You are on page 1of 18

Hubungan Sekolah dan Komuniti

MODEL HUBUNGAN SEKOLAH DAN KOMUNITI


BAGI PENINGKATAN PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN: SATU CADANGAN

The paper attempts to discuss the significance of the relationship


between
school and community. The discussion emphasizes the recommended
model
for enhancing the relationship between school and community
towards
improving the teaching and learning process in schools.

Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung


kepada kekuatan
sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah
sahaja bahkan
juga melibatkan komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana
pengurusan sekolah
dan komuniti setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan
kedua-dua belah pihak.
Sekolah memperoleh faedah berbentuk sokongan moral, bantuan
kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada komuniti manakala
komuniti pula memperolehi faedah dari aspek peningkatan
penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Menurut Gonder
(1981) kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan
menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan
komuniti penting untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran
pembelajaran di sekolah.

Sekolah dan Komuniti: Kepentingan dan Cabaran


Menurut Poston, Stone, dan Muther (1992), "A school is a reflection
of the community it serves. At the same time, a community is a
reflection of its schools."

Kenyataan ini menunjukkan sekolah dan komuniti tidak dapat


dipisahkan kerana hubungan kedua-dua pihak ini saling bergantungan
antara satu sarna yang lain. Kepentingan hubungan ini juga
diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mana
menurut Sufean Russin (2002) pihak kementerian te1ah menubuhkan
jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah yang
menyerahkan laporannya pada tahun 1982. Jawatankuasa ini telah128
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) mengenal pasti salah satu
aspek besar yang penting dalam peningkatan taraf pelajaran di
Malaysia ialah melalui kerjasama masyarakat dalam pembangunan
sekolah. Selain daripada itu Akta Pendidikan 1996 turut
memperuntukkan penubuhan PIBG di semua sekolah dan peraturan
peraturan pendidikan telah menggariskan tujuan penubuhan PIBG
(KPM, 2001). Kewujudan dasar dan akta ini menunjukkan peranan
komuniti untuk membantu pihak sekolah diiktiraf oleh KPM.

Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan


pendapat Poston et al.
(1992) iaitu, "You cannot build a great school alone. The school needs
the community
and the community needs the school". Pengiktirafan sebegini sudah
tentu menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat
antara sekolah dan komuniti. Antara faedah tersebut ialah seperti
mana menurut Gallagher, Bagin, dan Moore (2005), "The bottom line
of any schoolcommunity relations program is to help the children
learn better. And they learn if parents are involved Therefore, a good
school-community relations program should encompass the concept
of partnership between the school and the parents ".
Menurut Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000)
murid-murid yang
mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan
bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika dan
altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi.
Memandangkan terdapat faedah seumpama ini hasil kewujudan
konsep hubungan sekolah dan komuniti maka peranan utama perlu
dimainkan oleh pihak pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan
konsep ini berjaya dilaksanakan. Peranan utama ini diserahkan kepada
pihak pengurusan sekolah kerana kejayaan menggerakkan ahli
organisasi dan komuniti setempat adalah bergantung kepada
pengurusan sekolah. Menurut Ahmad Kilani (2003), pengurusan
sekolah merupakan satu aspek yang sangat penting ke arah
perkembangan sekolah. Kepimpinan sekolah tidak akan dapat
menggerakkan semua kakitangan ke arah mencapai matlamat institusi
tanpa wujudnya satu bentuk pengurusan yang baik.

Selain daripada itu menurut beliau lagi pengurusan sekolah yang


cekap tidak membatas peranannya untuk memudahkan urusan
pentadbiran dan penyediaan alat bantu mengajar tetapi pihak
pengurusan juga berperanan memenuhi keperluan masyarakat ke arah
membina masyarakat yang berpendidikan. Huraian sebelum ini
menunjukkan kepentingan pengurusan sekolah melaksanakan konsep
hubungan sekolah dan komuniti. Namun demikian dilihat suasana
semasa menunjukkan persefahaman antara ibu bapa dan sekolah agak
renggang. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001),
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah adalah amat terhad
kepada projekprojek kecil sekolah seperti gotong-royong dan
mengutip derma. Sehingga kini, permuafakatan yang menyeluruh
antara masyarakat dan sekolah amat kurang walaupun pelbagai tujuan
permuafakatan telah digariskan di dalam Akta Pendidikan 1996.

