnya beliau telah me- mencheh (1991-1994). Beliau kemudian menyambung pelajaran pada peringkat
nyelesaikan Program Sarjana (S.1) (1994-1987) dan menyelesaikan Sarjana ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti al-Azhar, di Qaherah, Mesir pada ta-
(Master) Pascasarjana di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry Banda hun (1995-1999) dan memperoleh Ijazah Sarjana (Master) Syariah, di Universiti
Aceh, (1993-1996). Beliau telah memperoleh gelar Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Amerika (2000-2002). Kemudian beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah
di Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta pada tahun 2010. (Ph.D) (Fiqh & Usul), di Universiti Malaya (2006-2012). Kini beliau bertugas se-
Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah merangkap Dekan Fakulti Usuluddin dan bagai Nazir Masjid Puncak Alam Selangor bermula tahun 2017 hingga
Falsafah, Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh. Beliau juga pernah sekarang. Sebelum ini, beliau pernah menjadi Pengurus Lembaga Masjid Negeri
memegang sebagai Ketua Jurusan Tafsir Hadith, Ahli Senat Fakulti, Pembantu Sembilan pada tahun 2014 hingga 2016. Beliau juga mantan Pensyarah di Jab-
Dekan (2007-2011). Selain itu, beliau pernah menjadi Anggota editor Jurnal Sub- atan Syariah pengkhususan dalam Fiqh Usul di Akademi Islam, Kolej Universiti
stantia sejak 1999-2012, Dewan editor Jurna al-Mu’ashirah 2004-2014. Beliau juga Islam Selangor (KUIS) di antara tahun 2008-2014. Di samping itu, beliau dilantik
seorang Muqaddim Tarekat Shattariyyah dari jurai sanad Shaykh Kuala, iaitu Panel Penyelidik Fatwa Jabatan Mufti Negeri Sembilan bermula 2007 sehingga
Syakh Abdul Rauf Singkel, Shaykh al-Islam empat era pemerintahan Sultanah, sekarang dan Ahli Majlis Fatwa Jabatan Mufti Negeri Sembilan bermula 2011
abad ke-17 Masehi. Beliau aktif terlibat di dalam bidang penyelidikan, penulisan sehingga sekarang. Sepanjang tempoh itu, beliau juga sangat aktif sebagai pen-
dan pembentangan kertas kerja, antaranya Aspek Akidah dalam Kitab ‘Umdat al- dakwah dan pembentang kertas kerja di sekitar Negeri Sembilan, Selangor,
Muhtajin (2000). Penghayatan Zikir Dalam Kitab ‘Umdat al-Muhtajin 1999. Trans- Melaka dan Perak bermula 2005 sehingga sekarang dan banyak membuat
formasi Kesempurnaan Manusia: Proses Pencapaian Hakekat Manusia dalam penyelidikan dengan Institusi dan Badan lain, seperti Muamalah Events, Jab-
Wujud Nur Muhammad (2002). Metode Penafsiran Ayat-ayat al-Quran dalam Kitab atan Mufti Negeri Sembilan, Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu
Mawa’iz al-Badi’ah, 2007. Metode Kajian Hadits dalam Kitab Mir-at al-Thullab, (PPMAM), ATMA, UKM. Banyak kajian beliau yang dilakukan samada
2008. Tashawuf Akhlaqi: Perspektif Pemikiran Abdurrauf, 2009. Manakala karya keseorangan mahupun secara berkumpulan, antaranya seperti Memperkasa-
yang diterbitkan dalam bentuk buku adalah Ulumul Qur-an, (2004). Pembaharuan kan Fungsi Dan Peranan Jabatan Mufti Negeri Sembilan Berdasarkan Pengala-
Islam: Dalam Filsafat, Agama dan Realitas Sosial, (2004).).Langkah Awal man Dar Al-Ifta’ Siria Dan Mesir, Kajian Manaqib Shaykh Nuruddin Al-Makki Dan
Sumbangannya Di dalam Memperkasakan Manhaj Wasatiah Di Malaysia.
ADAB AHLILLAH DALAM TAREKAT ROHANI ALAM MELAYU

Oleh:

Damanhuri Basyir
Md Zuraini Mashrom
Mohd Syukri Yeoh Abdullah

Abstrak

Kepentingan adab dalam mencorakkan keperibadian dan akhlak


seorang Muslim tidak dapat disangkal lantaran adab adalah garis
panduan bertingkahlaku yang sempurna sesuai dengan syariat
Islam. Justeru kajian ini bertujuan mengemukakan adab-adab
yang mesti menghiasi wajah zahir dan batin murid yang melalui
jalan (tarekat) rohani ahlilLah dalam menuju matlamat mencapai
redha Allah s.w.t. dan macrifah kepada-Nya. Kajian ini
menggunakan metod kajian perpustakaan untuk mengeksplorasi
bahan dan maklumat daripada pelbagai sumber primer dan
sekunder yang relevan. Teks wahyu adalah sumber rujukan utama
kajian diikuti dengan kajian-kajian ulama yang relevan dengan
skop kajian. Hasil kajian mendapati bahawa amat penting bagi
murid memahami dan mengimplimentasi adab-adab ahlilLah
dalam perjalanan (tarekat) rohaninya kerana adab menjadi pra
syarat penting bagi memastikan matlamat perjalanannya tercapai.

1
Pendahuluan

Dalam Mucjam al-Lughah al-Arabiyyah al-Mucassarah (Ahmad Mukhtar Umar,


2008, jil.1, hal 74, Qahirah: Alam al-Kutub) adab (‫ )آداب‬adalah perkataan jamac
daripada perkataan adab )‫ (أدب‬yang bererti peraturan yang diikuti dalam
sesuatu lapangan atau kelakuan tertentu. Adab menurut ahli bahasa adalah
kesopanan, tingkah laku yang pantas, tingkah laku yang baik, kehalusan budi
dan tata susila. Adab juga dapat diertikan sebagai pengajaran dan pendidikan
yang baik sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Rabbku telah mendidikku
(dengan adab yang baik) dan pendidikan adabku menjadi yang terbaik” (Ibn
Hajar al-Asqalani. 1997. Al-Imtac Bi al-Arab`in al-Mutabayinah al-Simac. Dar al-
Kutub al-Ilmiyyah: Bayrut: 97).

Adab mempunyai cakupan makna yang sangat mendalam dan cukup luas,
misalnya adalah adab memberi salam, adab minta izin memasuki sebuah
rumah, adab berjabat tangan, adab hendak tidur, adab bangun tidur, adab
duduk, berbaring dan berjalan, adab bersin dan menguap, adab makan dan
minum, adab masuk kakus adab mandi wudhu’, adab sebelum dan ketika
melakukan solat, adab imam dan makmum, adab menuju masjid, adab
Jumaat, adab puasa, adab berkumpul, adab berguru, adab bermursyid, adab
berikhwan dan lain-lain.

Perjalanan ruhani amat mementingkan persoalan adab di samping pematuhan


terhadap syariat dengan mengikut Sunnah Nabi s.a.w.. Al-Ashmuni (Khulasah
al-Mardhiyyah Min al-Durar al-Mudhi`ah Fi Macrifat Suluk Tariq al-Sufiyyah.
Perpustakaan Negara Morroko, Ribat. MSS no. kod D2202, hal. 1-2)
menegaskan pada awal perbincangan mengenai kelayakan menjadi shaykh
menegaskan bahawa antara syarat utamanya ialah memelihara adab ruhani.
Beliau menyatakan bahawa:

Para Shaykh ahlilLah berijma` tentang pengagungan syariat, bersuluk


jalan riyadah, mengikut sunnah Nabi S.A.W. dengan memelihara adab
rohani merupakan jalan tarekat rohani. Mereka juga berijma` bahawa
orang yang tidak mempraktik perkara-perkara ini serta tidak
meletakkan asas urusannya pada warak dan takwa, maka dakwaannya
terhadap Shaykh adalah palsu serta membinasakan diri dan
pengikutnya.

Menurut Imam al-Ghazali adab adalah melatih diri secara zahir dan batin
dalam upaya mencapai kesucian untuk menjadi ahlilLah. Al-Ghazali
mengatakan bahawa ada dua tingkatan adab, iaitu:

1. Adab khidmat, iaitu fana dari memandang ibadatnya dan


memandang ibadat yang diperbuatnya dapat terlaksana semata-mata
berkat izin dan anugerah Allah swt kepadanya.

2
2. Adab Ahli Hadratul Uluhiyah, iaitu adab orang yang sudah dekat
dengan Allah. Adab mereka ini dilakukan sepenuhnya mengikuti
adab Rasulullah saw lahir dan bathin.

Abu Nasr Al-Sarraj Al-Tusi (Al-Lumac. 1960. Misr: Dar al-Kutub al-Hadith. Hal.
195) mengkategorikan golongan manusia kepada tiga tingkatan dalam
melaksanakan adab, iaitu:

1. Adab ahli dunia. Adab, mereka pada umumnya adalah kemahiran


berbicara, menghafal ilmu pengetahuan, mengarang syair-syair Arab
dan mengenal perusahaan.

2. Adab ahli Agama adalah melatih jiwa dan mendidik anggota,


memelihara aturan hukum agama, meninggalkan syahwat,
memfokuskan ketaatan dan segera berbuat kebaikan.

3. Adab Ahli Khususiyah (adab orang ahlilLah tarekat yang telah


mencapai tingkatan tertentu). Adab mereka pada kebanyakannya
adalah membersihkan hati (qalb), memelihara sirr, menunaikan janji,
kurang berpaling kepada khawatir (suara hati sendiri) dan gangguan,
sama keadaannya ketika sendirian atau di khalayak serta amat
beradab ketika ketika meminta, berada pada maqamat yang hampir,
waktu hudhur, qurb dan wusul.

Al-Tusi (Al-Lumac. 1960. Misr: Dar al-Kutub al-Hadith. hlm. 196) juga
menjelaskan bahawa golongan ahlilLah amat terkenal dengan pemeliharaan
mereka terhadap adab pada setiap keadaan sama ada ketika menetap di suatu
tempat atau bermusafir, adab memelihara waktu dan akhlak, serta adab
ketika sukun (diam) dan harakat (bergerak). Bahkan mereka adalah golongan
yang mahir dalam adab berbanding golongan lain. Persoalan adab amat
diberikan perhatian oleh golongan tasawuf lantaran dapat membezakan di
antara sufi yang hak dengan batil serta yang benar dengan palsu.

Daripada nukilan-nukilan di atas, maka adab adalah hal asas yang amat
penting di dalam menjalani kehidupan di dunia khususnya di dalam tasawuf.
Tarekat Naqsyabandi menempatkan adab menjadi sesuatu yang amat penting
sehingga dimasukkan ke dalam kurikulumnya yang dikenal dengan Enam
Rukun Tarekat Naqsyabandiyah, iaitu : Ilmu, Adab, Sabar, Redha, Ikhlas dan
Akhlak.

Secara pengertian dalam ajaran tasawuf, adab kepada guru Mursyid adalah
sesuatu yang utama dan pokok, kerana hampir seluruh pengajaran tasawuf
itu berisi tantang pembinaan akhlak manusia menjadi akhlak yang baik,
menjadi akhlak yang mulia sebagaimana akhlak Rasulullah SAW. Seorang

3
murid harus selalu memposisikan (merendahkan) diri di depan Guru dan
harus dapat melayani Gurunya dengan sebaik-baiknya.

Tokoh ahlilLah, iaitu Abu Yazid al-Bisthami antara yang terkenal dengan
ketinggian adabnya. Setiap hari selama bertahun-tahun Beliau menjadi
khadam (pelayan) melayani gurunya sekaligus mendengarkan nasihat-nasihat
yang diberikan gurunya. Suatu hari gurunya menyuruh Abu Yazid membuang
sampah ke jendela. “Buang sampah ini ke jendela”, dengan bingung Abu Yazid
berkata, “Jendela yang mana guru?” “Bertahun-tahun engkau bersamaku,
tidakkah engkau tahu kalau di belakangmu itu ada jendela” Abu Yazid
menjawab: “Guruku, bagaimana aku dapat melihat jendela, setiap hari
pandanganku hanya kepadamu semata, tidak ada lain yang aku lihat”.
Begitulah adab Shaykh Abu Yazid Al-Bisthami kepada gurunya, bertahun-
tahun beliau tidak pernah memalingkan pandangan dari gurunya, siang
malam yang di ingat hanyalah gurunya dan yang ia pandang hanyalah
gurunya, dia pun selalu dengan bangga menyebut dirinya sebagai murid. .

Walau bagaimanapun posisi kita bukanlah sebagai Shaykh Abu Yazid, atau
Shaykh Burhanuddin Ulakan yang sanggup masuk ke dalam tong najis untuk
mengambil cicin gurunya (Syekh Abdu Rauf al-Singkili/ShaykhKuala) yang
jatuh saat buang hajat. Kita bukan juga Imam al-Ghazali yang sanggup
membersihkan kotoran gurunya dengan menggunakan janggutnya, atau
Sunan Kalijaga yang dengan sabar menjaga tongkat gurunya dalam waktu
yang sangat lama. Kita juga bukan Syekh Abdul Wahab Rokan yang selalu
membersihkan tandas gurunya Shaykh Sulaiman Zuhdi dengan menggunakan
tangannya sendiri.

Namun sekurang-kurangnya terdapat perkara yang dapat dijadikan contoh


dari kehidupan mereka agar kita berhasil dalam berguru. Merendahkan diri di
hadapan guru adalah tindakan mulia. Dalam diri guru tersimpan Nur `Ala al-
Nurin yang pada hakikatnya terbit dari zat dan fi`il Allah SWT yang adalah zat
yang Maha Positif. Kerana Maha Positif maka untuk mendekati-Nya hendaklah
dengan negatif. Kalau kita mendekati yang Maha Positif dengan sikap positif,
maka rohani kita akan disingkir keluar dari Alam Rabbani.

Di kala seseorang murid merendahkan diri di hadapan guru, di saat itu pula
Nur Allah mengalir ke dalam diri murid lewat guru, saat itulah kita sangat
dekat dengan Tuhan, seluruh badan bergetar dan air mata pun tanpa terasa
mengalir membasahi pipi. Hilang semua beban-beban yang selama ini
memberatkan bahu kita, menyesakkan dada kita, dan yang bersarang dalam
otak kita. Secara ruhaniyah murid akan terasa terbang melayang
meninggalkan Alam Jabarut melewati Alam Malakut sambil memberikan
salam kepada para malaikat-Nya dan terus menuju ke Alam Rabbani
berjumpa dengan Maha Pemilik seisi bumi dan langit sehingga mencapi fana’
billah, seakan-akan di saat itu Allah hadir di hadapannya dan telah mengalami
dan menemui serta memperoleh saat yang amat sangat mulia.
4
Dalam alam perjalanan (tarekat), murid adalah seseorang yang telah
memperoleh talqin atau berbai’ah dari seorang Mursyid untuk mengamalkan
wirid-wirid tertentu dan menjadikan dirinya sebagai orang yang mendapat
arahan dan bimbingan ruhaniyah dari Mursyid bersangkutan untuk
memperjalankan jiwanya menempuh perjalanan (tarekat) tertentu menuju
hakikat maktifatullah dalam syarat dan ketentuannya.

