You are on page 1of 21

<KOD KURSUS>

BOSHM

SEPTEMBER / 2018

OUMM3202

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI : 840623055289001


NO. KAD PENGNEALAN : 840623055289
NO. TELEFON : 0193196462
E-MEL : hudahafiz6462@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN>

0
Pengenalan

Sejarah pekerjaan saya bermula dengan bertugas di sebuah sekolah menengah di sebuah
bandar kecil iaitu di XXXXX. Saya mulai berkhidmat di sekolah tersebut yang akan saya
namakan sebagai Sekolah X pada tahun 1997 sehingga sekarang. Sepanjang 18 tahun
berkhidmat di sekolah ini, saya telah dapat mengenal pasti wujud satu masalah etika yang
berlaku terhadap pengurusan sekolah ini iaitu masalah rasuah. Sekolah kami membeli buku
kerja dan buku panduan guru dari sebuah kedai buku terbesar di Teluk Intan. Ketetapan ini
dibuat oleh pengetua sekolah yang memaklumkannya kepada ketua bidang sekolah. Tiada
kedai buku lain yang dibenarkan oleh pengetua untuk tujuan pembelian buku kerja murid dan
buku panduan guru. Pernah suatu ketika, mesyuarat panitia subjek Bahasa Melayu
memutuskan untuk tidak meletakkan syarat wajib beli buku kerja dalam senarai buku yang
wajib dibeli oleh murid untuk persediaan persekolahan tahun hadapan tetapi senarai buku
kerja masih lagi diletakkan dalam senarai tersebut kerana diarahkan oleh pengetua sendiri.
Tuan pengetua sekolah sering mendapat hadiah atau cenderamata daripada pihak pemilik
kedai buku tersebut. Malah ketua kerani sekolah pernah menyatakan kepada saya bahawa
tuan pengetua juga adakalanya mendapat sumbangan kewangan daripada pihak kedai buku
yang diberi melalui kiriman perantaraan individu yang dilantik. Hal ini dengan jelas
menunjukkan berlaku masalah etika berbentuk rasuah di sekolah saya.

LATAR BELAKANG MASALAH ETIKA

MAKSUD ETIKA

Etika berasal daripada perkataan ‘Ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’ yang
membawa maksud sikap yang menentukan tingkahlaku seseorang individu. Secara
umumnya etika boleh didefinisikan sebagai prinsip tingkah laku individu yang diterima
dari segi moral. Etika juga bermaksud kepercayaan peribadi seseorang individu tentang
kelakuan yang baik dan buruk.

Menurut Ahmad Amin (1983), etika ialah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk yang
menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di
dalam perbuatan mereka.

Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik,
memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk.

LATAR BELAKANG ORGANISASI


Bagi menyiapkan tugasan subjek OUMM3203 BED4103 Etika Porfesional ini, saya telah
memilih Sebuah Syarikat Agensi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM merupakan
badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar
Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROC) di Malaysia yang mengawal
selia syarikat dan perniagaan. SSM mula beroperasi pada 16 April 2002. Aktiviti utama
SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan perniagaan kepada
orang awam. SSM beroperasi di Menara SSM@Sentral, No 7, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur.

Visi SSM

Menjadi pendaftar dan organisasi kawal selia korporat bertaraf dunia yang memenuhi
keperluan perniagaan menerusi pendaftaran, maklumat, kawal selia dan khidmat nasihat
yang berkesan.

MASALAH YANG DIKENAL PASTI, BILA IANYA BERLAKU DAN INDIVIDU YANG
TERLIBAT

Perkembangan dunia global masa kini dalam banyak perkara seperti politik, ekonomi,
sosial, pendidikan, teknologi dan sebagainya tidak dapat dinafikan lagi. Keadaan ini
berlaku dengan pantas tidak kenal batas ruang dan waktu dalam semua peringkat.
Dalam dunia perniagaan, aspek pengurusan tidak lepas daripada tanggungjawab etika
dan sosial dalam memberi pertimbangan berkenaan dengan “etika profesional”.
Pengurusan yang menekankan keuntungan adalah menjadi matlamat mereka. Kini
pengurusan menjadi semakin sengit dan berdaya saing telah memberi masalah dan
tekanan berhubung dengan perhubungan manusia, khususnya berkaitan dengan etika
dan sosial. Keadaan ini berlaku kerana banyak salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan,
penipuan dan penindasan dalam perhubungan manusia.

a) Salah Guna Kuasa

Banyak kes yang telah kita dengar berhubung dengan salah guna kuasa oleh sesetengah
pihak daripada golongan professional dan golongan bawahan serta sektor awam dan
swasta. Salah guna kuasa dan pangkat digunakan untuk menjatuhkan seseorang, untuk
menipu atau untuk memberi rasuah. Mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa
dan pangkat dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan mengetepikan norma-
norma masyarakat.

1
Masalah etika pertama dalam pengurusan organisasi SSM ialah golongan professional
menyalahgunakan kuasa dan pangkat dalam etika kerja. Contohnya, Encik Bakar adalah
seorang pengarah bahagian teknologi maklumat, beliau diminta untuk membuat sewaan
komputer selama 2 tahun secara kontrak dengan syarikat pembekal berlesen dan perlu
menjalankan proses tender dengan beberapa syarikat yang berkeupayaan dan berlesan.
Atas dasar kepentingan diri sendiri Encik Bakar melakukan penyalahgunaan kuasa
dengan memberi maklumat dan membuat pilihan syarikat pembekal komputer tersebut
diberikan kepada syarikat kawan baik beliau sendiri. Beliau menggunakan kuasa beliau
sebagai pengarah dan membuat keputusan untuk kepentingan beliau kerana beliau akan
diberi habuan hasil daripada maklumat yang diberi serta kuasa yang digunakan. Dengan
cara ini Encik Bakar telah menyekat persaingan secara sehat diantara pembekal dalam
organisasi. Masalah etika ini sering berlaku pada golongan professional awam dan
swasta, ia berlaku disebabkan terdapat golongan pegawai yang tidak beretika dan
mengambil jalan mudah untuk mendapat wang lebih. Organisasi akan menjadi sebuah
organisasi yang bersaing secara tidak sehat dan masyarakat akan memandang serong
kepada pegawai kerana melakukan perkara sedemikian.