Selain itu situasi yang ditunjukkan oleh pengalaman lepas yang


negatif dengan tekanan kerja dan kewangan akan mengurangkan masa
dan peluang untuk ibu bapa berinteraksi dengan sekolah. Ibu bapa
yang mengalami tekanan kerja dan masa1ah kewangan tentu akan
memikirkan cara mendapatkan sesuap nasi dan mengabaikan
keperluan emosi dan pelajaran anaknya (Berger, 1983). Mengikut
Driebe dan Cochran (1996), tidak semua ibu bapa boleh
menghabiskan masa melibatkan diri dengan aktiviti bersama guru
atau aktiviti di sekolah.Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 129
Berdasarkan situasi ini, adakah pengurusan sekolah mampu
mewujudkan hubungan sekolah dan komuniti supaya dapat membantu
meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran. Keadaan
seumpama ini merupakan satu cabaran kepada pengurusan sekolah.
Persoalannya apakah bentuk tindakan yang perlu dilakukan oleh
pengurusan sekolah bagi menarik minat komuniti bagi turut serta
menjayakan pengajaran pembelajaran di sekolah.

Perbincangan sebelum ini menunjukkan kepentingan hubungan


sekolah dan komuniti, namun beberapa keadaan telah menyekat
keberkesanan pelaksanaan hubungan tersebut. Oleh itu artikel ini akan
memberi satu model cadangan bagi meningkatkan hubungan sekolah
dan komuniti yang seterusnya dapat membantu peningkatan proses
pengajaran pembelajaran. Sekolah dan Komuniti: Model Penglibatan
Ibu Bapa Hoover-Dempsey dan Sandler (1995, 1997) telah
mengutarakan model penglibatan ibu bapa (rujuk Rajah 1). Dari
perspektif psikologi, model ini menerangkan mengapa ibu bapa
melibatkan diri dalam pendidikan anak mereka dan bagaimana
penglibatan mereka boleh mempengaruhi pencapaian anak di sekolah.
Model ini terdiri dari beberapa aras dan member penekanan kepada
aspek psikologi dan konteks penglibatan ibu bapa itu sendiri. Merujuk
kepada model ini, jika aras paling tinggi adalah bagi pencapaian anak-
anak, aras paling bawah pula bermula dari penglibatan ibu bapa
sendiri.
Dalam model mereka, Hoover-Dempsey dan Sandler (1995, 1997)
telah mengenal pasti
tiga faktor kritikal dalam menentukan penglibatan ibu bapa iaitu:
1. Pembinaan peranan ibu bapa iaitu kepercayaan tentang keperluan
penglibatan dalam
pendidikan anak-anak mereka.
2. Efikasi kendiri ibu bapa - mereka mempunyai pengetahuan dan
kemahiran.
3. Sikap terbuka sekolah terhadap pihak ibu bapa.

Mengikut Hoover-Dempsey dan Sandler (1997), dalam model


penglibatan ibu bapa ini,
keputusan yang diambil oleh ibu bapa dipengaruhi oleh bagaimana
mereka membina peranan mereka sebagai ibu bapa dan efikasi kendiri
yang wujud dalam diri mereka sebagai ibu bapa.Pembinaan peranan
ibu bapa ini dipengaruhi oleh jangkaan ibu bapa itu sendiri dan
persekitaranmereka seperti ahli keluarga, rakan dan individu di
sekolah. Hal yang demikian ini sesuai dengandefinisi penglibatan ibu
bapa dalam konsep model ini iaitu merujuk kepada aktiviti
yangdianggap oleh ibu bapa penting dan sesuai dengan tindakan yang
diambil untuk anak-anakmereka (Hoover-Dempsey & Sandler, 1995).