Adab Murid

Adab murid yang harus diperhatikan terhadap gurunya sebenarnya sangat


banyak, namun yang terutama dan yang terpenting ialah bahawa seorang
murid tidak boleh sekali-kali menentang gurunya, dan mestilah membesarkan
kedudukan gurunya lahir dan batin. Untuk itu pula murid tidak boleh
meremehkan, mencemuh, mengecam gurunya di depan dan di belakang.

Salah satu yang mesti yakini seseorang murid ialah bahawa tujuan akhir
perjalanan ruhaniyah murid itu hanya akan tercapai berkat didikan dan
asuhan serta arahan gurunya. Oleh kerana itu, manakala pandangan murid
terpengaruh oleh pendapat guru-guru lain, maka yang demikian itu akan
menjauhkan dia dari mursyidnya, dan tidak akan terlimpah atasnya percikan
cahaya Ilahiyah. Lantaran itu, seorang murid mesti memperhatikan dengan
bersungguh-sungguh adab tarekat yang dinyatakan berikut. Perkara utama
yang mesti diperhatikan oleh seorang murid, adalah adab dirinya sendiri
terhadap Shaykh. Ertinya seseorang murid mesti mengamalkan dan
memelihara adab-adab seperti yang diajarkan dalam tarekat ruhaninya.

A. Adab Murid Terhadap Shaykh

1. Murid mestilah menyerahkan diri dan tunduk dengan sepenuhnya


kepada gurunya, rela dengan segala apa yang diperbuat oleh gurunya, yang
dikhidmatinya dengan harta benda dan jiwa raganya, dengan jalan demikian
barulah terlahir iradah yang murni, dan muhibah, yang merupakan penggerak
dalam usahanya, adalah kebenaran dan keikhlasan yang tidak dapat dicapai
kecuali dengan jalan demikian.

Adab berguru (murshid) ialah menyerah diri secara hakikat kepada Allah s.w.t.
dan secara zahir kepada murshid umpama mayat untuk dimandikan, seperti
nukilan Shaykh Abdul Rauf dari al-Simt al-Majid Fi Sha`n al-Baycah wa al-
Dhikr wa Talqinih wa Salasil Ahl al-Tawhid (1909), karya gurunya Shaykh
Ahmad al-Qushashi dalam Bayan Surut al-Shaykh wa al-Murid (MSS 1314, E):

Maka sayugianya bagi murid itu bahawa ada ia bersama Shaykhnya


seperti mayat di hadapan orang yang memandikan dia tiada perintah

5
baginya pada dirinya dan tiada ia menolakkan daripada dirinya akan
barang yang dikehendaki akan dia oleh Shaykhnya.

Penyerahan diri seorang manusia kepada guru murshidnya kerana mereka


adalah pewaris segala pemahaman dan penghayatan ilmu para Nabi seperti
ungkapan hadis:

‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ َ ‫ت رس‬ ِ ِ ‫ ر‬،‫الدر َد ِاء‬


َ ‫ول اهلل‬ ُ َ ُ ‫ فَإنِّي َسم ْع‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬،ُ‫ض َي اللَّهُ َع ْنه‬ َ ْ َّ ‫َع ْن أَبِي‬
‫ض ُع‬ َ َ‫وإن المالئكةَ لَت‬ َّ ،‫ك طري ًقا يَ ْبتَ ِغ ْي فِ ْي ِه ِعل ًْما َسلَك اهللُ بِ ِه طَ ِريْ ًقا إِلَى الجن َِّة‬ َ َ‫ َم ْن َسل‬:‫ول‬ ُ ‫يَ ُق‬
ِ َ‫لح ْيت‬
‫ان‬ ِ َ‫ض وا‬ ِ ‫ات َواأل َْر‬ِ ‫السماو‬ ِ ِ
َ َ َّ ‫العالَ َم لَيَ ْستَ ْغف ُر لَهُ َم ْن في‬ َ ‫وإن‬َّ ,‫العل ِْم‬ ِ ‫ب‬ ِ ِ‫ضاءً لِطَال‬َ ‫َجنِ َحتَهاَ ِر‬
ْ‫أ‬
َ‫إن العُلَ َماء‬ َّ ‫ َو‬،‫ب‬ ِ ِ‫ض ِل ال َق َم ِر َعلى َسائِ ِر ال َك َواك‬
َ ْ ‫لى ال َعابِ ِد َك َف‬
َ ‫العالم َع‬
ِ ِ َ ‫ض ُل‬ ْ َ‫ف ال َْم ِاء وف‬ِ ‫فِي جو‬
َْ
ٍّ ‫َخ َذ بِ َح‬ َ ‫ْم فَ َم ْن أخ َذ بِ ِه أ‬ ِ ِ ِ ِ َّ ‫وِرثَةُ األَنْبِيَ ِاء و‬
‫ظ‬ َ ‫ارا َوالَ د ْرَه ًما َوَّرثُ ْوا العل‬ً َ‫إن األَنْبيَاءَ لَ ْم يُ َوِّرثُ ْوا ديْ ن‬ َ َ
‫واَفِر‬
Maksudnya:
Daripada Abu Darda r.a berkata bahawa sesungguhnya saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa sahaja yang
menempuh suatu jalan dalam mencari ilmu, maka Allah akan
tunjukkan baginya jalan ke surga, Sesungguhnya malaikat meletakan
sayap-sayap mereka sebagai bentuk keredhaan terhadap penuntut
ilmu. Sesungguhnya semua yang ada di langit dan di bumi meminta
ampun untuk seorang yang berilmu sampai ikan yang ada di air.
Sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu dibandingkan dengan
ahli ibadah sebagaimana keutamaan bulan purnama terhadap semua
bintang. Dan sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan
sesungguhnya mereka tidaklah mewariskan dinar maupun dirham,
akan tetapi mewariskan ilmu. Dan Barangsiapa yang mengambil bagian
ilmu maka sungguh dia telah mengambil bagian yang berharga.
(al-Tirmidhi, al-Imam al-Hafiz Muhammad ibn cIsa ibn Sawrah. 1999 M.
Jamic al-Kabir. jil. 4. No Hadis 2682: 472-473).

Dari penjelasan hadis tersebut bahawa maqam Shaykh menurut Shaykh


Abdul Rauf al-Singkili (MSS 1314, E), adalah maqam bertaraf nubuwah, iaitu
bermaksud memiliki tanggungjawab setimpal dengan Nabi kerana
menggantikan tugas Nabi untuk menyebarkan risalah tauhid dan membawa
manusia ke jalan Allah s.w.t.. Maka dari sini bahawa adab pada Shaykh
diumpama adab para sahabat dengan Baginda Rasulullah s.a.w.. Beberapa
contoh dapat dilihat:

a. Meminta izin daripada Shaykh sebagai pewaris Rasululah s.a.w.


dalam ungkapan firman Allah s.wt. dalam surah an-Nur, ayat 62:

6
             ﴿

             

﴾               

Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman ialah


mereka Yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila
mereka turut bersama-sama Dengan Rasulullah Dalam sesuatu
perkara Yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka
meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin
kepadaNya. Sesungguhnya orang-orang Yang meminta izin kepadamu
(Wahai Muhammad) itulah orang-orang Yang beriman kepada Allah
dan RasulNya. maka apabila meminta izin kepadamu untuk pergi
menjalankan sesuatu urusan mereka, maka izinkanlah bagi sesiapa
Yang Engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah ampun
kepada Allah untuk mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.

b. Mengutamakan ajaran atau perintah Shaykh sebagai pewaris


Rasulullah s.a.w. daripada yang lain:
              ﴿

﴾               

Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara


kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; Sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang di antara kamu Yang menarik diri ke
luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. oleh itu,
hendaklah mereka Yang mengingkari perintah-Nya, beringat serta
berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab
seksa Yang tidak terperi sakitnya.

c. Dilarang membelakangi Shaykh sebagai pewaris Rasulullah s.a.w


ketika mengambil keputusan seperti firman Allah dalam surah al-
Hujurat ayat 49: 1:
﴾                  ﴿
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai
(melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau
kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

7
d. Merendahkan suara daripada Shaykh pewaris Rasulullah s.a.w.,
firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat, 49: 1:
ِ ‫َصواتَ ُكم فَ و َق صو‬
‫ت النَّبِ ِّي َوَال تَ ْج َه ُروا لَهُ بِالْ َق ْوِل َك َج ْه ِر‬ ِ
ْ َ ْ ْ َ ْ ‫آمنُوا َال تَ ْرفَ عُوا أ‬ َ ‫﴿يَا أَيُّ َها الَّذي َن‬
َ َ‫ض ُك ْْم لِبَ ْعض أَن تَ ْحب‬
﴾‫ط أَ ْع َمالُ ُك ْم َوأَنتُ ْم َال تَ ْشعُ ُرو َن‬ ِ ‫بع‬
َْ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan
suaramu lebih dari suara Nabi s.a.w. dan janganlah kamu berkata
padanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara)
sebilangan kamu terhadap sebilangan yang lain, supaya tidak
terhapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari.

Merendahkan pandangan daripada Shaykh pewaris Rasulullah s.a.w.,


seperti ungkapan hadis.
ِ ِ ِ ‫ر‬- ‫ب‬ ِ
َ - ‫ ُكنَّا إِذاَ قَ َع ْدنَا ع ْن َد َر ُس ْوِل اهلل‬:‫ال‬
ُ‫صلّ َى اهلل‬ َ َ‫ ق‬-ُ‫ض َي اهللُ َع ْنه‬ َ ِ ‫الحص ْي‬ َ ‫َع ْن بُ َريْ َدةَ بْ ِن‬
)‫الم ْستَ ْد َر ِك‬ ِ ِ
ُ ‫الحاك ُم في‬ َ ُ‫(رَواه‬
ِ ِ
َ ُ‫ لَ ْم نَ ْرفَ ْع ُرُؤْو َسنَا إِلَْيه إِ َعظَ ًاما لَه‬-‫َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
Maksudnya:
Daripada Buraidah bin Hasib r.a berkata: Ketika kami duduk di
samping Rasulullah s.a.w. (mendengarkan nasihatnya), tidak
seorangpun dari kami mengangkat kepala kami di depan Baginda
sebagai penghormatan kepadanya.
(Hadis sahih dari al-Hakim, al-Imam al-Hafiẓ Abi cAbd Allah al-
Naysābūrī. 1990. Jil. 1. No Hadis. 415: 208).

e. Ketaatan sepenuhnya kepada Shaykh pewaris Nabi yang menjadi


pembimbing jalan kehidupan, umpama firman Allah s.w.t. dalam
surah al-Nisa 4:64:

ْْْْْْْ ْْْْْْْ﴿

ْْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ 

ْ ﴾ْ

Maksud ayat:
“Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia
ditaati dengan izin Allah. Dan kalau ketika mereka menganiaya diri
mereka sendiri, lalu mereka datang kepadamu (wahai Muhammad)
dan memohon ampun kepada Allah, dan (saat itu) Rasulullah juga

8
memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah
Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani”.

f. Mendengar ajaran Shaykh sebagai pewaris Rasulullah s.a.w. seperti


Hadis riwayat daripada:

ِ ‫َن َعلَى رء‬ َّ ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكأ‬ ِ ُ‫ ُكنَّا جل‬:‫ال‬
‫ َما‬،‫وسنَا الطَّْي َر‬ ُُ َ ‫وسا ع ْن َد النَّبِ ِّي‬
ً ُ َ َ‫ ق‬،‫ُس َامةَ بْ ِن َش ِريك‬ َ ‫َع ْن أ‬
َ ‫ فَ َق‬،‫ أَفْتِنَا فِي َك َذا‬،‫ أَفْتِنَا فِي َك َذا‬،‫اهلل‬ ِ ‫ول‬ ِ ِ َّ
‫ "يَا أَيُّ َها‬:‫ال‬ َ ‫ يَا َر ُس‬:‫ فَ َقالُوا‬،‫اس‬ َ ‫ إ ْذ َج‬،‫يَتَ َكل ُم منَّا ُمتَ َكلِّ ٌم‬
ٌ َ‫اءهُ أُن‬
‫ول‬
َ ‫ أَفَ نَتَ َد َاوى يَا َر ُس‬،‫ك‬ َ َ‫ِج َو َهل‬ ِ َّ َ ِ‫ضا فَ َذل‬ ِ ‫ضع اهلل الْحرج إَِّال م ِن اقْت رض ِمن أ‬
ً ‫َخ ِيه قَ ْر‬
َ ‫ك الذي َحر‬ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ‫َّاس َو‬ ُ ‫الن‬
ِ ‫ول‬
،‫اهلل‬ َ ‫ يَا َر ُس‬:‫ قَالُوا‬.‫احد‬ ِ ‫ إِ َّن اهلل ع َّز وج َّل لَم ي ْن ِز ْل داء إَِّال أَنْ ز َل لَه دواء غَي ر داء و‬،‫ نَعم‬:‫ال‬ ِ
َ َ َ ْ ً ََ ُ َ ً َ ُ ْ ََ َ َ ْ َ َ َ‫اهلل؟ ق‬
.‫سنُ ُه ْم ُخلُ ًقا‬ ِ ‫اهلل إِلَى‬
ِ ‫اد‬ ِ ‫ب ِعب‬
َ ‫َح‬ْ ‫ أ‬:‫ال‬ َ َ‫اهلل؟ ق‬ َ ُّ ‫َح‬ َ ‫ فَ َم ْن أ‬:‫ قَالُوا‬،‫ " ال َْه َرُم‬:‫ال‬
َ َ‫َوَما ُه َو؟ ق‬
Usamah bin Sharik berkata; Kami duduk di sisi Nabi s.a.w. seakan-
akan di atas kepala kami burung (bertenggek), tiada seorang pun
dalam kalangan kami yang berkata-kata. Tiba-tiba datang beberapa
lelaki dan berkata: Wahai Rasulullah nasihatlah kami pada perkara
ini, nasihatlah kami pada perkara ini. Baginda s.a.w. bersabda:
“Wahai manusia ! Allah s.w.t. telah mengangkat kesukaran (yang
melampau) melainkan orang yang memutuskan hubungan dengan
saudaranya, itulah kesukaran dan binasa.” Mereka bertanya: “Apakah
kami patut berubat?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ya !, Sesungguhnya
Allah Azza Wa Jalla tidak menurunkan suatu penyakit melainkan
diturunkan ubatnya kecuali satu penyakit (yang tiada ubatnya).
Mereka bertanya: Apakah dia?.” Nabi s.a.w.menjawab: “Penyakit tua
nyanyuk.” Mereka bertanya lagi: “Siapakan hamba Allah yang paling
di kasihi Allah?.” Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang terbaik
akhlaknya”(al-Tabrani, Abu al-Qasim Sulaiman bin Ahmad. t.th. Jil.1
Bil. 471: 181).

g. Abu Fida` Ismail bin Umar Ibn Kathir (2000: 1734) dalam tafsirnya
meriwayatkan kisah yang berlaku semasa golongan Quraish
mengutus wakil mereka Urwah bin Mas’ud untuk berbincang mencari
penyelesaian konflik sebelum peristiwa Fath Makkah. Urwah
menzahirkan takjubnya terhadap hubungan rapat dan kasih sayang
antara Nabi s.a.w. dengan para sahabatnya. Dia menggambarkan
penghormatan terhadap Nabi s.a.w. oleh para sahabat dengan mereka
bersegera dan berlumba-lumba mengambil air wudu` Nabi s.a.w.
ketika Baginda s.a.w. berwudu` dan apabila Baginda meludah mereka
menadahnya, begitu juga apabila rambut Nabi s.a.w. gugur mereka
mengambilnya. Apabila Urwah balik bertemu kaum Quraish beliau
mengungkapkan: “Wahai sekelian Quraish ! aku telah pergi ke Kisra,
Qaisar dan Najashi dalam kerajaan-kerajaan mereka. Demi Allah !,
aku tidak pernah melihat seorang Raja, seperti Muhammad di

9
samping para sahabatnya (dengan penghormatan dan sanjungan yang
tinggi).”

