You are on page 1of 5

Laporan Log harian LKT

Nama : 7538142 PK MUHAMMAD SHAHNIZAM BIN JAFRY

Peringkat : Senior

18/1 - Bacaan Yassin

Program bacaan Yassin di adakan seperti tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan ketiga-tiga peringkat
sebagai acara awal dan permulaan untuk menempuh LKT bagi siri 20182019 ini. Aktiviti ini dilaksanakan
untuk memelihara keharmonian jiwa dan meningkatkan semangat dalam diri. Walau bagaimanapun,
pemerhatian menyatakan bahawa terdapat segelintir ketika bacaan yassin bermula ramai pegawai kadet
yang tertidur, mungkin keletihan disebabkan menyiapkan kelengkapan yang diperlukan sewaktu LKt
yang bakal dihadapi.

19/1 - Persediaan Akhir

Persiapan ini dijalankan dengan mengatur kadet melakukan tugasan secara berasingan mengikut
kehendak logistik. Pegawai kadet lelaki ditugaskan untuk memuatkan barangan menggali kubu dan
sebagainya di dalam 3 tan dan dihantar ke bukit pertahanan manakala pegawai kadet wanita menyediakan
dokumen penilaian dan barangan persendirian di markas Palapes UTHM. Perjalanan ke bukit pertahanan
memakan masa dua ke tiga jam dan cuaca di bukit pertahanan adalah sangat terik yang melambatkan
selesainya tugas Selain itu, 10 pegawai kadet telah merelakan dirinya pergi ke kem 501 terberau untuk
menjadi fitik, banyak barang perlu diangkat kerana bekalan makanan ini adalah untuk 3 hari dan untuk
semua peringkat yang terlibat. Kebanyakan makanan dalam keadaan baik ada diantara nya sudah rosak
kerana bertindih dengan peralatan memasak atau makanan yang lain.
20/1 - Menembak GPMG

Aktiviti menembak yang diatur oleh pentadbiran Palapes menjadikan lapang sasar 700 m sebagai saksi
dimana peringkat Inter dan Senior diberikan 50 butir peluru hidup GPMG. Saya ditugaskan untuk
memasang papan sasaran di hujung lapang sasar bersama 9 orang kadet yang lain. Dua papan sasaran
didirikan dimana pemasangan dirumitkan dengan keadaan tanah yang keras untuk memacak tiang papan
dan pancang. Selain itu, saya telah ditugaskan juga sebagai fitik peluru GPMG dan anggota yang mencuci
alatan kerja senjata GPMG ketika beradadi lapang sasar tersebut. Waktu ini sangat menjadi kenangan
dimana buat pertama kalinya memegang dan menembak peluru hidup, dalam masa yang sama kagum
sekali melihat kekuatan senjata GPMG yang mampu membuat tembakan yang begitu dahsyat sekali.

21/1 - Menembak M203

Perjalanan diteruskan selepas selesai menembak GPMG iaitu ke lapang sasar 800 m untuk menembak
M2O3. Tiada kenderaan pengangkutan disediakan untuk ke sana dan semua hendaklah berjalan kaki.
Walaupun letih berjalan, kami semua sekali lagi berpeluang untuk menembak M203, perasaan gementar
dan kagum timbul apabila melihat bom meletop secara langsung di depan mata. Dalam hati sangat gerun
namun ianya bercampur dengan perasaan seronok dan bangga. Saya ditugaskan untuk menjadi fitik bom
M203 dan memasang tali keselamatan di sekitar kawasan aktiviti dijalankan.

22/1 - Inokulasi Tempur

Inokulasi tempur seperti di dalam filem paskal di mana kadet dikendaki merangkak untuk mendaki bukit
dengan dilengkapi kawad duri dan halangan bersama tembakan GMPG di atas kepala. Saya tidak
berpeluang menjalani aktiviti ini atas faktor kecederaan kaki. Sememangnya agak mengecewakan kerana
aktiviti ini belum lagi dirasai sebelum ini. Namun begitu, saya berpeluang merasai pengalaman
menembak senjata LMG yang jarang-jarang sekali digunakan sepanjang LKT.

23/1 – Perasmian

Tetamu jemputan iaitu NC hadir bagi merasmikan pembukaan LKT bagi tahun ini sangat meriahkan
suasana disamping kata kata semangat yang dilontarkan menjadi nadi untuk bersemangat dalam
menempuh ujian dan cabaran yang bakal tiba sepanjang latihan. Perasmian diakhiri degan tembakan
GPMG dan bunyi letupan.
24-25/1 - Ujian Bertulis, Tewt

Ujian ini dilaksanakan pada waktu malam di markas taktikal di mana suasana luar adalah gelap dan
menghadkan penglihatan, sememangnya sangat menguji kesabaran kerana mengantuk dalam suasan gelap
gelita. Dan Tewt terpaksa diadakan pada esok harinya, kami semua setelah selesai menjawab ujian
bertulis seterusnya menyiapkan perintah dan lakaran bagi ujian tewt. Walaupun ianya mudah namun
terdapat salah faham berkaitan taktik dan kekurangan naratif menyebabkan bahan untuk tewt terpaksa
disiapkan hingga jam 0600 am.

