You are on page 1of 1

Aktiviti 1:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian gariskan kata adjektif yang
terdapat dalam petikan tersebut.

Kami telah mengadakan gotong-royong pada hujung minggu bagi


membersihkan kelas. Pada hari itu, kami datang awal. Setiap kelas membawa
pelbagai alat seperti kain buruk, cat, berus cat, penyapu lidi, penyapu
panjang dan sebagainya untuk membersihkan kelas. Kami telah mencuci
kelas kami sehingga benar-benar bersih. Kemudian, kami telah mengecat
kelas kami dengan warna kuning cair seperti yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Kami juga telah membeli alas meja yang berbentuk bulat bagi
mengalas meja sudut bacaan agar kelas kami kelihatan lebih ceria. Kami
turut memasang langsir jingga yang nipis pada tingkap kelas kami.

Aktiviti 2:
Berdasarkan kata adjektif yang kamu gariskan dalam petikan di atas,
kategorikannya mengikut jenisnya seperti di bawah.

Bentuk Warna Ukuran Sifat Waktu

Aktiviti 3:
Senaraikan kata adjektif yang anda tahu.

You might also like