Begitulah beberapa contoh adab kepada Shaykh sebagai pewaris Nabi


sebagaimana adab para sahabat r.a. terhadap Baginda s.a.w. yang menjadi
dasar adab manusia yang memiliki Shaykh (Murshid). Adab adalah asas
muamalah manusia setelah berbaycat kepada Shaykhnya (gurunya) untuk
ditaati. Ada garis panduan yang dikemukakan oleh Shaykh Ahmad Zarruq
dalam karyanya, Usul Tarekat Shadhaliyyah (Muhammad cAbd al-Qadir
Nassar, 2008) bahawa adab kepada Shaykhnya ada lima:

a. Patuh perintah walaupun kelihatan bercanggah.


b. Menjauhi larangannya.
c. Menjaga kehormatannya ketika hadir atau tiadanya semasa hidup
ataupun matinya.
d. Menunaikan hak-haknya sedaya upaya tanpa cuai serta menjauhi akal.
e. Ilmu dan keinginannya sendiri, kerana sangat sedikit orang yang berjaya
melakukannya.

Pemeliharaan adab dengan Shaykh yang ditaati akan memberi kesan yang
mendalam ketika Shaykh berdampingan dengan para fuqaranya melakukan
bermujahadah, iaitu latihan pelbagai amalan dan zikir yang dapat
meningkatkan darjatnya kepada Allah S.W.T.

Kesimpulannya, murid mesti sentiasa beradab dalam penyerahan dirinya


secara zahir terhadap Mursyid, iaitu tidak boleh sekali-kali menentang atau
menolak apa yang dikerjakan gurunya, meskipun pekerjaan itu pada lahirnya
kelihatan termasuk haram. Ia tidak boleh bertanya apa sebab gurunya
berbuat demikian, tidak boleh tergores dalam hatinya mengapa pekerjaannya
belum berjaya. Sesiapa yang ingin memperoleh ajaran dari gurunya dengan
sempurna, ia tidak menolak suatu apapun juga dari padanya. Dari seorang
guru kadang-kadang kelihatan lukisan yang tercela pada lahirnya tetapi
kemudian kelihatan terpuji dalam batinnya, seperti yang terjadi dengan Nabi
Musa as terhadap Nabi Khaidir as. Seorang ahlilLah melukiskan kewajiban
murid terhadap Shaykhnya dalam sajak sebagai berikut:

Engkau laksana mayat terlentang,


Di depan gurumu terletak membentang
Dicuci dibalik laksana batang,
Janganlah engkau berani menentang
Perintahnya jangan kau elakkan,
Meskipun haram seakan-akan
Tunduk dan taat diperintahkan,
Engkau pasti ia cintakan
Biarkan semua perbuatannya,
Meskipun berlainan dengan syara’Nya
10
Kebenaran nanti akan nyatanya,
Bagimu akan jelas rahasianya
Ingatlah cerita Khidir dan Musa,
Yentang pembunuhan anak desa
Musa seakan putus asa,
Pada masa selanjutnya iapun terasa
Pada akhirnya jelaslah sudah,
Tampak padanya secara mudah
Kekuasaan Allah tidak tertadah,
Ilmu-Nya luas tidak termadah

2. Murid hendaklah meletakkan matlamatnya bersama Shaykh adalah


untuk mencapai mardhatillah dan bukan untuk tujuan dunia yang lain.
Matlamat (ghayah) hakiki perjalanan ahlilLah adalah menuju Allah S.W.T..
Orang yang beriman kepada hari akhirat dan mengenal hakikatnya tidak
meletakkan matlamat kehidupannya adalah dunia kerana hakikatnya dunia
binasa dan akhirat kekal selamanya. Dalam perjalanan rohani ahlilLah,
matlamat akhirat bukan sekadar takut azab neraka atau mengharap nikmat
syurga bahkan lebih jauh lagi, iaitu mushhadah al-Haqq dan kembali kepada-
Nya. Perintah Allah S.W.T. agar berwaspada dengan fitnah dunia bertujuan
untuk memastikan tujuan sebenar kejayaan dan kebahagiaan akhirat dapat
dicapai. Allah S.W.T. menjelaskan hakikat dunia yang menipudaya manusia
dalam firman-Nya dalam surah al-Hadid 57: 20 :

‫اخ ُرۡ بَيۡنَ ُكمۡ َوتَ َكاثُرۡ فِي‬ ُ ‫ٱلدنۡيَا لَ ِعبۡ َولَهۡوۡ َوِزينَةۡ َوتَ َف‬ ُّ ُ‫﴿ٱعۡلَ ُموۡاْ أَنَّ َما ٱلۡ َحيَ ٰوة‬
ِٰ ِ
ُ ‫ب ٱلۡ ُك َّف َار نَبَاتُهۥُ ثُ َّم يَ ِه‬
‫يج فَ تَ َرىٰهُ ُمصۡفَ ّرۡا ثُ َّم‬ َ ‫ٱلۡأَمۡ َوٰل َوٱلۡأَوۡلَدۡ َك َمثَ ِل غَيۡث أَعۡ َج‬
‫يَ ُكو ُن ُح ٰطَمۡاۡ َوفِي ٱلۡأۡ ِخ َرةِ َع َذابۡ َش ِديدۡ َوَمغۡفِ َرةۡ ِّم َن ٱللَّ ِه َوِرضۡ َوٰنۡۡ َوَما‬
﴾ ‫ٱلدنۡيَاۡ إَِّال َم ٰتَ ُع ٱلۡغُ ُروِر‬
ُّ ُ‫ٱلۡ َحيَ ٰوة‬
Maksudnya:
Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah berupa
semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan
(yang mengurang), juga bertujuan bermegah-megah di antara kamu
serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang
(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan
penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian
tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu
engkau melihatnya berupa kuning (layu); akhirnya ia menjadi hancur
bersepai; dan ketahui lagi bahawa di akhirat ada azab yang berat (di
sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia
itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah
(disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan

11
(ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya.

Seseorang murid tidak boleh mempunyai maksud bersama dengan


Shaykhnya untuk tujuan dunia dan akhirat dengan tidak menegaskan dan
mengkhususkan kehendak kesatuan yang sebenarnya, baik mengenai ehwal
maqam, fana, mahupun baqa’ dalam keesaan Tuhan, kerana jika tidak
demikian itu maka dia merupakan seorang murid yang hanya menuntut
kesempurnaan dirinya dan ehwalnya sendiri.

3. Murid hendaklah sentiasa menghormati Shaykhnya dalam semua


keadaan. Murid harus memelihara adab pada Shaykhnya pada waktu dia
tidak ada, sebagaimana murid memelihara adab padanya pada waktu dia
hadir besama-sama. Dengan demikian ia selalu mengingat Syaikh-nya pada
tiap keadaan, baik dalam perjalanan mahupun tidak dalam perjalanan, agar
dia sentiasa beroleh keberkatannya.

Sikap hormat kepada Shaykh adalah kesan keyakinan murid terhadap


kelayakan Shaykh membimbingnya melalui jalan rohani. Hormat murid
membuahkan adab terhadap Shaykh yang mendorongnya memuliakan
Shaykh dalam semua keadaan. Menurut Shaykh Abdul Rauf:

Bermula syarat murid itu bahawa jangan sertainya daripada segala


Shaykh itu melainkan yang jatuh baginya dalam hatinya hormat (Al-
Singkili, MSS 1314, E: 41.).

Murid sebenar menghormati Shaykh dan beradab kepadanya sehingga


mendapat manfaat yang banyak daripadanya dalam tarekat rohani. Al-
Ashmuni mengungkapkan:

Murid sebenar apabila masuk dalam peraturan Shaykh dan beradab


terhadapnya, mengalir daripada batin Shaykh ke batin murid seumpama
lampu menyala daripada lampu lain. Kalam Shaykh masuk ke batin
murid dan Shaykh menitipkan ahwal berrnilai dan memindahkan
halnya kepada murid dengan perantaraan suhbah dan maqal (Al-
Ashmuni, no. kod. D2202, hal.25).

Dalam menambah rasa penghormatan terhadap Shaykh, murid hendaklah


selalu memandang kesempurnaan pada diri Shaykhnya, meskipun secara
zahir kekurangan itu terjadi dalam kehidupannya. Kerana kekurangan yang
demikian itu kadang-kadang memang ditafsirkan Allah kepada wali-walinya
dalam kelupaan dan kealpaan yang tidak terdapat tatkala mereka sadar.
Apabila mereka sadar, maka kekurangan itu akan dipenuhinya kembali.

4. Murid hendaklah menganggap bahawa setiap keberkatan yang


diperolehnya sama ada keberkatan dunia mahupun akhirat, tidak terlepas

12
dari keberkatan Shaykhnya dengan ma`unah (pertolongan) Allah. Dia tidak
boleh menyembunyikan kepada gurunya sesuatu yang terjadi pada dirinya
sendiri mengenai ehwal, rasa kekhawatiran, kejadian yang menimpa atas
dirinya, segala macam kashaf dan keramat yang dianugerahi Allah sewaktu-
waktu kepadanya semua itu diceritakan dengan terus terang kepada gurunya,
sebab ilmu itu tak akan sampai kepada murid tanpa melewati seorang guru.
Seseorang murid yang mengalami sesuatu keadaan seperti di atas tidak boleh
menafsirkannya dengan pandangan sendiri. Dalam mimpinya dan segala
kashaf yang terbuka kepadanya, apalagi memegangnya dengan keyakinan,
sebaliknya murid mengemukakan semua kepada Shaykhnya itu sambil
menantikan jawabannya tanpa adanya upaya untuk menagih jawaban itu
secara mendesak.

Perbuatan murid merahsiakan perkara-perkara ini merupakan suatu


kesalahan dan boleh menyebabkan kebinasaan. Shaykh Abdul Rauf al-Singkil
mengungkapkan:

Dan setengah daripada syarat yang demikian itu bahawa disyaratkannya


atas murid itu bahawa jangan dibunyikannya (disembunyikan) daripada
Shaykhnya itu suatu daripada gerak kita baginya dalam dirinya. Dan
barang yang, iaitu atasnya padahalnya.

Menurutnya lagi:

Dan setengah daripadanya bahawa jangan ia khianat akan Shaykhnya


pada suatu pekerjaan daripada segala pekerjaannya dan jangan
dibunyikannya (disembunyikan) daripadanya sesuatu daripada barang
yang datang pada sirrnya sekali-sekala, maka bahawasanya mudaratnya
kembali atasnya kerana bahawasanya sekaliannya itu illat dan penyakit.

Dalam al-Amr al-Muhkam, Ibn Arabi (1312H. hal. 4) turut memberi amaran
bahawa murid yang menyembunyikan khawatirnya akan menyebabkan
kemusnahannya kerana boleh mengakibatkan pengubatan yang menyalahi
penyakit.

5. Seorang murid hendaklah sentiasa mentaati Shaykhnya dalam segala


pekerjaan sama ada keseluruhannya atau bahagian-bahagian ibadah dan adat
kebiasaan. Antara tanda seorang murid yang benar bahawa dia begitu taat
kepada Shaykhnya. Murid tidak boleh mengabaikan perintah Shaykh-nya
kerana yang demikian itu merupakan pokok kebiasaan yang biasanya banyak
terjadi. Sebaiknya ia harus berbaik sangka kepada gurunya dalam setiap
keadaan termasuk apa yang diperintahkan Shaykhnya.

Ketaatan murid kepada Shaykh merupakan gambaran ketaatan para Sahabat


r.a. terhadap Rasulullah s.a.w. Manakala ketaatan kepada Rasulullah s.a.w.
adalah ketaatan kepada Allah s.w.t., justeru para Sahabat r.a. menyerahkan

13
diri mereka kepada Rasulullah s.a.w. dengan berbai`ah untuk taat dan patuh
serta melimpahkan sepenuhnya kasih sayang mereka kepada Rasulullah
s.a.w. Saiyidina Umar r.a. pernah ditanya tentang kualiti cintanya kepada
Rasulullah s.a.w.. Pada awalnya beliau menyatakan bahawa cintanya kepada
Rasulullah s.a.w. tidak melebihi cintanya kepada diri sendiri. Lalu Baginda
s.a.w. mentarbiyyah Umar r.a. sehingga akhirnya beliau mengiktiraf bahawa
cintanya kepada Rasulullah s.a.w. adalah lebih agung lagi berbanding
cintanya terhadap diri sendiri. Kisah ini berdasarkan dari Hadith Rasulullah
s.a.w..:
،‫اب‬ ِ َّ‫آخ ٌذ بِيَ ِد عُ َمر بْ ِن ال َخط‬ ِ ‫ ُكنَّا مع النَّبِي صلَّى اهلل علَي ِه وسلَّم وهو‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬،‫شام‬ َ ‫عن َع ْب َد اللَّ ِه بْ َن ِه‬
َ َُ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ِّ َ َ
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه‬
َ ‫ال النَّبِ ُّي‬ َ ‫ فَ َق‬،‫ب إِلَ َّي ِم ْن ُك ِّل َش ْيء إَِّال ِم ْن نَ ْف ِسي‬ ُّ ‫َح‬َ‫تأ‬ َ ْ‫ َألَن‬،‫ول اللَّ ِه‬
َ ‫ يَا َر ُس‬:‫ال لَهُ ُع َم ُر‬ َ ‫فَ َق‬
،‫ َواللَّ ِه‬،‫ فَِإنَّهُ اآل َن‬:‫ال لَهُ عُ َم ُر‬َ ‫ك" فَ َق‬ َ ‫ك ِم ْن نَ ْف ِس‬ َ ‫ب إِلَْي‬ ِِ ِ ِ
َ ‫ َحتَّى أَ ُكو َن أ‬،‫ َوالَّذي نَ ْفسي بِيَده‬،َ‫ "ال‬:‫َو َسلَّ َم‬
َّ ‫َح‬
.‫ اآل َن يَا عُ َم ُر‬:‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ َ ‫ فَ َق‬،‫ب إِلَ َّي ِم ْن نَ ْف ِسي‬
َ ‫ال النَّبِ ُّي‬ ُّ ‫َح‬
َ‫تأ‬ َ ْ‫َألَن‬
Maksudnya: Abdullah bin Hisham berkata: “Kami bersama Nabi s.a.w.
yang sedang memegang tangan Umar bin al-Khattab, lalu Umar
berkata: “Sesungguhnya engkau yang paling aku cintai daripada setiap
sesuatu melainkan daripada diriku sendiri”. Nabi s.a.w. “Tidak! Demi
(Allah) yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, (tidak betul cinta itu)
sehinggalah aku lebih engkau cintai berbanding dirimu sendiri”. Umar
lalu berkata: “Sesungguhnya sekarang, Demi Allah, pasti engkau yang
paling aku cintai berbanding diriku sendiri”. Maka Nabi bersabda:
“Sekarang (benarlah cintamu) wahai Umar” (Abu Abd Allah Muhammad
bin Ismail al-Bukhari. 2002: 1644).

