You are on page 1of 3

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN PERLIS

Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara
Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap.

A. JAWATAN/SKIM PERKHIDMATAN

SKIM TARAF JADUAL GAJI


BIL JAWATAN GRED
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN MINIMUM - MAKSIMUM

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. PEGAWAI KESATRIA S41 PEGAWAI TETAP RM2,078.00 - RM9,544.00


KESATRIA

2. PUSTAKAWAN S41 PUSTAKAWAN TETAP RM2,078.00 - RM9,544.00

B. SYARAT LANTIKAN

1) PEGAWAI KESATRIA

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan
berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja
Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

(ii) Bekas Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia atau Kapten Angkatan Tentera Malaysia
atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai
pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera Malaysia atau
Polis Diraja Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86).
dan

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa
menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

1
(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kesatria adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke
jawatan Pegawai Kesatria Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan;

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau


(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan :


(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 60 tahun.

2) PUSTAKAWAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan
dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
(iii) Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,588.49)

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pustakawan adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke
jawatan Pustakawan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan;

2
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan :


(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 60 tahun.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM
Cawangan Perlis di http://perlis.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti
Teknologi MARA Cawangan Perlis.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang
dikemaskini.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2018 (Khamis).


Sila kemukakan permohonan kepada :

Universiti TIMBALAN PENDAFTAR KANAN


Teknologi BAHAGIAN PENTADBIRAN
MARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
02600 ARAU
PERLIS

No. Tel : +(604)-9882000

You might also like