You are on page 1of 19

960929-13-5800

PERSEPSI MASYARAKAT IBAN TERHADAP AMALAN BERTATU DI


TAMAN BINTANG, BINTANGOR

ABSTRAK

Tajuk kajian ini ialah 'Persepsi Masyarakat Iban Terhadap Amalan Bertatu di
Taman Bintang, Bintangor'. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi
masyarakat Iban terhadap amalan bertatu, mengenal pasti sebab-sebab masyarakat Iban
mengamalkan amalan bertatu dan mengkaji langkah-langkah untuk mengekalkan amalan
bertatu dalam kalangan masyarakat Iban. Lokasi kajian ini ialah Taman Bintang di Pekan
Bintangor. Kaedah kajian yang digunakan termasuklah soal selidik, temu bual,
pemerhatian dan rujukan. Hasil kajian menunjukkan persepsi utama masyarakat Iban
terhadap amalan bertatu adalah menjadi kemegahan dan identiti masyarakat Iban. Sebab
mempunyai lambang tertentu yang menjadi kemegahan dan identiti masyarakat Iban
merupakan sebab perdana masyarakat Iban mengamalkan amalan bertatu. Langkah utama
untuk mengekalkan amalan bertatu adalah menganjurkan kempen, ceramah, wawancara
serta pameran untuk mempamerkan corak tatu. Kesimpulannya, langkah-langkah yang
efektif perlu dilaksanakan untuk mengekalkan amalan bertatu dalam kalangan
masyarakat Iban.
960929-13-5800
960929-13-5800

PENGHARGAAN

Sekalung apresisasi dan setinggi penghargaan saya dedikasikan kepada guru


Pengajian Am saya, Cikgu Lily Ngieng kerana telah banyak mengorbankan masa dan
tenaga dalam membimbing dan memberi sokongan serta galakan kepada saya. Berkat
bimbingan dan sokongan beliau, saya dapat menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini
dengan suksesnya.

Selain itu, jutaan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu
bapa yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
sentiasa memberikan sokongan moral dan sokongan dari segi kewangan yang tidak
terhingga sepanjang saya melakukan kerja kursus ini sehinggalah selesai.

Selanjutnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
responden yang terlibat dalam kajian saya atas kerjasama mereka dalam memberikan
segala maklumat dan data yang tepat melalui temu bual dan borang soal selidik. Tanpa
kerjasama mereka, kerja kursus ini tidak akan dapat disiapkan dengan sempurnanya.
Akhir madah, bagi rakan-rakan seperjuangan, saya bersyukur atas banyak peringatan
yang diberikan terhadap setiap perkara yang saya telah alpa dan juga menyelesaikan
setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
960929-13-5800

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan 'sosial' adalah bersangkutan


dengan masyarakat dan kemasyarakatan ke arah tamadun sesuatu etnik manakala
perkataan 'budaya' adalah hal-hal bersangkutan dengan budi dan akal yang melahirkan
ketamadunan. Maksud sosiobudaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban
masyarakat yang mana lahir daripada pegangan atau kecenderungan diri dalam
masyarakat. Perkataan 'adat' membawa maksud cara hidup atau tingkah laku atau
kepercayaan. Adat resam ialah adat yang diwarisi turun temurun untuk mengekalkan
tradisi sesuatu kaum dan ianya merupakan sesuatu ketetapan yang tidak boleh berubah.

Perkataan 'persepsi' menerusi Kamus Dewan Edisi Keempat didefinisikan sebagai


gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera), ataupun tanggapan. Perkataan 'masyarakat' merujuk kepada kumpulan
manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
'Terhadap' pula membawa erti berkenaan, mengenai, tentang atau kepada, akan atau
dihadapkan (ditujukan, dihalakan) ataupun tertumpu. 'Amalan' bermaksud sesuatu yang
dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan) sebagai suatu kebiasaan. 'Bertatu' membawa
maksud memakai atau mempunyai tatu pada badan.