Demikian keadaan dalam disiplin tarekat rohani, di mana murid wajib


menyerah diri secara hakikatnya kepada Allah s.w.t. dan secara syariatnya
kepada Shaykh. Ini disebabkan menurut Shaykh al-Ashmuni, (no kod 2202: 3-
4), kedudukan Shaykh yang mulia di sisi Allah dan adalah hamba-Nya yang
kasih kepada-Nya dan sahih ikutannya terhadap Nabi s.a.w., sesuai dengan
tuntutan Allah S.W.T. melalui firman- Nya surah Ali Imran 3:31:

ُ‫﴿قُلۡ إِن ُكنتُمۡ تُ ِحبُّو َن ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡ ُك ُم ٱللَّهُ َويَغۡفِرۡ لَ ُكمۡ ذُنُوبَ ُكمۡۡ َوٱللَّه‬
﴾ ۡ‫غَ ُفورۡ َّرِحيم‬
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah,
maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Shaykh orang yang diberi hidayah oleh Allah dan layak dijadikan ikutan dan
pemimpin ummah. Hujah Shaykh Al-Ashmuni (Mss no kod 2202: 5), dalam

14
karyanya Al-Khulasah al-Mardhiyyah Min al-Durar al-Mudhi`ah Fi Macrifat Suluk
Tariq al-Sufiyyah, adalah bersandarkan kepada firman Allah S.W.T. dalam
surah al-An`am 6: 90:

﴾        ﴿

“Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh


Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk
mereka…”

Sebagai pewaris Nabi, Shaykh diberi petunjuk jalan yang lurus dan diredhai
Allah, justeru dia layak untuk diikuti. Di sinilah terletaknya hikmah adab
murid menyerah diri kepada shaykh sebenar1. Al-Suhrawardi (2000, jil. 2: 207)
dalam Awarif al-Ma`arif berkata:
Dan sebagaimana Rasul tidak berkata-kata berdasarkan hawa nafsu,
demikianlah Shaykh yang mengikut Rasulullah s.a.w. zahir dan batin;
Shaykh juga tidak berkata-kata berdasarkan hawa nafsu.

Ketaatan kepada pemimpin adalah bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. dan
Rasul-Nya s.a.w.. Ini yang diisyaratkan daripada sabdaan Rasulullah s.a.w.:

ِ
‫ص‬ِ ‫ َوَم ْن يَ ْع‬،‫اعنِي‬ َ َ‫ َوَم ْن يُ ِط ِع األَم َير فَ َق ْد أَط‬،‫صى اللَّ َه‬ َ ‫صاني فَ َق ْد َع‬
ِ ‫ ومن َع‬،َ‫اع اللَّه‬
َ ْ ََ َ َ‫اعنِي فَ َق ْد أَط‬
َ َ‫َم ْن أَط‬
ِ ِ ‫األ َِمير فَ َق ْد َع‬
ُ‫ فَِإ َّن لَه‬،‫ فَِإ ْن أ ََم َر بِتَ ْق َوى اللَّ ِه َو َع َد َل‬،‫ام ُجنَّةٌ يُ َقاتَ ُل م ْن َوَرائِِه َويُتَّ َقى بِ ِه‬ ُ ‫ َوإِنَّ َما ا ِإل َم‬،‫صاني‬ َ َ
ِ ِ َ ِ‫بِ َذل‬
ُ‫ال بِغَْي ِره فَِإ َّن َعلَْي ِه م ْنه‬
َ َ‫َج ًرا َوإِ ْن ق‬
ْ‫كأ‬
Maksudnya:
Sesiapa yang taat kepadaku sesungguhnya dia telah taat kepada Allah
s.w.t. dan sesiapa yang ingkar kepadaku sesungguhnya dia telah ingkar
kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada Amir (ketua/pemimpin)
sesungguhnya dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang ingkar kepada
Amir sesungguhnya dia telah ingkar kepadaku. Sesungguhnya Imam
(ketua/pemimpin) adalah benteng yang dijadikan tempat berperang dan
berlindung di sebaliknya. Sekiranya dia memerintah dengan takwa Allah
dan berbuat adil sesungguhnya dia mendapat ganjaran baik dan

1Shaykh yang tidak memiliki keahlian namun mendakwa sebagai Shaykh boleh
membawa murid kepada pelanggaran syariat. Dalam keadaan inilah murid tidak perlu taat
kepada Shaykh sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. “Wajib dengar dan taat ke atas seorang
Muslim terhadap perkara yang disukai atau dibencinya selagi tidak diperintahkan berbuat
maksiat; jika diperintah berbuat maksiat, maka tidak wajib dengar dan taat” (al-Mubarakfuri,
Tuhfat al-Ahwadhi Bi Sharh Jami` al-Tirmidhi, t.th., Qaherah: Dar al-Fikr, jil. 5, hal. 365).

15
sekiranya dia berbuat selainnya sesungguhnya baginya pula balasan
buruk (Abu Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. 2002: 729-
730).

6. Adab-adab lain

i. Murid hendaknya tidak menyiarkan rahsia gurunya, tidak boleh


mengahwini seorang wanita yang kelihatan disukai oleh Shaykhnya
dan hendak dinikahinya. Begitu juga tidak boleh berkahwin dengan
seorang perempuan mantan isteri gurunya, sama ada yang
ditinggalkan kerana bercerai ataupun meninggal dunia.

ii. Seorang murid tidak boleh hanya mengeluarkan nasihat atau


pandangan kepada gurunya jika gurunya mempercakapkan suatu
persoalan yang hendak dikerjakannya. Begitu juga hal murid tidak
boleh meninggalkan persoalan yang sedang dihadapi gurunya itu.
Sebaliknya dia menyerahkan seluruh fikiran kepada gurunya dan
menganggap bahawa gurunya itu meminta nasihat kepadanya
hanya ditimbulkan oleh kecintaan kepada muridnya. .

iii. Apabila Shaykhnya tidak ada, murid mengunjungi keluarganya dan


berbuat baik segala khidmat kepada mereka kerana pekerjaan itu
akan menambah cinta mengikat hati gurunya.

iv. Manakala seseorang murid memandang dirinya dengan penuh ujub


(kagum) kerana amalnya atau memandang telah meningkat lebih
baik ahwalnya, maka segera hal itu disampaikan kepada gurunya,
agar guru memberikan petunjuk, bagaimana mengobati
penyakitnya itu. Jika didiamkan perasaan itu nanti pasti akan
tumbuh menjadi kebanggaan bahkan riya dan sikap munafik.

v. Murid tidak boleh memberikan atau menjual kepada orang lain apa
yang dihadiahkan oleh gurunya, meskipun gurunya itu
mengizinkan menyerahkan pemberian itu kepada orang lain.
Kerana di dalam pemberian guru itu tersembunyi sirr (rahsia)
kefakiran yang dicari-cari dan yang akan mendekatkan diri murid
kepada Allah.

vi. Antara adab-adab murid dalam tarekat dan yang dianggap


ahwalnya terbaik ialah bahawa dia memberikan harta bendanya
sebagai sedekah atas permintaan syaikhnya, kerana bahawa
seorang murid dianggap sudah sempurna taat kepada syaikhnya,
yang kemudian dapat membawa dia kepada Tuhannya. Jika ia
berbuat yang demikian itu, dengan lain perkataan mengorbankan
untuk sedekah apa yang dicintainya.

16
vii. Murid yang baik tidaklah menganggap ada suatu kekurangan pada
Syaikhnya, meskipun ia melihat kekurangan itu terjadi dalam
kehidupannya seperti banyak tidur pada malam hari, kurang wara’
dan lain-lain. Kerana kekurangan yang demikian itu kadang-kadang
memang ditafsirkan Allah kepada wali-walinya dalam kelupaan dan
kealpaan yang tidak terdapat tatkala mereka sadar. Apabila ia
sadar, maka kekurangan itu akan dipenuhinya kembali.

viii. Seorang murid mesti ingat bahawa dia tidak boleh memperbanyak
bicara di depan Shaykhnya. Mesti diketahui oleh murid waktu-
waktu berbicara, maka jika dia berbicara semestinya dengan adab,
khusyu’, dan khudu’, dengan tidak berlebihan dari apa yang perlu
saja. Kemudian dia menanti jawapan Shaykh dengan tenang. Jika
belum puas hendaknya dia bertanya kepadanya kembali, sehingga
ia benar-benar memahaminya. .

ix. Murid tidak boleh boleh berbicara kasar di hadapan guru, kerana
bicara kasar itu dihadapan orang-orang besar termasuk adab buruk
yang tidak dibenarkan. Murid tidak boleh duduk bersimpuh di
depannya, tidak boleh duduk di atas sajadah, tetapi memilih tempat
yang dapat menunjukkan adab merendah diri dan mengecilkan
dirinya. Seterusnya murid berkhidmat kepada Shaykhnya. Kata
sufi “Berkhidmat kepada seseorang alim merupakan amal soleh”.

x. Murid hendaknya dalam khidmatnya kepada Shaykhnya adalah


bergerak cepat, kaki ringan tangan dalam memenuhi segala apa
yang diperintahkan gurunya serta tidak beristirehat dan tidak
berhenti sebelum pekerjaan khidmat itu selesai.

xi. Seorang murid hendaklah menjauhkan diri dari segala pekerjaan


yang tidak disenangi Shaykhnya. Tidak boleh bergaul dengan orang-
orang yang dibenci Shaykhnya, tetapi hendaklah mencintai orang
yang dicintainya.

B. Adab Murid Terhadap Diri Sendiri

Dalam kehidupan murid sehari-hari mestilah memperhatikan adab-adab


secara individual iaitu adab terhadap dirinya sendiri. Adab ini dilaksanakan
dalam upaya mencapai tujuan yang amat mulia dalam tarekat kerana melalui
pemeliharaan adab terhadap diri sendiri akan mempermudahkan
pemeliharaan adab terhadap yang lain. Allah berfirman:
﴾                  ﴿

17
Maksudnya: Demi nafs dan Yang Menyempurnakan kejadiannya; Serta
Mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada
kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya
berjayalah orang yang mentazkiyah nafsnya; Dan sesungguhnya
kecewalah orang yang mengotorkan nafsnya2.

Allah s.w.t. menjadikan dalam diri setiap manusia mempunyai nafs yang
cenderong kepada kejahatan (al-ammarah bi al-su`), pencelaan terhadap
kejahatan yang dilakukan (al-lawwamah) dan ketenangan (al-mutmainnah).
Lantaran itu Allah s.w.t. mengisyaratkan keutamaan tazkiyyat al-nafs secara
individual bagi meninggikan maqam dan ahwal manusia di sisi-Nya. Murid
mestilah memperhatikan selalu adab terhadap dirinya sendiri dalam mencapai
martabat ahlilLah dan kekasih-Nya. Antara adab tersebut ialah:

1. Murid hendaknya selalu merasa bahawa dirinya dilihat oleh Allah dalam
segala keadaan, sehingga dirinya sentiasa berada dalam muraqabah dan
mushahadah kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.:
           ﴿
Maksudnya: dan Dia sentiasa bersama-sama kamu di mana sahaja
kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan3.

Firman-Nya lagi:

﴾        ﴿


Maksudnya: ketika itu dia (Nabi s.a.w.) berkata; Jangan engkau berduka
cita, Sesungguhnya Allah bersama-sama kita”4.

Muraqabah dan mushahadah murid akan dapat memelihara seluruh anggota


zahir dan batinnya daripada melakukan maksiat dan mungkir serta dapat
mendorongnya untuk sentiasa mengingati Allah sehingga dia fana pada-Nya.
Ini dapat disingkap melalui penjelasan Nabi s.a.w.. terhadap pertanyaan Jibril
A.S. mengenai hakikat al-Ihsan melalui sabda Nabi s.a.w..:

َ ‫ فَِإ ْن لَ ْم تَ ُك ْن تَ َراهُ فَِإنَّهُ يَ َر‬،ُ‫ك تَ َراه‬


“‫اك‬ َ َّ‫ ”أَ ْن تَ ْعبُ َد اللَّهَ َكأَن‬:‫ال‬ َ ‫ َما ا ِإل ْح‬:‫قَا َل‬
َ َ‫سا ُن؟ ق‬
Maksudnya:

Jibril A.S. bertanya: “Apakah al-Ihsan”. Nabi s.a.w.. menjawab: “Bahawa kamu
menyembah Allah seakan-akan kamu menyaksikan-Nya; Jika kamu tidak

2 al-Qur`an, al-Shams 91: 7-10.

3 Al-Qur`an, al-Hadid 57: 4.

4 Al-Qur`an, al-Tawbah 9: 40.

18
(mencapai hakikat menyaksikan-Nya) maka yakinlah bahawa Dia melihat
kamu”

(Abu Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. 2002. Sahih al-Bukhari.
Damshiq: Dar Ibn Kathir. hlm. 23 & Muslim bin al-Hajjaj al-Naysaburi. 1991.
Sahih Muslim.. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. Hal. 39).

2. Sentiasa berada dalam zikrullah dalam semua keadaan secara zahir dan
batin sehingga disibukkan oleh lafaz Allah, Allah, Allah dan kalimah zikir lain.
Bahkan anggota zahir dan batinnya turut tenggelam dalam mengingati Allah
s.w.t.. sekalipun murid sedang melakukan berbagai macam pekerjaan. Firman
Allah s.w.t:
           
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur
kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta
sebutan Yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadanya
pada waktu pagi dan petang (al-Ahzab: 41-42)
     
Maksudnya: Maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah
semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring (al-
Nisa’:103).

Al-Nawawi mengungkapkan bahawa zikruLlah tidak terbatas kepada tasbih,


tahlil, tahmid, takbir dan sebagainya, bahkan semua perbuatan dilakukan
kerana Allah S.W.T. dengan ketaatan adalah zikruLlah (Al-Nawawi, t.th, al-
Azkar al-Muhtakhab Min Kalam Sayyid al-Mursalin, Kaherah: Dar al-Turath,
hal.12.).

