You are on page 1of 2

Rujukan Kami : UTHM/PPUK/600-4/9/2 Jld.

2 (
)
Tarikh : November 2017

Tuan Haji Abdul Ghani bin Adbdul Rahman


Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI DAN MERASMIKAN MAJLIS PERASMIAN FIESTA


KOKURIKULUM MAHASISWA (FIESKOM) 2017 DAN PELEPASAN ACARA
LARIAN “FIESKOM RUN 2017” UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum,


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui inisiatif semua pelajar Kursus
Kokurikulum Berkredit akan menganjurkan Fiesta Kokurikulum Mahasiswa
(FIESKOM) 2017 yang bertemakan “Hubungan Komuniti Menerusi
Kokurikulum Membina Kemandirian Pelajar” mulai 01 hingga 21 Disember
2017 bertempat di sekitar UTHM.

3. Program FIESKOM ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk


menerapkan Kemahiran Insaniah pelajar dan membangunkan pelajar secara
Holistik, Seimbang dan bercirikan Keusahawanan. Pelbagai aktiviti telah
dirancangkan antaranya “FIESKOM RUN 2017”, Kejohanan Taekwondo Sunshine
Interclub Grand Final 2017, karnival kerjaya, kejohanan/pertandingan acara
sukan, program khidmat masyarakat dan kesukarelawanan, perhimpunan pagi
dan pertandingan kawad kaki badan beruniform, culture vaganza dan
sebagainya.

.../2
-2-

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput tuan
untuk menghadiri dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian FIESKOM UTHM
2017 dan Pelepasan Acara Larian Peserta “FIESKOM RUN 2017” yang akan
diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 9 Disember 2017 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Aturcara : Seperti di Lampiran A

5. Bersama-sama ini dilampirkan atur cara majlis untuk makluman pihak


tuan. Diharapkan semoga pihak tuan sudi memenuhi undangan kami ini.
Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut berkaitan majlis ini, pegawai
di pihak tuan boleh berhubung dengan Penyelaras Program Dr. Norashidah
binti Abd Rahman (013-9242950).

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

PROF. DR. ROSMAN BIN MD. YUSOFF


Dekan
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

You might also like