BAHAN RUJUKAN/PANDUAN: SIFAT MASALAH YANG DI KENAL PASTI

b) Rasuah

Rasuah ialah “ganjaran yang diperoleh hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang
tidak sepatutnya dilakukan”. Rasuah boleh diberikan atau diterima dalam bentuk wang
ringgit atau dalam bentuk material. Masalah etika kedua yang dikenal pasti ialah
masalah rasuah dalam pengurusan. Rasuah ialah jenayah kolar putih paling tinggi di
Malaysia. Ini kerana jumlah denda dan hukuman yang dikenakan adalah amat kurang
daripada jumlah nilai barangan atau bahan yang dirasuahkan. Kegiatan rasuah memberi
implikasi dan tanggapan buruk oleh masyarakat terhadap golongan professional yang
dikira beretika dalam semua hal.

Contohnya, Encik Ramli pengarah unit pengurusan prasarana bertugas memastikan


segala kemudahan dalam organisasi disediakan untuk pekerja dan membuat
penambahbaikan ruang pejabat untuk keselesaan pekerja. Semua projek yang dijalankan
perlu mendapat kelulusan beliau. Oleh itu, kebanyakkan syarikat kontraktor mencari
peluang untuk mendekati dengan Encik Ramli agar mereka mendapat tawaran membuat
pengubahsuaian pejabat. Pada suatu hari Encik Ramli telah mendapat panggilan dan
membuat temujanji dengan syarikat kontraktor A tersebut. Pertemuan pertama encik
Ramli telah dihadiahkan sebuah Jam tangan Tissot bernilai ribuan ringgit. Selepas
pertemuan pertama tersebut beliau telah mula rasa gembira kerana telah diberikan jam
mahal. Selepas itu, beliau menawarkan projek pengubahsuaian pejabat kepada
kontraktor A tersebut dan beliau mahu komisen 10% diberikan kepada beliau hasil
daripada jumlah projek yang diberikan kepada kontraktor tersebut. Kegiatan rasuah
yang dilakukan oleh encik Ramli telah mengakibatkan kos barangan dan kos
2
perkhidmatan bagi projek tersebut menjadi tinggi dan akhirnya memberi kesan buruk
kepada perbelanjaan organisasi. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan
sihat dalam perniagaan dan dalam organisasi. Persaingan terbuka ini amat penting
dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan
perkhidmatan, manakala amalan rasuah akan menjejaskan kualiti barang dan kualiti
perkhidmatan. Kegiatan rasuah sering berlaku kepada golongan professional atasan
yang melibatkan pihak yang membuat keputusan atau memberi kelulusan untuk projek
ataupun tender. Kerana mereka ini akan memutuskan samaada lulus atau gagal
permohonan yang dibuat.

c) Penipuan

Penipuan boleh dianggap sebagai suatu perkara yang biasa diamalkan oleh mana-mana
pihak sama ada professional atau tidak. Penipuan biasa berlaku secara senyap dan tidak
dapat dikesan, Ianya berlaku dalam keadaan sedar dan mereka yang bersekongkol
dalam penipuan tersebut iaitu mereka tahu akan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Masalah etika ketiga ialah penipuan dalam pengurusan, iaitu pemalsuan dokumen dan
maklumat pembekal. Sebagi contohnya. Ali adalah seorang pegawai yang berkhidmat di
bahagian pentadbiran iaitu tugas beliau ialah sebagai pegawai yang menguruskan
tempahan makanan untuk mesyuarat dalam organisasi. Setiap hari beliau akan
menguruskan tempahan makanan dengan syarikat katering.

Pada suatu hari beliau telah ditawarkan oleh sebuah syarikat katering agar sentiasa
menempah makanan dengan syarikat tersebut dan beliau akan diberi komisen. Bagi
memastikan bahawa syarikat katering tersebut sentiasa mendapat tempahan dan beliau
mendapat komisen dengan syarikat katering tersebut, Ali telah melakukan penipuan
dokumen dimana beliau membuat sendiri sebut harga untuk 2 syarikat lain. Dimana
dengan cara penipuan begitu peluang untuk syarikat lain bersaing mendapat tawaran
tempahan katering tertutup. Tindakan menipu dokumen yang dilakukan oleh Ali
merupakan tindakan etika yang salah dan tidak telus dalam pekerjaan beliau dan beliau
melakukan perkara tersebut adalah untuk kepentingan peribadi. Kebiasaannya individu
yang terlibat dalam penipuan dalam pengurusan adalah dari golongan bawahan dan
juga golongan professional dimana mereka ini memerlukan wang sampingan untuk
meraih hidup mewah dan lebih kepada materialistik.

3
PANDUAN/RUJUKAN CIRI (1) YANG DIKAITKAN DENGAN MASALAH RASUAH
DALAM ORGANISASI

Ciri yang pertama iaitu akibat yang berpanjangan atau berlarutan. Ann, Ho Jo & Kok,
Tee Keng (2011) menerangkan bahawa sesuatu keputusan yang diambil oleh pihak
pengurusan mempunyai impak ke atas mereka yang berada di dalam organisasi dan di
luar organisasi tersebut. Sebagai contoh masalah rasuah yang dilakukan oleh pihak
pengurusan tertinggi sesebuah organisasi akan menyebabkan berlaku perubahan dalam
mengurus sesuatu tender atau projek yang akan dilaksanakan. Sekiranya perbuatan
rasuah ini dilakukan oleh pihak pengurusan sesebuah sekolah iaitu berhubung dengan
soal pembelian buku kerja yang dimonopoli oleh sebuah kedai buku saha maka ada
kemungkinan pihak ibu bapa akan marah kerana timbul bebanan kewangan dalam soal
perbelanjaan murid.