Berdasarkan beberapa firman Allah s.w.t. tersebut, zikir adalah wasilah untuk
mencapai marifatulLah. Zikir menurut Shaykh Abdul Rauf al-Singkili
berperanan penting memenuhi masa agar tidak berlalu dengan sia-sia. Beliau
mengungkapkan dalam Bayan Shurut Shaykh Wa al-Murid:

Bermula maksud bahawa adalah ia mengembala bagi waktunya, maka


bahawasanya waktu itu umpama pedang yang memutuskan. Maka
apabila luput ia tiadalah didapat. Dan dapat memeliharakan segala
waktu itu dengan zikir dan muraqabah dan sembahyang dan tilawah (Al-
Singkili, MSS 1314, E: 41).

3. Murid sentiasa menjaga diri dalam keadaan suci iaitu dengan


mengekalkan dan menetapkan dirinya dalam keadaan berwudhu’ (sentiasa
dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar). Murid berusaha agar
sentiasa tidur dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Menjaga kesucian

19
badan dan jiwa/ fisik mentalnya agar sentiasa dalam berzikir dan
mendekatkan diri kepada Allah.

Menjaga kesucian merupakan cara yang ditempuh para ahli tarekat dalam
upaya menjaga diri berkekalan dalam zikir. Tarekat ruhani amat menekankan
salik agar sentiasa berada dalam taharah zahir dan batin. Rangkuman kedua-
dua taharah ini yang akan melimpahkan nur hikmah dan sirr yang menerangi
salik dalam perjalanannya. Jalan rohani salik menuju Allah S.W.T. sentiasa
mengharapkan cinta Allah terhadap diri salik yang dapat menjana kekuatan
dalam diri untuk meneruskan perjalanan dan mencapai tujuan macrifatuLlah.
Taharah adalah kunci pembuka cinta Yang Maha al-Haqq terhadap hamba-
Nya amat dipentingkan dalam tarekat rohani menuju-Nya, bahkan taharah
memiliki nur yang mampu menyingkap hijab dan mencapai kasyf.
Pendeklarasian cinta Allah s.w.t. terhadap hamba-Nya melalui wasilah taharah
dapat ditadabburkan melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah 2: 222.:
ُّ ‫ين َويُ ِح‬
َ ‫ب ٱلۡ ُمتَطَ ِّه ِر‬
﴾‫ين‬ َ ‫َّوب‬ ُّ ‫﴿إِ َّن ٱللَّهَ يُ ِح‬
ِ َّٰ ‫ب ٱلت‬
Maksudnya:
“Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan
mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”.

Demikian juga Firman-Nya dalam surah al-Tawbah 9: 108:


ُّ ‫﴿فِ ِيه ِر َجالۡ يُ ِحبُّو َن أَن يَتَطَ َّه ُرواْۡ َوٱللَّهُ يُ ِح‬
َ ‫ب ٱلۡ ُمطَّ ِّه ِر‬
﴾‫ين‬
Maksudnya:
“…Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka membersihkan
(mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan
diri mereka (zahir dan batin)”.

4. Murid mestilah sentiasa tidak berlebihan dalam hal makan, minum dan
berpakaian atau berpenampilan, kerana sikap itu merupakan sikap kurang
baik dan membawa kepada perbuatan membazir. Sikap yang diinginkan
adalah agar sentiasa hidup sederhana, kelebihan yang dimiliki dijadikan
sebagai jalan berbuat baik kepada orang lain bukannya berboros dan
menunjuk-nunjuk.

Beberapa petunjuk al-Quran berkaitan perkara ini dapat ditadabburkan


melalui firman-Nya dalam surah al-Acraf 7: 31:
ِ ُّ ‫﴿وُكلُواْ َوٱشۡ َربُواْ َوَال تُسۡ ِرفُوۡاْۡ إِنَّهۥُ َال يُ ِح‬
َ ‫ب ٱلۡ ُمسۡ ِرف‬
﴾‫ين‬ َ
“…dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau;
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui
batas”.

Firman Allah s.w.t. lagi dalam surah al-Ma`idah 5: 87:

20
ُّ ‫َح َّل ٱللَّهُ لَ ُكمۡ َوَال تَعۡتَ ُدوۡاْۡ إِ َّن ٱللَّ َه َال يُ ِح‬
‫ب‬ ِ
َ ‫ين َء َامنُواْ َال تُ َح ِّرُمواْ طَيِّٰبَت َماۡ أ‬
ِ َّ
َ ‫يۡأَيُّ َها ٱلذ‬
َٰ ﴿
﴾‫ين‬ ِ
َ ‫ٱلۡ ُمعۡتَد‬
“…dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah
ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang melampaui batas”

5. Murid sentiasa menyedikitkan tidur dan senang qiyam al-lail (berjaga


malam) serta memperbanyak ibadah di dalamnya, khasnya dalam waktu
sahur (1/3 malam terakhir). Malamnya digunakan untuk tahajjud, berbagai
shalat sunat lainnya, berzikir serta membaca al-Quran. Qiyam al-lail
bersambung dengan pelaksanaan shalat subuh. Gesaan berjaga malam dapat
diperhatikan dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah s.w.t.:

ٗ ۡ ‫َ َ ٗ ي َ َ َ ٰٓ َ َ ۡ َ َ َ َ ُّ َ َ َ ٗ ي‬ َ ۡ‫َ َ ي‬
٧٩ ‫اما َّم ُمودا‬ ‫ٱَّل ِل ف َت َه يج ۡد بِهِۦ ناف ِلة لك عَس أن يبعثك ربك مق‬ ‫ومِن‬
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu
sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu
mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
(Al-Quran, al-Israk 17: 79).

Firman-Nya lagi:
َ ‫سن‬ ۡ ُ َ َ َ ۡ َ ْ ُ َ ‫ُّ ي‬ َ َٓ َ َ ‫ي ُۡي‬
ُ ُ َ َّٰ ‫ني ِف َج ين‬
١٦ ‫ني‬ِ ِ ‫ِين ما َءاتى َّٰ ُه ۡم َرب ُه ۡ ۚۡم إِن ُه ۡم َكنوا قبل ذَّٰل ِك َّم‬ ِ ‫ َءا‬١٥ ‫ون‬
‫خذ‬ ٍ ‫ت وعي‬ ٖ ِ ِ‫إِن ٱلمتق‬
َ ۡ ُ َ َۡۡ َ َ َ ۡ َ َ ۡ‫َ ُ ْ َ ٗ َ ي‬
١٨ ‫حارِ ه ۡم ي َ ۡستَغفِ ُرون‬ ‫ وبِٱلس‬١٧ ‫ج ُعون‬ ‫َكنوا قل ِيٗل مِن ٱَّل ِل ما يه‬
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam taman-
taman (surga) dan mata air-mata air; Sambil menerima segala
pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia
adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit
sekali tidur diwaktu malam; Dan selalu memohonkan ampunan
diwaktu pagi sebelum fajar.
(al-Quran, al-Dhariyat 51: 15-18)

Rasulullah s.a.w.. menunjukkan qudwah hasanah melalui perbuatan qiyam


solat dengan sangat lama sehingga bengkak dan pecah tapak kakinya. A`isyah
R.A pun bertanya apakah perlu Baginda s.a.w.. melakukannya sedangkan
telah diampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang. Baginda s.a.w..
lantas bersabda:
‫ أفال أكون عبدا شكورا‬،‫يا عائشة‬
Maksudnya:
21
“Wahai A`isyah! Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang
bersyukur” (Muslim, 1991, Sahih Muslim, Qaherah: Dar Ihya` al-Kutub
al-Arabiyyah, jil. 4, hal. 2172).

Nukilan Abd al-Qahir bin Abd Allah al-Suhrawardi (Abd al-Qahir bin Abd Allah
al-Suhrawardi. 2005. Adab al-Muridin. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyah. Hal.
30) dari kata-kata al-Junayd bahawa “Semua murid yang tidak membiasakan
dirinya puasa siang dan qiyam malam seolah-olah dia berharap apa yang tidak
layak baginya”.

6. Murid hendaknya mencari dan memilih teman bergaul dari orang-orang


yang baik perangai dan kelakuannya, hal ini agar selalu dalam kebaikannya.
Sebaliknya sentiasa berusaha untuk menghindari dan menjauhi dari bergaul
dengan orang yang memiliki perilaku buruk atau tercela, agar sentiasa jauh
dari kesalahan. Sabda Rasulullah s.a.w..:
‫َح ُد ُك ْم َم ْن يُ َخالِ ْل‬ ِِ ِ ِ
َ ‫ فَلْيَ ْنظُْر أ‬،‫ال َْم ْرءُ َعلَى دي ِن َخليله‬
Maksudnya:
“Seseorang itu dinilai berdasarkan agama temannya, lantaran itu
perhatikanlah seseorang daripada kamu siapakah yang menemaninya”
(Abu Abd Allah, Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. 2001. Musnad
Ahmad Ibn Hanbal. Bayrut: Muassasah al-Risalah. Jil. 13. Hal. 398)

7. Murid dalam hidupnya hendaklah tidak tamak dengan kesenangan


dunia, tidak berpoya-poya, tidak suka pamer diri dengan kekayaan dalam
kehidupannya kerana perkara-perkara ini dapat menipudayanya sehingga
menjadi hijab antaranya dengan matlamat perjalanan ruhaninya serta
melalaikannya daripada kehidupan akhirat yang abadi. Justeru Allah
mengingatkan bahawa dunia dipenuhi dengan perhiasan yang menipudaya
agar manusia berhati-hati dengannya dan tidak ditipudaya. Firman Allah

َ ‫ي َ ُ ۡ َ َۡ ي‬ َ َ ۡ ُ َ َ َ َّٰ َ ۡ َ ۡ َ ۡ ُ َ ُ ُ َ ۡ ‫ي َ ُ َ ي‬
S.W.T.:
‫ت ِإَونما توفون أجوركم يوم ٱلقِيمةِِۖ فمن زحزِح ع ِن ٱلارِ وأدخِل ٱۡلنة‬ ۡ َۡ ُ َ َٓ ۡ َ ُّ ُ
ِۗ ِ ‫ُك نف ٖس ذائِقة ٱلمو‬
ُ ۡ َ ‫َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ َّٰ ُ ُّ ۡ ٓ ي‬
١٨٥ ِ‫ٱدلنيَا إَِّل َمت َّٰ ُع ٱلغ ُرور‬ ‫فقد فاز َۗ وما ٱۡليوة‬
Maksudnya:
Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya disempurnakan
pahalamu pada hari kiamat. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah berjaya. Dan
kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang
memperdayakan.
(al-Quran, Ali Imran 3: 185).

22
Rasulullah s.a.w.. turut berpesan kepada umatnya agar berhati-hati dengan
dunia dengan meletakkan matlamat perjalanannya ialah kebahagian di
akhirat.

Baginda s.a.w.. mengibaratkan kehidupan manusia seumpama orang asing


yang tidak menetap di suatu tempat dan selesa berada padanya atau seperti
seorang yang sedang bermusafir dalam perjalanan menuju suatu destinasi
yang menjadi tujuannya. Sabda Baginda s.a.w..:
: ‫ال‬
َ ‫كبي فَ َق‬ ِ ‫ول‬
َّ ‫اهلل صلى اهلل عليه وسلم بِم ْن‬ ُ ‫َخ َذ َر ُس‬
َ ‫ أ‬:‫ال‬َ َ‫ض َي اهللُ َع ْن ُه َما ق‬ِ ‫َع ِن ابْ ِن عُمر ر‬
َ ََ
‫ب أ َْو َعابِ ُر َسبِْيل‬
ٌ ْ‫ك غَ ِري‬ ُّ ‫ُك ْن فِي‬
َ َّ‫الدنْ يَا َكأَن‬
Maksudnya:
Jadikan dirimu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang
melalui suatu jalan (yang menyampaikannya ke suatu matlamat akhir)5.

Pengertian hakikat ini menyedarkan murid agar tidak mengharapkan atau


bercita-cita untuk memperoleh kekayaan dunia untuk dirinya semata-mata
dan tidak menginginkan sesuatu barang yang ada pada orang lain.

8. Selain adab-adab yang dinyatakan terdapat beberapa adab lain yang


mesti diperhatikan murid dan diamalkan, iaitu:

a. Murid menghindari diri dari bermujadalah (berdebat kasar) dalam


masalah ilmu, kerana hal itu dapat menjadikan hati keras serta
menyebabkan penyakit ghaflah (lalai) daripada mengingat Allah dan
membuat hati menjadi gelap lagi buta. Penyakit ini merupakan salah
satu penyakit yang sangat tidak baik dalam kehidupan salik.

b. Murid berupaya untuk duduk-duduk bersama saudaranya


(sejama’ah thariqah) ketika hatinya sedang gundah dan senang
membicarakan adab berthariqah. Kegundahan hati dapat
mengganggu konsentrasi seseorang murid dalam berzikir kepada
Allah. Hati mestilah dijaga agar selalu ingat Allah.

c. Murid menjaga dirinya agar tidak tertawa terbahak-bahak, kerana


dapat menghilangkan konsentrasi dalam berzikir. Tertawa
merupakan keasyikan atau kesenangan yang dapat membawa
seseorang tidak lagi terfokus untuk menjaga hati agar selalu berzikir
kepada Allah. Tertawa terbahak-bahak dipandang sebuah sikap
tidak baik.

5 Al-Bukhari, 2002, Sahih al-Bukhari, kitab al-Riqaq, Beirut: Dar Ibn Kathir, bil. 6416,
hal. 1599.

23
d. Murid menghindari diri dari perbuatan membahas atau
membicarakan perilaku seseorang dan menjauhi dirinya dari sikap
yang membawa kepada pertengkaran. Seseorang murid tidak boleh
menyibukkan diri memperbincangkan orang lain, yang sangat
diperlukan adalah bagaimana memperbaiki diri sendiri.

e. Murid merasa khuatir dan takut pada dirinya terhadap siksa Allah
dan kerananya murid akan sentiasa memohon ampun dariNya dan
bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka untuk ini
pula si murid sentiasa memperbaiki dan selalu memperbanyak amal
dan zikir serta tidak pernah merasa bahawa amal dan zikirnya sudah
bagus.

C. Adab Murid Dengan Sesama Murid

Setelah dikemukakan bagaimana adab murid terhadap gurunya dan adab


murid terhadap dirinya, maka perlu juga dikaji bagaimana pula adab murid
dengan sesama murid ataupun para ikhwannya dalam tarekat ruhani ahlilLah.