Dalam konteks sekolah itu sendiri, jika kebersamaan dengan komuniti


wujud, peranan
ibu bapa sentiasa dianggap penting kerana tindakan yang diambil oleh
ibu bapa secara positif boleh membantu proses pendidikan. Merujuk
kepada model tersebut penglibatan ibu bapa bukan sahaja tunggak
utama kepada proses kejayaan anak-anak malah kepercayaan mereka
terhadap kebersamaan juga tidak kurang pentingnya. Di sekolah,
penglibatan sebenar ibu bapa boleh berlaku apabila mereka bertindak
berdasarkan kepercayaan bahawa aktiviti pendidikan merupakan salah
satu aspek tanggung jawab mereka dalam meningkatkan pencapaian
anak-anak mereka.130 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
Rajah 1. Model penglibatan ibu bapa Hoover-Dempsey & Sandler
(1995, 1997)

Kajian lampau telah menunjukkan bahawa peranan ibu bapa dalam


pendidikan sentiasa
wujud dan peranan mereka adalah pelbagai berdasarkan kelas sosial
dan etnik. Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa ibu bapa yang
bekerja berbanding dengan ibu bapa yang berstatus tinggi melihat
guru sebagai individu yang paling sesuai untuk menangani masalah
pendidikan anak mereka (Lareau, 1989). Manakala Goldenberg,
Reese dan Gallimore (1992) pula mendapati keluarga Mexican-
Amerika yang datang dari golongan berpendapatan rendah dapat
mendidik anak mereka di rumah selari dengan apa yang dilakukan di
sekolah menggunakan buku cerita dan buku kerja yang diberikan
olehMasalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 131 guru. Dalam kajian
terse but juga didapati ibu bapa yang menggunakan kaedah didaktik
merasa se1esa dengan kaedah tersebut dalam usaha meningkatkan
pencapaian anak mereka berbanding dengan mereka yang tidak
menggunakannya secara formal.

Hoover-Dempsey dan Sandler (1997) menggunakan efikasi ibu bapa


dalam model
mereka memandangkan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa
sikap efikasi yang boleh
membantu kejayaan anak-anak mereka di sekolah ada kaitannya
dengan penglibatan membuat keputusan. Sesuai dengan sistem
persekolahan dalam konteks di Malaysia, sebagai negara demokrasi
penglibatan membuat keputusan secara suara ramai amat diperlukan
dan digalakkan terutama dalam menggembeling tenaga untuk
kejayaan anak mereka dan pelajar sekolah itu secara tidak langsung.
Secara eksplisitnya juga, ibu bapa perlu mempunyai efikasi kendiri
yang baik untuk penglibatan yang aktif di sekolah demi pencapaian
dan kejayaan anak-anak mereka. Hal yang demikian ini selari dengan
maksud pembinaan efikasi kendiri yang merujuk kepada kepercayaan
dalam keupayaan seseorang untuk mengorganisasikan dan
melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk menghasilkan dan
merealisasikan pencapaian yang diinginkan (Bandura, 1997, hlm. 3).

Banyak kajian telah mengkaji efikasi kendiri ibu bapa dalam


kemahiran keibubapaan.
Kajian menunjukkan ibu bapa yang mempunyai efikasi kendiri yang
tinggi bersikap lebih
optimistik, autoritatif dan konsisten dalam interaksi dengan anak
meeka berbanding dengan ibu bapa yang efikasi kendirinya rendah
(Ardelt & Eccles, 2001; Bandura, Barbaranelli, Caprara, & Pastorelli,
1996; Williams et al., 1987).

Hal yang demikian ini boleh memberi implikasi yang positif terhadap
pencapaian anak mereka memandangkan individu dengan efikasi
kendiri yang tinggi tidak mudah untuk mengalah dan tidak banyak
mengalami tekanan berbanding dengan mereka yang kurang efikasi
kendiri. Huraian mengenai model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas
menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh
dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti
sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak
akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang
disebut olehGallagher et. al (2005). Begitu juga dalam melahirkan
murid atau pelajar yang bermotivasi (Solomon et al., 2000).

Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti


dapat diwujudkan
sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak
guru dan ibu bapa
saling memahami perasaan di antara satu sarna lain sebagai langkah
pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak
(Berger, 1983). Perkara seperti ini perlu diatasi terlebih dahulu kerana
pengalaman-pengalaman lepas ketika berhubung dengan sekolah akan
mencorakkan persepsi ibu bapa mengenai sekolah anak mereka. Oleh
yang demikian bagi menjayakan konsep hubungan sekolah dan
komuniti ke arah melibatkan komuniti dalam pelaksanaan dasar KPM,
maka pihak sekolah perlu mengatasi segala masalah berkaitan seperti
juga yang dinyatakan oleh Wentzel (1998) iaitu, masalah-masalah
seperti guru tidak memahami keperluan ibu bapa, ibu bapa tidak
memahami kerja sekolah anak, guru tidak menyokong usaha ibu bapa,
ibu bapa tidak berminat untuk melibatkan diri, masalah komunikasi,
ibu bapa tidak memahami dasar di sekolah dan ibu bapa tidak pasti
cara untuk menyumbang kepada sekolah.

Sekiranya masalah-masalah yang telah dikenal pasti seperti ini dapat


diatasi maka akan memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa untuk
berkomunikasi dengan berkesan bagi mencapai tujuan bersama iaitu
memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran.132 Masalah
Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) Pengenalan model hubungan sekolah
dan komuniti ini penting kerana hasil kajian yang dibuat oleh
Queensland School Curriculum Council (QSCC, 1998) menunjukkan
bahawa hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa merupakan
salah satu daripada komponen penting dalam memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam
aspek utama sekolah iaitu kurikulum.
Dalam konteks di Malaysia membina hubungan yang baik ini
mengambil perspektif yang
lebih meluas. Hal yang demikian ini dirujuk oleh QSCC (1998)
sebagai collegial partnership.
Collegial partnership mengikut QSCC (1998) merupakan satu bentuk
hubungan yang
melibatkan pengamal pendidikan itu sendiri, ibu bapa dan lain-lain
badan profesional seperti guru, bahan bantu mengajar, pentadbir dan
mereka yang terlibat dalam pembangunan program sekolah. Tugas
bersama-sama ibu bapa bukan semata-mata untuk mengekalkan
hubungan yang baik dengan pihak sekolah malah tugas tersebut
dijadikan satu amalan pendidikan yang dijana secara profesional bagi
faedah bersama.

Sebagai ibu bapa mereka tentulah lebih mengetahui tentang apa yang
terbaik untuk anak
mereka. Mereka juga boleh mengambil peranan dalam memberi
cadangan atau menyatakan tentang kaedah sesuai yang boleh diguna
pakai oleh guru di sekolah.Manakala guru sebagai seorang yang
profesional dalam pendidikan pula lebih mengetahui perkara yang
boleh memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.Oleh itu pihak sekolah dan komuniti ini secara bersama-sama
boleh membawa kepelbagaian pemikiran tersebut dan disesuaikan
dengan minat murid-murid yang akhimya dapat membantu proses
pengajaran pembelajaran mereka.

Hubungan Sekolah dan Komuniti: Halatuju


Kesimpulannya, untuk menghasilkan usaha bersama antara pihak
sekolah dan ibu bapa, terlebih dahulu pihak sekolah perlu memahami
ibu bapa seperti yang dinyatakan oleh Berger (1983) iaitu beliau telah
mengkategorikan ibu bapa kepada lima kumpulan seperti yang
berikut:
(a) ibu bapa mengelak dari sekolah.
(b) ibu bapa perlu galakan untuk datang ke sekolah.
(c) ibu bapa sukarela datang jika dijemput.
(d) ibu bapa komited dan berasa seronok melibatkan diri.
(e) ibu bapa suka menonjolkan kuasa dan pengaruh di sekolah.

Berdasarkan pandangan Berger (1983) ini pihak pengurusan sekolah


harus memainkan
peranan sebagai morale builder program designer and program
coordinator dengan
mengamalkan dasar pintu terbuka, menyediakan bilik pertemuan
dengan ibu bapa, menyelaras mesyuarat dan bengkel dengan ibu bapa,
dan memberi sokongan kepada PIBG. Para guru boleh bertindak
sebagai fasilitator, kaunselor, penyelaras program dan sumber serta
kawan kepada ibu bapa. Kedua-dua pihak guru dan ibu bapa
hendaklah bersikap terbuka dalam usaha memperbaiki keputusan anak
dan murid-murid masing-masing.