Negeri Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang
mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira 30
kumpulan etnik di Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak,
diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain.
Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan
lain-lain. Kaum Iban tinggal di sekitar 5,000 rumah panjang kebanyakannya di
pedalaman Sri Aman, Betong, Kapit, Song, Bintulu dan Sibu, hampir sepanjang Sungai
Rajang dan menyumbang sekitar 29 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak.
Masyarakat Iban berpegang kuat kepada identiti tradisi yang mereka amalkan sejak
dahulu lagi di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik.
960929-13-5800

Masyarakat tempatan di Sarawak, amnya suku kaum Iban mempunyai satu


kesenian yang sangat unik iaitu mencacah tatu. Amalan mencacah tubuh dengan tatu
dalam kalangan masyarakat Iban telah diamalkan sejak dahulu lagi. Dalam kalangan
masyarakat Iban, tatu disebut sebagai ‘pantang’. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah
menjalankan kajian tentang persepsi masyarakat Iban terhadap amalan bertatu di Taman
Bintang, Bintangor.

Tatu memainkan peranan yang penting dalam budaya masyarakat Iban. Terdapat
pelbagai sebab masyarakat Iban untuk bertatu. Menurut orang tua-tua, jika lelaki tidak
mencacah tubuhnya dengan tatu, lelaki tersebut akan dianggap seperti perempuan dan
pengecut. Selain itu juga, kaum lelaki yang tidak mempunyai tatu juga akan dilabel
sebagai ‘telanjai'. Masyarakat Iban gemar mencacah tatu kerana minat mereka terhadap
gaya dan bentuk tatu yang diukir pada badan masyarakat iban yang sudah memiliki tatu.
Dengan adanya keunikan tatu yang dicacah itu, keadaan ini telah mendorong mereka
untuk mencacah badan mereka dengan tatu. Ada juga sesetengah masyarakat Iban yang
mencacah tatu kerana ingin kelihatan lebih unggul daripada orang lain. Oleh itu, satu
kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti sebab-sebab masyarakat Iban di lokasi
kajian mengamalkan amalan bertatu.

Walaupun amalan bertatu masih diamalkan oleh masyarakat Iban pada era
globalisasi ini, namun pelbagai langkah harus dilaksanakan untuk memastikan amalan
bertatu ini berkekalan dan tidak ditelan zaman. Sehubungan dengan itu, pengkaji juga
berhasrat dan berhati ikhlas untuk mengkaji langkah-langkah untuk mengekalkan amalan
bertatu dalam kalangan masyarakat Iban. Sememangnya, kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak adalah amat penting bagi menjalankan kajian ini.
960929-13-5800

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat tiga objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

1. Mengkaji persepsi masyarakat Iban di Taman Bintang, Bintangor terhadap amalan


bertatu.
2. Mengenal pasti sebab-sebab masyarakat Iban di Taman Bintang, Bintangor
mengamalkan amalan bertatu.
3. Mengkaji langkah-langkah untuk mengekalkan amalan bertatu dalam kalangan
masyarakat Iban.
960929-13-5800

3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian merupakan satu elemen yang sangat penting.
Kawasan kajian saya ialah Taman Bintang yang terletak di Pekan Bintangor, Daerah
Meradong, Sarawak. Saya memilih kawasan perumahan saya sebagai lokasi untuk
membuat kajian.

3.1 Negeri Sarawak

Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur.
Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.

Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan
lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.

Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri,


Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian
ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.

Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di
sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di
utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.

Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri
Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu
Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988
manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.
960929-13-5800