Rasulullah s.a.w.. secara umumnya telah memberi penjelasan mengenai adab


ini melalui sabdanya:

َ ‫ َوإِذَا َد َع‬،‫ إِذَا لَِقيتَهُ فَ َسلِّ ْم َعلَْي ِه‬:‫ال‬


‫اك‬ َ َ‫ ق‬،‫اهلل؟‬ ِ ‫ول‬ َ ‫ َما ُه َّن يَا َر ُس‬:‫يل‬ ِ ٌّ ‫ح ُّق الْمسلِ ِم َعلَى الْمسلِ ِم ِس‬
َ ‫ ق‬.‫ت‬ ُْ ُْ َ
ُ‫ات فَاتَّبِ ْعه‬
َ ‫ض فَعُ ْدهُ َوإِذَا َم‬َ ‫ َوإِذَا َم ِر‬،ُ‫س فَ َح ِم َد اهللَ فَ َس ِّم ْته‬ ِ ِ ‫فَأ‬
ْ ‫ َوإِذَا‬،ُ‫َج ْبه‬
َ َ‫ َوإذَا َعط‬،ُ‫ص ْح لَه‬
َ ْ‫ك فَان‬
َ ‫ص َح‬
َ ‫استَ ْن‬
Maksudnya:
Hak Muslim ke atas Muslim lain ada enam; Apabila bertemu dengannya
maka ucapkan salam, jika dia mengundangmu maka datanglah, jika dia
meminta nasihat kepadamu berilah nasihat, jika dia bersin dan memuji
Allah maka doakanlah dia (YarhamkaAllah), jika dia sakit maka
ziarahlah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya.
(Muslim, 1991, Sahih Muslim, Qahirah: Dar Ihya` al-Kutub al-Arabiyyah,
jil. 4, hal. 1704).

Adapun penjelasan adab-adab tersebut adalah sebagai berikut:

1. Mengucapkan salam apabila bertemu.

Ucapan salam yang diberikan kepada orang lain dan jawapan salam
daripadnya merupakan suatu doa keamanan dan kesejahteraan yang dapat
mempertautkan hati dan mengukuhkan persaudaraan. Justeru ucapan salam
yang diungkap dengan penuh keikhlasan akan dapat menghilangkan rasa
ketakutan daripada kejahatan saudaranya.

24
Allah memerintahkan agar menjawab salam yang dihulurkan dengan
ungkapan yang lebih baik atau sekurang-kurangnya menyamai salam

َ ُ َّٰ َ َ َ َ َ ‫َ ُ ُ َ ي َ َ ُّ ْ َ ۡ َ َ ۡ َ ٓ َ ۡ ُ ُّ َ ٓ ي ي‬
tersebut. Firman Allah s.w.t.:
َ ۡ
٨٦ ‫ُك ۡي ٍء حسُِبا‬
ِ ‫حيةٖ فحيوا بِححسن مِنها أو ردوها َۗ إِن ٱَّ َكن ىَل‬ ِ ‫ِإَوذا حيُِتم بِت‬
Maksudnya:
Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan,
maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya,
atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya
Allah memperhitungankan segala sesuatu.
(Al-Quran, al-Nisa` 4: 86).

Kelebihan salam dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.. dalam sabdanya:


‫ان إِالَّ غُ ِف َر لَ ُه َما قَ ْب َل أَ ْن يَ ْفتَ ِرقَا‬ ِ ِ
ِ ‫ان فَ يتَصافَح‬ ِ ِ
َ َ َ َ‫َما م ْن ُم ْسل َم ْي ِن يَلْتَقي‬
Maksudnya:
Tiadalah dua orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan (dan
mengucapkan salam) melainkan telah diampunkan (dosa-dosa)
keduanya sebelum mereka berpisah.
(Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tirmidhi. 1996. Al-Jami` al-Kabir. Bayrut:
Dar al-Gharb al-Islami. Jil. 4. Hal. 447).

2. Hadir ke majlis yang diadakannya apabila diundang. Hukum hadir ke


majlis yang diundang secara umumnya adalah amat dituntut melainkan majlis
Walimat al-Urus kerana hukumnya adalah wajib melainkan jika terdapt
keuzuran. Sabda Rasulullah s.a.w..:
‫صى‬ َّ ‫ َوَم ْن تَ َر َك‬،ُ‫ يُ ْد َعى لَ َها األَ ْغنِيَاءُ َويُ ْت َر ُك ال ُف َق َراء‬،‫يم ِة‬ ِ ‫َش ُّر الطَّع ِام طَعام‬
َ ‫الد ْع َو َة فَ َق ْد َع‬ َ ‫الول‬
َ َُ َ
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ُ‫اللَّهَ َوَر ُسولَه‬
Maksudnya:
Sejahat-jahat makanan ialah makanan walimah, iaitu yang mengundang
hanya golongan kaya dengan meninggalkan golongan fakir. Sesiapa yang
tidak menghadiri undangan (walimah) sesungguhnya dia telah
mengingkari Allah dan Rasul-Nya s.a.w..
(Al-Bukhari, 2002, Sahih al-Bukhari, Bayrut: Dar Ibn Kathir. Hal. 1319)

3. Memberi nasihat kepadanya apabila dia meminta nasihat. Islam adalah


agama yang mementingkan nasihat kerana nasihat yang baik dapat
membimbing manusia ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.. Tabiat hati
manusia yang terdedah kepada kelalaian dan tipudaya syaitan memerlukan
nasihat yang dapat menyedarkan dan mengembalikannya kepada zikrullah
dan mentaati-Nya. Rasulullah s.a.w.. bersabda:
‫ين َو َع َّامتِ ِه ْم‬ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ َ‫ لِمن؟ ق‬:‫ قُلْنَا‬.ُ‫َّصيحة‬ ِ
َ ‫ للَّه َولكتَابه َول َر ُسوله َوِألَئ َّمة ال ُْم ْسلم‬:‫ال‬ َْ َ ‫ِّين الن‬
ُ ‫الد‬
25
Maksudnya:
Agama adalah nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa (nasihat itu)?. Nabi
s.a.w.. menjawab: Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Pemimpin
Muslimin dan Muslimin umumnya.
(Muslim, 1991, Sahih Muslim, Qahirah: Dar Ihya` al-Kutub al-Arabiyyah,
Jil.1. Hal. 74)

Apabila seseorang Muslim meminta nasihat sudah tentu dia amat memerlukan
bantuan daripada saudaranya yang lain. Kegagalan memberi nasihat
kepadanya akan membawa kepada kekecewaan bahkan boleh mengundang
bahaya apabila dia meminta nasihat daripada orang lain yang akhirnya
menasihatinya kepada keburukan. Justeru hendaklah murid apabila diminta
nasihat hendaklah segera menunjukkan kepada kebaikan dan kebenaran.
Sudah tentulah nasihat tersebut mesti disandarkan kepada ilmu dan syariat
Islam.

Seorang murid hendaknya memberikan nasihat kepada murid lain apabila


mereka memerlukannya dengan maksud untuk memperkuat mereka. Nasihat
kepada mereka sebaik-baiknya secara pribadi dan hendaknya didasari dengan
penuh kerendahan hati dan bebas dari kesombongan dan keangkuhan diri.
Murid yang diberi nasihat pula hendaklah menerimanya dengan lapang dada,
diikuti pula dengan ucapan terima-kasih dan melaksanakan nasihat itu demi
kemaslahatan perjalanan ruhaninya.

4. Mendoakannya apabila dia bersin dan memuji Allah. Antara adab


Muslim apabila bersin ialah dengan meletakkan tangan atau kain pada
mulutnya serta berusaha merendahkan bunyi bersinnya. Ini diikuti dengan
memuji Allah S.W.T. selepas bersin. Bagi yang mendengarnya pula hendaklah
mendokan kerahmatan terhadapnya sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w..:
‫ فَِإ َذا قَا َل‬،ُ‫ك اللَّه‬ ِ ‫َخوه أَو ص‬ ِِ
َ ‫ يَ ْر َح ُم‬:ُ‫احبُه‬ َ ْ ُ ُ ‫ َولْيَ ُق ْل لَهُ أ‬،‫الح ْم ُد للَّه‬َ :‫َح ُد ُك ْم فَ لْيَ ُق ْل‬ َ‫س أ‬َ َ‫إ َذا َعط‬
ِ
‫صلِ ُح بَالَ ُك ْم‬
ْ ُ‫ يَ ْه ِدي ُك ُم اللَّهُ َوي‬:‫ فَ لْيَ ُق ْل‬،ُ‫ك اللَّه‬
َ ‫ يَ ْر َح ُم‬:ُ‫لَه‬
Maksudnya:
Apabila seseorang kamu bersin hendaklah dia berkata “Alhamdulillah”.
(Pada ketika itu pula) hendaklah saudara atau temannya (yang berada
di sampingnya) mengucapkan kepadanya “YarhamukaAllah” (moga
Allah merahmatimu). Apabila dia mengucapkan “YarhamukaAllah”
hendaklah kamu mengucapkan pula “Yahdikumullah wa Yuslih
Balakum” (Moga Allah mengurniakan hidayah kepadamu dan
memperelok urusanmu).
(Al-Bukhari, 2002, Sahih al-Bukhari, Bayrut: Dar Ibn Kathir. Hal.
1552).

26
5. Menziarahinya apabila dia sakit. Seorang yang sakit memerlukan
sokongan daripada keluarga dan teman sama ada dalam bentuk material atau
pun bukan material seperti doa dan kata-kata yang baik. Bantuan serta kata-
kata yang baik dan doa memberikan kekuatan kepada pesakit untuk sabar
menghadapi ujian Allah S.W.T. dan sentiasa berserah diri kepada-Nya. Dalam
sebuah hadith menurut A`ishah,
ُ ‫ َويَ ُق‬،‫س ُح بِيَ ِدهِ اليُ ْمنَى‬ ِِ ِ
َّ ‫ اللَّ ُه َّم َر‬:‫ول‬
ِ ‫ب الن‬
‫َّاس‬ َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َكا َن يُ َع ِّوذُ بَ ْع‬
َ ‫ يَ ْم‬،‫ض أ َْهله‬ َ ‫َن النَّبِ َّي‬
َّ ‫أ‬
ِ َ‫ ِش َفاء الَ ي غ‬،‫ الَ ِش َفاء إَِّال ِش َفا ُؤ َك‬،‫الشافِي‬
‫اد ُر َس َق ًما‬ ُ ً َ َّ ‫ت‬ َ ْ‫ ا ْش ِف ِه َوأَن‬،‫اس‬
َ َ‫ب الب‬ ِ ‫أَ ْذ ِه‬
Nabi s.a.w.. menziarahi sebahagian ahli keluarganya (yang sakit) lalu
menyapukan dengan tangan kanannya seraya berdoa: Ya Allah! Tuhan
sekelian manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkannya dan Engkaulah
Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan dengan penyembuhan-Mu,
iaitu penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan lagi.
(Al-Bukhari, 2002, Sahih al-Bukhari, Bayrut: Dar Ibn Kathir. Hal. 1454).

6. Mengiringi jenazahnya apabila dia meninggal dunia. Mengiringi jenazah


dengan dua tujuan iaitu untuk menyembahyangkannya dan untuk
mengebumikannya. Kedua-duanya merupakan kewajipan fardu kifayah ke
atas yang hidup terhadap yang telah meninggal dunia. Perbuatan mengiringi
jenazah merupakan penghormatan kepadanya dan memberi manfaat melalui
doa dan solat jenazah di samping membantu keluarga si mati. Lantaran itu
Rasulullah s.a.w.. mengingatkan bahawa antara hak Muslim terhadap Musim
lain, antaranya adalah mengiringi jenazahnya. Sabda Rasulullah s.a.w..:

ُ‫ات فَاتَّبِ ْعه‬


َ ‫َوإِذَا َم‬
Maksudnya:
…dan jika dia mati maka hantarlah jenazahnya.
(Muslim, 1991, Sahih Muslim, Qahirah: Dar Ihya` al-Kutub al-Arabiyyah,
jil. 4, hal. 1704).

Selain daripada adab-adab ini, terdapat beberapa adab lain sesama murid
iaitu:
7. Seorang murid hendaknya menjaga adab-adabnya dengan sesama murid
atau salik serta mempertahankan penghormatan untuk mereka sama
ada ketika hadir dalam suatu majlis mahu pun di luar majlis. Sama ada
ketika bersama mahu pun berjauhan serta tidak mengkhianatinya, tidak
mengumpat atau memfitnahnya.

8. Seorang murid hendaknya hanya berbaik sangka (berkhusnus dhan)


kepada saudaranya dan tidak mencari-cari kelakuan buruk mereka.
Dalam pengertian tidak menimbulkan berbagai tanggapan negatif
terhadap sesama. Selalu berpikir positif baik ketika melihat sikap yang
kurang berkenan mahupun di saat melihat suatu perbuatan yang

27
dipandang salah. Semua tindakan teman difahami dengan pemikiran
positif.

9. Seorang murid hendaknya menerima permintaan maaf dari murid lain


apabila mereka memintanya. Bahkan memaafkan mereka walau mereka
tidak memintanya. Dalam pengertian membuka pintu kemaafan
seluasnya di muka dan di belakang, zahir mahu pun batin, dimohon atau
tidak dimohon. Sampai tidak suatu pun yang tertinggal kesalahan teman
di dalam hatinya.

10. Seorang murid hendaknya selalu dalam kedamaian dengan mereka.


Kedamaian di sini mencakup dua sisi, iaitu damai dalam pergaulan
maupun dalam dalam diri. Damai dalam pergaulan menyangkut tidak
ada suatu urusan manusia yang tersangkut dengannya dan tidak ada
yang disimpan. Pada sisi lain damai dalam diri, tidak ada sesuatupun
perasaan yang dapat mengusik kedamaian batinnya.

11. Seorang murid hendaknya membantu murid lain apabila sedang


memerlukan bantuan. Bantuan diberikan kerana mereka mengalami
suatu yang menyusahkan hidup mereka, boleh jadi kerana serangan
musuh dan musibah bahkan boleh jadi kerana suatu keadaan yang
sifatnya temporal atau mendesak. Bahkan boleh jadi juga terjadinya
kerana suatu fitnah dan lain-lain yang sifat perlu perhatian orang lain.

12. Seorang murid hendaknya tidak meminta menjadi pemimpin atau


meminta suatu pangkat dalam kelompok mereka. Murid mesti
memahami bahawa menjadi pemimpin atau dilantik melaksanakan suatu
urusan kerana diminta akan mengakibatkan kurang baik, kecuali
dilantik oleh guru.

13. Seorang murid hendaknya memperlihatkan kerendahan hati kepada


sesama mereka semampu mungkin. Nabi s.a.w. bersabda: "Pemimpin
suatu kaum adalah mereka yang melayani kaumnya itu." Kepemimpinan
yang diberikan adalah amanah yang harus dijaga, maka urusan itu
dilakukan sesuai dengan izin atau redha guru. Apabila guru yang
melantiknya, maka dengan keberkatan guru urusannya akan dapat
dijalankan dengan baik.

Kesimpulannya bahawa adab dan kelakuan baik yang dimiliki oleh murid
sesungguhnya tiada batas. Murid hendaklah selalu berusaha keras
(bermujahadah) dan membuat gerakan dan kemajuan dengan gurunya,
bersama dengan sesama saudaranya, dengan masyarakatnya, dan dengan
lingkungannya, dengam bangsanya dan dengan semua makhluk Allah.
Dengan suatu keyakinan bahawa Allah selalu memperhatikannya. Dengan
kemajuan yang tetap, maka dari waktu ke waktu, hari demi hari dia akan
28
mencapai suatu keadaan kesempurnaan dengan petunjuk dan bantuan
gurunya. Bantuan dari berbagai pihak ini yang diperlukan dalam perjalanan
ruhaniyah murid.