PANDUAN/RUJUKAN CIRI (2) YANG DIKAITKAN DENGAN MASALAH RASUAH


DALAM ORGANISASI

Ciri yang kedua iaitu kebanyakan keputusan etika mempunyai pelbagai alternatif.
Masalah rasuah yang berlaku dalam pengurusan sekolah sebenarnya boleh dielakkan
sekiranya pihak pengurusan mengambil keputusan dengan menimbang alternatif lain
dalam mencari dana tambahan mengerakkan aktiviti sekolah. Dana yang datang dari
aktiviti rasuah tidak boleh dianggap sebagai jalan terakhir dalam mencari dana
tambahan. Ciri yang ketiga iaitu kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang
tidak pasti. Contoh masalah etika rasuah yang dilakukan pihak pengurusan sekolah
secara umum tidak akan meninggalkan akibat sekiranya perbuatan tersebut tidak
diketahui oleh pihak lain di sekolah tersebut. Dana tambahan dari hasil rasuah tadi juga
dapat mengerakkan aktiviti sekolah apabila digunakan sebaik mungkin.
Walaubagaimanapun, akibat yang akan diterima bergantung sejauhmana perbuatan
tersebut tidak menjejaskan kewangan ibu bapa yang terlibat.

PANDUAN/RUJUKAN CIRI (3) YANG DIKAITKAN DENGAN MASALAH RASUAH


DALAM ORGANISASI

Ciri seterusnya ialah kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur.
Perbuatan rasuah yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah dapat menambah dana
sokongan dalam mengerakkan aktiviti sekolah yang memerlukan pembiayaan sebagai
contoh menyumbang hadiah dalam aktiviti kokurikulum. Ini dengan jelas menunjukkan
pulangan kewangan adalah bertentangan secara langsung dengan kos sosial
sebagaimana yang diperkatakan oleh Ann, Ho Jo & Kok, Tee Keng (2011).

PANDUAN/RUJUKAN CIRI (5) YANG DIKAITKAN DENGAN MASALAH RASUAH


DALAM ORGANISASI

4
Ciri terakhir masalah etika ialah kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi
peribadi. Mengikut Ann, Ho Jo & Kok, Tee Keng (2011), faedah dan kos kepada individu,
termasuk faedah dan kos kewangan dan sosial, adalah berkait dengan kebanyakan
alternatif keputusan etika. Sebagai contoh masalah rasuah yang berlaku dalam
pengurusan sesebuah sekolah walaupun dapat mendatangkan dana tambahan atau
sokongan dalam mengerakkan aktiviti sekolah tetapi wujud juga implikasi peribadi
terhadap pihak individu terlibat iaitu pihak pengetua itu sendiri. Pengetua sesebuah
sekolah terdedah untuk diambil tindakan sekiranya terdapat cukup bukti dilaporkan oleh
pihak ibu bapa atau yang berkepentingan kepada pihak berkuasa.

BAHAN RUJUKAN/PANDUAN:

a) Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif Yang Pelbagai

Banyak keputusan yang dibuat tanpa melihat pelbagai alternatif yang ada. Keputusan
yang baik hendaklah dibuat dengan menilai pelbagai alternatif yang ada. Penilaian
terhadap setiap alternatif hendaklah dinilai dan alternatif yang terbaik hendaklah
diambil sebagai keputusan yang dibuat. Encik Bakar adalah seorang pengarah bahagian
teknologi maklumat, beliau hendaklah terlebih dahulu melihat pelbagai alternatif yang
ada sebelum membuat keputusan untuk memilih syarikat pembekal kawan baik beliau.
Keputusan yang dibuat oleh beliau dilihat sebagai satu keputusan yang tidak
mempunyai alternatif lain terutamanya ketika keputusan yang dibuat melibatkan syarikat
kawan baik beliau sendiri. Disebabkan oleh kegagalan beliau untuk melihat pelbagai
alternatif yang ada, keputusan beliau dianggap sebagai keputusan tidak beretika. Encik
Bakar yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan pangkat dianggap sebagai
mementingkan diri sendiri dan mengetepikan norma-norma masyarakat. Encik Bakar
juga telah menyekat persaingan secara sehat diantara pembekal dalam organisasi untuk
kepentingan diri beliau sendiri.

b) Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang


Berpanjangan

Keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan sehingga ke seluruh lapisan


masyarakat dan pemanjangan inilah menjadi asas kepada hujah etika pengurusan dalam
organisasi. Keputusan pengurus atau pegawai yang terlibat mempunyai impak kepada
mereka yang berada di dalam organisasi dan juga di luar organisasi iaitu masyarakat
perlu mempertimbangankan setiap keputusan yang dibuat dengan teliti, serius dan telus.
Oleh itu, pihak pengurusan atasan, golongan professional dan pihak yang terlibat dalam
membuat keputusan perlu jujur dan beretika dalam menjalankan kewajipan dalam
organisasi demi kepentingan organisasi untuk jangka masa panjang.

Persaingan terbuka adalah amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan
meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, manakala amalan rasuah akan

5
menjejaskan kualiti barang dan kualiti perkhidmatan. Genjala rasuah boleh menimbulkan
rasa tidak senang hati sesetengah pihak terhadap pihak lain kerana mereka percaya
bahawa mereka tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yang
dijalankan. Kegiatan rasuah dilakukan oleh sesetengah golongan pegawai yang
merasakan bahawa tindakan dengan memberi rasuah dapat mempercepatkan proses
kerja. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada organisasi tersebut dan juga
masyarakat kerana mereka percaya dengan memberi rasuah senang mendapat projek
atau tender.

c) Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai

Isu-isu etika dalam pengurusan secara umumnya bersifat sebagai antithesis dimana
pulangan kewangan adalah bertentangan secara langsung dengan kos sosial.
Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan
oleh sesetengah pihak dan ini secara tidak langsaung memberi kesan yang negatif
terhadap organisasi itu sendiri.

