You are on page 1of 5

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SJK(C) CHUNG HUA LUTONG

Pada 22 Februari 2019, pengajian Bahasa Cina (SK) semester 6 telah


mengadakan satu lawatan sambil belajar ke SJK(C) Chung Hua Lutong. Tujuan
lawatan tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan guru pelatih tentang
pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah.

Pada pukul 7.15 pagi, kami telah berkumpul di depan blok pentadbiran untuk
menunggu ketibaan guru penasihat, Puan Chua Geok Kwee dan Puan Hoon Swee
Kim. Pada pukul 7.30 pagi, kami telah bertolak ke SJK (C) Chung Hua Lutong dengan
van IPGKS.

Pada pukul 8.05 pagi, kami telah sampai ke SJK(C) Chung Hua Lutong.
Kedatangan kami telah dijemput oleh guru besar dan penolong kanan. Pihak sekolah
juga telah menyediakan tarian singa untuk menyambut kedatangan kami. Selepas itu,
guru besar telah memperkenalkan SJK(C) Chung Hua Lutong dan penubuhan PPKI
dalam sekolah tersebut. Manakala dua orang guru PPKI telah menerangkan proses
menerima murid berkeperluan khas, pelaksaaan PPKI dalam sekolah dan cabaran
yang dihadapi semasa pelaksanaan PPKI dari segi kewangan, sokongan kerajaan
dan ibu bapa.
Pada pukul 9.15 pagi, kami dijemput oleh pihak sekolah untuk masuk ke kelas
PPKI untuk membuat pemerhatian. Guru PPKI telah memperkenalkan kemudahan
asas di kelas PPKI seperti papan putih pintar yang dapat menarik perhatian murid.
Selain itu, guru juga memperkenalkan dapur yang terletak di tepi kelas PPKI. Ini
adalah untuk meningkat kesedaran murid terhadap bahaya dalam dapur seperti api.

Selepas pengenalan guru PPKI tentang kelas PPKI, kami pun diberi
kebenaran untuk berinteraksi dengan murid PPKI. Terdapat seorang murid PPKI
telah dipisahkan dan diatur di kelas yang berbeza. Hal ini disebabkan murid tersebut
merupakan seorang murid autism. Dia tidak dapat menerima bunyi yang kuat. Jika
bunyi sekelilingnya terlalu kuat. Selepas dia berada di kelas yang lain, kami telah
memerhati bahawa dia sedang bermain puzzle dengan penuh perhatian. Walaupun
kelas sebelah amat bising, tetapi dia tetap berkonsentrasi terhadap puzzle dalam
tangannya.
Selepas itu, kami diajak oleh pihak sekolah untuk menjamu selera di bilik
multimedia. Pihak sekolah telah menyediakan Mee Suah sup ayam yang sedap
bersama dengan buah-buahan untuk melayan kami.

Seterusnya, kami juga dibimbing oleh Guru besar untuk melawat ke


perpustakaan SJK(C) Lutong. Guru besar telah memperkenalkan lukisan mural yang
telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan lukisan mural di seluruh Sarawak.
Beliau memberitahu bahawa makna pokok besar dalam lukisan mural itu adalah
sebagai tempat rehat guru dan murid-murid untuk berkongsi cerita antara satu sama
lain. Dengan adanya lukisan mural yang begitu cantik, guru besar berharap murid-
murid lebih gemar pergi ke perpustakaan untuk menambah ilmu pengetahuan
mereka.
Pada pukul 11.45, bus pun telah sampai. Kami pun bertolak balik ke Institut.
Sebelum balik, kami juga berterima kasih dengan guru besar dan penolong kanan
yang melayan kami dengan begitu mesra dan memberitahu kami maklumat tentang
program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI).

You might also like