Peta 1 : Peta Negeri Sarawak

Sumber : http://www.maps.google.com.my/
960929-13-5800

3.2 Daerah Meradong

Daerah Meradong sebelum tahun 1984 dikenali sebagai Daerah Binatang. Daerah
Binatang pada ketika itu berada di bawah pemerintahan seorang Pegawai Daerah yang
dilantik untuk mengetuai dan bertugas di Pejabat Daerah Binatang. Pejabat Daerah
Binatang telah wujud pada sekitar tahun 1930-an, iaitu semasa pemerintahan Kerajaan
Brooke yang masih bertapak di Sarawak. Pejabat Daerah Binatang pada waktu itu
berfungsi sebagai Pejabat Daerah Kecil dan ditadbir oleh ''Native Officer'' atau ''Sarawak
Administrative Officer'' (SAO). Kewujudan pejabat daerah pada masa itu hanyalah
bertujuan sebagai satu stesyen kawalan untuk mengawal laluan Batang Rajang yang
menjadi laluan utama untuk pelbagai aktiviti ekonomi pada ketika itu. Menurut sejarah,
setelah berakhirnya zaman pemerintahan Jepun, tampuk pemerintahan telah diambil alih
oleh Kerajaan British Kolonial. Daerah Meradong pada ketika itu mengeluarkan pelbagai
hasil ekonomi bumi terutamanya keluaran mentah kayu-kayan bermutu tinggi. Menyedari
akan pentingnya hasil ekonomi bumi tersebut, sebuah lagi pejabat pentadbiran telah
dibina pada tahun 1948. Seorang pegawai Inggeris yang digelar sebagai ''District Officer''
atau Pegawai Daerah telah ditempatkan di pejabat itu. Menurut sumber yang terhad dari
Pejabat Daerah Meradong, Pegawai Daerah Pertama yang ditugaskan oleh Kerajaan
British Kolonial di pejabat tersebut ialah A.R. Snelus. Pada 16 September 1963, selari
dengan peristiwa penubuhan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, tampuk pemerintahan
telah ditadbir oleh Kerajaan Malaysia. Berpandukan kepada sistem pemerintahan Pejabat
Daerah yang sedia ada, pelbagai jabatan telah ditubuhkan dan beroperasi dengan
menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Daerah Kecil Binatang
telah dinaiktaraf sebagai Daerah Penuh sebagai Daerah Binatang pada tahun 1967 dan
seterusnya kepada Daerah Meradong serta merangkumi keluasan sebanyak 1083
kilometer persegi.
960929-13-5800

Peta 2 : Peta Daerah Meradong

Sumber : https://maps.google.com.my/
960929-13-5800

3.3 Pekan Bintangor

Pekan Bintangor terletak di Daerah Meradong, kira-kira 22 kilometer dari Bandar


Sarikei dan lebih kurang 50 kilometer dari Bandar Sibu. Pada asalnya, Pekan Bintangor
dikenali sebagai Pekan Binatang. Nama Binatang dipilih kerana berlaku peristiwa aneh
setiap kali tiba musim buah engkabang, pelbagai jenis binatang aneh yang tidak diketahui
asal usulnya dan rata-ratanya tidak pernah dijumpai datang dan berhijrah ke kawasan ini
hanya untuk memakan buah engkabang tersebut. Kejadian aneh ini menyebabkan
penduduk setempat mengabadikan peristiwa aneh itu dengan memberikan nama kampung
ini sebagai Pekan Binatang dan seterusnya menukar nama kampung ini kepada Pekan
Bintangor.

Peta 3 : Pekan Bintangor

Sumber : https://maps.google.com.my/
960929-13-5800

3.4 Taman Bintang

Taman Bintang terletak 3 kilometer dari Pekan Bintangor jika menaiki kereta.
Jika menaiki bas tambangnya ialah RM1.50 dan mengambil masa 5 minit. Kawasan ini
terletak di pertengahan jalan Pekan Bintangor ke Bandar Sibu.

Pembangunan kawasan ini agak pesat dan kawasan ini terletak di bawah
pentadbiran Majlis Daerah Meradong dan Julau. Infrastruktur yang disediakan oleh
kerajaan dalam kawasan ini agak lengkap seperti gelanggang sukan pelbagai guna dan
juga Pusat Rukun Tetangga.

Menurut penduduk tempatan, Taman Bintang dihuni oleh pelbagai kaum seperti
Kaum Melayu, Cina, Iban dan juga India. Walaupun mereka berbeza bangsa, agama dan
budaya tetapi mereka tetap hidup bersatu padu dan harmoni.