D. Mempererat Hubungan Murid dengan Guru

Hubungan antara seorang murid dengan guru (syeikh atau mursyidnya) hal
yang begitu penting dalam tarekat. Untuk menjaganya, maka seorang murid
harus memiliki kriteria-kriteria serta adab dan tatakrama seperti yang
disebutkan oleh Shaykh Ahmad al-Kamisykhanawy.ra dalam Kitab Jami’ul
Ushul fil Auliya’, iaitu sebagai berikut:

1. Setelah yakin dan mantap dengan seorang Shaykh (mursyid), dia segera
mendatanginya seraya berkata: “Aku datang ke hadapan Tuan agar
dapat ma’rifat (mengenal) dengan Allah ta’ala”. Setelah diterima oleh
mursyid, hendaknya dia berkhidmat dengan penuh kesungguhan dan
kecintaan agar dapat memperoleh penerimaan di hatinya dengan
sempurna.

2. Murid tidak menitipkan salam atau mengamanahkannya kepada orang


lain untuk menyampaikan salam kepada mursyidnya, kerana hal seperti
itu mengandung sikap kurang sopan. Harusnya murid datang sendiri
menjumpai Shaykhnya untuk mengunjungi atau menziarahinya..

3. Murid tidak mengambil air solatnya (berwudhu`) pada tempat-tempat


yang boleh dilihat oleh mursyidnya, dipandang seakan kurang bersedia
dalam kesehariannya. Juga tidak meludah dan membuang hingus di
majlis gurunya dan tidak melakukan solat sunat di hadapannya.

4. Murid bersegera melakukan apa yang diperintahkan oleh mursyidnya


dengan tanpa bantahan dan tidak menganggap mudah apalagi
mengabaikannya atau tidak memperdulikannya. Juga tidak berhenti
sebelum urusannya selesai serta tuntas dengan baik dan sempurna.

5. Tidak menduga-duga di dalam hatinya terhadap perbuatan mursyidnya.


Selama mampu dia boleh menta’wilkannya, juga berpandangan positif.
Namun sekiranya murid tidak dapat memahaminya, maka dia harus
mengakui ketidak-fahamannya.

6. Murid mestilah mengungkapkan kepada mursyidnya apa-apa yang


timbul di hatinya berupa kebaikan maupun keburukan, sehingga
mursyid dapat mengobatinya. Kerana mursyid itu ibarat doktor, apabila
dia melihat ahwal (keadaan) muridnya rosak akan segera
memperbaikinya dan menghilangkan penyakit-penyakit pada diri
muridnya.

29
7. Bersungguh-sungguh (al-shidq) didalam pencarian ma’rifatnya, sehingga
segala ujian serta cubaan tidak mempengaruhinya dan segala celaan
serta gangguan tidak akan menghentikannya. Hendaknya kecintaan
yang jujur kepada mursyidnya melebihi cintanya kepada diri, harta dan
anaknya, seraya berkeyakinan bahawa tujuannya memperoleh wushul
dengan Allah tidak akan kesampaian tanpa wasilah (perantaraan)
murshidnya.

8. Tidak mengikuti segala apa yang biasa diperbuat oleh murshidnya,


kecuali diperintahkan olehnya. Berbeza dengan perkataannya, yang
mesti diikuti semuanya. Seseorang murshid itu terkadang melakukan
sesuatu sesuai dengan tuntutan tempat dan keadaannya, yang boleh
jadi hal itu bagi si murid adalah racun yang mematikan.

9. Mengamalkan semua apa yang telah ditalqinkan (diajarkan) oleh


mursyidnya, berupa dzikir, tawajjuh atau muraqobah. Dan
meninggalkan semua wirid dari yang lainnya sekalipun ma’thur. Firasat
seorang murshid menetapkan tertentunya hal itu, adalah nur dari Allah,
maka tidak ada peluang untuk membantah apalagi meninggalkannya.

10. Merasa bahawa dirinya lebih hina dari semua makhluk, dan tidak
melihat bahawa dirinya memiliki hak atas orang lain serta berusaha
keluar dari tanggungan hak-hak pihak lain dengan menunaikan
kewajibannya. Memutus segala ketergantungannya dari selain al-
Maqshud (Allah) SWT..

11. Tidak mengkhianati mursyidnya dalam segala urusan dan pekerjaan


apapun. Menghormati dan mengagungkannya mursyidnya sama ada di
hadapan mahu pun di belakangnya sedemikian rupa serta
memakmurkan dan menyenangkan hatinya dengan dzikir yang telah
ditalqinkan kepadanya.

12. Menjadikan segala keinginannya murid baik di dunia maupun akherat


semata-mata hanyalah Dzat Yang Maha Esa, Allah SWT. Hanya Allah
dalam zikir hatinya, hanya Allah yang diingatnya. jika tidak demikian
berarti murid itu hanya mengejar kesempurnaan diri pribadinya
semata.

13. Tidak membantah atau menantang pembicaraan mursyidnya, sekalipun


menurut pandangannya benar. Hendaknya berkeyakinan bahawa
salahnya murshid itu lebih kuat (benar) dari apa yang benar menurut
dirinya. Dari itulah hendaknya tidak memberi isyarat (keterangan) jika
tidak ditanya atau menerima penjelasan dari murshidnya.

30
14. Murid tunduk dan pasrah terhadap perintah murshidnya dan orang-
orang yang mendahuluinya berkhidmah, yakni para khalifah (orang-
orang kepercayaan mursyid) dari para muridnya, sekalipun secara
lahiriah amal ibadah mereka lebih sedikit dibandingkan amal
ibadahnya.

15. Murid tidak menyampaikan hajat atau keperluannya selain kepada


mursyidnya. Jika dalam keadaan tertenyu sementara sang mursyid
tidak ada di tempat, maka hendaklah murid menyampaikannya
hasratnya itu kepada orang saleh yang dapat dipercaya, dermawan
serta taqwa.

16. Tidak suka marah kepada siapapun, kerana marah itu dapat
menghilangkan nur (cahaya) dzikir. Juga meninggalkan perdebatan
serta perbantahan dengan saudanya para penuntut ilmu, kerana
perdebatan itu menyebabkan ghoflah (kealpaan atau kelalaian). Jika
muncul pada dirinya rasa marah kepada seseorang, hendaknya segera
minta maaf kepadanya. Dari itu hendaknya tidak memandang remeh
kepada siapapun juga.

E. Adab Pandangan murid kepada Gurunya

Sisi yang juga dipandang amat penting dalam tarekat selain adab murid secara
zahiriyah dan batiniyah terhadap gurunya, iaitu sebagaimana yang telah
dikemukakan di atas, juga pandangan murid pun mestinya secara
tersembunyi mestilah dijaga. Adapun adab-adab bagaimana pandangan murid
terhadap gurunya secara khusus adalah seperti berikut:

1. Keyakinan seorang murid hanya kepada mursyidnya saja. Murid


memiliki keyakinan bahawa segala yang diinginkan murid untuk sampai
kepada makam puncak akan dapat berhasil dengan wasilah mursyidnya.
Kerana itulah murid selayaknya berguru dan berwasilah dengan mursyidnya
itu.

2. Tunduk dan redha akan segala tindakan mursyidnya. Murid berkhidmat


kepada gurunya dengan harta dan badannya, kerana mutiara kecintaan yang
menjadi puncak sebagai saranya akan nampak dan akan terwujud dengan
cara ini. Kejujuran serta keikhlasan akan diketahui melalui
ukuran/timbangan ini.

3. Mengalahkan ikhtiar dirinya terhadap ikhtiar mursyidnya dalam segala


pekerjaan dan urusan, baik bersifat kulliyah (menyeluruh) atau juz`iyah
(bahagian-bahagian), berupa ibadah ataupun kebiasaan-kebiasaan. Ikhtiar
murid di sini menyatu dalam ikhtiar mursyidnya, dan ikhtiar mursyid lebih
kuat.

31
4. Meninggalkan segala sesuatu pekerjaan yang tidak disenangi
mursyidnya dan membenci juga menjauhi segala apa yang dibenci oleh
mursyidnya. Apapun yang dilakukan oleh si murid, misalnya dalam bertindak,
dalam berkata dan bersikap, mestilah selalu berada dalam ridha si mursyid.

5. Tidak mencuba-cuba mengungkapkan makna terhadap peristiwa-


peristiwa dan mimpi-mimpi, tapi menyerahkannya kepada mursyidnya.
Setelah mengungkapkan hal tersebut kepadanya, murid tunggu jawabannya
tanpa tergesa-gesa menuntutnya. Kalau ditanya hendaklah segera
menjawabnya.

6. Merendahkan suara ketika berada di majlis mursyid dan mengeraskan


suara di majlis orang-orang besar itu termasuk su’ul adab (perilaku buruk).
Tidak berpanjang lebar ketika berbicara. Hal tersebut akan dapat
menghilangkan rasa segannya terhadap mursyidnya, yang menjadikan murid
terhijab (terhalang) dari kebenaran.

7. Murid hendaknya mengetahui dan memahami waktu-waktu yang tepat


untuk berbicara dengan mursyidnya, kecuali pada waktu-waktu lapangnya
dan dengan sopan, tunduk dan khusyu’, sambil memperhatikan dengan
sungguh-sungguh jawaban jawaban dari pertanyaan-pertanyaan murid
ataupun fatwa-fatwa murshidnya.

8. Menyembunyikan semua yang dianugerahkan oleh Allah kepada murid


melalui mursyidnya, yang berupa keadaan-keadaan dan peristiwa-peristiwa
tertentu dan karamah-karamah dan lainnya. Artinya segala sesuatu yang
dialami oleh seseorang murid mestilah dirahsiakan, orang yang dapat
disampaikan hanya kepada mursyid.

9. Tidak menukil keterangan-keterangan mursyidnya untuk disampaikan


kepada orang lain, kecuali sebatas apa yang dapat mereka fahami. Seseorang
murid tidak dibenarkan menyampaikan potongan-potongan kalimat dan
nukilan-nukilan ajaran dari pengajian yang disampaikan oleh mursyidnya.

10. Antara adab yang juga mesti dimiliki oleh seorang murid adalah murid
tidak diperkenankan berbicara di depan guru kecuali seperlunya, dan tidak
menampakkkan sedikit pun keadaan dirinya di depan guru. Dia juga tidak
sepatutnya menghampar sajadahnya di depan guru kecuali pada waktu
melakukan solat. Jika telah selesai solat, hendaknya dia segera melipat
kembali sajadahnya.

11. Murid harus selalu siap melayani gurunya dan orang yang duduk
diruangannya dengan senang hati dan ringan tangan. Seorang murid harus
bersunguh-sungguh jangan sampai menghampar sajadahnya sedang di
atasnya ada orang yang lebih tinggi tingkatannya. Dia juga tidak boleh

32
mendekatkan sajadahnya kepada sajadah orang yang lebih tinggi itu kecuali
dengan izinnnya. Kerana hal demikian dianggap kurang beradab bagi mereka.

12. Manakala seseorang murid menemukan kemusykilan tentang gurunya,


maka murid hendaknya diam meskipun memiliki penjelasan dan jawaban
mengenainya. Akan tetapi, dia boleh mengambil apa yang telah Allah SWT
bukakan baginya melalui lisan gurunya, kemudian menerima dan
mengamalkannya. Jika melihat ada kekurangan dalam jawaban gurunya,
seorang murdi tidak boleh membantah atau menolaknya.

13. Murid mestinya bersyukur kepada Allah swt atas apa yang telah
diberikan kepadanya berupa keutamaan, ilmu, dan nur yang disembunyikan
dalam dirinya. Dia tidak boleh memperpanjang perbincangannya dan tidak
boleh mengatakan mengatakan, “Guru telah salah dalam masalah ini.” Juga
tidak boleh membantah ucapannya kecuali terjadi secara spontan dan tidak
sengaja. Jika demikian, dia harus segera menghentikan ucapannya dan
menggantikan dengan diam, dan taubat serta bertekad tidak akan
mengulanginya.

14. Murid tidak sepatutnya banyak bergerak sewaktu mendengar


pembicaraan di depan gurunya, kecuali kerana mendapat isyarat dari
gurunya. Murid juga tidak sepatutnya melihat pada dirinya memiliki suatu
keadaan kecuali terjadi padanya suatu hal yang memaksanya untuk
membezakan dan memilih. Apabila hal itu telah redha, hendaknya dia kembali
kepada keadaan semula, diam penuh adab, tawadhu’ dan menyembunyikan
rahasia yang telah Allah s.w.t. berikan kepadanya. Ini tentang sikap,
perbuatan atau ucapan yang tidak baik bagi seorang murid, tetapi kini justeru
kadang terjadi di madrasah atau pondok mereka.

15. Seseorang murid yang dapat melakukan adab-adab yang demikian


sempurna itu termasuk murid yang benar dan bersungguh-sungguh, dan ini
merupakan jalan untuk mencari dan mendapatkan cinta guru. Dengan
demikian makna sesuatu yang telah dia dengar itu menyalakan cahaya
kebenaran dan menguatkannya. Kemudian dia akan sibuk di dalam cahaya itu
dan tenggelam di dalamnya. Anggota badannya bergerak di tengah kaum,
namun sebenarnya dia berada di sebuah batas yang penuh dengan kelezatan
watak dan keinginan. Setiap orang akan membayangkan dekat orang yang
merindukannya.

16. Murid yang bersungguh-sungguh, api kerinduannya dan semangat


mendapatkan hakikat tidak akan padam dan pancarannya tidak akan pernah
redup. Kekasihnya tidak pernah ghaib dan penghiburnya tidak akan pernah
jauh. Murid seperti ini akan sentiasa bertambah dalam kedekatan, kelazatan,
dan kenikmatan. Tidak ada yang dapat menggoncangkan atau merubah
keadaannya selain ucapan Dzat Yang dikehendakinya dan pembicaraan Dzat
Yang Menolongnya. Meskipun pada saat itu, didekatnya banyak syair.
33
Nyanyian, suara-suara teman-teman syaitan, para pengikut hawa nafsu, dan
para pengejar kesenangan.

17. Seseorang murid hendaknya tidak menentang seseorang pada saat ia


mendengarkan dan tidak menolak seseorang dalam menuntut sesuatu yang
diinginkan dan dirindukannya, berupa syurga dan bidadari serta melihat Allah
SWT di akhirat, yang mana ia telah zuhud terhadap dunia, kelazatan dan
kesenangannya, anak-anak dan wanitanya. Ia telah berani bersabar atas
keburukan, ujian dan cobaan di dunia serta berpaling kepada anak-anak di
akhirat. Hendaknya dia menyerahkan semua itu kepada para guru yang ada.
Sesungguhnya mereka itu dalam kekuasaan guru.

18. Bila belajar pada seseorang guru, dia harus percaya bahawa di sekitar
itu tidak ada orang yang lebih utama dari gurunya, sehingga dia akan berhasil
mendapatkan apa yang dia cita-citakan, dan sang guru akan dapat
menghadapkan kepada Allah s.w.t. Murid harus sentiasa menjaga segala
rahsianya ketika berkhidmat bersama Allah dalam mencapai kehendaknya.