Sebagai contohnya, syarikat kontraktor A telah membuat projek pengubahsuaian


pejabat seperti yang telah diarahkan oleh Encik Ramli. Tetapi selepas setahun tempat
pengubahsuaian yang telah dibuat mengalami kebocoran. Ini adalah akibat daripada
sikap Encik Ramli menerima rasuah daripada kontraktor tersebut. Sikap kontraktor yang
hanya memikirkan keuntungan dan sikap tamak iaitu memaksimakan keuntungan
dengan menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti telah menjejaskam imej
syarikat itu sendiri. Walaupun pada hakikatnya syarikat kontraktor A dan Encik Ramli
mendapat keuntungan daripada projek tersebut, tetapi hasil yang berbeza didapati oleh
syarikat SSM berkenaan imej syarikat tersebut akibat dari kebocoran yang sering
dihadapi selepas setahun pengubahsuaian dibuat. Kegiatan rasuah memberi implikasi
dan tanggapan buruk oleh masyarakat akan profesion seorang profesional yang dikira
beretika dalam kerja. Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhanya. Rasuah
juga akan menyebabkan barangan dan mutu perkhidmatan tidak memenuhi spesifikasi
yang sepatutnya.

d) Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi

Kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi terutamanya pihak atasan.


Kawalan pengurusan telah direka bentuk untuk mencatat prestasi kewangan operasi dan
bukannya kualiti etika terhadap keputusan-keputusan yang diambil kearah mencapai
prestasi kewangan tersebut. Sebagai contoh, laporan suku tahunan yang
menguntungkan serta menyenangkan akan diterima hasil jualan barangan dapat
dikekalkan pada paras yang dijangka, walaupun jumlah perbelanjaan meningkat sedikit
akibat penipuan. Merujuk kepada perbincangan di rubrik satu diatas keputusan Ali
melakukan penipuan dokumen dimana beliau membuat sendiri sebut harga untuk 2
syarikat lain adalah keputusan etika yang mempunyai implikasi peribadi. Beliau langsung
tidak meminta 2 sebut harga daripada syarikat katering lain. Tindakan ini secara tidak
langsung akan menyebabkan tahap intergriti beliau berkurangan dan tidak beretika.
Tujuan beliau membuat penipuan dokumen dalam pengurusan adalah kerana beliau

6
memerlukan wang sampingan untuk meraih hidup mewah dan lebih kepada
materialistik.

Analisis Masalah Etika

Masalah etika dapat dianalisis menggunakan tiga kaedah analisis iaitu berdasarkan sudut
ekonomi, undang-undang dan etika itu sendiri. Menurut Lawrence , Anne T., Weber ,
James (2008), ketiga kaedah analisis tersebut dapat mewujudkan keseimbangan antara
kepentingan ekonomi dan kepentingan sosial. Manakala mengikut Thorne ,Debbie M.,
Ferrell, O.C. & Ferrell ,Linda (2003), ketiga kaedah analisis tersebut dapat digunakan atau
diaplikasi sebagai jalan penyelesaian dalam menyelesaikan dilema etika dalam sesebuah
pengurusan.

RUJUKAN: Analisis Etika

Masalah etika menggunakan struktur falsafah normatif iaitu bergantung kepada prinsip-
prinsip asas untuk memutuskan antara “betul” dan “salah”. Berdasar daripada analisis
etika, keputusan tersebut boleh digunakan untuk pengurangan tenaga kerja dan
penutupan syarikat. Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita dalam
sebuah masyarakat bertindak atas prinsip beretika dan sifat ketelusan dalam kerja, maka
anggota masyarakat akan mendapat perhatian dan keadilan yang sama rata.

Masalah etika menipu dokumen dapat diatasi jika pegawai menjalankan tugas dengan
amanah dan jujur. Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian
manusia. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri
dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu, maka tidak dapat mencapai tahap etika
yang dikehendaki. Berdasarkan daripada analisis etika mengenai permasalahan Ali,
beliau adalah seorang yang tidak mempunyai kekuatan mental dan disiplin diri yang
kuat oleh sebab itu beliau terjebak dalam penipuan dokumen untuk mendapat wang
sampingan demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan bahawa apa yang dilakukan
adalah salah dan tidak beretika dalam kerja. Impak daripada etika pegawai melakukan
penipuan ini maka, masyarakat dan ahli perniagaan di luar tidak mendapat peluang
untuk mengembangkan perniagaan mereka serta menyukarkan para peniaga untuk
bersaing dalam perniagaan. Oleh itu, adalah penting bagi oraganisasi memilih pekerja
yang berintergriti tinggi, jujur dan komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Selain itu, adalah penting juga semua pekerja diberi kursus etika dalam menjalankan
tugas agar dapat melahirkan generasi pekerja yang berdisiplin dan berintergriti tinggi
dalam organisasi. Masyarakat akan menghormati pegawai dan organisasi yang
melaksanakan etika kerja secara adil, telus dan berwibawa. Ini secara tidak langsung akan
membantu pertumbuhan ekonomi Negara dan sistem sosial dalam Negara menjadi adil
dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.

7
BAHAN RUJUKAN/PANDUAN: ANALISIS ETIKA

Analisis ketiga ialah analisis etika. Menurut Ann, Ho Jo & Kok, Tee Keng (2011),kita boleh
menggunakan struktur falsafah normatif dalam melihat masalah etika. Prinsip asas betul
atau salah berdasarkan kepada kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak dan
menggunakannya sebagai dasar keputusan. Dalam hal ini, dasar keputusan yang
melibatkan etika kerja perkhidmatan awam telah termaktub dalam Kod Etika Penjawat
Awam. Kod ini menurut Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam (1990), merupakan
panduan utama bagi penjawat awam. Mengikut Sang ,Mok Soon (2011), kakitangan
awam hendaklah merujuk kepada Peraturan Am Kakitangan Kerajaan yang telah
diwujudkan dalam memastikan penjawat awam mengikut etika kerja yang betul. Masalah
etika yang melibatkan masalah rasuah pihak pengurusan sekolah ternyata melanggar
peraturan yang ditetapkan sebagai etika perkhidmatan penjawat awam. Mengikut Ayob
Jantan (2004), seorang pengetua atau pengurus dalam sesebuah sekolah bukan sahaja
perlu memfokuskan pada keupayaan tetapi yang lebih penting dapat melaksanakan
kerja mengikut standard yang ditetapkan. Mengikut Mohd. Firdaus Haji Ahmad (2012),
tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan pada bahu Guru
besar atau Pengetua . Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-
peraturan yang telah ditetapkn oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Sebagai kesimpulan, analisis masalah etika yang dianalisis dari sudut undang-undang,
ekonomi dan etika itu sendiri menunjukkan bahawa sistem kehidupan manusia perlu
bergerak dalam peraturan yang dicipta sendiri sesebuah masyarakat. Mengikut
Mardzelah Makhzin (2006), pengurusan etika adalah ilmu yang membincangkan
hubungan aktiviti akal dengan respons tingkah laku manusia menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Proses itu dikenali sebagai sistem kehidupan manusia. Ini sejajar dengan
fitrah kejadian manusia yang diberikan tanggungjawab dan amanah memimpin,
mentadbir dan mengurus alam ini dengan kebijaksanaan berhemah.