26-28/1- Fasa Pertahanan (CW)

Ketika fasa pertahanan, saya dilantik sebagai IC mortar dan harus menggali kubu mortar yang besar di
bukit pertahanan. Pada awal fasa pertahanan, saya terpaksa menunggu lama untuk menentukan arah paksi
musuh dan beberapa kali dipindahkan tempat penandaan kubu. Keadaan disukarkan lagi dengan keadaan
tanah yang keras dan berbatu yang memanjangkan lagi proses penggalian. Saya dan krew pada awalnya
terpaksa menggali dua orang kerana rakan yang lain ditugaskan membantu kubu GPMG. Anggota badan
terasa sakit disebabkan terpaksa memecahkan batuan yang besardi kawasan kubu. Selepas selesai kubu
GPMG, barulah saya dibantu rakan-rakan yang lain dan kubu mortar merupakan antara kubu yang paling
akhir siap.

29/1 - Fasa Pengunduran (CW)

Waktu pengunduran kubu kami dipenuhi air kerana hujan lebat pada malam hari menyebabkan sukar
untuk stand to dan berlari,pada ketika ini kubu saya dipenuhi air hujan semalam di paras dada, pada masa
yang saya dan rakan terpaksa menjerit untuk menyuruh anggota lain berlari keluar dari kubu. Sukar untuk
keluar dari kubu degan beg peck yang berat dan basah. Saya juga harus menolong rakan-rakan yang lain
yang tercedera.
30/1-31/2 - Fasa Mara (CW)

Fasa mara sangat menyeronokkan dimana kami berjalan secara taktikal bagi menawan kawasan taktikal
penting yang dikhuatiri terdapat musuh dan 4x musuh berjaya ditumpaskan. Fasa mara dibagaikan kepada
dua hari perjalanan. Pada hari kedua, saya memegang jawatan ketua seksyen. Peluang ini amat bermakna
kerana saya berkesempatan untuk memimpin rakan-rakan yang lain dan memberi pengalaman yang indah
kepada saya.

2/2 - Fasa Serangan (CW)

Fasa serangan bermula pada jam 0650 hingga jam 0700 bunyi artileri memusnahkan kawasan musuh dan
tepat jam 0700 kami bergerak secara taktikal bagi menjejaki baki musuh yang terdapat di bukit tersebut.
Pergerakan agak terhat disebabkan kaki bukit yang tinggi dan semak yang tebal. Saya bergerak ke DFSB
sebagai IC senjata bantuan GPMG dan memberi tembakan perlindung. Tembakan perlindungan adalah
selama 10 minit dan semasa tembakan, berlaku hentian di mana saya terpaksa melakukan TSM.

2-3/2 - Persediaan CIW

Persiapan kami di pengkalan sementara berhampiran dengan perumahan orang awam menjadi tempat
kami bermalam dan membersihkan diri serta membuat persiapan dengan mengagihkan rangsum tempur
bagi kesemua anggota.

3-4/2 - Serangan Kenderaan, Menduduki Pengkalan (CIW)

Seragan kenderaan adalah pelajaran baru yang masih belum diperaktikkan sebelum ini. Saya menjadi
pemerhati hadapan autau lebih dikenali sebagai ‘shotgun’ yang berfungsi mengesan musuh dan
membaling bom asap perlindungan kepada anggota yang lain. Seterusnya, menduduki pengkalan sangat
letih, dimana sangat menduka citakan pada mana hendak membuat pemutus jalan kami tersasar jauh ke
dalam hutan dan pada malam harinya kami berasa sangat letih dan kesemua tertidur sehingga apabila CI
datang beliau sangat marah kerana tiada sentri dan kami dikenakan hukuman berendam di tali air yang
berdekatan.
5/2 - Serang Hendap (CIW)

Saya menjadi ketua seksyen sekali lagi dan terlibat dengan tijauan kawasan operasi. Seksyen saya
ditempatkan di kawasan paling hampir dengan platun 1 di mana kemungkinan musuh akan lalu dahulu.
Namun begitu, operasi pada malam itu gagal atas faktor platun diserang dari belakang yang menjurus
kepada hukuman medan. Seperti mimpi dimana kami dikenakan hukuman membuka pakaian dan hanya
berpakaian seluar dalam hanya kerana platun sebelah membuta. Apakah salah kami platun 2. Selepas
disuruh membuka pakaian kami ambik semula kedudukan serang hendap. Kali ini kami dikira berjaya.

6/2 – Serang Khemah Musuh (CIW)

Platun 2 diserahkan untuk tugasan mudah kerana menjadi penyekat kiri dan manakala platun 1 ditugaskan
untuk menjadi kumpulan serbuan. Walau bagaimanapun, kami perlu sentiasa bersedia jika ada musuh
yang terlepas dari kumpulan serbuan. Hanya seksyen tiga yang berhadapan dengan musuh yang melarikan
diri dan melakukan tembakan.

6/2 – Balik ke UTHM

Akhirnya masa yang dinantikan, pulang ke sarang menjadi satu detik yang menggembirakan.

7/2 - Happy Hour

Detik bersejarah telah dilakar khususnya batch 13 kerana berjaya menempuh LKT bagi tahun ini dengan
jayanya. Dan pada malamnya kami bersuka ria dengan makan malam yang sedap. Sekian

You might also like