19. Murid mestilah menganggap bahawa apa yang dikatakan oleh gurunya
adalah sesuatu yang sesuai dengan keadaannnya. Sesungguhnya melawan
guru adalah racun yang sangat berbahaya. Jangan sampai murid menentang
guru, baik secara terang-terangan maupun secara tersembunyi. Dia tidak
boleh menyembunyikan sedikitpun keadaan dan rahsianya terhadap guru,
dan tidak memperlihatkan kepada orang lain apa yang telah diperintahkan
kepadanya.

20. Sepatutnya bagi seorang murid bertekad meminta kemurahan atau


meminta kembali kepada apa yang telah ditinggalkannya kerana Allah SWT.
Sesungguhnya hal itu merupakan kesalahan besar sekaligus kerusakan
kehendak bagi ahli tharekat. Disebutkan dalam hadith Rasulullah SAW:
“Orang yang kembali kepada keadaannya seperti anjing yang muntah lalu
memakannya lagi”. Dia harus bersungguh-sungguh berpegang pada adab yang
telah diperintahkan oleh gurunya, jangan sampai menjadi kurang beradab.
Jika terjadi kekurangan dalam melaksanakan apa yang telah diisyararatkan
gurunya, maka murid harus memberitahukan hal itu kepada gurunya
sehingga guru akan memberikan arahan yang sesuai dengannya dan
mendoakan agar mendapatkan taufik, kemudahan dan keberhasilan.

Rumusan

Adalah suatu yang perlu diketahui bahawa adab seseorang murid secara
keseluruhan tidak dapat dihitung luas atau jumlahnya, juga tidak mungkin
dijelaskan secara detail dan terperinci. Pada prinsipnya, apa yang dilakukan
dan tugas seorang guru terhadap murid hanyalah ia berusaha membantu
mengeluarkan si murid apa yang masih terpendam di dalam jiwanya, yang

34
sifatnya negatif bagi diri murid, bukan yang lain. Ini adalah dengan sebuah
keyakinan bahawa Allah telah menebarkan pada setiap ruh (jiwa) sifat-sifat
terpuji dan tercela yang berhubungan dengan orang yang bersangkutan.
Segala sesuatu yang diperintah atau dilarang oleh guru pasti berkaitan dengan
apa yang terpendam dalam jiwa tersebut. Artinya menyempurnakan dimensi
sifat-sifat baik dan positif dan menghilangkan sifat-sifat buruk yang dapat
merusaknya.

Perlu difahami oleh seorang murid bahawa gurunya tidak akan memberikan
suatu yang tidak bermakna, tidak akan memberikan kepada si murid apa yang
di luar jiwanya, apalagi membahayakan. Bahawa seorang murid pada tahap
pertama ibarat sebutir benih yang menyimpan segala rahasia, dimana benih
itu akan menjadi pohon, atau jadi pohon barang tertentu yang akan meng
eluarkan buah dan juga akan melahirkan pohon lainnya. Perjalanan murid
dalam menempuh tarekat ini akan benar dan jujur atau akan menjadi
pendusta tergantung pada benih yang ada. Inilah salah satu yang diupayakan
oleh guru terhadap muridnya. Manakala seseorang murid menjadi seorang
yang benar dan jujur, maka bagai sepohon kayu dari “batang pohon” itu akan
mengeluarkan dahan dan ranting yang bakal berbuah, lalu buahnya akan
mendatangkan manfaat kepada semua makhluk dan menyenangkan banyak
orang yang ada di sekitarnya. Makhluk sekitar akan makan buah yang
dihasilkannnya, bahkan buahnya akan tersebar ke seluruh warga daerah dan
negerinya. Kehadirannya didambakan, kehilangannya akan dicari dan semua
orang mengambil manfaat dari pohon tersebut. Demikianlah ibarat dan
perumpamaan seorang yang benar-benar berhasil dalam penempaannya.

Sifat benar, jujur dan kebaikannya akan tampak pada semua orang, bahkan
kalau misalnya ia ingin menutupi kebaikannya agar tidak diketahui, orang
akan tidak akan sanggup melakukannya. Begitu sebaliknya, jika ia seorang
murid yang bohong dalam cintanya terhadap jalan yang dia tempuh, maka
“batang pohon” kebohongan dan kemunafikannya akan bercabang, sehingga
dirasakan oleh semua orang yang ada di sekitarnya, tersebar ke seluruh
daerah dan negerinya. Sifat tidak benar, tidak jujur alias kebohongan dan
kemunafikan akan kelihatan pada semua orang. Bilamana ia berpura-pura
menampakkan kejujuran ia tidak akan sanggup melakukannya. Sebab
perbuatannya yang rendah akan mendustakan segala pengakuannya, dan
pada akhirnya semua aibnya akan terbuka dan tersingkirkan dari jalan
menuju Allah. Ia akan terlempar ke pemahaman orang-orang awam, sebagai
hukuman atas kebohongannya terhadap tarekatnya menuju Allah swt.
Manakala Allah pernah memberinya keharuman dan kejujuran kemudian
diambil kembali oleh Allah. Kemudian semua orang akan berkata, “Si fulan
telah terusir dari tarekat kaum fakir, sehingga tidak ada semerbak
keharumannya lagi.”

Perilaku seorang murid adalah mesti memiliki kejujuran dalam mencintai


seorang guru. Gurulah yang menunjukkannya ketika murid sedang
35
menempuh perjalanan dalam hal-hal yang ghaib. Guru ibarat seorang
penunjuk jalan bagi jamaah haji ketika di kegelapan malam. Tentu saja
kecintaan itu mengharuskan seseorang untuk selalu taat, demikian
sebaliknya, tidak adanya kecintaan itu ditunjukkan dengan selalu menyalahi
dan menentang perintah guru. Maka barangsiapa menentang orang yang
menunjukkannya ia akan tersesat dan perjalanannya akan terhenti, dan pada
akhirnya akan binasa.

Dalam mencintai seorang guru hendaknya tidak ada yang sanggup


memalingkannya, bahkan tidak ada pedang dan segala yang menyakitkan
sanggup mengusirnya. Selayaknyalah seseorang benar-benar menjadi orang
jujur dalam mencintai guru, dengan demikian akan mendapatkan segala
kebaikan. Dengan ini pula Allah sentiasa memberi petunjuk kepada orang ini.
Kerana itu pulalah seorang murid hendaknya tidak ikut masuk ke dalam
perjanjian (sumpah atau bai`ah) seorang guru (tarekat) sampai ia lebih dahulu
bertaubat dari segala dosa-dosanya, baik dosa lahir mahupun batin.

Hal yang juga perlu pembentukan juga adalah harus rela terhadap semua
lawan yang berusaha merampas harga diri maupun harta. Tarekat adalah
jalan menuju sampainya seseorang ke hadirat Allah Azza Jalla. Maka
barangsiapa tidak menyucikan diri dari segala dosa, baik lahir mahupun
batin, maka tidak dibenarkan ia masuk ke hadirat ini. Seseorang yang hendak
memasuki ini ibarat orang yang mau menjalankan ibadah shalat, sementara di
tubuh atau pakaiannya terdapat najis yang tidak dapat dimaafkan, atau
kerana tempatnya jauh dari air sehingga tidak dapat disucikan dengan air,
tentu saja shalatnya tidak sah. Kerananya taubat adalah pintu jalan untuk
menjalani tarekat itu.

Demikian pula orang yang mahu masuk ke dalam tarekat dengan keadaan
kotor dengan dosa, maka ia tetap batal, sekalipun gurunya termasuk tokoh
para wali. Ia tidak akan sanggup mengantarkannya dan berjalan bersamanya
untuk menuju tarekat Ahlullah sekalipun hanya selangkah, terkecuali
sebelumnya telah menyucikan diri dari segala dosa. Bahagian ini nampaknya
sering dilupakan oleh sebagian besar orang. Mereka tergesa-gesa mengambil
sumpah (janji) sang murid, sementara pada diri sang murid masih banyak
dosa, baik lahir maupun batin, terutama yang menyangkut hak-hak para
hamba dalam masalah harta maupun harga diri sehingga tidak akan ada
manfaatnya dalam menempuh tarekat.

Adapun pengertian taubat adalah kembali dan apa saja yang secara hukum
(syariat) itu tercela menuju kepada apa yang secara hukum itu terpuji.
Sehingga masing-masing orang yang bertobat akan memiliki tingkatan-
tingkatan tersendiri. Boleh jadi apa yang menurut seseorang hal itu terpuji,
tapi justru orang lain malah menganggapnya tercela, lalu bertaubat dan
beristigfar dari hal yang menurut orang pertama tersebut terpuji. Ini termasuk

36
bahagian dari “Kebaikan orang-orang yang baik (al-abrar) adalah kejelekan
bagi orang-orang yang didekatkan kepada Allah al-Muqarrabin.”

Suatu yang sangat perlu diketahui, bahawa orang yang selalu melakukan hal-
hal yang menyalahi aturan syariat, makan hal-hal yang menjadi kesenangan
nafsu, dan sentiasa bergelut dengan hal-hal yang diharamkan, maka jarak
antara orang ini dengan tarekat menuju Allah, ibarat jarak antara langit
dengan bumi. Kemudian hendaknya mesti harus tahu dan paham bahawa
perilaku dari nafsu adalah selalu mengaku dengan pengakuan palsu.

Keadaan seperti tersebut tidak dapat diterima kecuali dengan kesaksian


seorang guru akan kejujurannya dalam segala tingkatan ruhani yang
diakuinya telah bertaubat, sampai pada akhirnya ia mencapai pada tingkatan
bertaubat dari tindakan lengah dan kesaksian diri akan Tuhannya sekalipun
hanya sekejap mata. Kemudian dari tingkatan ini naik lagi ke tingkatan yang
lebih tinggi, yaitu mengagungkan Allah s.w.t. untuk selama-lamanya, yang
tidak pernah berhenti sekejap pun untuk mengagungkan-Nya.

Perumpamaan perjalanan ruhani dibaratkan seperti orang yang hendak


datang kepada raja, sedang raja tidak mengenalinya, maka dia harus berusaha
untuk setiap halangan yang menghadangnya, atau mengajak salah seorang
yang dekat dengan raja untuk menunjukkan bagaimana caranya dapat
berjumpa dengan raja. Dia harus belajar adab dan tata cara bercakap-cakap
dengan raja atau hadiah apa yang sesuai untuknya, atau sesuatu yang tidak
dimilikinya dan apa yang mesti diperbanyak.

Selanjutnya, dia harus mendatangi istana dari pintu depan. Jangan lewat
pintu belakang sehingga nanti akan dicela dan mendapatkan kehinaan serta
tidak memperoleh apa yang dia inginkan dari sang raja. Sesungguhnya, setiap
orang yang hendak memasuki sebuah istana mesti ada tata cara dan ada
pelayan atau petugas yang akan membimbing tangannya atau memberikan
isyarat kepadanya untuk mempersilahkan duduk di tempat yang telah
disediakan. Dia mesti mengikuti supaya tidak mendapatkan kehinaan atau
dituduh sebagai orang yang tidak beradab dan bodoh.

Tidak dapat disangkal, murid yang dapat melakukan adab yang demikian
sempurna itu termasuk murid yang benar dan bersungguh-sungguh. Sehingga
makna sesuatu yang telah dia dengar itu menyalakan cahaya kebenaran dan
menguatkannya. Kemudian dia akan sibuk di dalam cahaya itu dan tenggelam
di dalamnya. Anggota badannya bergerak di tengah kaum, namun sebenarnya
dia berada di sebuah batas yang penuh dengan kelezatan watak dan
keinginan. Setiap orang akan membayangkan dekat orang yang
merindukannya.

Murid yang bersungguh-sungguh, semangat kerinduannya tidak akan padam


dan pancaran sinarannya tidak akan pernah redup apalagi padam.
37
Kekasihnya tidak pernah ghaib (hilang) dan penghiburnya tidak akan pernah
jauh. Murid seperti ini akan sentiasa bertambah dalam kedekatan, kelazatan,
kenikmatan dengan keteduhan dan kesyahduan. Tidak ada yang dapat
mengguncangkan atau merubah keadaannya selain ucapan Dzat Yang
dikehendakinya dan pembicaraan Dzat Yang Menolongnya.
Wallahu’alamu bi Shawab wailahil marji’u wal maab.

Rujukan
Al-Qur`an al-Karim.
Abd al-Qahir bin Abd Allah al-Suhrawardi. 2005. Adab al-Muridin. Bayrut: Dar
al-Kutub al-cIlmiyah.

Abu Abd Allah, Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. 2001. Musnad Ahmad Ibn
Hanbal. Bayrut: Muassasah al-Risalah. Jil. 13.

Ahmad Mukhtar Umar. 2008. Mucjam al-Lughah al-Arabiyyah al-Mucassarah


Qahirah: Alam al-Kutub. jil.1.
Al-Ashmuni, Muhammad bin Ahmad. Khulasah al-Mardhiyyah Min al-Durar al-
Mudhi`ah Fi Macrifat Suluk Tariq al-Sufiyyah. Ribat: Perpustakaan Negara
Morroko. MSS no. kod D2202
Al-Asqalani, Ibn Hajar. 1997. Al-Imtac Bi al-Arab`in al-Mutabayinah al-Simac.
Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Bukhari, Abu Abd Allah Muhammad bin Ismail. 2002. Sahih al-Bukhari.
Damshiq: Dar Ibn Kathir.

Al-Hakim, al-Imam al-Hafiẓ Abi cAbd Allah al-Naysābūrī. 2014. Al-Mustadrak


Ala Al-Sahihayn. Qahirah: Dar al-Ta`sil. Jil. 1

Ibn Arabi, Muhammad bin Ali. 1312H. Al-Amr al-Muhkam al-Marbut Fi Ma


Yalzam Ahl Tariq Allah Min al-Mashrut, Bayrut: Matba`ah al-Anisah.

Ibn Kathir, Abu Fida` Ismail bin Umar. 2000. Tafsir Al-Quran al-Azim. Bayrut:
Dar Ibn Hazm.

Muslim bin al-Hajjaj al-Naysaburi. 1991. Sahih Muslim. Bayrut: Dar al-Kutub
al-cIlmiyyah.

Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya. T.th. Al-Azkar al-Muhtakhab Min Kalam


Sayyid al-Mursalin. Qahirah: Dar al-Turath.

Al-Qushashi, Ahmad. 1909. Al-Simt al-Majid Fi Sha`n al-Baycah Wa al-Dhikr Wa


Talqinih Wa Salasil Ahl al-Tawhid. Hyderabad: Matbacah Majlis al-
Da`irah al-Macarif al-Nizamiyyah.

38
Al-Singkili, Shaykh Abdul Rauf. Bayan Syurut Shaykh Wa Murid. Kuala
Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. MSS 1314 E: 41.

Al-Suhrawardi. 2000. Awarif al-Ma`arif. Qahirah: Dar al-Ma`arif. Jil. 2,

Al-Tirmidhi, al-Imam al-Hafiz Muhammad ibn cIsa ibn Sawrah. 1996. Jamic al-
Kabir. Dar al-Gharb al-Islami: Bayrut. jil. 4.

Al-Tusi, Abu Nasr Al-Sarraj. 1960. Al-Lumac. Misr: Dar al-Kutub al-Hadith.

39

You might also like