BAHAN RUJUKAN/PANDUAN: ANALISIS EKONOMI

Masalah etika rasuah yang digunakan sebagai fokus utama dalam tugasan ini dapat
dianalisis dari sudut ekonomi. Mengikut Ann, Ho Jo & Kok, Tee Keng (2011), kita boleh
melihat masalah etika dari sudut pendekatan mikroekonomi iaitu dengan bergantung
kepada kuasa-kuasa pasaran yang bukan bersifat peribadi untuk memutuskan antara
prestasi ekonomi dan sosial. Apabila dihubungkan dengan persoalan rasuah tadi maka
dapatlah dikatakan perbuatan tersebut berlaku memandangkan wujud faktor penawaran
dan permintaan. Pihak kedai buku sangat memerlukan kerjasama erat pihak pengurusan
sekolah dalam memastikan buku dibeli dari sebuah kedai buku sahaja. Pihak pengurusan
sekolah pula terdesak mencari dana tambahan dalam mengerakkan aktiviti sekolah yang
semakin banyak.

8
RUJUKAN: Analisis Ekonomi

Berdasar analisis teori makro dan mikro ekonomi bergantung kepada keadaan pasaran
terbuka, penawaran dan permintaan yang boleh membantu pemasalahan etika dalam
organisasi. Pengurangan pekerja atau penutupan syarikat akan memberikan kesan yang
buruk kepada para pekerja. Kepercayaan dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah
ekonomi pasaran yang mempunyai jumlah sumber terhad. Contohnya, apabila pengguna
dibekalkan dengan barangan atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi pada harga yang
rendah maka, sumber telah digunakan secara cekap dan dihasilkan dengan baik.

Masalah etika yang berlaku ialah salah guna kuasa iaitu Encik Bakar menyalah guna
kuasa beliau dalam membuat keputusan bagi memilih syarikat membekal komputer
kepada SSM. Tindakan beliau itu boleh memberikan kesan kepada syarikat pembekal
yang benar-benar layak dan mempunyai keupayaan menyediakan komputer kepada
organisasi. Akibat sikap pegawai seperti encik Bakar maka, akan berlaku syarikat gulung
tikar atau tutup kerana tidak mempunyai pemintaan produk daripada pembekal akibat
sikap salah guna kuasa. Persaingan pasaran ekonomi dalam Negara menjadi tidak sihat
akibat daripada perbuatan pegawai golongan atasan dan golongan profesional sama
ada sektor awam atau swasta melakukan salah guna kuasa. Akibatnya ekonomi dalam
Negara menjadi tidak stabil dan banyak syarikat akan mengalami kerugian dan
pendapatan perniagaan menjadi merosok akibat perbuatan sesetengah pihak yang tidak
jujur dan telus menjalankan tugas dalam pengurusan organisasi. Masalah etika salah
guna kuasa boleh menimbulkan ketidakpuasan hati pihak lain terhadap organisasi
kerana tidak adil kepada orang lain. Contohnya, apabila pihak lain tidak puas hati maka
mereka akan membuat aduan kepada pihak berkuasa. Ini akan mengakibatkan campur
tangan pihak berkuasa dan organisasi tersebut akan dipandang serong serta tahap
intergriti pekerja lain dalam organisasi tersebut juga akan tercemar akibat perbuatan
pegawai tersebut.

BAHAN RUJUKAN/PANDUAN: ANALISIS UNDANG-UNDANG

Apabila masalah rasuah tadi dilihat dari aspek undang-undang pula maka kita dapat
lihat organisasi sekolah yang bersih dari perlakuan rasuah akan mendapat perhatian
yang baik dalam kalangan masayarakat. Mengikut Ann, Ho Jo & Kok, Tee Keng (2011),
kepercayaan yang menjadi dasar kaedah ini ialah bahawa masyarakat berdemokrasi
boleh menubuhkan peraturannya sendiri. Mengikut buku Kes-kes Tatatertib Yang
Dibawa Ke Mahkamah (1992), terdapat banyak kes rasuah yang dilakukan dalam
kalangan penjawat awam yang telah diambil tindakan oleh Lembaga Tatatertib. Hal ini
dengan jelas menunjukkan budaya hidup dalam masyarakat demokrasi akan

9
menggunakan peraturan yang dipersetujui dalam mengawal perilaku yang bertentangan
dengan kehendak masyarakat. Mengikut Mardzelah Makhzin (2006), undang-undang
yang dicipta melalui pemahaman demokrasi sesebuah masyarakat akan digunakan
dalam mengawal selia sebarang perilaku yang bercanggah dengan aturan kehidupan
masyarakat tersebut.

RUJUKAN: Analisis Undang-Undang

Undang-Undang adalah wajar dilaksanakan dalam perniagaan ia bertujuan agar tidak


berlaku penindasan, penyelewengan, penipuan dan rasuah. Masalah etika melalui
pendekatan rangka kerja undang-undang iaitu bergantung kepada kuasa-kuasa sosial
yang bersifat bukan peribadi untuk menentukan yang mana “betul” dan “salah”.
Tindakan pengurangan pekerja dan penutupan syarikat atau kilang adalah tidak
menyenangkan, tetapi masyarakat tidak merasa tindakan tersebut merbahaya sehingga
perlunya undang-undang melarang untuk mencegahnya. Sekiranya ia menjadi satu
masalah besar, undang-undang boleh dibentuk untuk menangani situasi tersebut.