Oleh sebab kawasan ini didiami penduduk yang ramai, beberapa blok kedai telah
dibina untuk menumpang keperluan setiap penduduk. Terdapat juga industri minuman
soda di kawasan ini.
960929-13-5800

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pelbagai jenis kaedah telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Bahagian ini
membincangkan reka bentuk kajian, persoalan kajian, alat kajian, kaedah pemilihan,
pengambilan sampel daripada populasi kajian dan pembentukan prosedur penganalisaan
data yang telah dijalankan.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan keseluruhan kajian


dilaksanakan secara kaedah tinjauan dengan berpandukan soal selidik sebagai alat kajian
untuk mengumpulkan data.

Menurut Syed Arabi (1993), soal selidik adalah satu alat yang penting bagi
seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal selidik akan menentukan nilai
penyelidikan pada keseluruhannya. Jika soalan dalam borang soal selidik kabur, maka
jawapan yang diperolehi itu tidak akan memberikan pengertian yang nyata. Oleh itu, satu
set soalan soal selidik mengenai persepsi masyarakat Iban terhadap amalan bertatu,
sebab-sebab masyarakat Iban mengamalkan amalan bertatu dan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk mengekalkan amalan bertatu dalam kalangan masyarakat Iban di
Taman Bintang, Bintangor telah disediakan untuk dijawab oleh 30 orang responden yang
dipilih secara rawak dalam kalangan penduduk Iban Taman Bintang. Segala data yang
dikumpul dari borang soal selidik ini kemudiannya diproses dengan menggunakan
analisis diskriptif.

4.2 Persampelan

Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada penduduk-
penduduk Iban Taman Bintang. Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak
untuk menjawab borang soal selidik berkenaan dengan persepsi mereka terhadap amalan
bertatu, sebab-sebab masyarakat Iban mengamalkan amalan bertatu dan langkah-langkah
yang boleh diambil untuk mengekalkan amalan bertatu di Taman Bintang.
960929-13-5800

4.3 Instrumentasi Kajian

Penggunaan alat kajian yang sesuai dalam pelaksanaan sesebuah kajian amat
diperlukan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai. Hal ini dapat membantu
kajian dijalankan dengan tepat. Terdapat dua jenis data yang digunakan dalam kajian ini
iaitu data primer dan data sekunder. Data primer merupakan data utama yang digunakan
untuk mencapai objektif kajian iaitu data yang diperolehi daripada responden melalui
borang soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Data sekunder pula diperoleh daripada
rujukan melalui buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang
lain.
960929-13-5800

4.3.1 Borang Soal Selidik

Dalam kajian ini, instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul maklumat atau
data mentah ialah borang soal selidik. Penggunaan borang soal selidik adalah lebih
praktikal kerana kajian ini melibatkan jumlah sampel yang ramai. Selain itu, penggunaan
borang soal selidik dapat memudahkan pengkaji melihat perkaitan-perkaitan yang ingin
dikaji serta memudahakan penganalisisan data.

Borang soal selidik ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B,
Bahagian C, Bahagian D dan Bahagian E.

Bahagian A merupakan demografi responden yang menjawab borang soal selidik ini.

Bahagian B merupakan maklumat asas responden.

Bahagian C adalah tentang persepsi masyarakat Iban terhadap amalan bertatu.

Bahagian D adalah tentang sebab-sebab masyarakat Iban bertatu.

Bahagian E pula merupakan cadangan langkah untuk mengekalkan amalan bertatu.

Bagi Bahagian A, B dan E, responden dikehendaki menandakan (√) di petak yang


bersesuaian. Untuk Bahagian C dan D, responden dikehendaki menyatakan persepsi
mereka yang paling tetap menggunakan skala likert pada skala 1 hingga 5 di ruangan
yang berkenaan bagi setiap penyataan. Respon diinterpretasikan sebagai : 1 = Sangat
Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju.
960929-13-5800

4.3.2 Pemerhatian

Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini
merupakan satu alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau data selain
borang soal selidik. Menurut Iskandar Mohamed (1999), kaedah ini dapat digunakan
untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji.
Pemerhatian membolehkan pengkaji lebih memahami situasi sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden. Lawatan telah dibuat ke lokasi kajian iaitu Taman Bintang.
Pemerhatian telah dibuat ke atas jenis-jenis dan ciri-ciri istimewa tatu dalam kalangan
masyarakat Iban. Beberapa situasi dapat dilihat seperti yang digambarkan oleh responden
dan beberapa keping gambar telah diambil sebagai bukti.

