You are on page 1of 2

960929-13-5800

5.3 Langkah Pengekalan Amalan Bertatu (Bahagian E)

Responden dikehendaki untuk mencadangkan langkah untuk mengekalkan


amalan bertatu dalam masyarakat Iban.

Antara cadangan langkah yang dikemukakan oleh responden adalah


menitikberatkan aspek keselamatan dan kebersihan dalam penggunaan peralatan. Seramai
9 responden telah menyentuh tentang perkara ini. Bagi mereka, pembuatan tatu pada
badan mereka semakin dilupakan kerana soal keselamatan dan kebersihan kurang
dititikberatkan oleh artis-artis tatu. Sesetengah daripada mereka pula mengatakan
mendapat risiko jangkitan HIV dan Hepatatis jika aspek ini diabaikan. Cadangan ini
boleh diperkukuhkan dengan ungkapan Allanstair Dend, pemilik studio Pengayau Ink
Tatoo di Kuching, Sarawak, ''Dalam proses pembuatan tatu, selain corak tatu yang akan
kita bincangkan bersama, kebersihan adalah antara perkara utama yang kami
pentingkan.''

Seterusnya, dari segi seni tatu, seramai 7 responden telah mencadangkan


melakukan modenisasi dalam seni pembuatan tatu. Mereka menganggap pembuatan tatu
pada badan mereka tidak lagi sesuai diamalkan dalam masyarakat moden kini. Robert
Mayau, pemilik Borneo Native and Western Tattoo Studio, mengatakan, ''Sehinggakan
pembuatan tatu kini kembali mendapat tempat dalam masyarakat Iban setelah berlakunya
modenisasi dalam seni pembuatan tattoo.'' Ini menunjukkan bahawa keperluan wujudnya
modenisasi dalam seni pembuatan tatu.

Selain itu, seramai 6 responden telah mencadangkan melatih pelukis-pelukis tatu


supaya mereka berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Hal ini demikian kerana seni
pembuatan tatu bukanlah suatu yang mudah sebaliknya memerlukan ketelitian, fokus
serta kemahiran yang tinggi bagi pelukis-pelukis tatu. Oleh itu, kemahiran pelukis-
pelukis tatu dalam seni ini amat penting supaya keyakinan responden dapat ditingkatkan.

Cadangan langkah yang seterusnya adalah menganjurkan kempen, ceramah,


wawancara serta pameran untuk mempamerkan corak tatu. Seramai 5 responden
menyentuh tentang perkara ini. Golongan responden ini menyatakan bahawa corak tatu
960929-13-5800

tradisional dan tradisi Iban semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat Iban kini.
Mereka juga menuntut supaya corak-corak tatu Iban dapat dipamerkan.

Penciptaan dan pengkomersialan corak tatu baru yang cantik dan kemas juga
dicadangkan oleh 3 responden. Pada pandangan mereka, pencacahan tatu yang cantik dan
kemas pada badan mereka dapat melambang keunggulan dan juga mengangkat status
mereka.

You might also like