Mengikut Berger (1983), untuk menjayakan "educational partnership"


ini, pihak sekolah mesti menjemput ibu bapa untuk melibatkan diri
dan ibu bapa mesti memberi responMasalah Pendidikan 2007, Jilid 30
(1) 133 seperti yang disebut oleh Hughes dan MacNaughton (2003).
Komunikasi dua hala yang paling efektif untuk mewujudkan
kerjasama dan respon dari pihak ibu bapa. Komunikasi ini dapat
dikekalkan melalui PIBG, lawatan ibu bapa ke sekolah dan
penyertaan dalam aktiviti sekolah (Berger, 1983).
Selain itu terdapat empat prinsip yang dapat membantu para guru
untuk memastikan
hubungan ibu bapa, guru dan komuniti lebih bermakna dari kajian
yang dilakukan oleh Hughes dan MacNaughton (2003) iaitu mengalu-
alukan kedatangan ibu bapa dan komuniti lain kesekolah mereka,
menerangkan pengurusan dan perjalanan aktiviti di sekolah untuk
mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan penjaga pelajar, sentiasa
menerima ibu bapa, yangpelbagai sosiobudaya dan mengalu-alukan
sumbangan daripada ibu bapa, pengetahuan serta ideamereka dalam
mendidik anak. Manakala Laporan Hargreaves (1995) pemah
menyatakan"parental commitment is a cornerstone of the schools
success. If parents are interested in theirchildren’s schooling, ... are
supportive of the school’s endeavors, ... act in partnership
withteachers, then the children will achieve more in school".Oleh itu
rumusannya bolehlah dikatakan pengenalan model hubungan sekolah
dan komuniti ini adalah merupakan cadangan bagi pertukaran idea
serta perkongsian bijak antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi faedah
bersama.

Terima kasih kepada penulis asal topic ini yang tidak dapat dikesan

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh


masyarakat. Dengan kata lain, sekolah merupakan salah sebuah
komuniti dalam masyarakat. Maka, perhubungan sekolah dengan
komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku, mereka saling
berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Oleh sebab komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, jadi


sekolah juga diertikan sebagai masyarakat kecil kerana sekolah
merupakan sebahagian daripada masyarakat di mana semua anggota
hidup bersama dalam kawasan sekolah, mengikut peraturan-pertauran
dan cara-cara yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bukan itu sahaja,
sekolah juga berkonsepkan sebagai suatu sistem sosial iaitu salah satu
institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan
anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai
ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan
diri dan masyarakatnya.

Hari ini, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan


dan menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar. Oleh itu, sekolah
merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling
yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah pelajarnya.
Seperti yang sedia maklum, kebudayaan masyarakat sentiasa
mengalami perubahan. Justeru itu, pendidikan sekolah tidak memadai
lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja
malah ia perlu menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi
dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu, sekolah juga
memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat
dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan selari dengan
keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat
Pendidikan Negara.

Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih


diutamakan untuk memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara
anggota-anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka, di
samping meningkatkan kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum
dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara,
konsep sekolah wawasan pula diperkenalkan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember 1995 bertujuan memberi
peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar
dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi
memupuk dengan lebih awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota
masyarakat berbilang kaum.

Sekolah melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu


pengetahuan dan berakhlak mulia. Generasi-generasi yang berilmu
pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan yang amat
bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara.
Kerjasama di antara sekolah dan masyarakat adalah penting untuk
membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah
kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling
berinteraksi sudah pasti remaja yang berilmu pengetahuan tidak akan
terhasil. Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan “Satu Malaysia” remaja
dijadikan sebagai aset negara yang utama. Merekalah yang akan
menentukan masa hadapan negara.
Untuk itu, mereka perlu berketerampilan, mempunyai daya saing,
kreatif dan inovatif. Remaja yang berilmu dan bijaksana juga
merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir dan
menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan juga ketamadunan
bangsa dan negara. Dalam merealisasikan “ Satu Malaysia” remaja
seharusnya menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta
keharmonian antara kaum.

Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di


sekolah dan kerjasama sekolah itu sendiri dengan komuniti amat
penting kerana hubungan kedua-duanya boleh diibaratkan bagai aur
dengan tebing.
Posted in: Pengantar Pendidikan

PERMUAFAKATAN ANTARA IBU BAPA DAN GURU


1.Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan antara ibu bapa dan guru di
sekolah adalah sangat penting bagi mempastikan kejayaan anak-anak
dalam bidang akademik dan sahsiah. Pihak sekolah wajarlah melihat
bahawa hubungan ini sebagai pemangkin kepada pendidikan di
sekolah dan tidak melihat sebagai membebankan pengurusan sekolah.
Malahan hubungan ibu bapa dan guru yang rapat akan dapat
membantu pihak sekolah dalam urusan pengajaran dan pembelajaran
pelajar. Selaku pentadbir sekolah perlulah melihat bahawa Persatuan
Ibu bapa guru(PIBG) di Sekolah kementerian Pelajaran Malaysia dan
Badan MUAFAKAT di MRSM sebagai rakan dalam mengurus
sekolah.Pihak sekolah hendaklah mengalu-alukan cadangan dan
pandangan dari ibu bapa dalam mengurus sekolah terutamanya dalam
bidang pembelajaran pelajar.
2.Setipa tahun sekolah dikehendaki mengadakan mesyuarat agung
PIBG yang mempunyai agenda tersendiri. Mesyuarat agung
merupakan medan bagi ibubapa dan pihak sekolah untuk berbincang
dan merangka strategi bagi kecemerlangan anak-anak di sekolah. Di
mesyuarat inilah ibu bapa dapat menyampaikan pandangan dan
cadangan untuk kemajuan sekolah. Di samping itu juga ibu bapa
digalakan menghulurkan sumbangan berupa wang dan tenaga untuk
membantu pihak sekolah. Dalam mesyuarat ini ibu bapa perlulah
hadir beramai-ramai untuk mengetahui perkembangan anak-anak di
sekolah terutamanya dalam bidang akademik dan disiplin pelajar.
3.Dalam konteks ini pihak sekolah hendaklah bersedia dengan semua
maklumat agar dapat dibentangkan dalam mesyuarat. Pihak sekolah
hendaklah membentangkan pencapaian pelajar dalam bidangan
akademik, pencapaian kokurikulum dan juga masalah disiplin pelajar.
Seterusnya pihak sekolah hendaklah menyatakan dalam mesyuarat
agung tentang program-program pembangunan akademik dan sahsiah
yang telah dilaksanakan. Ibu Bapa digalakan sentiasa berkunjung ke
sekolah dan berbincang tentang masalah anak-anak dalam bidang
akademik dan sahsiah. Dalam pada itu juga pihak sekolah perlu
memastikan bahawa mesyuarat AJK PIBG sekolah hendaklah
mengadakan mesyuarat secara berkala dan pihak pengetua hendaklah
membentangkan program sekolah dan pencapaian pelajar untuk
makluman dan perbincangan seterusnya.
4.Adalah diharapkan, ibu bapa mestilah memainkan peranan dalam
menyokong segala program yang dianjurkan di sekolah untuk
kemajuan anak-anak mereka. Tugas ibu bapa adalah memastikan
anak-anak mereka mematuhi setiap program yang dirancang dan
menyokong dengan segala bentuk bantuan yang termampu. Ibu bapa
tidak hanya menyumbang wang , idea malah pihak sekolah juga
memerlukan kepakaran dari kalangan ibu bapa untuk memberi
ceramah dalam program motivasi, kepimpinan pelajar, program
keagamaan di sekolah dan program-program lain.
5.Bagi memastikan perjalanan program PIBG berjalan lancar, setiap
ibu bapa dan guru haruslah bersama-sama memainkan peranan
melibatkan diri di dalam setiap aktiviti PIBG. PIBG bukanlah
persatuan yang hanya terdiri dari guru-guru sahaja, tetapi adalah
persatuan yang mana ahlinya terdiri dari ibu bapa dan guru-guru. Ibu
bapa perlulah sama-sama memikul tanggungjawab untuk memastikan
kelancaran semua aktiviti persatuan ini. Komitmen dan sokongan ibu
bapa adalah diharapkan semoga hubungan antara ibu bapa dan guru
akan terus subur dalam memajukan pendidikan anak-anak.

You might also like