You are on page 1of 2

Kertas Kerja Aktiviti Permaianan Unit Beruniform Pengakap

SJK Sebiew Chinese Bintulu


Nama Aktiviti: Kita Samakah?

Masa: 60 minit

Alat: 10 kertas set nombor dari nombor 1-10 yang menggambarkan 5 jenis haiwan ayam,
kucing, harimau, kambing dan itik serta lain-lain yang akan digambarkan di dalam
slide.

Bilangan ahli: 20 atau lebihan ahli pengakap

Langkah:
1. Sediakan kad bernombor daripada 1-10 bagi 1 kategori haiwan
2. Edarkan kad tersebut kepada ahli dan beritahu jangan menunjukkan kad masing-
masing kepada rakan mereka.
3. Setiap nombor melambangkan kategori haiwan:
1 dan 9:kucing
3 dan 7: kerbau
4 dan 6:harimau
2 dan 8: anjing
5 dan 10:kambing
4. Dalam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpa
bercakap tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan.
5.Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta
perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli
kumpulan yang lain.
6. Terangkan kepada mereka yang sebuah kumpulan okestra akan ditubuhkan dengan
muzik berunsur bunyian haiwan.
7.Fasilitato rakan menjadi konduktor muzik dengan menunjukkan kumpulantertentu.
Apabila konduktor menunjukkan kepada satukumpulan, maka kumpulan itu harus
membunyikan bunyi binatangnya. Lakukan sehingga mendapat keseragaman di dalam
kumpulan.
Objektif:
1. Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi dalam kumplan
2. Membolehkan ahli-ahli persatuan mengenali kosa kata kata kerja ( bunyi binatang )
seperti yang disenarai :
(a) anjing – menyalak
(b) kambing - mengembek
(c ) kerbau – menguak
(d) harimau – mengaum
(e) kucing - mengiau
3. Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melalui
bunyi.

Disediakan oleh,

___________________
( BONG SHU YNG )
Guru Penasihat Unit Beruniform Pengakap
SJK Sebiew Chinese Bintulu.

You might also like