4.3.3 Temu Bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual secara dua peringkat iaitu secara formal
dan secara tidak formal. Temu bual secara formal dijalankan dengan pihak pengurusan
iaitu melibatkan individu yang berjawatan atau berpangkat dalam sesebuah organisasi
atau kelompok masyarakat. Temu bual dijalankan dengan penghulu Taman Bintang, iaitu
Encik Jinggan Anak Nyabong mengenai persepsi beliau terhadap amalan bertatu, sebab-
sebab masyarakat Iban mengamalkan amalan bertatu dan langkah-langkah untuk
mengekalkan amalan bertatu dalam kalangan masyarakat Iban. Berkat kesanggupan
beliau untuk memberikan maklumat yang tepat dan sesuai dengan topik kajian ini,
pengkaji dapat menjalankan kajian ini dengan mudah dan tepat. Menurut Rasyid Sindek
(1997), temu bual yang berbentuk tidak formal adalah berdasarkan temu bual dengan
orang persendirian atau orang yang dipilih secara rawak. Dengan idea ini, pengkaji telah
menemu bual beberapa orang responden yang merupakan penduduk Taman Bintang
untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi kajian ini.
960929-13-5800

4.3.4 Rujukan (Kajian Arkib)

Kaedah rujukan juga digunakan untuk mendapatkan maklumat sekunder semasa


membuat kajian ini. Pelbagai maklumat yang sesuai telah diperolehi daripada
perpustakaan sekolah, perpustakaan awam, kajian-kajian lepas serta akhbar. Selain itu,
pengkaji juga merujuk kepada internet untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi
menyempurnakan kajian ini.
960929-13-5800

4.4 Tatacara Penganalisaan Data

Pengkaji telah mengumpul dan memproses borang soal selidik yang telah dijawab
untuk tujuan penganalisaan data. Sebanyak 30 borang soal selidik telah diproses dan
data-data dimasukkan ke dalam program sebelum dianalisis mengikut keperluan
penyelidikan. Dalam kajian ini, statistik diskriptif digunakan.

Untuk Bahagian A, butiran-butiran tentang ciri-ciri latar belakang responden


seperti umur, jantina, agama dan pekerjaan akan dianalisi dengan menggunakan frekuensi
dan peratusan.

Bagi Bahagian C dan Bahagian D, semua penyataan telah diukur berdasarkan


Skala Likert Lima Mata seperti yang dipaparkan pada Jadual 4.4.1 di bawah. Responden
hanya perlu memberi persetujuan mereka mengenai setiap item yang disenaraikan dengan
memilih skala yang paling tepat menyatakan persepsi mereka.

Skor Interpretasi
5 Sangat Setuju
4 Setuju
3 Tidak Pasti
2 Tidak Setuju
1 Sangat Tidak Setuju

Jadual 4.4.1 : Kedudukan Skala

Hasil daripada jawapan yang relah diberikan oleh responden, analisis deskriptif
skor min setiap faktor dilakukan. Skor min yang semakin tinggi menunjukkan responden
semakin bersetuju dengan item-item yang dikemukakan dan tahap persetujuan tersebut
dengan item-item yang dikemukakan sama ada di tahap rendah, sederhana dan tinggi.
Tahap persetujuan tersebut ditentukan dalam julat min seperti yang ditunjukkan seperti
Jadual 4.4.2 di bawah.
960929-13-5800

Julat Tahap Persetujuan


1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi

Jadual 3.4.2 : Interpretasi Skor Min Tahap Kepuasan Responden

You might also like