Contohnya, kegiatan rasuah dapat dibendung jika undang-undang dan denda yang
dikenakan keatas kesalahan menerima rasuah dan memberi rasuah di tingkatkan.
Dengan cara ini dapat mengelak genjala rasuah berlaku berluasa dan berpanjangan.
Kegiatan merasuah dan memberi rasuah memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh
masyarakat terhadap pegawai dan organisasi tersebut. Selain itu, masyarakat akan
memandang serong terhadap golongan profesion yang dikira sebagai seorang yang
profesional dan semestinya bertetika dalam menjalankan tugas dan kewajipan kepada
orang awam dan ahli perniagaan lain. Berdasar daripada analisis yang saya buat, saya
dapati genjala rasuah ini akan meningkatkan kos barangan dan kos perkhidmatan
sekaligus ia memberi kesan kepada pengguna. Impak yang diterima oleh pengguna ialah
perkhidmatan yang diterima tidak memenuhi spesifikasi dan mutu kerja menjadi tidak
berkualiti. Oleh itu, undang-undang dan peraturan kepada yang memberi rasuah dan
menerima rasuah perlu di ketatkan lagi dan tindakan yang sewajarnya perlu di ambil
untuk mengatasi genjala buruk ini daripada terus berluasa dan menjadi tabiat kepada
orang lain. Perbuatan tidak beretika ini akan melumpuhkan ekonomi Negara dan sistem
sosial dalam perniagaan menjadi tidak telus dan tidak berdisiplin. Kepercayaan yang
menjadi dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah masyarakat demokrasi boleh
menubuhkan peraturannya sendiri, dan jika orang-orang dan organisasi mematuhi
peraturan itu, maka seluruh masyarakat akan mendapat perhatian dan keadilan yang
sama rata.

10
BAHAN RUJUKAN/PANDUAN: Pengesyoran Penyelesaian

Langkah penyelesaian yang akan saya ambil terhadap pengurusan di tempat saya
bertugas ialah yang paling awal saya perlu lakukan dengan menyedarkan pihak
pengurusan bahawa tindakan mengambil rasuah dari pemilik kedai buku merupakan
satu kesalahan serius dari aspek undang-undang. Saya akan menyedarkan pihak
pengurusan bahawa sebagai salah seorang anggota perkhidmatan awam, kita tertakluk
untuk wajib mematuhi segala peraturan dan kod etika perilaku perkhidmatan awam.
Seorang penjawat awam perlu menyedari ikrar yang dibaca dalam Ikrar Integriti
Perkhidmatan Awam bahawa dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan
dan memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras
rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan seperti
berikut : Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuh. Ini
petikan sebahagian ikrar tersebut. Mengikut Ahmad Sarji Abdul Hamid (1992), ikrar ini
merupakan perakuan bagi mengawal dan memastikan perlakuan pekerja senantiasa
selaras dengan sistem nilai organisasi berkenaan. Menurut buku Citra Karya :Falsafah,
Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam (1994), tata kelakuan anggota perkhidmatan
awam haruslah sejajar dengan segala peraturan yang telah digubal bagi memastikan
mereka pada setiap masa mempamerkan tahap kredibiliti yang tinggi. Manakala
menurut Tan Sri Abdullah b. Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu dari
buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang (1979), sesuatu tugas yang diberikan kepada
setiap kakitangan kerajaan baik dalam apa jawatan sekalipun, adalah amanah rakyat
yang diberikan mereka melalui kerajaan yang mereka pilih. Azlin Norhaini Mansor dan
Roselan Baki (2007) pula berpendapat pengetua mempunyai tugas khusus yang perlu
dilaksanakannya semasa mengurus sekolah. Tugas yang perlu dilaksanakan pula mesti
berjalan dengan lancar dan profesional. Blandford, Sonia (2010) menegaskan
pengurusan di sekolah perlu dilaksanakan secara profesional dalam memastikan aspek
keberkesanan kualiti perkhidmatan dapat dijelmakan. Hal ini dengan jelas menunjukkan
kepimpinan di sekolah perlu berperanan mengikut standard perilaku kakitangan awam
yang telah dibentuk sebagai acuan yang wajib dipatuhi.

Saya juga akan menegaskan kepada pihak pengurusan di sekolah tempat saya bertugas
agar senantiasa menjadikan ajaran Islam sebagai teras utama menjadi garis panduan
tingkah laku penjawat awam.Mengikut Muhammad Nasri Md Hussain dan Muhammad
Ahmad (2010), etika pekerja Islam hendaklah berkar umbi dari pengajaran Islam, yang
bermakna bahawa kita hendaklah memahami dengan jelas konsep agama atau deen di
dalam Islam, peranan tauhid dan tujuan kewujudan manusia di dunianya. Kebetulan pula,
pengetua sekolah saya itu beragama Islam maka beliau sepatutnya lebih memahami
tuntutan kitab Al-quran. Menurut Mardzelah Makhzin (2006), seorang penjawat awam
yang beragama Islam perlu bertanggungjawab terhadap hal ehwal pengurusan yang
terletak di bawah bidang kuasanya dan memastikan perilaku dirinya sendiri serta orang
di bawah pengurusannya bertindak selaras dengan kehendak Al-quran dan As-sunnah.

11
BAHAN RUJUKAN: CONTOH PENGESYORAN

a) Kod Etika

Cadangan pertama pengesyoran untuk menyelesaikan masalah etika dalam organisasi


ialah mengubalkan kod etika bertulis dalam organisasi. Kod etika ialah salah satu alat
kawalan sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri
kearah pekerja yang beretika. Kod etika hendaklah dicetak dan diedarkan kepada semua
pekerja. Ia bertujuan agar semua pekerja sentiasa mengingati diri dan etika kerja dalam
organisasi. Kod etika adalah penting untuk setiap organisasi dan perniagaan kerana kod
etika melambangkan budaya kerja, matlamat organisasi dan kewajipan kepada
pelanggan dan pengguna. Setiap organisasi dan perniagaan mempunyai etika dan
matlamat yang berbeza maka kod etika perlu digubalkan.

