You are on page 1of 3

Ulasan Kritis

Faktor-faktor keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membuat perkaitan kepentingan semangat
patriotism dan perpaduan dalam pembinaan negara bangsa.

Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami keruntuhan selepas pemerintahan Sultan


Mahmud Syah. Kelemahan dalam sistem kepimpinan Melaka dan pertengkaran antara
pembesar dalam pentadbiran telah menyebabkan pentadbiran Melaka ketika itu menjadi
semakin lemah. Tambahan pula, ketiadaan pemimpin yang berwibawa menyebabkan
pentadbiran Melaka semakin lemah. Kewibawaan pemimpin dalam pentadbiran adalah penting
di mana keadaan negara yang aman dan keadilan dapat diwujudkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Peranan seseorang pemimpin adalah penting dalam usaha mewujudkan
perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat dan memastikan kelancaran dalam urusan negera
berdasarkan undang-undang yang ditetapkan. Hal ini adalah untuk memastikan keadaan
pentadbiran adalah sentiasa lancaran tanpa dipengaruhi oleh anasir luar dan campur tangan
kepimpinan negara lain serta keamanan negara dapat dijamin.

Selain itu, keruntuhan Kesultanan Melaka juga adalah disebabkan oleh keadaan huru-
hara dalam kalangan rakyat di mana pertelingkahan berlaku atas perselisihan faham dan
terdapat golongan yang mementingkan diri sendiri. Semangat perpaduan rakyat yang lemah
telah menyumbang kepada kemerosotan Melaka atas pembesar dan rakyat yang hidup secara
berpuak-puak. Perpaduan rakyat telah menjadi asas dalam pembinaan negara bangsa di mana
kesepaduan dan sikap toleransi antara kaum dapat wujud tanpa mengira agama, bangsa dan
budaya kaum-kaum tertentu. Hal ini demikian kerana kerjasama dan semangat perpaduan yang
dilahirkan dalam kalangan masyarakat mampu meningkatkan kesungguhan untuk memajukan
negara dan mewujudkan masyarakat yang bersatupadu.

Sementelahan, dasar pilih kasih yang diamalkan oleh pembesar juga mencetuskan
pergaduhan sehingga memecahbelahkan penduduk negeri Melayu. Hal ini menunjukkan
bahawa sifat keadilan yang terdapat dalam kepimpinan seseorang pemimpin dan pembesar
adalah penting di mana mereka seharusnya menunjukkan teladan dalam kalangan rakyat.
Keadilan yang diwujudkan mampu mengelakkan kaum ditindas dan segala persefahaman yang
wujud dalam kalangan masyarakat. Menurut Mohammad Rodzi Abd Razak (2009), isu panas
yang timbul termasuk tindakan sebahagian pemimpin-pemimpin politik yang memainkan
sentiment perkauman bagi meraih populariti dan simpati seharusnya dielakkan. Hal ini akan
menjadi faktor pencetus kepada keruntuhan perpaduan di Malaysia.
Semangat patriotisme adalah penting dalam kalangan rakyat dalam usaha untuk
menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara. Tanpa semangat cinta akan negara,
maka kedaulatan negara akan digugat atas pengkhianatan yang mungkin berlaku oleh
masyarakat dalaman. Hal ini dapat dibuktikan semasa pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
yang telah mengalami keruntuhan akibat daripada berlakunya pembelot dari dalam. Ketamakan
dalam kalangan pedagang asing terhadap kekayaan dalam istana Melaka telah menyebabkan
kedaulatan pentadbiran Kesultanan Melayu menjadi semakin lemah atas mereka yang
memihak kepada penjajah bagi mengaut kekayaan sehingga menyebabkan teras benteng
pertahanan Melaka telah dikuasai oleh pihak penjajah. Dengan itu, semangat cinta akan negara
seharusnya dipupuk dan ditanam dalam sanubari setiap golongan masyarakat di mana mereka
mampu berusaha mempertahankan negara daripada anasir-anasir luar dan melahirkan
semangat sanggup berkorban untuk tanah air mereka.

Bukan itu sahaja, pegangan agama dalam kalangan masyarakat adalah penting.
Walaupun Melaka mengecapi kegemilangan dari sudut kebendaan akan tetapi ia reput dari
sudut rohani. Menurut Yip & Jais Abdul Hamid (2013), hal ini dapat ditunjukkan dengan
kekurangan penghayatan agama yang mencetus kepada perbalahan dalam kalangan rakyat.
Justeru, nilai-nilai patriotisme adalah penting walaupun negara kita mencapai kejayaan dari
pelbagai aspek. Menurut Batrisya Yusof (2010), hal ini demikian kerana akhlak yang mulia
mampu menunjukkan semangat patriotisme yang kental. Oleh itu, rakyat yang berpegang
agama yang teguh akan mencintai diri dengan tidak mewujudkan persengketaan antara kaum.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempelajari ikhtibar daripada


peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara kita. Hal ini demikian kerana semangat
perpaduan merupakan asas yang paling utama dalam membina sesebuah bangsa dan negara
tidak kira masa lampau atau sekarang. Oleh itu, penghayatan semangat perpaduan tersebut
dapat menjamin kelangsungan kedaulatan dan keamanan sesebuah negara tanpa diserang
oleh anasir-anasir luar.
Bibliografi
Batrisya Yusof. (2010, Mac 29). Kepentingan Semangat Patriotisme dan Cara Mewujudkannya.
Dimuat turn pada 22 Ogos, 2016, dari
https://www.scribd.com/doc/29080763/Kepentingan-Semangat-Patriotisme-dan-Cara-
mewujudkannya

Mohammad Rodzi Abdul Razak. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan
Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT 36, 90-106.

Yip, L. S. & Jais Abdul Hamid. (2013). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20.
Puchong: Penerbitan Multimedia.

You might also like