Kod etika mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang sepatutnya diamalkan dalam


organisasi atau jabatan, ia juga dianggap sebagai landasan dalam menjalankan tugas
supaya menjadi lebih teratur dan lebih baik. Dengan adanya peraturan dan panduan
amalan-amalan kerja, kod etika ini boleh memandu dan meningatkan golongan
profesional dan golongan bawahan mengenai keputusan yang perlu diambil dan
tingkahlaku yang sepatutnya dilakukan dalam sesuatu keadaan.

Selain itu, kod etika boleh digunakan khususnya oleh badan-badan profesional untuk
menyiasat sebarang kes penyelewengan dan salah guna kuasa apabila terdapat aduan.
Aduan-aduan yang diterima akan mengurangkan berlakunya penyalahgunaan kuasa
oleh mereka yang berpangkat dan mempunyai kedudukan tinggi dalam organisasi atau
jabatan. Dengan adanya kod etika juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-
maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya,
masalah etika Ali iaitu menipu dokumen sebut harga untuk kepentingan diri sendiri.
Perkara ini mungkin tidak akan berlaku jika kod etika telah mengariskan panduan dan
peraturan kepada semua pegawai dalam menjalankan tugas seharian. Adalah penting
kod etika diedarkan kepada semua pegawai dan pekerja dalam organisasi agar mereka
sentiasa mengingati bahawa setiap tindakan yang dibuat adalah benar atau salah untuk
mengelak daripada tindakan tataterbit diambil ke atas pekerja tersebut atau tindakan
buang kerja dilakukan kepada mereka

Kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif organisasi
atau jabatan bahawa setiap pekerja atau pegawai terikat dengan satu standard etika
yang tinggi. Kod etika merupakan satu garis panduan atau peraturan kepada golongan
bawahan dan golongan atasan untuk meningkat, membina dan mempertahankan
intergriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing. Selain itu, kod etika juga
menjelaskan bahawa setiap pegawai atau pekerja perlu menggunakan segala ilmu
pengetahuan yang dimiliki untuk meningkatkan kesejahteraan semua, jujur kepada diri
sendiri, masyarakat, majikan dan pelanggan serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan
pengetahuan dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan
berwibawa. Contonhya, Encik Ramli sebagai seorang pengarah bahagian. Jika beliau
menggunakan ilmu pengetahuan beliau dan sentiasa berdisiplin dalam manjalankan
tugas maka beliau tidak akan menerima rasuah daripada kontraktor tersebut. Tindakan
12
beliau menerima jam tangan tersebut menunjukkan bahawa beliau tidak beretika dalam
melaksanakan tugas sebagai seorang pegawai atasan dan telah mencemarkan imej
organisasi.

BAHAN RUJUKAN: CONTOH PENGESYORAN

b) Kursus Etika

Cadangan kedua ialah pihak organisasi atau jabatan perlu mengadakan kursus-
kursus berkaitan dengan etika kepada semua golongan atasan dan golongan
bawahan. Ia bertujuan memberi maklumat, kemahiran dan pendedahan kepada
pegawai mengenai isu-isu etika dalam organisasi. Dengan adanya kursus-kursus
etika maka pekerja akan diberikan pengetahuan dan maklumat berkaitan etika
dalam organisasi dan pekerja akan menjadi lebih berhati-hati apabila menjalankan
tugas yang berhadapan dengan masyarakat.

Kemahiran dan pendedahan mengenai isu-isu etika genjala buruk seperti rasuah,
penyelewengan, penipuan, salah guna kuasa dan lain-lain adalah wajar diberi
penerangan kepada semua golongan dalam organisasi. Ianya bagi mengelak
daripada pegawai dan pekerja tidak mengetahui bahawa mereka akan disogok,
diumpan untuk rasuah, atau terlibat dalam penipuan untuk terima wang suapan
dari pihak luar. Oleh itu, kursus etika adalah penting dilaksanakan dalam organisasi
untuk memberi maklumat dan menerangkan bahawa tindakan menerima rasuah
atau memberi rasuah adalah satu perbuatan salah disisi undang-undang.
Contohnya, Encik Ramli menerima rasuah daripada syarikat kontraktor tersebut.
Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau
dibuang kerja. Oleh itu, kursus etika adalah wajar dilaksanakan bagi memberi ilmu
pengetahuan kepada semua pekerja dan pegawai agar sentiasa beretika dalam
menjalankan tugas.

c) Undang-Undang

Cadangan ketiga ialah undang-undang perlu diketatkan lagi bagi memastikan perbuatan
tidak beretika dapat diatasi. Perbuatan etika ialah ibarat penyakit barah yang sekiranya
tidak dirawat akan berlaku kemudaratkan kepada organisasi atau jabatan dan boleh
menyusahkan masyarakat. Penyakit ini hanya dapat diubati dengan adanya pelaksanaan
undang-undang yang ketat. Pelaksanaan undang-undang juga tidak boleh bersekongkol
dengan mereka yang terlibat dan tindakan undang-undang yang dikenakan haruslah
tidak memilih bulu iaitu dikena kepada orang tertentu sahaja. Selain pelaksanaan
undang-undang, kesedaran individu juga penting kerana perisai utama ialah diri sendiri
iaitu pangkal hati sendiri dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika.

Golongan profesional ialah golongan yang lebih berisiko tinggi terdedah kepada
genjala tidak beretika ini. Kerana mereka terlibat dengan pelbagai peringkat dan
pangkat. Dalam erti kata lain semakin tinggi pangkat dan jawatan disandang, maka lebih
banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu mereka hadapi. Contohnya, dengan adanya
undang-undang yang ketat dapat membendung genjala buruk seperti rasuah,

13
penyelewengan, penipuan, salah guna kuasa dan sebagainya. Dalam kes diatas iaitu
Encik Bakar menggunakan kuasa beliau sebagai pengarah memberi maklumat projek
dan memberi projek kepada syarikat kawan baik beliau adalah tidakan tidak beretika. Isu
etika ini dapat diatasi jika beliau mempunyai pengetahuan dan nilai intergriti tinggi
dalam menjalankan tugas. Selain itu, Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan
hukuman penjara, denda dan dibuang kerja atau beliau boleh dikena tindakan tatatertib
kerana membocorkan maklumat rahsia organisasi kepada pihak luar dan beliau juga
telah menyalahguna kuasa beliau dalam organisasi. Justeru adalah wajar pelaksanaan
undang-undang yang ketat kepada pihak-pihak yang melakukan masalah etika dalam
organisasi. Disamping itu, dengan adanya undang-undang yang ketat dapat
menstabilkan ekonomi Negara dan persaingan dalam perniagaan menjadi lebih sihat
serta semua pihak dilayan secara adil.

BAHAN RUJUKAN/PANDUAN: PENGESYORAN UNTUK MENYELESAIKAN


MASALAH ETIKA YANG DIKENAL PASTI

Cadangan untuk menyelesaikan masalah etika dalam perniagaan adalah penting ianya
bagi memastikan masalah etika dapat diatasi daripada berlarutan dan berpanjangan.

Menurut M.Kamal Hasan (2004) kepincangan ini berlaku akibat manusia dipengaruhi
oleh unsur materialistic dan mengabaikan nilai agama.

Etika kerja ialah sebagai panduan tingkahlaku yang perlu diikuti oleh pekerja dalam
organisasi dan kepada masyarakat khususnya dikalangan masyarakat islam. Dalam
masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan
masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material dan kemewahan hidup di dunia.
Oleh itu, saya mencadangkan agar kod etika diterapkan dalam organisasi, kursus etika
untuk semua golongan atasan dan golongan bawahan dalam organisasi dan undang-
undang serta peraturan yang perlu dipatuhi oleh pekerja dan masyarakat.

14
Penutup

Dapatlah diringkaskan bahawa masalah etika di tempat saya bertugas berpunca dari
tidakan mengambil rasuah yang dilakukan oleh pengetua. Rasuah diambil dari kedai
buku yang beroperasi di bandar berhampiran sekolah. Ini menyebabkan pihak sekolah
akan membeli bahan dan barangan dari sebuah kedai sahaja. Tindakan ini merupakan
satu kesalahan serius kerana melanggar Kod Etika Penjawat Awam. Masalah etika ini juga
dapat diulas berdasarkan ciri-ciri masalah etika iaitu akibat yang berpanjangan atau
berlarutan, alternatif yang pelbagai, hasil yang bercampur, akibat yang tidak jelas, dan
implikasi peribadi. Kesalahan rasuah akan menimbulkan akibat yang berpanjangan,
kesalahan rasuah juga timbul apabila alternatif yang difikirkan seolah-olah pelbagai,
kesalahan rasuah ini juga menimbulkan hasil yang bercampur, akibat yang tidak jelas
dan mempunyai implikasi peribadi. Masalah etika ini juga dapat dianalisis mengikut
bidang ekonomi, undang-undang dan etika itu sendiri. Pengesyoran penyelesaian
masalah etika ini dianjurkan melalui pemakluman terus kepada pihak pengurusan itu
sendiri. Pihak pengurusan perlu sedar bahawa setiap penjawat awam tertakluk dalam
Peraturan Am Penjawat Awam. Sebarang salah laku serius terutamanya kesalahan rasuah
boleh diambil tindakan tatatertib.

RINGKASAN

Masalah etika pekerja berlaku didalam semua organisasi atau jabatan, bezanya antara
sedikit atau banyak sahaja. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
dan menentukan tingkahlaku seseorang individu membuat keputusan. Oleh itu, faktor-
faktor seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang,
pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya dapat
mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang mendorong seseorang individu
melakukan perkara yang berfaedah dan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Secara keseluruhannya saya dapati kesedaran etika dalam pengurusan organisasi dan
jabatan menjadi subjek utama. Pada masa yan sama didapati etika penipuan, rasuah,
salah guna kuasa, tidak amanah dan penting diri sendiri telah menjadi budaya kepada
mereka. Justeru adalah penting bagi sebuah organisasi atau jabatan melaksanakan satu
usaha secara holistik, berintergrasi oleh masyarakat perniagaan, pengguna, penggubal
dan pelaksana dasar serta pihak-pihak yang berkepentingan untuk memastikan
pengurusan dalam organisasi atau jabatan berada di landasan yang betul, berintergriti
tinggi, berdisiplin dan amanah demi untuk memacu ekonomi Negara merentas
globalisasi. Oleh itu, adalah penting untuk setiap organisasi atau jabatan mempunyai
kod etika, menyediakan kursus etika dan mengariskan undang-undang kepada semua
golongan pekerja bawahan dan pekerja atasan. Dengan adanya peraturan dan panduan
etika dalam kerja, maka dapat melahirkan sebuah organisasi atau jabatan yang
berintergriti tingi dalam melaksanakan tugas. Apabila imej syarikat baik dan berintergriti
tinggi maka masyarakat akan lebih yakin dengan sistem pengurusan dalam organisasi
atau jabatan terutama dalam memberi perkhidmatan kepada orang awam.

15
< PROGRAM >

< SEMESTER / YEAR>

< COURSE CODE>

16
< COURSE TITLE>

MATRICULATION NO: <MATRIC NO>


IDENTITY CARD NO. : <IC NUMBER>
TELEPHONE NO. : <TELEPHONE>
E-MAIL : <EMAIL ID>
LEARNING CENTRE : <LEARNING CENTER>

17
INSTRUCTIONS
 Do not copy the assignment question and instructions to your answer.
 Prepare your assignment answer following the layout of the ASSESSMENT
CRITERIA shown in the RUBRICS provided for the course. Where RUBRICS are
not provided, follow the instructions/guidelines specified by the Open University
Malaysia (OUM) for the assignment concerned.
 Your assignment should be written according to the number of words outlined
in the assignment instruction EXCLUDING references.
 Type your answer using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.
 Show the number of words at the end of your assignment.
 Tables and figures where provided, should be appropriately titled.
 List your references separately in the APPENDIX page.

18
ATTACHMENT

REFERENCES

Author’s name (year). Book, Title, Publication

19

You might also like